Sunday 30 March 2014

BIDADARI KECIL

Bismillah...alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah atas segala yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat iman dan Islam.

Mohonlah kepada Allah tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman, dan dimasukkan dalam syurgaNYA dengan iman.

selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad


" DIA ISTMEWA" ya dia adik bongsu tercinta yang sangat istimewa
kehadirannya kusyukuri, sangat kusyukuri, alhamdulillah

meski beza jarak 16tahun, namun banyak yang saya pelajari daripadanya.
dia menemani saat hati merasa sunyi,
dia memujuk saat hati bersedih,
dia menegur saat diri tersalah,
dia mengaminkan doa dalam tiap solatku.

sungguh dia anak bijak dan solehah,
sentiasa suka menuntut ilmu,
tidak pernah jemu bertanya soalan,



dia mengajarku banyak perkara,
setiap tutur bicara dan perbuatanku akan ditelitinya,
menyebabkanku akan sentiasa berhati-hati dan menjaga akhlak,
kerana mana mungkin ku inginkan dia mencontohi akhlak yang buruk.

dia mengajarku menjadi seorang manusia yang berfikir dengan soalannya,
dia mengajarku menjadi manusia yang sabar dengan karenahnya,
dia mengajarku bersedia menjadi seorang ibu kelak dengan melayaninya,

Ya Allah, semoga bidadari kecil ini membesar menjadi anak yang solehah, yang cintakan ilmu dan hebat akhlak peribadiNYA, yang tidak pernah jemu mengejar cinta dan redhaMU, dan jadikanlah diriku seorang kakak yang mampu mendidiknya  dengan agamaMU.



Friday 28 March 2014

DUNIA PERNIAGAAN





Bismillah alhamdulillah

Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah kini saya telah mempunyai 3 Pages Rasmi Perniagaan yang saya handle sendiri.

pages " KHAS BUATMU MUSLIMAH " merupakan pages yang pertama saya tubuhkan pada bulan mei 2011 di mana pada saat itu bermodalkan rm300+ dengan produk pertama yang saya jual iaitu TSHIRT MUSLIMAH dan MUTIARA SABAH

alhamdulillah dah hampir 3 tahun ianya beroperasi dan kini sudahpun mempunyai lebih 20+ item yang dijual secara online dan offline.

melalui perniagaan inilah Allah kurniakan saya rezeki bagi menampung segala perbelanjaan dan kos sara hidup pengajian saya sepanjang di bumi semenanjung.



-----------------------------------------------------------------------------

Kemudian setelah menamatkan pengajian pada november tahun lepas, tertubuhnya lagi satu perniagaan baru yang juga kini mempunyai pages khususnya sendiri iaitu " PEMBEKAL KEROPOK AMPLANG, KUIH CINCIN DAN RUMPAI LAUT ASLI SABAH"

alhamdulillah ini juga mendapat sambutan yang sangat memberansangkan terutamanya daripada masyarakat yang duduk di belah semenanjung.




---------------------------------------------------------------------------------

Pages jualan terkini yang baru beroperasi 3 hari di mana menyediakan pelbagai koleksi bahan bacaan berbentuk ilmiah dan motivasi, alhamdulillah dengan ilham daripada nama sendiri.

tertubuhnya pages jualan buku online yang telah lama saya idamkan iaitu " GALERI TARBIYAH NUUR"




harapan dan niat  saya cuma satu sudah pasti LILLAHITA'ALA, ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w sekaligus untuk membantu orang lain, memenuhi keperluan mereka dan meningkatkan ekonomi orang Islam
insyaAllah.

saya masih mempunyai beberapa impian berkaitan perniagaan antaranya JUBAH MUSLIM ONLINE...huhu tapi saya hold dahulu sehinggalah kelak saya berumah tangga, ini kerana saya lebih selesa berurusan dan bermuamalat sesama muslimah sahaja.

walaupun kadang-kadang saya menerima panggilan dan tempahan daripada para muslimin. Sangatlah saya berharap kelak saya punya seorang suami yang juga suka dan minat berniaga, jadi boleh lah dia yang menguruskan urusan muamalat dengan customer muslimin. ^_^

-----------------------------------------------------------------------------

perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam 


  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
  • Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi
  • Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
  • Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
  • Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
  • Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.
--------------------------------------------------------------------------------

Dan sesungguhnya perniagaan yang paling menguntungkan adalah perniagaan dengan Allah, yakni bertaqwa kepada Allah.

Seorang Sahabat bertanya Nabi s.a.w tentang perniagaan yang paling baik, Lalu turun ayat:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”. (As-Shaff; 10-11)

" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, (agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." ( surah al-fathir ayat 29 )

 Penjelasan: Pada dua ayat di atas, Allah menerangkan tiga perniagaan yang tidak akan merugi apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, iaitu: Membaca kitabullah Mendirikan solat, Menafkahkan sebahagian rezki yang diberikan Allah baik secara rahsia mahupun terang-terangan. Ketiga hal ini disebut perniagaan oleh Allah, kerana apabila kita melakukannya seakan-akan kita berniaga dengan Allah dengan modal ketiga hal tersebut dan Allah berjanji akan memberikan keuntungan yang besar. Keuntungan tersebut diwujudkan dengan menyempurnakan pahalanya, satu berpahala sepuluh, atau berpahala tujuh ratus atau bahkan keuntungan itu dilipat gandakan hingga tak dapat dihitung nilainya. Di samping pahala yang sempurna, juga akan ditambah dengan karunia yang lain yang tidak terbayang sebelumnya. SubhanaAllah...

----------------------------------------------------------------------

insya Allah nanti saya akan kongsikan beberapa TIPS buat mereka yang ingin berniaga dan ingin tahu cara marketing yang terbaik.Nantikan entry seterusnya akan datang ^_^

beberapa hari ni mood saya asyik fikir pasal kahwin...-_- saya tak tahu kenapa.
mana-mana saya scroll di facebook juga penuh post pasal jodoh, pernikahan dan baby-baby yang comel.
sampai saya duk design baju pengantin buat saya dan calon suami kelak.
sehinggalah mak tegur " ai anak mak, dah ada calon ka?"

hehe saya tersengih seketika...huhu calon takdak lagi la mak..entah tetiba nak design, persediaan awal..eheh

kerana saya punya impian, set pakaian pengantin saya dan suami kelak adalah hasil jahitan tangan saya sendiri.insyaAllah

sungguh saya masih menjaga hati, dan akan terus berusaha menjaga hati, ubat semua ni adalah tahajud dan solat hajat tiap malam saya, semoga dikurniakan jodoh yang terbaik bila sampai waktunya...amiin Allahumma amiin...

sebelum cari 'jodoh' carilah cinta Allah..kerana 'jodoh' yang baik itu hanya datang dari Allah ^_^

kepada semua pembaca, jangan pernah risau tentang jodoh, sibukkanlah dirimu dengan mempersiapkan diri menjadi wanita/ lelaki yang hebat ilmu dan akhlaknya. Penantian itu satu ujian, dan biarlah penantian kita akan Allah akhirkan dengan mempertemukan kita jodoh yang terbaik di sisiNYA.( alahai kan dah melalut pasal jodoh kat post peniagaan ni)

jazakumullahu khair kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya.
semoga Allah mengurniakan rezeki yang berkat kepada semua peniaga muslim dan semoga Allah redha. ^_^

Sunday 23 March 2014

ALLAH LEBIH TAHU

Bismillah...alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah atas segala yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat iman dan Islam.

Mohonlah kepada Allah tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman, dan dimasukkan dalam syurgaNYA dengan iman.

selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad




Sahabat2, semua daripada kita pernah merancang kn? dari sekecil-kecil perancangan sehinggalah sebesar-besar perancangan.

Kita merancang apa kan kita lakukan selepas ini,
Kita merancang apa akan kita lakukan esok,
Kita merancang apa akan berlaku minggu depan,
Kita merancang akan bergraduasi beberapa tahun akan datang,
Sehinggalah kita merancang apa akan berlaku 10 tahun akan datang,
Adakah kita benar-benar pasti segalanya akan berlaku seperti yang dirancang?





Ketahuilah,

Setiap orang mengimpikan sebuah perjalanan kehidupan yang sangat indah. Kita sentiasa merancang, tetapi pengakhirannya tetap bergantung kepada satu perkara iaitu takdir Allah SWT kerana sesungguhnya perancangan Allah itu mengatasi perancangan manusia itu sendiri.

Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hambaNya yang kerdil. Janganlah sesekali kita berputus asa dengan apa yang berlaku. Teruslah teguh berdiri megharap rahmat daripadaNya.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi!

Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya.

Kadangkala, Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

Redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.



Didalam setiap perancangan itu,sertakanlah dengan doa pada Allah. Redha lah apa yang berlaku andai ia tidak seperti yang dirancang. Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia, semuanya bersulam hikmah yang sangat halus dan sangat hebat!


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)


.:Perancangan itu perlu, tetapi ia tidak semestinya berlaku. Allah lebih tahu:.

Wednesday 19 March 2014

MARAH ATAU RAIKAN ??


Bismillah...alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah atas segala yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat iman dan Islam.

Mohonlah kepada Allah tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman, dan dimasukkan dalam syurgaNYA dengan iman.

selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad




Sedang saya 'berjalan-jalan' di newsfeed facebook, tersenyum saya dan tanpa saya sedari mengalir titisan jernih melihat sebuah gambar yang mengingatkan saya akan akhlak Rasulullah s.a.w

gambar akhi Hilal Asyraf yang sedang membuat urusan kerjanya di komputer ditemani bidadari kecilnya Raihanah yang sedang duduk di atas bahu beliau dengan penuh keceriaan ^_^

SubhanaAllah akhlak itu cukup indah bagi saya,  sebab saya melihat pada hari ini ramai dalam kalangan ayah mahupun ibu yang 'membuang' anak-anak mereka tatkala mereka hanya sibuk dengan urusan kerja.

Kebiasaanya apabila si anak amanah Allah itu datang menghampiri tatkala mereka sedang menyelesaikan urusan kerja, pasti akan dimarahi, diarahkan bermain jauh-jauh, diberikan barang dan mainan lain agar mereka tidak diganggu. Jarang yang mahu menghargai dan meraikan kehadiran 'anak'.

itulah tanda-tanda hati yang sudah mulai mencintai dan mengutamakan dunia daripada akhirat.na'uzubillah




Teringat saya akan kata-kata ustaz Don dalam ceramahnya, " kalau hari ini kita abaikan anak-anak kita, siap sedialah kerana kita juga akan diabaikan kelak"

kata beliau lagi " kerja kita itu hanya untuk menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, namun kerja kita yang sebenar-benarnya adalah dirumah" memberi kehidupan dan ilmu kepada keluarga.


dalam satu riwayat :  Rasullah s.a.w tatkala cucu baginda  bermain di atas belakang badan baginda ketika sujud, baginda hanya diam dan membiarkan mereka bermain. SubhanaAllah

KITA?

para ibu bapa dan semua yang insyaAllah kelak akan juga bergelar ibu dan ayah,


Jadilah ibu bapa yang taat kepada Perintah Allah,
Jadilah ibu bapa yang mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w,
Jadilah ibu bapa yang hatinya penuh rasa tanggungjawab,

Jadilah ibu bapa yang mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama,
Jadilah ibu bapa yang mampu menjadi 'sahabat' buat anak-anak.

Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.” 
(Riwayat Ibnu Hibban)


Bagi yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan? saya masih belum berpeluang merasainya, namun kehadiran adik bongsu yang jaraknya dengan saya seperti ibu dan anak membuat saya banyak belajar untuk menjadi seorang ibu kelak apalagi hubungan kami sangat rapat.

dalam keadaan apa sekalipun, asyik diajaknya kita untuk bermain, kadang-kadang tengah-tengah malam saya diajaknya bermain. Memang seronok bermain dengan anak-anak kecil, melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita walaupun dalam keadaan kita penat sekalipun.

pernah suatu ketika saya terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga pada ketika itu saya mengabaikan layanan saya kepada adinda tercinta. Tatkala dia meminta untuk saya membawanya bermain, saya kata " nantilah, akak sibuk ni" tiba-tiba dia ambil buku saya lalu dicontengnya setiap muka surat dan kemudian menunjukkan kepada saya.

Allah terkejut saya, hampir amarah menguasai diri, lalu cepat-cepat saya isghfar dan memohon ampun kepada Allah lantas memeluk dan memohon maaf kepadanya. Terus saya tinggalkan semua kerja saya untuk focus kepada permintaanya. Semenjak daripada itu juga saya lebih menghargainya.

setiap hari waktu malam adalah waktu saya menghabiskan masa duduk dihadapan laptop sambil melayan customer dan menyelesaikan segala urusan saya. Pada masa itulah adinda bongsu saya itu akan meminta untuk baring di tangan saya dan mendodoikannya, maka dengan sebelah tangan itulah saya gunakan untuk menaip keyboard, sekejap-sekejap membalas whatsapp customer, menulis dan sebagainya sambil dia tidur atas tangan saya.:') sungguh pada ketika itu saya boleh sahaja memberinya bantal, mengarahkannya pergi cari orang lain kerana saya sibuk. Tapi kerana saya cuba memandang ianya menggunakan mata hati bahawa itu adalah satu peluang yang tidak ternilai untuk saya pelajari dan hargai kerana kelak saya juga akan menjadi seorang ibu insyaAllah. Maka saya meraikan keadaan tersebut dengan penuh kesyukuran.
didiklah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang semata-mata kerana Allah...

Bayangkan...



Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.

sahabat-sahabat ..jom kita contohi Rasulullah...

Sabda Raslullah s.a.w :

Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ لأَÙ‡ْÙ„ِÙ‡ِ ÙˆَØ£َÙ†َا Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ…ْ لأَÙ‡ْÙ„ِÙ‰

"Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku." (HR. Tirmizi)

maka dengan itu saya didik diri saya hari ini untuk siapkan ilmu sebanyak mungkin berkaitan rumahtangga, supaya kelak saya mampu menjadi isteri dan seorang ibu yang hebat buat anak-anak saya. Sungguh saya punya cita-cita, untuk melahirkan zuriat yang akan menjadi mujahidin dan mujahidah yang hebat ilmu dan akhlaknya, maka saya terlebih dahulu harus menjadi muslimah yang hebat. Semoga Allah redha.




Sunday 16 March 2014

DAJJAL , BERSEDIAKAH KITA???





Pernahkah anda terfikir saat anda berhadapan dengan Dajjal Al-Masih? Bagaimanakah dunia ketika itu? Terselamatkah kita?

"Ya, saya yakin bahawa saya akan terselamat!"

TIDAK! Jangan terlalu yakin! Menghadapi fitnah Dajjal bukanlah semudah yang disangka, tidaklah semudah menangkis fitnah zaman sekarang ini. Bukan semudah menangkis hujan dengan payung.

                                                                                                 
Diriwayatkan oleh Imran bin Husain ra,
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal.”
(Riwayat Muslim No 7582)
                                                                              
"Sungguh fitnah sebahagian dari kalian lebih aku takutkan dari fitnahnya Ad Dajjal dan tiada seseorang dapat selamat dari fitnah Dajjal melainkan ia dahulu mengharungi kepelbagaian fitnah sebelumnya. Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini, baik kecil mahupun besar kecuali untuk (menjemput) fitnah Ad Dajjal."
(Musnad Imam Ahmad No:22215)
                                                                            

Maka, janganlah terlalu yakin bahawa kita mampu terselamat. Namun, tetaplah berharap pada Allah SWT, kerana hanya Dia sahaja mampu menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

--------------------------------------------------



MENGELAK FITNAH DAJJAL

Marilah kita berusaha dari sekarang untuk mempersiapkan diri dari fitnah Dajjal. Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk menghidari fitnah Dajjal, menurut Hadis Rasulullah SAW.

1. Baca, faham dan amal pangkal surah Al-Kahfi

                                                                       

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda,
"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim 809)

                                                                       

Ada kekhilafan bahawa sepuluh ayat Al-Kahfi yang dimaksudkan, sama ada sepuluh ayat pertama ataupun sepuluh ayat terakhir, ataupun kedua-duanya. Maka untuk langkah selamat, pilihlah sepuluh ayat pertama DAN sepuluh ayat terakhir.

Lebih baik, sekiranya dipilih keseluruhan surah Al-Kahfi itu sendiri. Seperti dalam hadis Rasulullah SAW yang berikut :

                                                                       

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

                                                                       

Bagi mendapatkan surah Al-Kahfi ini, rujuklah kitab suci Al-Quran secara offline atau anda boleh rujuk 10 ayat tersebut di sini.

2. Amalkan doa menghindari fitnah Dajjal

Jika anda tidaklah mahir membaca Al-Quran, atau tak reti membaca huruf arab sekalipun, janganlah putus harapan. Telah disediakan doa ringkas sebagai salah satu usaha untuk menghindari fitnah Dajjal.



Kalau tak dapat menghafalnya, berdoalah dalam doa selepas solat dalam Bahasa Melayu.

Pernah saya terbaca bahawa doa ini amat penting, sehinggakan pernah dalam satu zaman kegemilangan Islam, membaca doa ini selepas tahiyyat akhir sebelum salam, dijadikan antara syarat sah solat. Ada yang sanggup mengulangi solatnya andai tertinggal doa ini.

Namun, diingatkan bahawa hukum sebenar membaca doa ini selepas tahiyyat akhir TIDAK WAJIB, namun penting sebagai persediaan menghadapi Dajjal.

3. Tinggal di Makkah atau Madinah

Ada juga pendapat yang menyarankan agar kita tinggal di Makkah atau Madinah ini kerana Dajjal tidak dapat memasuki dua tanah haram ini.

                                                                         
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw. sabdanya:
"Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al Masih Ad Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0919 Jilid 2)

                                                                         
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit, taun(penyakit menular) dan tidak pula Dajjal."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0920 Jilid 2)
                                                                         

Namun, diingatkan bahawa orang kafir dan musyrikin tidak dapat berpijak di bumi haram ini. Malah, mereka ini bersama para munafik akan dikeluarkan dari kota suci Makkah dan Madinah apabila digoncangkan pada saat munculnya Dajjal.
                                                                          
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
"Semua negeri akan dipijak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah swt. mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0921 Jilid 2)
                                                                        

Kesimpulannya, biarlah di mana diri anda, anda kerja apa, anda sedang buat apa, ingatlah Allah selalu. Insya-Allah, Allah akan pelihara diri anda sebagaimana anda memelihara hubungan dengan-Nya.

Wallahua'lam bissawab. :)

RUJUKAN : 

1. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2 Topik adalah Madinah, BankIslam.net(http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Madinah/)


2. Doa Pelindung dari fitnah Dajjal, blog Media Deepsea Berita Semasa dan LamaMei 2011(http://nelayan-lautdalam.blogspot.com/2011/05/doa-pelindung-dari-fitnah-dajjal.html)


3. Surah Al-Kahf, blog Mata Hati, April 2010 (http://yanty82.blogspot.com/2010/04/ayat-perlindungan-dari-fitnah-dajjal.html)


4. Kedatangan Dajjal ( Al-Masih ), blog Masa-Masa Kedatangan Dajjal, 1 September 2011(http://rayhanmogerz.blogspot.com/2010/12/kedatangan-dajjal-al-masih.html)


5. Jauhi Fitnah Dajjal, Pondok Pasir Tumboh Al-madrasah Al-diniyyah Al-bakriyyah, 11 Jun 2010 (http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=311:jauhi-fitnah-dajjal&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37)


6. Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada AlQuran dan Sunnah, Leokid!, 25 Ogos 2010 (http://me.leokid.my/dajjal/)


7. Mencari Solusi Iman Di Era Badai Fitnah Melakar Wajah Dajjal, Tarbawi, 6 September 2011 (http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/minda-pejuang/139-mencari-solusi-di-era-badai-fitnah-melakar-wajah-dajjal)


8. Dajjal Menurut Hadis SAW, tayibah.com (http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm)


9. Doa Jauhi Fitnah Dajjal, posted by Ibnu Hamzah at PEMBUKTIAN TANDA-TANDA KIAMATFacebook group, 2 Mei 2010 (https://www.facebook.com/topic.php?uid=115948865097606&topic=97)

10. http://jimie1402.blogspot.com/2011/10/dajjal-bersediakah-anda.html

Saturday 15 March 2014

AKU DAN PENULISAN





Bismillah...Allahumma solli 'ala Muhammad

Alhamdulillah. Semoga ilham yang dikurniakan oleh Allah ini akan terus berkembang dan menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada saya. Insya Allah semoga Allah terus-menerus memberikan kekuatan kepada saya untuk terus menulis dan memperbaharui blog ini dari semasa ke semasa demi menyebarkan suatu ilmu yang sangat bermanfaat. Amin Allahumma amiin

Tidak semua manusia itu diberikan kelebihan untuk menulis. Memang tidak dapat dinafikan menulis merupakan antara suatu anugerah terhebat oleh Allah kepada hambaNya yang terpilih. Oleh yang demikian, dengan kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan, jadikan medan penulisan ini sebagai suatu medan dakwah yang dapat menjadikan manusia itu kembali ke pangkal jalan. Tiada yang lebih diharapkan oleh setiap penulis kecuali hasil tulisannya itu dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Sesungguhnya tulisan yang hebat itu bukan dinilai daripada banyaknya royalti yang diperoleh dan bukan hasil tulisannya itu menjadi ' best seller'. Namun, apa yang dikehendaki oleh penulis ialah hasil karyanya itu mampu membuatkan pembaca sedar akan kealpaan dan menjadi semakin dekat dengan PenciptaNya. Bertuahnya karya itu yang mampu memberikan pahala yang besar kepada penulisnya. Karya hebat yang dapat meruntun hati pembaca dan semakin mengingati Allah di akhirnya. Begitulah karya yang diimpikan selama ini. Semoga Allah mengabulkan hasrat ini.

Tidak semua hasil karya yang ditulis dapat meruntun hati pembaca untuk semakin mencintai Allah. Ada karya yang melalaikan, melekakan dan ada juga karya yang terlalu berlebih-lebihan dalam bab-bab sensitif sehingga menjadikan pembaca lalai dan teralpa seketika. Begitulah pentingnya niat sebelum menghasilkan karya. Niatkan menulis untuk berdakwah semata-mata kerana Allah SWT. Benarlah, tulisan yang lahir daripada hati penulis akan sampai ke hati pembaca. Tulislah dengan ikhlas dan penuh tawaduk demi membangunkan agama. Memperoleh royalti daripada hasil karya tidak sepatutnya berada di kedudukan terawal sebelum melaksanakan sebarang aktiviti penulisan.

Apabila diniatkan kerana Allah untuk berdakwah dan memberikan peringatan kepada manusia, maka Allah akan menurunkan ilham yang tidak disangka-sangka seumpama hujan yang mencurah-curah membasahi bumi tanpa sebarang kawalan. Yang terpenting niat di dalam hati dan jiwa itu perlu ikhlas. Hebatnya anugerah Allah tanpa batasan ini. Segala-galanya terserah kepada penulis untuk menghasilkan karyanya. Hebatnya juga seorang penulis apabila dapat menghasilkan tulisan yang benar-benar lahir daripada hati yang tulus ikhlas. Indahnya karya itu yang dapat mengubah hati pembaca. Sesungguhnya hati manusia itu milik Allah. Hanya Allah sahaja yang dapat mengubah hati manusia. Oleh itu, berusahalah agar kita dapat menghasilkan karya indah yang dijadikan perantara dalam mengubah hati manusia. Berbahagialah jika kita tergolong dalam penulis yang sedemikian rupa. Menulis dari hati akan dapat melonjakkan suatu anjakan dalam membawa manusia ke arah kebenaran dan memberi peringatan antara satu sama lain. Begitulah karya yang diredai dan semoga kita dijauhkan daripada menghasilkan karya yang melalaikan dan tidak memberi sebarang manfaat untuk diri, ibu bapa, keluaraga, agama dan masyarakat.

Teringat saya akan bagaimana datangnya hidayah Allah dalam hidup saya adalah melalui penulisan-penulisan yang kerap saya baca semasa saya berada dalam tingkatan 3 dahulu. Ketika tamatnya peperiksaan PMR , saya habiskan masa dengan membaca hasil karya yang dikongsi di laman blog dan forum halaqah.net ( syukur Allah temukan saya dengan laman2 sosial yang sangat bermanfaat ). Melalui pembacaan ini hari demi hari titisan air mata taubat dan hidayahNYA menyerap masuk ke lubuk hati saya dan akhirnya menjadi pencetus untuk saya 'terjun' ke dunia penulisan seawal usia 15 tahun. Saya mula menubuhkan blog saya sendiri dengan niat dan harapan semoga akan ada yang 'bertemu hidayah' melalui penulisan saya seperti mana saya 'bertemu hidayah' melalui karya penulisan sebelum ini. Sungguh ianya tidak mudah, pernah saya hapuskan blog ini pada tahun 2012 atas sebab tertentu , namun atas galakan dan semangat daripada sahabat dan insan sekeliling, saya bangunkan semula blog ini yang kini akan terus berusaha memberi 'sentuhan sebuah penulisan' buat semua pembaca.



Semoga Allah mencetuskan suatu ilham luar biasa yang dapat menarik pembaca melalui karya yang saya hasilkan. Semoga Allah menjadikan hasil karya saya digeruni oleh musuh Islam. Semoga karya yang saya hasilkan dapat menjadikan pembaca itu semakin dekat dengan Allah. Semoga Allah menjadikan karya saya sebagai ledakan yang dapat mengubah umat. Semoga karya yang dihasilkan itu mampu membawa saya semakin mencintai Allah dan RasulNya. Semoga Allah memberikan keikhlasan yang berpanjangan dengan kemantapan idea serta kemudahan dalam menghasilkan penulisan demi penulisan. Semoga hati ini sentiasa tunduk, patuh dan tawaduk kepadaNya dalam menghasilkan sebuah penulisan yang benar-benar lahir dari hati yang tulus ikhlas. 

Akhir kalam, menulis itu merupakan suatu ilmu bermanfaat yang dapat membantu kita di alam barzah nanti. Semoga hasil penulisan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa perjuangan untuk menjadikan manusia itu kembali kepada pencipta-Nya tidak pernah luntur malah semakin membuak-buak demi memartabatkan ISLAM di mana-mana sahaja. Sedikit pesanan untuk diri dan sahabat-sahabat, menulislah dari hati kerana tulisan yang lahir daripada hati penulis akan sampai ke hati pembaca. Tiada niat selain semata-mata kerana Allah demi membangunkan ISLAM di mana-mana sahaja kita berada.

Semoga Allah mengabulkan segala permohonan hambaNya yang hina ini dan semoga Allah redha..
 Amin Allahumma amiin.

Wednesday 12 March 2014

Kerana Allah itu Tidak Mengecewakan...PERCAYALAH !




Bismillah alhamdulillah....article ini saya kongsikan daripada sebuah blog biskotmayat.blogspot.com
yang mana ianya lebih kurang dengan apa yang saya alami dan mungkin ada antara anda juga yang berhadapan dengan situasi ini....semoga bermanfaat buat kita semua...( terima kasih kepada tuan punya blog kerana telah memberi keizinan buat saya ) semoga Allah redha.

Beberapa hari lepas (dah seminggu lebih rasanya), ada seorang rakan kepada rakan saya 'mengadu' atau meminta 'kaunseling' dari saya, seorang kaunselor yang tak bertauliah. Apatah lagi nak ada lesen. Mimpilah. Cap ayam sungguh saya. Tetapi hairan kenapa kawan saya boleh cadangkan nama saya.

Garu kepala.

Tetapi tak apalah. Saya cuba bantu mana yang paling mampu. Mula-mula saya nak mesej sahaja dia, kemudian disebabkan saya malas menaip mesej dan ada perkara yang penting, maka saya call dia untuk memudahkan bual bicara dan penyampaian.

Saya tanya dia, apa masalah dia. Tanpa banyak bicara, dalam nada sedu sedan, dia terus memulakan ceritanya.

Oh sebelum tu, saya rahsiakan namanya. Kita nak tahu ibrah atau pengajaran dari kisah dia, bukan siapa dia. Kita anggap dia sebagai "A".

"Manusia yang cetek agama.." kata dia masa mesej awal dengan saya, "boleh ke berubah? Ada ke jalan?"

Bila saya membaca soalan ini, saya tersenyum simpul. Kemudian saya memulakan sedikit dialog ringkas sebelum dia bertanya soalan seterusnya.

"Kenapa Allah tak makbulkan doa saya? Saya nak ibu bapa saya macam orang lain. Suruh anak-anaknya solat. Marah bila anak-anak tak solat."

"Saya nak ibu bapa saya solat berjemaah dengan saya. Saya nak diorag bagi didikan agama dekat saya. Saya nak semua benda yang ibu bapa orang lain buat dekat anak diorang. Tetapi hakikatnya, doa saya tak pernah jadi kenyataan..."

Bunyi nada pada akhir mesej itu seolah kecewa dan putus asa.

Tanpa saya sedari, berkaca mata saya. Saya tak perasan bahawa saya nak menangis. Sedih..

Bukan sedih dengan apa yang dia lalui. Tetapi sedih kerana apa yang dia fikirkan, pernah saya fikir dan lalui satu ketika dulu.

Bahkan lebih lagi...

Selepas itu, saya terus nekad untuk call dia untuk berkongsi beberapa cerita serta nasihat. Sebab pada saya, jika tidak dibetulkan bentuk fikir ini, akan membawa kepada situasi yang lebih parah dah bahaya.

Ada Melalui Jalan Bahagia.

Kemudian tadi, ketika saya bukak facebook, secara tidak sengaja terpapar satu status seorang rakan facebook saya, yang berkongsi kerinduan kepada ibu bapanya di rumah sambil tunjuk gambar ibu bapa mereka yang sedang bergurau senda.

Antara status yang ditulis ;

"Syurga,

Anak rindu.
Doakan anak tenang di sini ye.
Anak rasa macam terlalu banyak tekanan sekarang ni.
Mungkin sebab anak exam kut.
Doakan anak dapat menjawab exam dengan tenang ye. Nak ketam nak sotong nak sambal belacan nak sambal tumis ikan bilis nak mee ayah nak nak nak facial nak baju heh.

Rindu."

Bila saya membaca status ini, saya rasa sebak secara tak sengaja.

Entah. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin saya rindu pada ibu saya di kampung.

Mungkin juga saya rindu dan teringin untuk mempunyai ibu bapa seperti rakan saya itu. Seperti mana yang diinginkan oleh rakan baru saya, si A.

Tetapi tidak bermaksud saya iri hati pada dia.

Tidak sama sekali.

Kerana itu rezeki dia, mempunyai seorang ibu dan ayah yang banyak mengambil berat urusannya, ada disisi ketika dia tertekan, sentiasa memberi semangat ketika dia jatuh.

Saya turut gembira kerana Allah kurniakan dia keluarga sebegitu. Dan saya juga turut bahagia dengan keluarga saya. Walaupun banyak kekurangan sana sini, tetapi bahagia itu tetap saya nikmati.



Kita Yang Mencipta Melodi Hidup Kita

Saya masih muda lagi. Masih mentah dalam banyak perkara. Masih gelabah dalam pelbagai situasi.

Tetapi saya juga diizinkan Allah untuk melalu dan menghadapi rencam ragam yang pelbagai.

Hidup ini ibarat melodi lagu. Kita yang buat dan reka melodi tersebut. Samada menjadi merdu, sumbang, mendayu, rancak, atau sebagainya.

Anda adalah komposer lagu hidup anda sendiri. Kerana itu Allah ilhamkan kepada kita dua jalan.

Jalan menuju ketaqwaan dan jalan menuju kebinasaan. Beruntunglah sesiapa yang memilih jalan menuju ketaqwaan, rugilah sesiapa yang memilih jalan menuju kebinasaan.

Sesiapa yang mengenali saya secara peribadi, mereka akan tahu bagaimana perjalanan hidup saya satu ketika dulu, dan bagaimana saya ubah semula melodi saya dari sumbang kepada sedikit merdu.

Err.. Takde la merdu sangat. Sumbang juga kadang-kadang. Sedap didengar sendiri je barangkali. Eheh.

Saya sedar dan tahu, di sana ramai orang mencari-cari jalan dan makna hidup ini. Di sana juga ramai menanti-nanti dan teringin ibu bapa mereka menjadi sebaik malaikat dan seanggun bidadari. Namun ramai juga yang kecewa kerana pada mereka permintaan mereka pada Pemilik Langi dan Bumi masih lagi tidak diperkenankan.

Erk, faham ke dak ni? Ok, saya tak tulis bahasa langit sangat. Saya guna bahasa bumi. Hehe. Guna bahasa mudah.

Saya tahu ramai yang mungkin hampir kecewa dan putus asa dengan doa kepada Allah.

Dan saya tahu ramai yang menginginkan ibu bapa mereka adalah ibu bapa yang soleh, tetapi sayangnya tidak soleh seperti mana yang mereka impikan. Bahkan kadang-kadang lebih teruk.

Dan saya juga tahu ramai juga yang menginginkan kehidupan yang menggembirakan, ada adik beradik yang sporting dan memahami, ada harta yang dapat menampung kehidupan mereka, ada kereta yang boleh bawa mereka jalan-jalan, ada duit lebih untuk dibawa melancong ke mana-mana dan lain-lain.

Saya tak mahu cerita tentang apa yang berlaku pada kehidupan saya yang lalu. Saya cuma nak nasihatkan sedikit saja. Nasihat ini saya cuba semaksima mungkin untuk jujur dan ikhlas dari hati saya.

Saya cuba menulis dari hati, agar ia dapat menyentuh hati-hati yang ingin mencari.

Nasihat saya...

Setiap orang ada jalan cerita sendiri. Ada melodi yang tersendiri.

Ada yang indah, ada yang pedih.
Ada yang gembira, ada yang duka.
Ada yang sumbang, ada yang merdu berkumandang.
Ada yang semanis madu, ada yang sepahit hempedu.

Tetapi ketahuilah, Allah takdirkan apa yang berlaku pada diri kita semua PASTI dan PASTI ada hikmah dan rahsia disebaliknya.

Tugas kita pula, TERUSKAN hidup ini, dan teruskan BERHARAP kepada Allah. Jangan mematikan doa kita kepada-Nya. Jangan pernah putus asa. Jangan pernah mengalah!

Kerana percayalah cakap saya..

Jika kita tidak berputus asa dengan rahmat Allah, dan jika kita sentiasa berdoa dan bersangka baik kepada Allah, nescaya suatu hari nanti kita akan menjumpai permata hikmah yang tersembunyi disebalik perjalanan yang kita akan lalui pada masa depan.

Buktinya? Alhamdulillah saya sudah ketemukan permata hikmah itu. Walau tidak semua, namun cukup untuk saya terus melaju berlari menuju Allah.

Percayalah...

Kerana Allah itu tidak pernah mengecewakan.

:)