Tuesday 30 October 2012

MERENUNG UJIAN ALLAH


Assalamualaikum....

 Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah taala atas segala limpahan kurnianNya yang tidak terhingga.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Shallallahu 3alaihi Wasallam,para sahabat,pengikut2nya dan seluruh ummat Islam.

hari berganti hari ujian silih berganti...

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

 waktu bertukar waktu......

air mata mengalir tanpa henti..lantas insan yang dikasihi memberi dorongan pada diri :

" Wahai wanita..titipkanlah doa di setiap titisan air hangat yang membasahi pipimu..yang jatuh berguguran tatkala cemburu meliputi hati dan sanubarimu..Dia maha mendengar..apatah lagi doa mu yang diiringi lelehan air mata..sangat bernilai sepotong doa yang dilafazkan disisiNya..bersabarlah.."

istighfar ku berulang kali...memohon ampun dan kekuatan padaNYA....

 kemudian teringatku  :

"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."





 Ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambaNya merupakan simbol kasih sayang Allah terhadap seorang hamba. Bagaimana sang pencipta menguji kesabaran dan kehambaan seorang hamba terhadap penciptanya....subhanaAllah...renungkanlah wahai diri...bersabarlah~~~


 

Sunday 28 October 2012

UJIAN VS EXAM


Alhamdulillah hari ni nak cakap pasal exam lagi memandangkan esok dah bermulanya paper pertama dan kedua iaitu Science of Da'wah & Arabic..

kadangkala ujian itu datang tanpa kita duga..kadang-kadang ia datang tatkala hati tengah gembira, kadang-kadang ianya datang tatkala fikiran tengah bercelaru....Namun jika kita sedar akan hikmah disebalik ujian itu, kita tak akan pernah mengeluh.....

Alhamdulillah semakin dekat hari yang dinantikan semakin banyak ujian yang Allah berikan, semakin dekat exam semakin tu jugak cubaan datang menghampiri...air mata berderai tanpa henti..

Namun kini ku cuba untuk bangun...ku cuba untuk tolak segala masalah itu ke tepi dahulu...ku simpan dalam laci elok2...ku kunci dan ku mangga...bukan lari daripada masalah...tapi nak focus kepada salah satu amanah yang Allah berikan serta harapan ayah dan bonda iaitu sebagai seorang pelajar...maka akan ku cuba focus pada setiap exam..




Senyum antara ubat paling mujarab tatkala masalah tiba. Sambutlah' mereka' dengan senyuman...wahai masalah2 ku...duduklah elok2 dalam laci yang kuberikan ye...insyaAllah akan ku kembali kepadamu dan menyelesaikanmu satu persatu...

" ...Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri..."
    ( ar-rad :11)

"sesungguhnya disebalik kesulitan ada kemudahan dan kesenangan" ( as-syarh : 5-6)



Saturday 27 October 2012

MATH IN MY HEART




assalamualaikum....apa khabar sahabat2 hari ni? apa khabar iman kita? semoga semuanya dalam keadaan sihat dan bertambah keimanan...

alhamdulillah segala pujian bagi Allah..selawat serta salam kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Hari ni ana nak kongsi berkaitan subjek yang sangat ana minati dulu sehingga kini......iaitu..........MATEMATIK...^___^

hmmm ada orang cakap, otak orang melayu ni lambat skit buat math....
ana pasti  setiap daripada kita mempunyai  pendapat masing2 tentang math .betul tak?


 Bila sebut saja pasal math, mesti ramai yang ingat susahnya nak mengira. Pada pandangan ana lah, Biasanya semua tu sebab kurangnya minat pada sesuatu. Kalau kita minat semua benda yang susah akan jadi senang.
contoh paling mudah... main games. Sampai highest level pun boleh kalau dah minat.






tapi bagi ana, math ni best sangat...macam2 emosi ada bila tengah cari solution untuk math..selagi tak dapat buat, selagi tu la duduk je kat situ...bila dapat jawapan betul seronok bukan kepalang....bila jawapan salah ,,, Allah.. geram pun bukan main...:)

Bagi ana kuncinya hanyalah FAHAM the FORMULA not HAFAL....and then enjoy your self  with math...


Namun, math ni bukan sekadar faham je tapi kena banyak buat latihan....kena setiap hari buat latihan...

kalau sekadar faham tapi tak buat latihan.....lama2 nanti lupa jugak... math juga perlukan kerajinan....actually minat dan kerajinan kenalah seiring..insyaAllah tak susah untuk kuasai math...and the most important jangan kenal erti putus asa....

 Cuba2 la ya tanamkan minat dalam apa jua yang kita ceburi, InsyaAllah, bila dah minat kita akan berusaha dan akan berjaya dalam apa jua yang kita ceburi.. Doakan kejayaan kita semua. Amin..





Percayalah bila kita dah mula kuasai math, kita akan rasa betapa bestnya math..jangan cepat tension bila tak dapat jawab sesuatu soalan math tu..teruskan mencuba...semoga berjaya.....^_^

JAGALAH YANG PERTAMA



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


by Blog Teh Secawan

Friday 26 October 2012

RAYA DI PERANTAUAN

 Assalamualaikum....alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ke saat ini,  EID MUBARAK ...taqaballahu mina waminkum

ini merupakan raya haji kedua ana beraya di perantauan....dan tahun lepas adalah merupakan raya aidilfitri yang pertama ana di perantauan....subhanaAllah hanya Allah yang tahu hati dan perasaan ini tatkala tak dapat bersama bersama insan2 tersayang di hari yang mulia...namun ada hikmah disebaliknya...:) tak semua orang diberi peluang untuk merasa nikmat rindu dan raya di perantauan..am i right?

Allah tak kan menguji hambaNYA melebihi kemampuannya..dan ana yakin bahawa segala apa pun yang berlaku pasti dan pasti ada hikmahnya....kuncinya di sini adalah keyakinan kepada ketentuan Allah...

Alhamdulillah walaupun tak dapat beraya bersama keluarga, namun Allah hadirkan insan2 untuk menemani diri ini. Terima kasih ya Allah...:') Alhamdulillah rezeki jugak melimpah raya ni...diberi peluang untuk merasa masakan2 raya yang dihadiahkan oleh sahabat2 ...see ? Allah tak kan biarkan hambaNYA keseorangan...

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas" Surah Al-Baqarah ayat 212

Di kesempatan ini juga ana mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua sanak saudara , sahabat handai serta yang mengenali diri ini....mohon maaf salah dan salah...sama2lah kita mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan..ingatklah peristiwa Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail..samalah2 kita muhasabah diri kita sebagai umat Islam..wallahu'alam...

sekian salam dari perantauan~~~~




SUNNAH DI AIDILADHA

Antara beberapa sunnah & perlaksanaan brkaitan eidil adha yg masih sempat diamalkan
1. Memperbanyakkan takbir
2. Makan setelah selesai solat sunat eid.
 
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.


c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:

“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”


3. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]


Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”


Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.


4. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
 
sumber : facebook ustaz zahazan

Thursday 25 October 2012

KAEDAH MEMAHAMI SUNNAH SEBAIK-BAIKNYA


Alhamdulillah..mengimbau kembali apa yang telah dipelajari semester lepas dalam subjek " modern understanding on sunnah". Semester lepas adalah merupakan  semester yang paling berharga bagi ana, sebab semester itu terlalu banyak ilmu berkaitan sunnah,hadith dan biography of Prophet S.A.W yang ana perolehi..alhamdulillah.

 so insyaAllah ana nak kongsikan antara yang ana belaja dalam kuliah modern understanding on sunnah....actually all in english but i try to explain in malay according to what i have learned from my beloved lecturer ' Siti Hajar Sha'ri '...kalau ada yang silap mohon diperbetulkan...sepanjang semester untuk subjek ini, buku yang digunakan adalah buku 'Modern Understanding On Sunnah' by Prof Yusuf Al-Qardhawi.


TERDAPAT 8 KAEDAH/ LANGKAH2 UNTUK KITA MEMAHAMI SUNNAH SEBAIK-BAIKNYA


1) Memahami sunnah menurut perspektif Quran
 - di mana seperti yang kita ketahui apa sahaja yang terdapat di dalam sunnah adalah berdasarkan al-Quran.
 - jadi bila mana kita dapat sesuatu hadith mahupun sunnah yang agak diragui matannya ataupun berbeza dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran maka   
   hendaklah kita reject / tolak.
 - sebagai contoh yang diberikan oleh Prof Yusuf al-Qardhawi berkaitan kaedah pertama ini :

 Hadith 'al-Gharaniq' ( idol/ berhala )
- hadith ini mengatakan " itu adalah al-Gharaniq yang tinggi & syafaat daripadanya adalah diharapkan"
- hakikatnya, nas al-Quran menyelar dalam surah an-Najm" 19-23

2) Menghimpunkan hadith-hadith yang berkaitan ke dalam 1 tajuk...

- sebagai contoh bila dapat hadith berkaitan solat dan segala tentang solat maka hendaklah dihimpunkan ke dalam 1 tajuk, jangan dicampur dengan hadith2 yang menerangkan tentang benda lain bagi mengelakkan sebarang misunderstanding of sunnah.
- asingkan...contohnya ok ini hadith yang sangat jelas..letak tepi. ini hadith yang tak jelas..letak tempat lain pulak. ini hadith yang general..ini particularized...

3) membuat penyelarasan( reconciling ) / mentarjih ( preference ) hadith-hadith yang bertentangan
- bila mana terdapat hadith-hadith yang sahih ataupun hassan untuk meneyelesaikan sesuatu masalah ataupun isu..maka hendaklah dibuat penyelarasan terlebih dahulu..it is because different situation have different way to settle down.
- ana bagi satu contoh, bila mana terdapat 2 resepi untuk buat kek, mungkin cara yang pertama kata kena guna bahan itu,ini..yang kedua pula kata bahan itu,ini....so kita tak tahu yang mana satu yang harus kita pilih maka sebaikknya buat penyelarasan yakni penyesuaian..try kedua2 resepi mana yang lebih sesuai. jangan terus mentarjih yakni memilih( sebab bila mana kita memilih salah satu, dikhuatiri yang kita buang itu jauh lebih sesuai dan tepat).
- reconciling is more better than preference

4) memahami hadith melalui sebab berlakunya perkara yang berkaitan dan tujuan hadith
- like nuzul of Quran...setiap apa yang Nabi cakap,buat,diam pasti ada sebabnya..Nabi tak kan buat sesuatu tanpa sebab..
- kaji balik sesuatu hadih mahupun sunnah yang diperolehi dengan melihat apakah sebabnya nabi kata/buat like  that and this.

5) membezakan di antara wasilah/jalan yang dapat berubah dengan tujuan yang tetap bagi sesebuah hadith

- normally, people akan confuse terhadap hadith yang mereka hold bila mereka nak  apply in daily life.
-adakalanya wasilah yang digunakan berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama..
-sebagai contoh terdapat beberapa hadith yang disampaikan mengunakan cara dan jalan yang berbeza tetapi masih menuju kepada 1 matlamat.

6) membezakan di antara  hakikat dengan majat/kiasan bagi memahami sesebuah hadith
- seperti yang kita tahu, bahasa arab adalah bahasa yang penuh dengan kata-kata majat/kiasan yang bukan calang2 orang boleh tafsirkan..lebih-lebih lagi al-Quran..sebab itu adanya sunnah bagi mendetailkan lagi apa yang specific di dalam Quran.
- our beloved s.a.w was the most expressive dalam berbahasa arab and His sayings most inspired.
- sebab tu bahasa arab sangat penting untuk kita faham betul2 sesuatu hadith tersebut.

7) membezakan di antara yang ghaib dengan yang nyata
-sunnah juga juga menerangkan tentang apa yang kita nampak and the visible.
-semua benda ni Allah dah terangkan dalam Quran dan sunnah has expended upon and detailed what is summary i n the Quran.

8) penelitian kepada makna lafaz hadith
- sekali lagi dalam pemahaman hadith..pemahaman terhadap makna hadith itu sangat penting.kena tahu apa yang tersirat dan tersurat.



InsyaAllah semoga kita semua dapat applykan semua step ini mengikut urutan..no choices..semua kena buat..bagi mengelakkan sebarang salah faham terhadap memahami sunnah dan hadith....insyaAllah....( pesanan untuk diri sendiri juga )

AYAH NILAI KASIHMU

 assalamualaikum...sekadar ingin berkongsi sebuah lagu yang sangat -sangat indah serta membawa makna yang sangat mendalam....lagu ni ana first time dengar masa sambutan hari bapa tempoh hari kat radio ikim..terus cari then download...^_^




AYAH NILAI KASIHMU-DEHEARTY


Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

(Intrumentalia)

Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu

Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya

Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu di hari tua

MUSLIMAH & KERJAYA







 Pesan Nabi SAW pada Ali RA semasa perkahwinan mereka " Sebaik-baiknya biarlah Fatimah RA menguruskan kerja di dalam rumah dan Ali RA
menguruskan urusan-urusan di luar rumah. Mengikut seorang ustaz Isteri boleh membantu suaminya mencari rezeki dengan cara

1. Solat isyraq/Dhuha

2. Baca Al Quran

3. Solah di awal waktu

4. Zikir

Dengan amalan isteri di rumah akan mendatangkan keberkatan pada pekerjaan suami. Rezeki yang berkat bukan rezeki yang banyak atau sedikit tapi rezeki yang berkat ialah  dengan rezeki itu bertambah ketaatan kita kepada Allah SWT. Mahul agama (suasana agama) di zaman Nabi SAW adalah yang terbaik dan diiktiraf oleh Allah SWT. "standard" ini tak kan berubah. Yang berubah ialah manusia.


sumber : halaqah.net 

 
Ya Allah ...semoga kelak diriku mampu menjadi isteri yang solehah yang sentiasa mengharapkan redhaMU melalui redha suamiku....

ALKISAH

Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.

Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B.

Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.

Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . .

--
Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
A: Tadi kata berpasangan?
B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali.
A: . . .

--
Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
A: Nafsu pulak . . .

--
A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
A: Kuat betul nafsu engkau!
B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
A: Pandai-pandai je...

--
Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
A: Hai... solat sunat pulak ke?
B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
A: . . .
--
A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
A: Hebat gila selera engkau.
B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
B: Apa dia?

A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?

B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!

A: (tepuk dahi kuat-kuat)

--------------------

Kesimpulan:
orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur...maka bertakwalah kepada Allah, sama adakita belajar agama ataupom dop...lebih-lebih lagi jikakita belajar agama..dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu..dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya..kalau manusia biasa pom pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai..!! dari sahabat....fb

PUASA SUNAT HARI ARAFAH


Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).


Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).




Berkenaan niat puasa hari Arafah ini, cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat Arafah).. tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, takde masalah nak niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. nak lafaz niat pun takpe, tak nak lafaz niat pun takde masalah.. yg penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat) sbb niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira mcm niat solat jugak la.. sebut usolli2 tu belum kira niat lagi.. bila dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka itu baru dikatakan niat)

SELAMAT BERPUASA SEMUA..SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT KITA.^_^

Wednesday 24 October 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W



Kisah Nabi Muhammad saw.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad S.A.W

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah.”

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.


P/S : BIOGRAPHY OF PROPHET S.A.W..this is one of the subject that I was learned in semester 3 before...SubhanaAllah, how we want to love Him s.a.w if  we never know more about Him.? (muhasabah diir) 

SUMBER : HALAQAH.NET

BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN




Bittaufiq Wannajah fil imtihan!!! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah..ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat..amiin


minggu depan bermulalah final exam bagi semester ini...
begitu cepat masa berlalu, tatkala sibuk dengan pelbagai program, projek, kuliah, assgnment , presentation kuiz dan sebagainya,,,tup2 dah exam.....^_^

berikut paper bagi exam kali ini :

29hb/10 - arabic  and da'wah
30hb/10 - english 3
1hb/11 - usul fiqh
6hb/11 - intro t0 IT
9hb/11 -  legal text of Quran

Ingatlah ujian di dunia tidak sama dengan ujian di akhirat kelak..
.
Salam imtihan untuk sahabat-sahabatku yang akan menghadapi imtihan semester ni...Doakan kejayaan untuk semua agar berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah..


  ALLAH BERFIRMAN :"DAN ORANG2 YG BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH2 KERANA MEMENUHI AGAMA KAMI, NESCAYA KAMI TUNJUKI MEREKA KE JALAN KAMI.."

Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenanya dari ALLAH, 
Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,
TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak, berjaya atau gagal, hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya.. Yang penting, kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH...

Ya Allah...
Cabutkanlah ketakutan dr hati kami...
Gantikanlah ia dgn ktenangan...
Bukakanlah pintu taubatMu utkku dan sahabat2ku agar NUR menembusi sanubari kami...
Bukakanlah pintu rezekiMu agar rezekin melimpah ruah,
Bukakanlah pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaan kami.
Bukakanlah pintu rahmatMu agar usaha slama ini diberkatiMu...
KAU sendiri menyaksikan usaha kami maka permudahkan perjuangan ini...
Bittaufiq Wannajah fil imtihan kepada semua sahabatku...

AKU BANGGA PADA SUAMIKU

Tatkala jari ini menekan button log in ke laman muka buku...terpapar sebuah tajuk di laman home ku..." AKU BANGGA PADA SUAMIKU "dan hati ini tertarik untuk mengetahui apa agaknya disebalik rasa bangga itu..kisah ini dikirim oleh seorang sahabat ana di indonesia...berikut kisahnya....:')




Bismillah …
(Semoga kisah ini juga bisa diambil manfaatnya oleh saudari-saudari muslimahku dimanapun berada)
.

***
Sore itu, menunggu kedatangan teman yang akan menjemputku di masjid ini seusai ashar.. seorang akhwat datang, tersenyum dan duduk disampingku, mengucapkan salam, sambil berkenalan dan sampai pula pada pertanyaan itu.
.
“Anty sudah menikah ?”.
“Belum mbak ”, jawabku .
Kemudian akhwat itu bertanya lagi
“ kenapa ?”
hanya bisa ku jawab dengan senyuman. ingin ku jawab karena masih kuliah, tapi rasanya itu bukan alasan.
“Mbak menunggu siapa?” Aku mencoba bertanya .
“Nunggu suami” jawabnya.
.
Aku melihat kesamping kirinya, sebuah tas laptop dan sebuah tas besar lagi yang tak bisa kutebak apa isinya. Dalam hati bertanya-tanya, dari mana mbak ini? Sepertinya wanita karir. Akhirnya kuberanikan juga untuk bertanya,
.
“Mbak kerja dimana?”, Entahlah keyakinan apa yang meyakiniku bahwa Mbak ini seorang pekerja, padahal setahu ku, akhwat seperti ini kebanyakan hanya mengabdi sebagai ibu rumah tangga.
“Alhamdulillah 2 jam yang lalu saya resmi tidak bekerja lagi”, jawabnya dengan wajah yang aneh menurutku, wajah yang bersinar dengan ketulusan hati.
“kenapa?” tanyaku lagi .
Dia hanya tersenyum dan menjawab,
“karena inilah satu cara yang bisa membuat saya lebih hormat pada suami” jawabnya tegas .
.
Aku berfikir sejenak, apa hubungannya? Heran. Lagi-lagi dia hanya trsenyum.
“Ukhty, boleh saya cerita sedikit? Dan saya berharap ini bisa menjadi pelajaran berharga buat kita para wanita yang Insya Allah akan didatangi oleh ikhwan yang sangat mencintai akhirat”.
.
“Saya bekerja di kantor, mungkin tak perlu saya sebutkan nama kantornya. Gaji saya 7 juta/bulan. Suami saya bekerja sebagai penjual roti bakar di pagi hari, es cendol di siang hari. Kami menikah baru 3 bulan, dan kemarinlah untuk pertama kalinya saya menangis karena merasa durhaka padanya. Waktu itu jam 7 malam, suami baru menjemput saya dari kantor, hari ini lembur, biasanya sore jam 3 sudah pulang. Saya capek sekali ukhty. Saat itu juga suami masuk angin dan kepalanya pusing. Dan parahnya saya juga lagi pusing. Suami minta diambilkan air minum, tapi saya malah berkata,
.
“Abi, Umi pusing nih, ambil sendiri lah!”.
Pusing membuat saya tertidur hingga lupa sholat isya. Jam 23. 30 saya terbangun dan cepat – cepat sholat, Alhamdulillah pusing pun telah hilang. Beranjak dari sajadah, saya melihat suami saya tidur dengan pulasnya . Menuju ke dapur, saya liat semua piring sudah bersih tercuci. Siapa lagi yang bukan mencucinya kalo bukan suami saya? Terlihat lagi semua baju kotor telah di cuci.
.
Astagfirullah, kenapa Abi mengerjakan semua ini? Bukankah Abi juga pusing tadi malam? Saya segera masuk lagi ke kamar, berharap Abi sadar dan mau menjelaskannya, tapi rasanya Abi terlalu lelah, hingga tak sadar juga.
Rasa iba mulai memenuhi jiwa saya, saya pegang wajah suami saya itu, ya Allah panas sekali pipinya, keningnya, Masya Allah, Abi demam, tinggi sekali panasnya. Saya teringat atas perkataan terakhir saya pada suami tadi. Hanya disuruh mengambilkan air minum saja, saya membantahnya. Air mata ini menetes, betapa selama ini saya terlalu sibuk diluar rumah, tidak memperhatikan hak suami saya .”
.
Subhanallah, aku melihat Mbak ini cerita dengan semangatnya, membuat hati ini merinding. Dan kulihat juga ada tetesan air mata yang di usapnya.
.
“Anty tau berapa gaji suami saya? Sangat berbeda jauh dengan gaji saya. Sekitar 600 -700 rb /bulan. 10x lipat lebih rendah dari gaji saya. Dan malam itu saya benar- benar merasa durhaka pada suami saya. Dengan gaji yang saya miliki , saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami, meskipun suami selalu memberikan hasil jualannya itu pada saya, dan setiap kali memberikan hasil jualannya, ia selalu berkata,
.
“Umi, ini ada titipan rezeki dari Allah. Di ambil ya. Buat keperluan kita. Dan tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi ridho ”, begitu katanya.
Kenapa baru sekarang saya merasakan dalamnya kata- kata itu. Betapa harta ini membuat saya sombong pada nafkah yang diberikan suami saya ”, lanjutnya.
.
“Alhamdulillah saya sekarang memutuskan untuk berhenti bekerja, mudah -mudahan dengan jalan ini, saya lebih bisa menghargai nafkah yang diberikan suami. Wanita itu begitu susah menjaga harta, dan karena harta juga wanita sering lupa kodratnya, dan gampang menyepelekan suami.” Lanjutnya lagi, tak memberikan kesempatan bagiku untuk berbicara.
.
“Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini . Saya sedih, karena orang tua, dan saudara - saudara saya tidak ada yang mendukung niat saya untuk berhenti berkerja. Malah mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dengan orang lain.”
.
Aku masih terdiam, bisu, mendengar keluh kesahnya. Subhanallah, apa aku bisa seperti dia? Menerima sosok pangeran apa adanya, bahkan rela meninggalkan pekerjaan.
.
“Kak , kita itu harus memikirkan masa depan. Kita kerja juga untuk anak -anak kita Kak . Biaya hidup sekarang ini besar. Begitu banyak orang yang butuh pekerjaan . Nah kakak malah pengen berhenti kerja . Suami kakak pun penghasilannya kurang . Mending kalo suami kakak pengusaha kaya, bolehlah kita santai- santai aja dirumah. Salah kakak juga sih, kalo mau jadi ibu rumah tangga, seharusnya nikah sama yang kaya. Sama dokter muda itu yang berniat melamar kakak duluan sebelum sama yang ini. Tapi kakak lebih milih nikah sama orang yang belum jelas pekerjaannya. Dari 4 orang anak bapak , Cuma suami kakak yang tidak punya penghasilan tetap dan yang paling buat kami kesal , sepertinya suami kakak itu lebih suka hidup seperti ini, ditawarin kerja di bank oleh saudara sendiri yang ingin membantupun tak mau, sampai heran aku, apa maunya suami kakak itu”. Ceritanya kembali, menceritakan ucapan adik perempuannya saat dimintai pendapat .
.
“Anty tau , saya hanya bisa nangis saat itu..
Saya menangis bukan Karena apa yang dikatakan adik saya itu benar, bukan karena itu. Tapi saya menangis karena imam saya dipandang rendah olehnya. Bagaimana mungkin dia maremehkan setiap tetes keringat suami saya, padahal dengan tetesan keringat itu, Allah memandangnya mulia”
.
“Bagaimana mungkin dia menghina orang yang senantiasa membanguni saya untuk sujud dimalam hari. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang dengan kata -kata lembutnya selalu menenangkan hati saya. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang berani datang pada orang tua saya untuk melamar saya, padahal saat itu orang tersebut belum mempunyai pekerjaan. “
.
“Bagaimana mungkin seseorang yang begitu saya muliakan, ternyata begitu rendah dihadapannya hanya karena sebuah pekerjaaan. Saya memutuskan berhenti bekerja, karena tak ingin melihat orang membanding-bandingkan gaji saya dengan gaji suami saya. Saya memutuskan berhenti bekerja juga untuk menghargai nafkah yang diberikan suami saya. Saya juga memutuskan berhenti bekerja untuk memenuhi hak -hak suami saya .Semoga saya tak lagi membantah perintah suami. Semoga saya juga ridho atas besarnya nafkah itu. “
.
“Saya bangga ukhti dengan pekerjaan suami saya, sangat bangga, bahkan begitu menghormati pekerjaannya , karena tak semua orang punya keberanian dengan pekerjaan itu. Kebanyakan orang lebih memilih jadi pengangguran dari pada melakukan pekerjaan yang seperti itu. Tapi lihatlah suami saya , tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi istri dengan nafkah yang halal.”
.
” Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya. Semoga jika anty mendapatkan suami seperti saya, anty tak perlu malu untuk menceritakan pekerjaan suami anty pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya ukhty, tapi masalah halalnya, berkahnya , dan kita memohon pada Allah, semoga Allah menjauhkan suami kita dari rizki yang haram”. Ucapnya terakhir, sambil tersenyum manis padaku. Mengambil tas laptonya, bergegas ingin meninggalkanku.”
.
Kulihat dari kejauhan seorang ikhwan dengan menggunakan sepeda motor butut mendekat ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helm , meskipun tak ada niatku menatap mukanya. Sambil mengucapkan salam, meninggalkanku. Wajah itu tenang sekali, wajah seorang istri yang begitu ridho .
.
***

.
Ya Allah … .kisah yang penuh dengan renungan dan muhasabah..:')
Berkahi ku dalam jalan perjuangan menujuMU. Semoga kelak ku akan selalu menjadi sebaik-baik isteri untuk suamiku, yang menjadi bekal untuk meraih jannah Mu… Amin

MELABUHKAN TIRAINYA ( BAHAGIAN 2 )


Alhamdulillah....seperti yang dijanjikan....banyak nasihat2 yang sempat diberikan oleh lecturer tercinta sebelum berpisah seketika.....terima kasih murabbi ku....^__^

antara pesanan Miss Siti Hajar " pliz prepare early for exam, jangan nanti masuk dewan semua mata jadi mata panda" hehe...betul lah tu..kan kebiasaan daripada kita, tomorrow exam, malam tu pulun habis semua chapter...hebat2 ( ana pun sama ..huhu ). Namun alhamdulillah bermula semester 2 ana dah mula sedar akan kepentingan buat persediaan Allah..dan result pun memberansangkan alhamdulillah..syukran miss...:)

"minum air masak banyak2" "makan makanan berkhasiat" dan the most important " ask du'a from your parents " - miss Siti Hajar.

 na'am ..doa ibu ayah adalah antara doa yang sangat2 makbul...mintalah restu mereka, pandang wajah mereka, cium pipi mereka....InsyaAllah success will be with you till jannah.

kepada sahabat2 yang tak dapat pulang (termasuk ana ) namun itu bukan alasan untuk kita tak menghubungi dan meinta restu mereka...capailah telefon anda, luangkanlah masa selalu bersama mereka, mohon ampun pada mereka, minta mereka doakan agar segalanya dipermudahkan.

" segala masalah tolong simpan dalam laci.kunci..nanti lepas exam baru bukak" tersenyum ku mendengar nasihat lecturer ku ini...^_^ kata miss, pabila masalah datang, jangan marah, jangan mengeluh...relax, istighfar banyak2..selesaikan 1 per satu.dan senyumlah di saat masalah datang menghampirimu. seperti firman Allah dalam surah ar-rad : 11 bahawa Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya....so...tenanglah wahai diri. as-sobru minal iman...innallaha ma'assobirin.

Alhamdulillah banyak lagi sebenarnya nasihat yang beliau berikan..entah kenapa, setiap kata2 yang keluar daripada mulut Miss Siti Hajar Shaari akan terpahat di hati ini from semester 1 until today. Setiap nasihat dan ucapannya mampu membuat air mata ini mengalir . Bukan kerana marah atau sedih..namun kerana terharu dengan keprihatinannya dan kerana ku sangat menyayanginya...setiap kata2nya sangat berharga buatku. Teringatku masa semester 1 di mana ana masuk ke kelas pertamanya juga kelas pertama ana belajar apa itu hadith... sepanjang kelas beliau air mata ini mengalir tanda syukur, hati ini berdoa penuh harapan agar Allah biarkan ku terus berada di kelas beliau...seronok sangat2....kerana beliau juga ana mula mencintai Rasulullah s.a.w..terima kasih Miss....semoga Allah sentiasa merahmati kehidupanmu.semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat....


sekian sedikit perkongsian buat tatapan diri dan sahabat2....pesan ana " hormatilah sesiapa pun yang memberi ilmu kepadamu, doakan mereka selalu"....ma'as salamah wa ilal liqa'

MELABUHKAN TIRAINYA (BAHAGIAN 1)








Alhamdulillah segala pujian aku panjatkan padaMU ya Allah...

begitu cepat masa berlalu, kini semester 4 ku di International Islamic College melabuhkan tirainya.
pelbagai yang ana lalui di sepanjang perjalanan ilmu dalam semester kali ini. Namun segala ujian,masalah dan cabaran sepanjang semester ini membuat ana jauh lebih terbuka, jauh lebih matang, malah jauh lebih rendah diri dek ilmu yang sebenarnya banyak lagi yang ana tak tahu,....

Alhamdulillah ana bersyukur kerana Allah memilih ku untuk berada di jalanNYA, belajar ilmu dunia dan akhirat bersama2....SubhanaAllah, sangat indah bila mana ilmuNYA kita pelajari...

Terima kasih sangat kepada semua lecturer ana sepanjang semester 1- 4..ana mohon maaf kepada lecturer semua..halakan segala ilmu yang diberikan.jasa kalian tak kan pernah mampu ku balas guruku.....

" Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa guru2ku ini. Engkau murahkan rezeki mereka, sihatkan tubuh badan mereka,permudahkan segala urusan mereka dunia dan akhirat serta Engkau berilah sebaik-baik ganjaran buat mereka yang mencurahkan ilmuMU kepada ku dan sahabat2ku.." amin Allahumma amin.....:')

ENGLISH 1, 2 & 3  : SIR ADHAM, MISS CT FATIMAH, MISS NOR HUSNA
ARABIC 1 & 2 : USTAZAH SABARIAH
ISLAMIC STUDIES & DA'WAH : MDM NUR HAMIMAH
HADITH, BIOGRAPHY MUHAMMAD S.A.W & MODERN UNDERSTANDING ON SUNNAH : MISS CT HAJAR
AQIDAH : UST KHAIRANI
QURAN : MDM SAADAH & MDM MUSLIHAH
LEGAL TEXT QURAN : MDM MUSLIHAH
FIQH & USUL FIQH : MISS FHAUZIAH
COMPUTER APPLICATION : MISS NORMALIS
INTRO TO IT : SIR ZULHASNIZAM
MALAYSIAN STUDIES : MISS UMAIMAH
USRAH AM I GOOD MUSLIM : UST RADZI
USRAH PROFESSIONAL MUSLIM : MISS LYDIA
USRAH JUNIOR APPRENTICE : MISS SHALINA


 Alhamdulillah itu sedikit pendahuluan sahaja ...InsyaAllah post seterusnya ana akan berkongsi nasihat2 mereka di akhir kelas tadi......nantikan.....^_^



Thursday 18 October 2012

Dakwah Bil Hikmah

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah.....assalamualaikum w.bt.

Hari ni merupakan program dakwah yang harus dilaksanakan bagi kelas ana....dan kami memilih TEMA "ETHICS & CULTURE" serta sekolah yang kami pilih pulak adalah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HILCREST GOMBAK.....


alhamdulillah semuanya diluar jangkaan ana sendiri...kami ditempatkan disebuah dewan kemudian pukul 7.30 kami dah tiba di sekolah tersebut...dan mulalah aktiviti untuk mempersiapkan booth masing2...untuk booth ana, ana mebuat satu games berkaitan etika dan adab2....di mana pelajar2 dikehendaki membaling dadu yang disediakan...kemudia mereka dihendaki mencari soalan di dalam kotak ajaib berdasarkan warna yang mereka dapat kat dadu tadi....


seronok bila mana adik2 ni dapat menjawab soalan2 yang disediakan...ternyata mereka masih tahu dan mengamalkan sunnah2 serta adab2 yang dianjurkan dalam Islam...manakala yang tidak tahu, itulah tanggungjawab kami untuk memberi tahu. serta kami menyediakan hadiah bagi semua peserta.terlihat wajah kegirangan pada mereka..



setelah penat bermain, dalam pukul 11 , semua pelajar duduk di depan stage beramai2 untuk menyaksikan tayangan video serta presentation bagi setiap booth..dan ana kena mewakili booth ana untuk memberikan explanation berkaitan booth dan memberikan sedikit tazkirah buat adik2...gementar sangat2 sebab lebih kurang 200 pelajar yang duduk dihadapan ana. alhamdulillah semuanya menumpukan perhatian dan memberi respon yang baik...


semasa ana turun padang bersama adik2...beberapa soalan yang ditanya oleh adik2 perempuan tanya " akak mesti cantik kan pakai purdah? subhanaAllah ana kata ciptaan Allah semuanya cantik wahai2 adik2.." akak, kita pun teringin sangat nak pakai macam akak" subhanaAllah baru form 3 dah ada niat macam tu..mabruk kata ana...alhamdulillah semoga Allah permudahkan " akak nak amik gambar" hehe ni paling best..dah macam artis je rasa....terima kasih adik2...


"Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa jua harta yang halal yang dibelanjakan maka (pahalanya) adalah untukmu sendiri. Dan tidaklah kamu dermakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (pahalanya) kepada kamu, dan kamu tidak dianiaya.."

(al-Baqarah: 272)

niat ana cuma 1 untuk memberikan yang terbaik buat agama sebagai bekalan akhirat...ana harap segala yang disampaikan at least adalah yang mampu mereka amalkan dalam kehidupan mereka...semoga Allah redha~~~

Ku temui ketenangan di dalamnya



Bismillahirahmanirrahim.....

Hanya kepadaNYA kita memanjatkan kesyukuran...masih diberi peluang untuk bernafas sehingga hari ni.

Alhamdulillah hari ini Allah izinkan ana untuk solat berjemaah di masjid yang sangat-sangat ana sayangi..Masjid Saidina Hamzah Kg.Batu Muda...Biasanya ana akan menunaikan solat sunat Dhuha dan zohor di masjid ini pada hari2 biasa...

Setiap kali kaki melangkah masuk..dimulakan dengan langkah kanan beserta kalimah bismillah...segala masalah yang ada seolah-olah hilang dan lenyap dan diganti dengan rasa ketenangan yang sukar untuk diungkapkan....

Semakin hari cintaku kepada masjid semakin mendalam...begitu juga cintaku kepada majlis ilmu....

 " Ya Allah jadikanlah aku hamba yang sentiasa thabat berada di jalanMU, jadikanlah aku hamba yang sentiasa tawadhuk  dan mengharapkan keredhaanMu " .

teringat pesan seorang lecturer ana memberi nasihat kepada ana dan sahabat2 yang lain " jika kamu merasa lemah, sedih, kembali lah kepada Allah...Allah sentiasa ada..Allah rindu mendengar rintihan kita...perbaikilah segala kesilapan dan jadilah hambaNya yang bertaqwa" Terima kasih wahai murabbiku...

Benarlah firman Allah dalam surah Ar-Rad : 28  

" ..ketahuilah bahawa sesungguhnya  dengan mengingati Allah( zikrullah) hati akan menjadi tenang "




Tuesday 16 October 2012

Perjalanan ilmu bersama blog baru ~~~

Bismillah.....Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah S.W.T, selawat serta salam ke atas Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda.....


Kini ana kembali bersama perjalanan ilmu di blog yang baru tapi masih mengekalkan nama blog yang sama seperti suatu ketika dahulu..cehh..." setulusqalbu.blogspot.com "..
 .:: Belajar dan Terus Belajar ::.

sekiranya dikenang memori blog yang lalu...dibina pada pertengahan tahun 2008 dan telah di'hapus'kan pada bulan Mac 2012....terlalu banyak ilmu, kisah suka dan duka, perkongsian para pelawat serta followers yang sangat setia mengunjungi blog ana dulu. Jazakumullahu khairan kathiro buat semua...

Namun, jika direnung kembali ....sesunguhnya setiap yang berlaku pasti dan pasti ada hikmahnya kan??...semoga perjalanan blog ana yang baru ini jauh lebih baik dari sebelum ni dan mampu memberi manfaat buat semua yang membaca...insyaAllah.....^_^