Monday, 26 November 2012

ISLAM MEMENTINGKAN KEBERSIHAN


Sudah menjadi fitrah atau sifat
semulajadi manusia sukakan keindahan.
Kebersihan merupakan salah satu ciri
yang menjadikan sesuatu itu indah
dipandang mata. Di dalam sebuah hadis
disebutkan ان الله جميل يحب الجماال
Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu indah
dan Dia sukakan keindahan.

Dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w.
mengatakan : النظافة من الايمان
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian
daripada iman.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas
menunjukkan kepada kita bahawa Agama Islam
amat menuntut kita supaya menjaga
kebersihan. Sebab itu juga kita
diwajibkan bersuci dan berwuduk sebelum
sembahyang.

Orang yang menjaga kebersihan sama ada
kebersihan diri, tempat tinggal dan
persekitarannya amat dihargai oleh
Allah. Buktinya dalam sebuah hadis Nabi
ada bersabda yang bermaksud orang yang
membuang duri di jalanan juga diberi
pahala sedeqah. Ini bermakna sekali
perbuatan membuang sampah itu diberi
sepuluh pahala. Cuba pelajar-pelajar
bayangkan sedangkan membuang duri di
jalan diberi pahala apatah lagi kalau
pelajar membuang sampah yang ada di
rumah, di kelas dan sekolah kita.

Jika menjaga kebersihan persekitaran
diberi pahala maka mengotorkannya adalah
berdosa, terutamanya jika melibatkan
hak-hak awam seperti taman-taman, tempat
menunggu bas dan termasuklah tandas.
Ini kerana jika kita mengotorkan
tempat-tempat tersebut ia akan memberi
kesusahan kepada orang ramai untuk
menggunakannya, tempat-tempat kotor akan
menjadi sarang penyakit. Sudah pasti
mata juga sakit bila melihatnya.

Marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan, bukan hanya kebersihan
jasmani/ fizikal sahaja, kita juga
mesti bersih hati, rohani dan bersih
minda. Insya Allah jika hati bersih
kita akan bertindak ikhlas untuk
mengutip sampah di jalan, jika rohani
bersih kita tidak suka melakukan dosa
atau kerosakan dan jika minda bersih
kita akan mudah menuju kejayaan.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

UJIAN



Alhamdulillah...betapa banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita yang sering dan sentiasa kita lupakan ...dan biasanya hanya akan kita sedari dan syukuri tatkala ujian menimpa....dan ada jugak sesetengah yang menyalahkan takdir dan qadak dan qadar yang telah Allah tetapkan pada dirinya......bagaimana pula dengan kita??


Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci.

Ya Allah, Engkaulah yang punya segala-galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. 


Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepada

#muhasabah bersama....:')

Thursday, 22 November 2012

YA ALLAH SELAMTKANLAH PALESTIN






Assalamualaikum.....apa khabar dengan iman?? alhamdulillah cuti semester dah bermula hampir 2 minggu..sebab tu ana dah lama tak dapat update ....

alhamdulillah hari ni diberi peluang untuk keluar online seketika..subhanaAllah....runtun hati melihat penderitaan yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin...sayu dan pilu serta takjub melihat kesungguhan dan usaha mereka mempertahankan ISlam...anak-anak kecil..para pemuda bangkit tanpa ada rasa gerun.....hanya menggunakan batu2 kecil mara ke depan membeling ke arah tentera Israel..subhanaAllah....


(("Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.")) 
(Al Baqarah: 120)


betapa kejamnya mereka...bangkitlah wahai anak muda!!! hulurkan sumbangan anda walaupun hanya sepotong doa kepada mereka.....:'( Jika diizinkan Allah ingin ku pergi berperang di gaza...membantu mereka mempertahankan ISlam....terasa kerdil diri ini..sentiasa mengeluh dek ujian yang sekecil cuma...sedangkan mereka??? subhanaAllah ....

SETIAP HARI PASTI BERLAKUNYA KEMATIAN....

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


" YA ALLAH ...BERILAH KEMENANGAN KEPADA SAUDARA KAMI DI PALESTIN..BERIKAN KEKUATAN SERTA KETABAHAN KEPADA MEREKA..LINDUNGI MEREKA DARI SEBARANG PEPERANGAN, KESUSAHAN DAN BENCANA...LEMAHKAN TENTERA ISRAEL YA ALLAH.....ISTAJIB DOA ANA YA ALLAH3X "

Thursday, 8 November 2012

CAHAYA MATA AMANAH ILLAHI



subhanaAllah....seketika tadi mata ini melihat beberapa keping foto yang dikongsi di laman muka buku...mata     seakan-akan mengukir senyuman..hati berasa sebak seketika...terharu melihat ibu bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan agama serta syariat Islam sejak dari kecil...

Anak adalah anugerah ALLAH SWT buat pasangan suami isteri. Didik dan asuhlah anak itu dengan agama supaya kelak dia bisa menerokai dunia ini dengan iman dan taqwa. Menjadi pemimpin dan bukan perosak dunia. ^_^ 

"Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat ALLAH yang paling bahagia


Ya Allah...Engkau jadikanlah aku kelak seorang ibu yang solehah....bersama-sama suami mendidik anak-anak menjadi mujahid dan mujahidah Islam yang cekal dan berakhlak...

" Didik anakmu dengan Islam. Bawalah dia bersama ke majlis-majlis ilmu agar dia dilatih mencintai ilmu."

InsyaAllah......:')

LAST PAPER





assalamualaikum...dah berhabuk dah blog ana setelah ditinggalkan beberapa hari...^_^

Alhamdulillah segala pujian bg Allah, selawat serta salam ke atas Nabi S.A.W serta para sahabat baginda....
kini dah sampai ke penghujung semester 4....tomorrow will be the last paper which is LEGAL TEXT OF AL-QURAN.....

Alhamdulillah baru lepas  mengulang kaji serta mengkaji sekali lagi what actually the meaning of surah An-Nur...sebab dalam subjek ni...we have learned secara mendalam tentang apa yang terkandung dalam surah an-nur....

So, from the verses 1 lagi Allah said " inilah surah yang diturunkan dan diwajibkan untuk kita menjalankan hukum2NYA serta mengandungi tanda2 kebesaran Allah that we may remember. In this surah contain a lot of lawful and unlawful, commands and prohibition and the prescribed punishment.

Rasa sangat2 seronok bila mana kita menkaji apa yang terkandung dalam al-Quran..sangat banyak ilmu yang pasti kita perolehi..dan segala jawapan juga turut ada di dalam al-Quran...samalah2 kita perbanyakkan bacaan dan mengkaji al-Quran serta mengamalkannya...InsyaAllah semoga menjadi cahaya untuk kita menghadapi liku-liku kehidupan serta sebagai bekalan di akhirat kelak..

InsyaAllah after exam I will share and explained about every verses of surah an-Nur...nantikan....ma'as salamah wa ilal liqa' ..doakan ana ye sahabat2.....semoga sahabat2 yang tengah exam di luar sana pun beroleh kejayaan yang cemerlang.....amiin...

Monday, 5 November 2012

KEK PANDAN


Assalamualaikum..hari ni ana nak berkongsi pulak cara2 nak buat kek pandan....:) tak susah pun..bahan pun simple2 je..yang penting rasa...^_^


bahan-bahan 


250g mentega
200g gula halus

5bj telur
200g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu kecil esen pandan
2 sudu kecil pewarna hijau


cara- cara

-pukul gula dan mentega hingga kembang
-masukkan telur,pukul satu per satu
-masukkan tepung gandum,serbuk penaik pukul sebati
-masukkan esen pandan dan pewarna hijau,pukul lagi.
-lenserkan loyang dengan majerin dan sedikit tepung untuk elakkan kek dari melekat di loyang,masukkan adunan kek tadi.
-bakar pada suhu 180'c selama 45 min



SELAMAT MENCUBA~~~ ^_^ jangan lupa nak lebih sedap , buat sambil berzikir dan selawat....^_^

Sunday, 4 November 2012

BISMILLAH


Telah menjadi suatu kebiasaan di dalam penulisan kitab-kitab agama, penulis kitab akan membuka penulisan mereka dengan kalam Basmalah, kemudian dituruti bersama dengan selawat dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Terutamanya di dalam kitab-kitab syarah atau hasyiah yg dikarang oleh para ulama al-mutaqaddimeen, sebelum mereka mensyarahkan tentang isi kitab tersebut, terlebih dahulu mereka akan memulakan perbincangan dengan mensyarahkan hukum hakam yg berkaitan dengan BISMILLAH.

Oleh itu, terdapat 2 persoalan penting yg dibincangkan mengenai Basmalah ini, iaitu:
1. Mengapa penulis memulakan penulisan dengan Basmalah?

2. Bilakah keadaan yg dituntut & tidak dituntut untuk mengucapkan Basmalah?


Jawapan persoalan pertama:

Para ulama menyatakan bahawa memulakan penulisan dengan Basmalah adalah dengan tujuan Iqtidaa’ (mengikut atau menyontohi) dengan sesuatu yg telah dimulakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran al-Kareem. Abu Bakr at-Tunisi telah menaqalkan bahawa telah menjadi ijma’ para ulama bagi setiap agama samawi(Islam, Yahudi & Nasrani) bahawa Allah SWT memulakan setiap kitab-Nya (Injil, Taurat, Zabur & Al-Quran) dengan Basmalah, berdasarkan kepada hadis:

كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله الرحمن الرحيم فهو أبتر أو أجزم أو أقطع

“Setiap pekerjaan yg tidak dimulai padanya dengan ucapan Basmalah, maka pekerjaan itu akan terpotong & terputus (iaitu cacat & kurang keberkatan)”


Perkataan أمر menunjukkan kepada keumuman pekerjaan termasuklah perbuatan, percakapan dan penulisan. WA

Jawapan kedua:

Walaupun kalimah أمر berbentuk umum, tetapi para ulama menyatakan bahawa di sana terdapat pengecualiaan terhadap tuntutan memulakan pekerjaan, percakapan & penulisan dengan Basmalah pd 5 keadaan:


1. Haram pada zatnya (dirinya) seperti zina, mencuri, merompak & sebagainya yg mana dalil pengharamannya thabit secara qat’ie di dalam al-Quran & sunnah nabi SAW.

2. Haram li ‘aridhi (haram disebabkan faktor luaran) seperti berwuduk dengan menggunakan air yg dirampas, sedangkan membaca Basmalah ketika hendak berwuduk pada asalnya merupakan salah satu dari sunat-sunat wuduk.

3. Makruh pada Zatnya seperti suami melihat faraj(kemaluan) isterinya tanpa sebarang sebab atau hajat.

4. Makruh li ‘aridhi seperti makan bawang & petai.

5. Berbeza ketika hendak membaca al-Quran, tidak disunatkan membaca Basmalah pada zikir semata-mata seperti “La ila ha illallah”. Begitu juga tidak disunatkan membaca Basmalah semata-mata ketika hendak mendirikan solat, kecuali kalau memulakannya dengan membaca surah al-Ikhlas sbg contoh, maka disunatkan membaca basmalah. Perkara nie banyak dilakukan masyarakat. Ia tidaklah haram, Cuma tidak disunatkan. WA.[1]


Hikmah dituntut memulakan pekerjaan dengan Basmalah:


Bukan setiap perkara yg Allah perintahkan dapat diketahui oleh manusia. Kadang-kadang ia merupakan perkara ta’abbudiyyah yg perlu kita laksanakan dengan penuh ketaatan. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kebesaran Allah SWT bahawa Dia memiliki ilmu yg sangat luas melampaui keluasan alam semesta, sehingga tidak terjangkau oleh akal manusia yg lemah & terbatas ini. Namun begitu, kadang kala Allah SWT membukakan pintu rahsia & hikmah di sebalik perintah dan ciptaanNya kepada para ulama & hambaNya yg beriman. Ini suatu kelebihan yg tidak semua manusia mampu memilikinya.

Berkenaan dengan Basmalah, di sana terdapat hikmah & rahsia mengapa kita dituntut untuk memulakan setiap pekerjaan dengan membacanya
.

“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Kalau kita perhatikan, bukankah makna Basmalah ini seolah-olah seperti tergantung(tak sempurna)? Sebagai contoh kita sebut ‘dengan kerusi yg merah lagi kecil ini’ … bukankah tergantung maknanya? Ucapan seperti ini di dalam ilmu Balaghah dianggap sebagai ucapan yg tidak fasaahah kerana gagal memahamkan para audience. Namun begitu, adakah ini bermaksud bahawa kalam Allah SWT juga tidak fasaahah?

Bagi sesiapa yg pernah mempelajari ilmu Nahu bahasa arab, di dalamnya terdapat satu tajuk berkenaan dengan Harfu al-Jar seperti lam(ل), ba(ب), min(من) & sebagainya. Allah SWT memulakan kalimah Basmalah dengan huruf ba(ب) yg membawa maksud ‘dengan’. Mengikut kaedah nahu, huruf jar perlu dita’liq (bergantung) dengan fi’il (perbuatan) sebelumnya. Sebagai contoh, “Zaid pergi ke kedai dengan motor”. Dalam contoh ayat ini, ‘dengan’ bergantung dengan perbuatan ‘pergi’. Namun dalam ayat ini, kalimah ‘pergi’ disebut secara zahir. Tetapi berbeza dengan kalimah di dalam Basmalah … ia dimulakan dengan huruf ba tanpa didahului oleh sebarang kalimat yg menunjukkan kepada perbuatan. Justeru dalam hal ini, setiap orang yg ingin menyebut Basmalah, dia hendaklah mentaqdirkan (menganggap) di dalam hatinya dengan perbuatan yg ingin dia lakukan. Contohnya sekiranya zaid hendak membaca buku, maka zaid perlu nyatakan di dalam hatinya atau melafazkannya seperti ‘aku membaca buku Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’.

Apakah hikmahnya?


Hikmahnya adalah supaya kita sentiasa bergantung kepada Allah SWT, Tuhan yg memiliki sekalian langit dan bumi. Kita perlu sedar bahawa apa yg kita lakukan adalah dengan Iradah dan Qudrat-Nya. Sekiranya Allah SWT tidak mengkehendaki kita melakukannya, walaubagaimana cara sekalipun usaha yg kita lakukan … perkara tersebut tidak akan terlaksana. Kerana segalanya di bawah kuasa Allah … yg merupakan Raja dan Pemerintah bagi setiap yg bernyawa dan yg mati. Allah telah bersaksi bahawa agamaNya tidak akan hilang & hapus dari muka bumi ini walaupun orang kafir dan musyrik membencinya.

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya"


(as-Shaff: 8)


Sekarang telah terbukti bahawa usaha yg selama ini mereka lakukan tidak berhasil. Mereka pernah meruntuhkan panji-panji Islam di Sepanyol suatu ketika dulu, tetapi hari ini suara Islam kembali kedengaran di sana. Rakyat beragama Islam menuntut hak mereka untuk mendirikan solat di masjid. Umat Islam bukan sahaja di Sepanyol, bahkan di negara-negara Eropah seperti England, Perancis dan sebagainya … jumlah mereka sudah semakin ramai. Di England, komuniti umat Islam merupakan komuniti kedua terbesar setelah Kristian. Gereja kosong … masyarakat Kristian tidak datang ke gereja lagi. Semangat keagamaan semakin hari semakin pupus di dalam diri mereka. Mereka mahu hidup bebas, menjadi atheis yg tidak mengenal tuhan. Gereja diambil alih & diganti menjadi masjid. Masjid-masjid tumbuh seperti cendawan. Ini membuktikan bahawa cahaya Islam sudah kembali menampakkan sinarnya dan akan terus terbit memancarkan cahayanya kepada seluruh alam.

Pejuang Islam dituduh zalim, terrorist dan penindas … mereka ditindas, dikecam dan dizalimi … tetapi ia tidak pernah memadamkan nama Islam dari peta masyarakat dunia, bahkan terjemahan al-Quran semakin banyak dicetak dek permintaan yg begitu tinggi dari masyarakat bukan Islam. Mereka ingin tahu Islam yg sebenarnya. Adakah benar ia ganas? Adakah benar ia zalim? Adakah benar ia mendiskriminasikan wanita? Jumlah manusia yg menganut Islam bertambah ramai … Allahu Akbar Allahu Akbar … suaran azan sayup-sayup kedengaran memanggil manusia …… Rumah Allah tidak pernah kosong dengan manusia seperti mana agamaNya tidak pernah kosong dari lambakan penganutnya.

Mengapa jadi begini..?

“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

(al-Hasyr: 22-24)


Kerana Dia adalah Allah. Bukan patung, bukan binatang & bukan juga manusia … tetapi dia adalah Tuhan sekalin alam. Qudrat Allah tiada siapa yg boleh menandinginya ..
Jangan melihat kalimah Basmalah pada bilangan hurufnya, tetapi lihatlah pada besarnya maknanya …


“Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang … aku memulakan pembacaan”
[1] Tuhfatul Mureed li Jauharatit Tauhid, Syeikh Ibrahim al-Baijuri, m.s 9, cetakan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.


SUMBER  : http://ibnasmuni.blogspot.com/2007/11/basmalah-hukum-rahsianya_05.html

                : halaqah.net


Thursday, 1 November 2012

CHEESE TART

BLUBERRY CHEESE TART dan step by step

Assalamualaikum...memasak merupakan salah satu daripada hobi ana..ana mula tertarik dengan bentuk chesse tart yg comel ni ditambah pulak dengan rasa yang sedap,,nyummy....maka ana pun nak tahu juga macam mana nak buat cheese tart ni...so akhirnya jumpa jugak cara2nya...very simple....insyaAllah cuti sem ni ana nak try buat according to this step....ada sesiapa nak cuba jugak? jom tengok step2 ni....i got it from http://fromintankitchen.blogspot.com. :) thank you very much ..<3






Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.


Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.



Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.



250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.



Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.



Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.



1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi. 
2 .Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik
3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk   bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.


Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.

Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! 


sumber :  http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/07/bluberry-cheese-tart-dan-step-by-step.html

PERJALANAN EXAM



Assalamualaikum .... Alhamdulillah segala pujian bagi Allah..selawat serta salam ke atas Rasulullah s.a.w serta para sahabat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan redhaNYA.

Alhamdulillah....4 paper dah pun selesai...bermula hari isnin dengan paper SC OF DA'WAH dan ARABIC. Diikuti dengan paper ENGLISH pada hari selasa dan paper USUL FIQH pada hari ni iaitu hari khamis..

Alhamdulillah so far perjalanan exam pada kali ini sangat baik dan lancar...Terima Kasih ya Allah kerana Engkau permudahkan ku untuk menghafal dan memahami setiap apa yang dipelajari sepanjang semester kali ni ...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan ana terutamanya doa dari IBU BAPA ana yang pastinya tiada hijab di sisi Allah..

So, kini 2 paper sahaja lagi yang menanti....IT ( 6/11) & LEGAL TEXT QURAN ( 9/11)..InsyaAllah...rabbi yassir wala tu'assir.