Sunday 26 May 2013

www.tudungnur.com : Ceritaku dan tudung Bidang 60


Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad....
Alhamdulillah....
Hujung tahun 2009 ana memilih memakai tudung labuh setelah beroleh hidayah pada pertengahan tahun 2008, perbaiki diri sedikit demi sedikit. Bermula dengan memakai tudung bawal diletak ke belakang, kemudian ana bentukkan menjadi rama2, seterusnya ana turunkan menutupi dada dan pin di tengah. Pakai handsocks, stoking dan mengikuti2 program- program agama dan barulah bertudung labuh.
alhamdulillah istiqamah sehingga hari ni...

sahabat...ana dah pernah cuba semua jenis tudung sebelum ni.
Tapi..ana tak pernah rasa setenang, seselamat dan seselesa memakai tudung labuh....alhamdulillah..

wahai saudari yang dirahmati Allah, jika ada di dalam hatimu rasa ingin berubah lebih baik, menutup aurat dengan lebih sempurna...teruskanlah....teruskanlah ya ukhti...jangan engkau peduli apa yang orang akan kata...dan janganlah berkata 'nanti' 'tunggulah' kerana khuatirlah ajal menjemputmu lebih awal tanpa sempat engkau berubah...berubahlah perlahan2 jika tidak mampu secara keseluruhan...

ana doakan , semoga Allah permudahkan segala urusan saudari- saudari yang ingin berubah...semoga Allah kuatkan hati, tabah dan cekalkan diri.....dan buat yang dah bertudung labuh, menutupi dada...mabruk..alhamdulillah semoga terus istiqamah, semoga akhlak kita juga seindah pakaian kita.


♥ strive4mardhatillah♥

MENJADI ISTERI



“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu."


Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dalam keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.

Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya, faham apa yang disenangi, tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki.

Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayani oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga yang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.

Isteri yang solehah akan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasih sayang yang lahir adalah hasil dari masing-masing hendak mencari keridhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata- mata. Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Isteri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kalau boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit.”

“Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah.”

Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan? Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya.

Maruah dirinya sebagai seorang isteri sentiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti. Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : ” Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab.”


Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?.

Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.

Dalam hal sebegini, si isteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.

Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.


Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.

Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).”




sumber : buku ustaz hasrizal " aku terima nikahnya"
, pakarcinta.com

Thursday 23 May 2013

USTAZAH SAYANG KALIAN KERANA ALLAH

 
 


 kini masa itu telah tiba......
hari terakhir bersama anak2 murid....
segala kenangan amat berharga.....
semoga kelak aku dapat bertemu mereka lagi...
mereka yang nantinya akan menjadi insan yang berguna dan bermanfaat buat agama....:')
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
suara tangisan mereka memenuhi segenap penjuru sekolah...
ku peluk, ku cium seorang demi seorang anak-anak itu..
memberi pesanan, nasihat demi nasihat....
loceng memanggil menyuruh pulang.....
mereka memberontak ..menangis tanpa henti..
tangan menggigil menulis ucapan buatku di papan putih ...
tangisan bersahut sahutan....
sungguh tak pernah aku ditangisi sedemikian..
seolah aku akan pergi buat selamanya...
sungguh mereka benar menyayangiku...
akhirnya hilanglah dari pandanganku seorang demi seorang...
lantas tiba2 ku dengar suara tangisan lagi...
mereka patah balik lantas memelukku , memohon maaf dan berterima kasih...
tidak tertahanlah air mata....ku peluk mereka seeratnya....
semoga Allah merahmati mereka......T_T


antara yang ku pegang sepanjang menjadi pendidik :

Sebaik-baik GURU adalah . . .
Yang peribadi dan Akhlaknya amat baik untuk ditiru.

Sebaik-baik orang yang memberi Pelajaran...
adalah orang yang dengan pelajarannya...
Dirinya kian baik dan mepesona peribadi akhlaknya...

bertemu dan berpisah kita kerana Allah..terima kasih anak2 muridku...
semoga kalian menjadi insan yang berguna kelak...:') ♥

Sunday 12 May 2013

PROGRAM DISKUSI HALA TUJU ( PART 1 )


Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad

Alhamdulillah segala puji serta syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t

Alhamdulillah seperti yang ana telah janjikan kepada sahabat2, ana akan kongsikan segala input yang diperolehi dalam program ni.

Tak kenal maka tak cinta...sebelum anda semua teruskan membaca, moleklah untuk anda kenali dahulu siapakah mereka ber'tiga'

- Ust Dr. Zaharuddin Abd Rahman -
- Ust Dr Zahazan Mohamed -
- Ust Ramadhan Fitri Ellias -

google..carilah kenalilah siapa mereka...latar belakang mereka...
dah kenal? jom kita teruskan...

inilah antara 1st point yang dititikberatkan oleh Ust zahazan dalm slot yang pertama.
dimana beliau bertanya kepada semua peserta " anda kenal siapa kami?"
ada segelintir yang tidak begitu mengenali mereka .Begitu juga ana tidak mengenali Ust Ramadhan Fitri.

lalu ust bertanya lagi " lalu kenapa kamu berada di sini? untuk mendengar dari seseorang yang kamu tidak kenal? so how are you going to appreciate what the person will talk about "

antara perkara yang terbaik sebelum menghadiri sesuatu program adalah dengan mengkaji dahulu profile penceramah sebelum kita pergi program tersebut. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

ust zahazan meneruskan lagi

" jadilah orang yang alim, yang berilmu..nescaya rezeki akan datang kepadamu "
" no shorcut to success"

berkaitan dengan hala tuju sebagai seorang pelajar yang dalam dilema untuk memilih bidang yang ingin diceburi, dan persoalan mengenai kos manakah yang lebih baik..

ust menerangkan "ambil lah, carilah, pilihlah ilmu yang boleh engkau manfaatkan buat dirimu dan orang lain "

kerana tidak semestinya kalau kita ambil sesuatu bidang yang kita tidak minat, maka kita tidak akan berjaya...

beliau berkongsi beberapa kisah sahabat2 beliau termasuk kisah ust zaharuddin , di mana ust zaharuddin mengambil jurusan lain semasa degree dan master juga dalam bidang lain...bukan bidang yang beliau minat..

tapi ust zaharuddin boleh berjaya. tahu kenapa? sebab beliau lihat bahawa bidang yang dia ceburi ini ternyata tiada lagi ustaz2 mahupun ustazah yg professional berkaitan kos tersebut di malaysia iaitu berkaitan urusan kewangan islam
maka beliau berniat dan berhajat untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya isu halal haram dan segala berkaitan riba, gharar dan segala mcam lagi berkaitan perbankan islam..maka beliau mengkaji, belajar dan terus belajar..

sehinggalah hari ini jika kita lihat ust dr Zaharuddin antara ilmuan yang tersohor di malaysia dalam hal berkaitan perbankan islam.

hanya dengan 1 perspektif iaitu " ingin memberi manfaat kepada masyarakat"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Antara tips nak berjaya dalam bidang yang diceburi - ustaz dr Zahazan Mohamed

1) Cari orang yang betul sebagai mentor
- contoh jika kita minat bidang perubatan, cari siapa mentor yang boleh kita jadikan batu loncatan dalam bidang tersebut.

2) Apa sahaja yang kita buat istiqamahlah..

3) focus sepenuhnya dengan apa yang kita ceburi dan lakukan

4) tabah lah...jangan layan sangat apa kata orang. Jika kita yakin bidang yang kita ceburi itu akan memberi manfaat buat diri kita dan orang lain teruskan..

5) hadirlah mana2 program yang boleh memberikan input yang bermanfaat

6) dan berdoalah kepada Allah..
" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahu kepada mereka: sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dengan mematuhi perintahKu, dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul" ( 2 : 186 )

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

akhir sekali perkongsian daripada Ust Dr Zahazan dalam slot pertama ini :

carilah kelainan dalam diri anda...dan focuslah pada kemampuan tersebut...

banyakkan membaca..kerana 1 muka surat yang kita baca, sudah mengandungi pelbagai ilmu yang mampu kita perolehi.

" untuk berjaya tidak semestinya pilih apa yang kamu minat. tetapi orang yang minat akan jauh lebih berjaya daripada yang tak minat "


wallahu'alam...

insya Allah Entry seterusnya nanti ana akan sambung perkongsian lebih banyak dan menarik lagi daripada ust Dr Zaharuddin berkaitan Temu duga ? kahwin awal atau belajar dahulu atau bekerja? kerja dahulu atau ambil master/phd dahulu? dan pelbagai lagi..

insya Allah...^_^




Wednesday 8 May 2013

INDAHNYA UKHWAH YANG TERJALIN KERANA ALLAH ( EPISOD 2 )



ku mendekati 'dia' ..lalu mula lah sedikit bual bicara antara kami berdua

ana : assalamualaikum...boleh ustazah duduk sini? ( kerusi di sebelahnya kebetulan kosong )

dia : (sedikit terkejut ) erkk waalaikumussalam ustazah..boleh

ana : haikal sihat?

dia : alhamdulillah sihat ustazah.

ana : *Senyum* haikal faham tak tadi ustazah ajar pasal apa?

dia : ha? emm ...

ana : ada yang menganggu fikiran haikal ke? ke mungkin ustazah ajar boring ye?

dia : eh tak ustazah....ermm saya tak dapat focuslah ustazah....saya tak dapat focus tanpa azim ( shbtnya yang biasa kulihat sering bersamanya )

ana : kenapa azim tak datang hari ni?

dia : dia ada latihan rumah sukan...tak boleh lah ustazah...saya memang tak boleh belajar kalau dia tak de..saya rindu dia ustazah..dialah sahabat saya sampai syurga..

ana : (terharu ) kalau macam tu haikal kenalah focus..kata sahabat sampai syurga

dia : apa pulak ustazah..apa kena mengena sahabat sampai syurga dengan focus?

ana : haikal ingat lagi tak apa yang ustazah pernah kongsi tentang kaitan ilmu dengan dunia dan akhrat?

dia : (berfikir sejenak) nak kan dunia, kenalah dengan ilmu, nak akhirat kenalah juga dengan ilmu..nak 2 2 kena ada ilmu jugal..

ana : ahsanta ! *senyum* jadi..haikal kenalah focus..untuk dapatkan ilmu.nanti boleh kongsi dengan azim..sama2 dapat ilmu...sama2lah masuk syurga...

dia : ha'a lah ustazah...saya kena focus.nanti boleh ajar azim kan ustazah apa yang kita belajar hari ni...jadi dapat ilmu...jadi boleh lah dapat dunia dan akhirat sama2 kan ustazah...ustazah..jom ajar saya semula apa yang ustazah ajar tadi...

p/s : tak pernah ku lihat kanak2 seusianya..baru darjah 3 tapi mempunyai nilai ukhwah persahabatan yg begitu tulus....ingin bersama ke syurga....Allah...:')

Tuesday 7 May 2013

INDAHNYA UKHWAH YANG TERJALIN KERANA ALLAH ( EPISOD 1 )

 
 
 
 
Bismillah....Insya Allah sedikit perkongsian yang berlaku dalam kelas murid tahun tiga semasa ana masuk ke kelas mereka...

sambil mengajar ana suka untuk memandang wajah anak-anak murid ana satu persatu...agar mereka rasa dihargai untuk terus datang sekolah...

namun hari ini tidak seperti biasa....tengah2 mengajar ..ku lihat ada salah seorang anak muridku yang matanya melihatku..tapi fikirannya melayang-layang entah kemana...

( kalau kat kelas, kadang2 lecturer selalu kata " kamu semua ni..mata tgk saya...tapi fikiran kat luar" hehe kadang2 tertanya2 macam manalah lecturer leh tahu ye )

kini bila menjadi seorang guru...ana sendiri mula merasanya...entahlah...automatik kita dapat agak jika murid/pelajar kita fikirannya tak focus...

lantas ana terus memberi 1 soalan kepada semua seperti biasa jika ku lihat muka mereka sedikit berkerut " nabi suka apa ye wahai penghuni syurga? " semua menjawab " nabi suka senyum ustazah" bagus...soooo....( semua senyum) ^__^ comel sangat mereka....

saja nak merelaxkan suasana mereka...kadangkala ku cuba mengerti mereka...mereka terlalu penat...pagi sekolah biasa....petang pulak rush pergi sekolah agama...

namun..wajah'nya' masih tidak berubah...seolah ada yang menganggu fikirannya...

lantas ku beri sedikit latihan kepada murid yang lain...kemudian ku pergi ke arah 'dia'...

( hehe then apa kaitan dengan tajuk di atas? ) sambungan.....tunggu....

Thursday 2 May 2013

SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT



siapa suka menabung? ^_^

Alhamdulillah budaya menabung adalah satu budaya dan sikap yang sangat baik dan berfaedah..
inilah antara salah satu didikan yang diterapkan dalam diri ana dan adik2 ana sejak kami menjangkau usia 4tahun.

sehingga ini meskipun dah berusia 20 tahun, namun hobi dan budaya ini masih kekal dalam diri ini...
walaupun duduk jauh drpd keluarga...

teringat zaman kanak-kanak dahulu bila mana ana dan adik2 teringin sangat memiliki sebuah basikal.
namun mak dan abah tidak mudah memberikan apa sahaja yang kami minta..
mereka mendidik kami untuk menabung...
sehinggalah di penghujung tahun tersebut..bila kami pecahkan tabung...
masing2 memperolehi RM300-400
dan dengan itu masing2 mampu memiliki basikal yang diidam2kan.sangat seronok.^_^













insya Allah ana akan teruskan menabung...dan didik anak2 ana pulak...:)

sebab itulah Islam mengajar kita untuk memberi didikan agama kepada anak2 sejak kecil lagi...kerana sesuatu didikan yang diterapkan sejak kecil insya Allah akan terus diamalkan meskipun jauh daripada pemerhatian ibu bapa.

♥ terima kasih mak abah atas didikan ini ♥

#alhamdulillah tabung untuk semester lepas dah penuh....tabung ni best ianya berlampu bila dimasukkan duit..hadiah daripada mak tercinta...^_^