Saturday 20 April 2013

WANITA HAID : PERLUKAH QADA' SOLAT?


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka memang tak tahu menahu tentang perkara ini.

Ilmu Fekah khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam… kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orangPerempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak,

Contohnya  yang paling simple : Bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam : 

“Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?”

 pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
“Alaa…itu soalan mudah jee..bila datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula’bergelar wanita’ dulu”

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa,

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.

Dalam BAB TIGA : ” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

- Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan  ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


Sumber http://hafizamri.com/haid-dan-penyelesaiannya/

DI SANA KU TEMUI KEKUATAN


Setiap hari aku memerhatikan ayat-ayat itu…ayat-ayat memberiku semangat…Biarpun beratus-ratus buku motivasi ku baca, namun ayat-ayat itu lebih bersemangat dan mengajarku seribu erti…aku bukanlah seorang hafiz, hanya sebagai pemerhati semata…Pun begitu, inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian sebagai ingatan kita bersama…

Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

Sahabatku yang ku kenali,
Ayat-ayat ini ku tuliskan untukmu sebagai ingatan kita bersama…
Ayat-ayat yang penuh dengan peringatan dan hikmah…
Ayat-ayat yang diturunan olehNya kepada junjungan besar untuk disampaikan…
“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu agar dikau menjadi seorang yang tabah…
“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1


Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu…
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7


Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah, biarpun seringkali jua aku tersunggur…ingin ku sampaikan untuk dirimu agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat, namun hanya sekadar ini sahaja yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…

http://fmtt.blogspot.com/2011/07/ayat-motivasi-dari-al-quran.html

Sunday 14 April 2013

SEMESTER BARU



Bismillahirrahmanirrahim.....Allahumma salli a'la Muhammad....

Alhamdulillah kini dah sampai di penghujung cuti semester...dan esok akan bermula semula perjuangan ilmu di semester baru...

SubhanaAllah masa begitu pantas seakan berlari....

result semester kali ini agak menurun jika dibandingkan dengan 5 sem yang lepas....

daripada 3.6 - 3.8 - 4.0 - 3.7 - 3.48

namun hati redha dek kerana kecuaian dan kegagalan diri sendiri...
terlalu banyak bermain-main semester lepas...
terlalu banyak sifat 'malas' dibiar menguasai diri...
terlalu banyak tangguh kerja..
terlalu banyak hilang focus....

dan ini ku yakin ianya satu pengajaran yang Allah nak beri dan tunjukkan..dek kerana terlalu selesa dengan kejayaan di semester2 lepas.....astaghfirullahal adzim...



insya Allah kini diri akan perbaiki diri semula....

betulkan niat...
lurulkan matlamat...
usaha sungguh2...
beramal dengan ilmu....
doa dengan penuh tawadhuk...

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri" ( Ar- ra'd : 11 )

So, Welcome Back !! to my friends.....

semoga semester yang baru ini akan lebih baik dan lebih banyak ilmu yang akan kita kutip buat perjalanan di hari kemudian.....^_^

P/S : develop an attitude of gratitude and give thanks for everything that happens to you, knowing that every step forward is a step toward achieving something bigger and better than your current situation.









Sunday 7 April 2013

JODOH




Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Alhamdulillah semakin hari aku semakin sayang pada mereka...siapa?? mak dan abahku tercinta.

segala pengalaman dan ujian demi ujian benar2 mematangkanku...benar2 membuatku semakin mencintai mereka keranaNYA..:')

seringkali juga aku ditanya soal jodoh, mana tak nya...salah satu impianku adalah berkahwin di usia muda.

Aku tidak akan sama sekali membelakangi mereka dalam apa jua urusanku...
apatahlagi dalam hal pemilihan jodoh...
kerana aku tahu yang mereka juga tahu...
baik bagi mereka, baik jugalah bagiku...
kerana mana mungkin seorang ibu atau ayah memilih jodoh yang tak baik untuk anaknya...

kerana itu aku tidak ingin memberi harapan kepada sesiapapun...
letakkanlah pergantungan setinggi-tingginya hanya pada Allah...
kerana hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA...

Lalu adakah aku harus berdiam diri?
tidak....aku harus bersedia....
bersedia mempersiapkan diri untuk memperolehi yang terbaik..
aku percaya kalau sekarang aku dalam proses memperbaiki diri..
pasti si dia juga dalam proses memperbaiki diri....

aku bertanya pada abah soal menantu pilihan mereka..
Alhamdulillah abah berkata ' abah serahkan pada Allah dan pada nur'
'abah tak memilih harta...cukuplah baik agamanya..'
Allah menitis air mata mendengar jawapan beliau....
ternyata abah mula mendalami dan memahami ilmu agama...
begitu jualah jawapan mak tercinta..
dia tak pernah putus2 memberi nasihat padaku...
jangan pernah beri harapan...
jangan pernah anak mak ni mengecewakan orang...
sentiasalah buat istikharah...
semoga Allah beri yang terbaik untuk anak mak...


Allahu.....T_T

maka dengan itu aku berpesan pada diri ...
belajar dan terus belajar....
jangan bercinta sebelum nikah..
teruskan mengejar cinta Allah..
Insya Allah kelak pasti Allah datangkan jodoh yang juga cinta kepadaNYA...

maka aku juga ingin berpesan kepada insan yang inginkan diri ini kelak...
mintalah pada Allah....kerana DIA yang memegang kunci hati..
dna dapatkanlah aku secara terhormat..
datanglah bertemu ibu dan ayahku..
jika mereka menerimamu...
aku juga akan menerimamu...
insya Allah...

 " Ya Allah …. Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan Cintanya padaMu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
 Ya Allah … jiKa aku jatuh cinta, IZinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertauT padaMu, Agar tidak jatuh aku dalam jurang cinta semu.
 Ya Rabbana …. Jika aku jatuh cinta, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-MuYa Rabbul Izzati… jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu."


Friday 5 April 2013

ALKISAH CIUMAN PAGI



Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan pagi.
Senyum :)
- Pakar Diari Hati -

Thursday 4 April 2013

ANAK-ANAK DIDIKKU PART 1






Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Alhamdulillah, hari ni lebih baik dari semalam dan sebelum2nya...Terima kasih ya Allah...

Seperti biasa hari ini ana akan mengajar anak-anak comel itu lagi..^_^
Da masuk sebulan ana bersama mereka...

Namun masih banyak yang ana kurang faham mengenai mereka..
sehingga adakalanya ana merasa ana gagal dalam mendidik mereka..
sehinggala pagi tadi ana muhasabah diri...
ana buat kajian mengenai proses didikan cara nabi..
pujian cara nabi dan bertanya kepada sahabat2 dan mereka2 yang pernah berada dalam situasi ana..
dan alhamdulillah banyak yang ana pelajari...

lalu ana memasang niat untuk mendidik lebih ikhlas dan lebih baik lagi pada hari ini..
Alhamdulillah...siapa sangka Allah permudahkan segalanya..
anak-anak yang selama ni terlalu degil....
tak pernah nak dengar cakap...
Akhirnya Allah campakkan rasa tenang dan lembut dalam hati mereka untuk mendengar setiap apa yang ana sampaikan.....:') Ana cuba amalkan dan praktiskan pujian cara nabi...
dan cuba cari kelebihan dan kebaikan dalam setiap diri mereka....

tatkala ana menuju kelas yang paling banyak menguji kesabaran ana...
langkah kanan ana mulakan, kalimah basmalah bibir ucapkan...
doa semoga hari ini ana mampu mengawal dan mendidik mereka...

Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan...seolah2 ada yang menarik mereka duduk ke tempat masing2....seolah2 ada yang membisikkan ke telinga mereka untuk focuskan mata dan telinga kepada ana...Allahu Rabbi..

seperti biasa, masa yang terakhir merupakan subjek Quran...maka ana mengajak mereka untuk sama2 membaca al-Quran dna memahami makna setiap kalimah...

setelah selesai...ana mengajak mereka mendengar perkongsian cerita daripada ana....
ana pun mengambil topik 'syurga neraka' dan 'ibu'....

alhamdulillah sepanjang ana bercerita, mereka turut berkongsi cerita mereka juga...
dan ana memberi peluang untuk mereka berbicara..^_^
dan ana menyambung semula...semakin lama ana melihat perubahan demi perubahan dalam wajah mereka...titis demi titis air mata mengalir di pipi mereka..

ana sekadar buat tak tahu...dan membiarkan mereka menangis dahulu....
yang menangis semua pelajar lelaki..
mungkin kerana mereka lebih terkenal dengan sifat dan sikap ' nakal' ..


tangisan demi tangisan...lama2 mereka mula reda..lalu ana bertanya seorng demi seorang
'kenapa menangis wahai ahli syurga?'
ada yang tak mampu nak menjawab...hanya diam seribu bahasa...namun ana faham apa yang dia rasakan...
lalu ana bertanya lagi kepada yang lain..
jawapan mereka yang juga buat ana mengalirkan air mata

" ustazah, hari ni saya banyak sakitkan hati mak saya"
"ustazah..pagi tadi saya marah mak saya...saya xdengar cakap dia ustazah"
"ustazah selama ni saya banyak buat jahat..saya selalu sakitkan hati kawan2 saya.."
"ustazah..saya selalu tinggal solat ustazah...Allah maafkan saya tak ustazah"

jawapan demi jawapan beserta titisan air mata...

Allahu rabbi...ana memujuk mereka semua ,,, ana percaya mereka semua anak-anak yang baik, soleh, solehah, kalau x masakan mereka menangis dan sedar atas apa yang mereka lakukan...

dan sebenarnya ianya juga peringat dan nasihat buat renungan diri ana sendiri.

last sekali ana sama2 ajak mereka berdoa buat diri sendiri, buat mak ayah dan kehidupan dunia dan akhirat..

dan kemudian bermain sedikit sambil menyanyi

"kalau anda gembira tepuk tangan" 2x
 " kalau anda gembira beginilah caranya, kalau anda gembira tepuk tangan"


sehinggalah part
"kalau anda gembira sebut Allah" 2x... mereka menjawab dengan penuh semangat 'ALLAH'

mereka tersenyum lebar..ana bahagia melihat mereka..:')

'ustazah saaaaaaaaaaaaayang semua anak-anak ustazah ni' mereka membalas ' kami pun saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sangat kat ustazah' ...

Allah...semoga Allah jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah...mujahideen dan mujahidah yang hebat suatu masa nanti...amiin Allahumma amiin,...:') <3



WAHAI PARA SUAMI


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?
- Pakar diari hati -

RENUNGAN BERSAMA

Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad...
Alhamdulillah hari ni tamatlah imtihan bagi semester 5...
segalanya dipermudahkanNYA..
Terima kasih mak, abah, lecturer2 dan sahabat2 yang mendoakan ana sepanjang menduduki imtihan kali ini...
dah usaha + doa...now tawakal...and teruskan berdoa...
semoga Allah memberikan keputusan yang cemerlang dan terbaik buat ana dan semua sahabat.

Alhamdulillah malam ni ada sedikit masa lapang, so sempat la buat 'renungan bersama' kat bawah ni..semoga bermanfaat....^___^