Sunday 31 March 2013

TEGURAN ITU





Bismilllahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad.

Alhamdulillah...teguran itu..ya teguran itu...
kerana teguran itu aku tersentak dari lamunan...
ternyata apa yang aku lakukan rupanya salah...
tempat itu bukan tempat luahan rasa...
bukan jua tempat diri mengadu masalah...

Apakah Engkau lupa niatmu yang sebenar?
menjadikannya salah satu daripada medan dakwah...
buat sahammu di akhirat kelak...
maka bangunlah semula..
hapuskan segala 'status' yang tak bermanfat...

Mulai dari hari ini akan ku cuba maju ke hadapan...
menggunakan teknologi lebih berwawasan...
menyebarkan Islam meningkatkan iman...
semoga dapat dijadikan pedoman...

Terima kasih wahai hamba Allah..
Terima kasih atas teguran itu..
Aku tahu ianya datang dari Allah..
dirimu cuma pengantara...
buatku koreksi dan muhasabah diri...





TENANGLAH DIKAU WAHAI HATI




Adakalanya kita merasa diri kita terlalu kuat,
Adakalanya kita mencuba untuk kuat,
Adakalanya kita sedar kita sebenarnya tak kuat,
Adakalanya kita tahu kita perlu kuat.

Dalam senyuman kita,
Dalam wajah ceria kita,
Tiada siapa tahu,
kita menyembunyikan sesuatu,
Yang mana hanya DIA yang tahu.

Tatkala hati merasa sudah tidak berdaya,
Memendam dan menyimpan segalanya,
Mengalirlah air mata melepaskan segalanya,
Mengharap kekuatan selepasnya.

Hati mencari bahu untuk dipinjam,
Namun tiada siapa yang berada di sisi,
Kerinduan pada ibu menggunung tinggi,
kerana hanya dia yang sentiasa memahami.

Lalu hati ini bertanya sendiri,
Siapakah yang memberi ketenangan?
ya ..dialah ALLAH..
maka kembalilah kepada DIA.  
                                       kerana DIA sentiasa mendengar rintihanmu.....T_T

BERSYUKURLAH


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....Alhamdulillah...Allahumma salli a'la Muhammad

Apa khabar sahabat2 yang dikasihi dan dirahmati ALLAH? apa khabar dengan iman kita?
jom sama-sama kita bersyukur atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita sehingga ke hari ini..
semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

Alhamdulillah..diberi keizinan oleh Allah untuk bersarapan rohani pagi ini bersama rancangan 'motivasi pagi' dengan topik 'Terima kasih Allah'

Insya Allah ana akan kongsikan dan huraikan apa yang ana perolehi daripada rancangan ilmu tersebut. Walaupun hanya sempat duduk tengok di saat2 akhir...hanya sempat dengar sedikit sahaja..namun insya Allah ana cuba untuk huraikan apa yang ana perolehi dan faham.

seperti yang tersenarai di atas...ada 5 cabang nikmat dalam kehidupan kita.

di mana yang pertama iaitu NIKMAT ASASI atau kita kata sebagai nikmat semulajadi.
di mana ini nikmat yang ada pada diri kita secara semulajadi yang biasanya kita tak pernah sedari...
contohnya nikmat bernafas, bila mana hidung kita mengalami selesma baru sedar bahawa rupa2nya hidung ni nikmat..
bila sakit pinggang, baru sedar rupanya pinggang ini juga nikmat


yang kedua NIKMAT BADANIYYAH atau nikmat fizikal. yakni nikmat tubuh badan yang Allah berikan kepada kita..yang sering kita lupa untuk syukuri...

yang ketiga NIKMAT 'AKLIYAH yakni nikmat mental kita. nikmat aqal...masih mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk...

seterusnya NIKMAT QALBIYYAH yakni nikmat emosi
iaitu sifat sabar,tabah, tenang dan segala emosi2 itu satu nikmat sebenarnya..yang patut kita syukuri..kerana tidak semua orang mempunyai emosi yang baik...t

akhir sekali NIKMAT IMAN di mana tanpa kita punya iman, maka mana mungkin kita mampu memiliki serta mensyukuri 4 lagi nikmat yang lain...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan sekarang bagaimana pula cara nak dapatkan nikmat ? 


CARA NAK DAPATKAN NIKMAT :

1) usaha - nak dapat nikmat iman, kenalah selalu tingkatkan keimanan, dengan menghadiri majlis2 ilmu, bersahabat dengan sahabat yang soleh ..nak dapatkan nikmat fizikal? kenalah jaga kesihatan, jaga pemakanan ..seperti firman Allah di bawah :

" bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan"

( al-baqarah : 134 )

2) syukur - bila dah usaha, bersyukurlah kerana Allah suka akan hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (as'saba' : 13 )

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (ibrahim : 7 )

3) banyakkan berdoa - setelah kita berusaha, kita bersyukur..maka berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kelima2 nikmat di atas kepada kita.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. "( ghafir :60 )

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CIRI-CIRI ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR

1) menafikan kebaikan orang lain
cth : 'awk ni xpernah tolong sy' 'abg ni xpernah lansung nak hargai sy'

adakah selama berkawan, selama bernikah lansung tiada kebaikan pd dirinya??

2) suka membanding

cth : 'tgk org sebelah tu..macam2 ada....kahwin dengan awk apa dapat?'

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam kita berdoa adakalanya Allah bg dalam 3 bentuk keadaan....^_^

1) dapat sebijik dengan apa yang kita minta

cth : setiap hari kita berdoa agar dikurniakan kesihatan..Allah beri terus kesihatan dalam
diri kita....

: kita berdoa agar dikurniakan pasangan yang soleh/solehah, Allah makbulkan seperti
apa yang kita nak..

2) Dapat lain daripada apa yang kita minta...

cth : kita berdoa agar dilembutkan hati isteri/suami, suami/isteri yang soleh wa solehah
namun Allah makbulkan doa tadi dengan menjadikan anak2nya lembut
hati..menyayangi ibu bapa...soleh wa solehah.

3) Allah berikan jalan untuk dapatkan yang num 1

cth : kita doa nak pasangan yang solehah...lepas tu kita keluar rumah...jumpa minah
rempit langgar kita..habis patah tangan dan kaki...kita pun kata 'ya Allah aku minta
wanita solehah, kenapalah minah rempit pulak yang datang '

kemudian kita dimasukkan ke hospital...siapa sangka di sana ada doktor/jururawat
yang solehah...jatuh cinta lalu bernikah...

Thursday 28 March 2013

HAK-HAK SEORANG SUAMI




Hak-Hak Suami Soleh Dari Seorang Isteri SolehahHAK

1. Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak

2. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.

3. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri

4. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami

5. Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.

6. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.

7. Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.

8. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.

9. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan

10. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

11. Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya

12. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.

13. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

14. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.

15. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan

16. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.

17. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri

18. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya

19. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang

p/s : semoga kelak ku mampu menjadi isteri yang solehah dan memenuhi hak2 suami....<3


sumber : pages keharmonian rumah tangga,fb.

Monday 25 March 2013

FINAL EXAM MENJELMA LAGI


Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma salli a'la Muhammad...

Alhamdulillah..begitu pantas masa berjalan...seakan2 berlari...sedangkan ianya tak pernah berubah...sehari masih lagi 24 jam....1 jam masih 60 minit...1 minit masih lagi 60 saat..

kini telah sampai ke penghujung semester 5.....
insya Allah esok akan bermulalah pertempuran di medan peperiksaan....
bermula dengan :


26/3 : ADVANCED ARABIC
27/3 : LEGAL TEXT HADITH
28/3 : ISLAMIC LAW TRANSACTIONS
1/4 : ISLAM & MODERN SC
3/4 : INTERNET APPLICATION


ana mohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini......serta mohon doa daripada keluarga serta semua sahabat agak mendoakan kelancaran ana dalam menjawab soalan2 peperiksaan serta beroleh keputusan yang cemerlang.....bittaufiq wannajah too kepada semua sahabat2 ana....rabbi yassir wala tuaasir..^_^

Wednesday 20 March 2013

CORETAN HATI PART 2






Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad....

Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian dipanjatkan kepada Allah atas segala lumpah kurnia dan rahmatnya....

kaifa halukum ya sahabat? ^_^ semoga semuanya sentiasa ceria, bahagia dan sentiasa dalam redha Allah...




kalau semalam ada lebih kurang 150 kertas yang perlu ana bawa balik dan tanda..hari ni jumlah itu bertambah sebanyak 200 helai semuanya...Allahu Akbar...

kesihatan agak merundum akhir-akhir ni menyebabkan proses menanda agak slow...setakat ni hanya lebih kurang 70 sahaja yang baru ana selesai marking...tu pun tak key in markah penuh lagi...



namun sebenarnya iaiya meripakan 1 pengalaman yang cukup menarik dan menghiburkan buat diri ini....
macam2 jawapan yang mereka berikan....
adakalanya membuat ana tergelak, tersenyum dan pening.....
ana juga belajar untuk redha, sabar ...enjoy with them...
sungguh ana enjoy dengan kerjaya ni...lillahi taala....
merekalah generasi ulama', pemimpin masa hadapan....



 bittaufiq wannajah anak-anakku syg.....:)

Tuesday 19 March 2013

CORETAN HATI PART 1



Alhamdulillah..hari ni selesai last quiz for this semester...
n alhamdulillah hari ni jugak selesai 3 paper untuk anak-anak didikku ermasuk paper yang ana ajar bagi tahun 3 dan 4 iaitu subjek tauhid.

dan hari ni juga ana bawa pulang 150 paper tauhid yang perlu ana tanda..
hanya mampu tersenyum melihat paper2 yang banyak ni...
kini ana semakin faham betapa banyaknya dan besarnya jasa seorang guru..
bukan hanya mengajar semata2....

kalau minggu ni ana menjaga peperiksaan..
minggu depan ana pula yang menduduki peperiksaan...
kalau sekarang ana sibuk menanda kertas anak-anak murid..
tak lama lagi kertas ana pulak akan ditanda oleh lecturer2...

#sesungguhnya pengalaman itu satu hadiah yang cukup bernilai....:')

Monday 18 March 2013

INDAHNYA MENUTUP AURAT



Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad..

Insya Allah ana telah mengikuti pertandingan membuat poster menutup aurat yang dianjurkan oleh pages ' INDAHNYA BERPURDAH'...

bagi sesiapa yang berminat dengan poster ana....boleh klik dan like di sini PERTANDINGAN POSTER ^_^ jazakumullahu khair kathir...





ANAK-ANAK DIDIKKU



Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma salli a'la Muhammad..
.hari ni merupakan hari bermulanya ujian pertama untuk anak-anak didik ana.......
Alhamdulillah...selesai 3 paper untuk anak-anak didik ana hari ini....
bila melihat mereka....ana tersenyum sendiri...teringat zaman kanak-kanak dahulu..^_^
pelbagai karenah mereka ketika menjawab soalan..

untuk paper pertama iaitu TAJWID, ana ditugaskan untuk menjaga murid TAHUN 6.
Alhamdulillah tahun 6 xsusah nak jaga..semua dengar arahan dengan baik..
bila dah siap, ada yang tido, ada yang bermain sorang2 menggunakan alat tulis dan sebagainya...tp still dalam keadaan terkawal...

untuk paper seterusnya FIQH, ana kena jaga murid TAHUN 5 pulak..
alhamdulillah masih xjauh beza dengan murid tahun 6..

ha last paper pulak iaitu AKHLAK..ana ditugaskan untuk masuk kelas TAHUN 2..
subhanaAllah comel2 belaka...bila kita masuk dengan wajah ceria, mereka juga turut ceria...
untuk TAHUN 2, disebabkan ada beberapa yang tak reti baca jawi..ana kena explain 1 persatu soalan serta pilihan jawapan di hadapan mereka..
sambil menjawab macam2 sahaja yang mereka tanya..dan pertanyaan itu sentiasa membuat diri ini tersenyum dan menjawab penuh sabar

" ustazah apa mana menuntut ilmu?"
"ustazah apa tu menghayati"
"ustazah apa tu mendalami"
"ustazah apa tu taqwa"
"ustazah apa tu iktibar"
"ustazah apa tu ganjaran"
"ustazah apa tu kemurkaan Allah"

dan banyak lagi.......walaubagaimanapun ana seronok bersama mereka semua..

#semoga kalian semua berjaya anak2ku sayang....♥

Saturday 16 March 2013

NASI LEMAK TAPI NASI KUNING


SubhanaAllah....tatkala hati cemburu melihat sahabat2 yang pulang bertemu keluarga tercinta....dapat makan masakan mak..

sarapan hari ni Allah kurniakan rezeki 'nasi lemak'..nasi yang ana tak pernah makan sepanjang ana berada d sabah..dan ana xpernah teringin nak makan...kerana ana lebih suka makan 'nasi kuning' sabah....

namun sejak duduk kl..'nasi lemak' je yang jumpa ...nasi kuning xde..so makan je la..

di saat membuka bungkusan nasi lemak...hati berasa terlalu rindu..rindu nak makan 'nasi kuning'...lantas berdoa ' ya Allah, kan best kalau rasa nasi lemak ni macam nasi kuning'...
dengan lafaz bismillah...tangan memasukkan sesuap nasi lemak itu ke dalam mulut....subhanaAllah...air mata tetiba mengalir..mulut lantas mengucapkan alhamdulillah...rasa nasi ini sebijik 100% macam nasi kuning ...subhanaAllah....rasa seronok sangat...macam tak percaya...nasi lemak tapi rasa nasi kuning?? namun ku teruskan suapan demi suapan diiringi dengan kalimah syukur...kerana diri ini benar2 merindui rasa ini...Allah jualah yang mengabulkan doa hambaNYA...

ya Allah....terima kasih...Engkau tukarkan rasa nasi lemak itu menjadi nasi kuning yang sangat hamba rindukan untuk makan..Allahu AKbar..:')

SIAPA YANG TAK TAKUT??



Siapa yang tak takut jika Tuhan menarik
segala rezeki yang dilimpahkan kepada kita
sebelum ini?

Siapa yang tak takut jika Tuhan mengambil
semula semua insan-insan disekeliling kita dalam
sekelip mata?

Siapa yang tak takut jika terpaksa hidup
bersendirian tanpa ada siapa untuk kita mengadu,
bergurau senda dan menambakan kasih.

INGAT! Kita tidak tahu dimana Tuhan nak berikan
kita rezeki, bagaimana punca rezeki kita dan bila ianya
akan tiba. Tetapi, jangan sesekali kita LUPA untuk
mengucapkan syukur kepada-Nya walaupun mendapat
hanya sekecil-kecil rezeki. Jangan pernah berhenti untuk
berusaha. Jangan sesekali. InsyaAllah

#Kejayaan, Kekayaan Dunia Dan Akhirat Akan Bersama Kita.

Sunday 10 March 2013

BISU YANG BERSUARA

Bismillahirrahamanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

sedikit perkongsian from blog http://genta-rasa.com/2013/02/04/bisu-yang-bersuara/


Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan. Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini.

 Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.

“Dah berapa kali saya nyatakan… tetapi awak macam tak faham. Tak faham atau tak mahu faham?”
Begitu selalu kita dengar kemarahan seorang suami.

“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”
Begitu pula luapan kekecewaan seorang isteri.

Semua kata-kata diatas menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.

 Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.

“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.

“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.   

Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. 

 Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan bisikan.

Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, tumpang isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. 

Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya. Jadi…

 Dengarlah bila isteri berbisik, “bang, dengarlah suara hati saya… sampai bila hubungan kita akan renggang begini?”

Jika tidak kita akan mendengar jeritan:“Bang, muktamad ceraikan saya!”

Mungkin ini yang dimaksudkan dengan kata-kata: Kalau cinta luahkan, kalau benci berterus-terang. Ah, tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri, justeru sering terjadi, orang yang paling berpotensi untuk kita benci ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Nauzubillah! Ah, agaknya kerana itulah kekadang ada yang jadi terlalu pesimis dengan perkahwinan sehingga sanggup mengatakan, perkahwinan itu adalah kuburan percintaan!

Suatu hari saya pernah saya bertanya, apakah yang diperlukan oleh isteri saya. Dia senyum. Diam. Saya jadi buntu. Niat hati, kalau dia berani menyuarakan, nanti saya tak segan-segan menyuarakan isi hati saya pula. Ini konsep, “ first seek to understand than to be understood”. 

 Tapi sukarnya memahami hati wanita… Berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebih pada lirikan mata dan lenggokan gaya. Bahasa tubuh, kata orang sekarang.
Lama saya tunggu, hari-demi hari, minggu demi minggu. Isteri masih tidak bersauara.

“Kenapa?”

“Tak kan tak tahu…”

Jawapan ‘tak kan tak tahu’ itu menyebabkan saya semakin tidak tahu.
‘Tak kan tak tahu’ menunjukkan jawapan itu ada. Dan jawapan itu terlalu dekat dan nyata. Tapi biasalah, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. 

Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata, rapat dan lebih rapat lagi… akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar. Kita tidak akan nampak lagi. Ya, mungkin suara hati isteri terlalu dekat, maka kita menjadi semakin tuli untuk mendengarnya.

“Kita membina hidup atau kehidupan?”

Saya terkejut . Beza antara ‘life’ dan ‘living’ terlalu besar.

“Kedua-duanya,” jawab saya.

“Tapi mana yang lebih penting?” 

“Kehidupan,” jawab saya pendek.

“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.

“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih-sayang, cinta dan kemesraan.”

“Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?”

Saya panik. Terasa diperangkap.

“Err… teman hidup dalam kehidupan,” saya membetulkan.

“Tahu pun!” bidasnya pantas.

“Apa mahu isterimu?” Dia bertanya lagi.

“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan…”jawab saya.

“Itulah kehidupannya. Sebaliknya apa yang kamu berikan selama ini?”

Saya jadi serba-salah.

“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang… Itu semua untuk hidup, bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.

“Tapi saya juga inginkan itu semua darinya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”

“Ingat prinsip ini baik-baik: Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”

“Maksudnya saya perlu memberi sebelum menerima?”

“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih-sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti menyintai orang. Itu hukum kasih-sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”

(Begitu dialog diri saya dengan diri sendiri – monolog)
Saya terus bermonolog…

Ah, sukarnya memenuhi kegala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin kita mahu, tapi tidak mampu. Mungkin kita mampu, tetapi tidak mahu. Ini lebih sukar. Ya, apabila difikir-fikirkan, masalah tidak mahu lebih sukar diatasi daripada tidak mampu. Ramai isteri yang tidak mahu memenuhi kemahuan suami dan begitu juga ramai suami yang tidak mahu memenuhi kemahuan isteri. Mahu bukan soal fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan.

“Senyum bila berdepan dengan suami…” pesan para ulama untuk isteri.

Mampu? Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tetapi berapa ramai isteri yang mampu tersenyum di depan suami.

“Peluk isteri sekurang-kurangnya 5 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.

Mampu? Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami? Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.

Al hasil, semuanya kembali kepada Allah. Barangsiapa yang memenuhi keperluan-Nya akan ada kemahuan dan kemampuan untuk memenuhi keperluan sesama manusia. Jadi, jangan kemahuan kita yang didahulukan… dahulukan perintah Allah. Allah tetapkan ketaatan seorang isteri hanya untuk suaminya. Allah mahukan pembelaan seorang suami hanya untuk isteri. Itulah hakikatnya ‘kemahuan’ Allah yang sebenarnya Dia tidak mahu… kerana segala ‘kemahuan-Nya’ hanya untuk manfaat hamba-Nya. Dia Maha Kaya!

Saturday 9 March 2013

MY FAVOURITE COLOUR

bismillahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Insya Allah ana nak berkongsi tentang warna kegemaran ana...^_^
iaitu warna BIRU !!


Ana meminati warna biru sejak dari bangku sekolah lagi...kalau boleh segala2 barang yang ana miliki ana nak berwarna biru.....huhu

dan kini hampir semua barang ana berwarna biru...laptop, tablet, bilik dan banyak lagi...



bagi yang juga meminati warna biru..jom kita lihat hasil kajian disebalik warna biru ...^__~


hasil daripada kajian dr Tengku Asmadi.....klik PERSONALITI WARNA BIRU



Actually semua warna adalah ciptaan dari Allah..semuanya pun cantik...dan mempunyai makna masing2....subhanaAllah.....





SEBUAH HIDANGAN ISTERI


Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah, mak seorang engineer. Ada satu malam, mak balik sangat kepenatan tapi masih perlu memasak untuk saya dan abah.

Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin dan nasi. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di mana ayah duduk goyang kaki menunggu makan.

Ayah meminta diri untuk solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya mencuba hidangan mak. Alamak, ayam kuncit terlalu masin, kailan separuh masak dan nasi hanyit.

Namun saya diam.

Selepas Isyak, ayah menjamu makanan masakan mak. Sambil makan, ayah bertanya bagaimana sekolah hari ini.

Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya.

Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”

Malam itu, sebelum tidur, saya pergi bersalam dengan ayah yang masih di ruang tamu dan bertanya betul ke ayah suka masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan.

“Anakku, mak dah penat sepanjang hari kerja. Mak dah penat. Hidangan kurang enak tak melukakan Mie dan ayah tapi kata-kata kasar akan menghiris perasaan,” kata ayah.

Mendengar kata-kata ayah, saya tersentak.

Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya…

“Mak rasa ayah tadi kata suka masakan mak hari ini, mak percaya ke?”

“Anakku. Itu tak penting. Yang penting ayah jaga hati mak dan selepas makan, ayah tolong mak cuci pinggan. Ayah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak sentiasa rasa bahagia kerana terasa ayah betul-betul sayang kat mak,” jawab mak.

Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan saya mengingati sehingga hari ini.

Kini saya sudah berkahwin, anak sudah tiga – dan melihat kembali kenangan manis ayah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu.

Mak dan ayah dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya antara mereka, dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa gembira dan bahagia.

## Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Sayangi mereka yang melayan kita dengan baik dan kasihanlah pada mereka yang tidak.

Sebuah tulisan untuk renungan. -  pakar diari hati

Friday 8 March 2013

ANAK-ANAK DIDIKKU


assalamualaikum..bismillahirraahmanirrahim......Allahumma salli a'la Muhammad..

Alhamdulillah...hari ni Allah uji lagi......hari ini aku belajar sesuatu lagi dari mereka..^_^

setiap kelas yang ana masuk, mereka sambut ana dengan begitu ceria..subhanaAllah tenang je rasa..meski adakalanya ada yang sibuk bermain...namun ku cuba mengikut cara mereka dalam mendidik...

semasa masuk kelas murid tahun tiga...seorang murid lelaki i dia memang suka bertanya..alhamdulillah..dia bertanya " ustazah2, dalam syurga cantik x? " boleh tak nanti kat syurga saya nak minta pape je? "


ana tersenyum...dan semua senyap menanti jawapan saya... ^_^ " alhamdulillah cantik sayang...mintalah apa sahaja yang kalian nak minta" " ha anak-anak ustazah semua ni nak minta apa kat syurga? "

ada menjawab " nak mak abah" " nak main puas" " nak makan2" dan sebagainya...sehinggalah seorang anak murid lelaki yang sangat2 comel dan berisi bangun dan bertanya " ustazah2..boleh x kalau nanti kat syurga saya nak ustazah ajar saya lagi? "

Allahu rabbi....:') berair mata ini mendegar ucapan tu....

dan hari ni ana menerima 1 lagi hadiah

dan seorang anak murid datang kehadapan memberi hadiah yang mungkin nampak 'murah' dan 'biasa' bagi sesetengah orang ..tapi bagiku nilainya sangat tinggi dan tak ternilai...

dan beberapa orang anak-murid lelaki yang sebelum ni agak sangat nakal..xpernah nak dengar cakap..tapi tadi...dia adalah antara orang yang paling dengar cakap..malah dia bertanya berseungguh2 tentang topik yang dipelajari....

# Alhamdulillah ya Allah...tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMU..permudahkanlah aku untuk mendidik mereka...permudahkanlah mereka untuk memahami apa yang aku sampaikan.....rahmati mereka ya Allah.terangi hati mereka...♥

Saturday 2 March 2013

ANA SUKA MASAK

Bismillahirrahamanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Jika dalam entry yang lepas ana post yang sesungguhnya 'ana suka makan'

haa bukan makan semata-mata...ana juga suka memasak...^_^
memasak adalah hobi ana selain daripada membaca ...

Alhamdulillah actually minat untuk suka memasak ini terbit semasa ana berusia 15 tahun...
iaitu bila mana  mak ana mengandungkan adik bongsu ana...
sepanjang mak mengandung, mak mengalami alahan yang sangat teruk...sampai masuk dapur pun tak boleh..
maka ana rasa bertanggungjawab sebagai anak sulung untuk memainkan peranan..
pada masa tu la setiap hari ana akan pergi dapur untuk memasak..
ana cuba mengingat melalui pemerhatian ana semenjak membantu mak memasak.

bahagia bila kita masak...orang yang kita sayang makan dengan begitu selera...
macam tu lah ana rasa..tatkala ana  masak...
mak, abah, adik2 makan dengan penuh selera...

Alhamdulillah hari demi hari ana semakin suka memasak..
kini pelbagai masakan yang ana pelajari..
insya Allah nanti nak masak buat keluarga tercinta..
nanti nak main masak2 bersama suami tercinta..ehem...(harap2 suami ana kelak pun suka masak).hihi

ha selain tu sambil2 memasak tu....jom amalkan zikir-zikir ...
insya Allah makanan yang kita masak bertambah berkat dan sedap...^_~



bagi yang tak reti memasak..belajarlah..insya Allah tak rugi....
bak kata ustaz azhar...tak sedap tak pa...asalkan rajin masak...^__^

AKU & ANAK DIDIKKU




Bismillahirrahmanirrahim.....Allahumma salli a'la Muhammad....




Alhamdulillah..setelah hampir 2 minggu ana tinggalkan blog ni ...kesian...dah berhabuk....
hari ni Allah izinkan untuk ana kembali menulis....

Alhamdulillah Allah makbulkan doa ana satu persatu...antaranya ingin menjadi mu'allimah..
menjadi pendidik..membentuk peribadi anak-anak mencintai ilmu dan berakhlak mulia...
ini adalah pengalaman berharga buat ana...
meski agak payah pada hari pertama...
namun alhamdulillah semakin hari semakin bahagia..^_^


setiap kali ana rasa geram dan rasa macam nak marah dek kelakuan mereka ...
ana teringat....sesungguhnya ana juga seperti mereka...
lalu ana tersenyum...mencuba memahami mereka...
dan memberikan yang terbaik buat mereka...

ana semakin menyayangi mereka...
ana semakin bersemangat untuk mendidik mereka...
meski adakalanya kesabaran ana diuji....
namun ku tetap sabar untuk mendidik mereka....



insya Allah semoga Allah permudahkan diriku untuk memberi kefahaman kepada mereka..
dan semoga Allah permudahkan mereka untuk faham apa yang aku sampaikan....amiin....