Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Sunday, 2 June 2013

KISAH RASULULLAH DENGAN PENGEMIS YAHUDI BUTA





Bismillahirrahmanirrahim.....Allahumma salli a'la Muhammad....

Alhamdulillah masih diberikan ruang dan peluang untuk terus bernafas menyedut udara dan oksigen tanpa sebarang bayaran kepadaNYA.....subhanaAllah betapa pemurahnya Allah,,,,

insya Allah entry kali ni ana ingin berkongsi sebuah kisah yang sering kita dengar berulang kali...dan memang patut untuk kita baca dan dengar berulang kali agar kita sentiaa sedar bahawa Rasulullah adalah contoh tauladan yang terbaik....


Kisah Rasulullah SAW Dengan Perempuan Yahudi Buta Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" . Namun, setiap pagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.




 Setelah wafatnya Rasulullah SAW tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". * Aisyah RA menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar RA. "Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana ", kata Aisyah RA.

 Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu. "Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

 Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, lalu ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim. Selawat ke atas baginda SAW…

subhanaAllah...lihatlah betapa mulianya baginda S.A.W.. betapa sempurnanya akhlak baginda...berbuat baik kepada semua golongan ....Allahu Akbar...

wahai saudara2ku..bangunlah..bangkitlah..JOM kta contohi akhlak baginda S.A.W...<3

Allahumma salli a'la Muhammad...

Thursday, 3 January 2013

AINUL MARDHIAH




Bidadari merupakan salah satu anugerah yang Allah berikan kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah S.W.T dan ini merupakan sunnah besar nabi S.W.T dan dalam kalangan sahabat-sahabat radiallahu anhuma. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah S.W.T bersabda: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.



Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.



Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailullah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut". Akhirnya nabi S.W.T berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.


SubhanaAllah....cemburunya diri ini terhadap bidadari-bidadari...akan diri ini cuba untuk menjadi wanita dan isteri solehah, agar kelak dapat menjadi ketua bidadari buat suami di syurga....^__^

berikut merupakan sebuah  lirik lagu yang cukup indah mengenai ainul mardhiah...

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih Ditulis oleh Anak Pendang Sekeluarga

Tuesday, 1 January 2013

RABI'AH BIN KA'AB





Assalamualaikum...alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan peluang sehingga ke hari ini 1/1/2013, untuk terus bernafas di muka bumi Allah . Marilah kita tingkatkan amal ibadat kita, muhasabah diri sepanjang apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2012. Semoga tahun ini akan jauh lebih banyak amalan soleh yang kita lakukan. Insya Allah..

subhanaAllah...hati ini sahaja seusai bangun daripada tidur, membersihkan diri dan menunaikan solat.Allah menggerakkan hati untuk menunaikan amanah terhadap beberapa buah buku yang telah lama ana miliki namun masih belum ana terokai isi kandungannya....

buku pilhan hari ini adalah majalah GEN-Q dengan tema TUJUAN HIDUP. dan bacaan yang ingin ana kongsikan adalah kisah RABI'AH BIN KA'AB. kenapa ana pilih kisah ini? sebab pada saat ana baca kisah ini lah air mata ana menitis...malu kepada Allah dan Rasulullah....KENAPA? APA ADA PADA RABI'AH BIN KA'AB? SIAPA DIA?

RABI'AH BIN KA'AB adalahseorang sahabat yang mencurahkan seluruh perhatiannya untuk beribadat agar dapat menemani Rasulullah s.a.w di dalam syurga sepertimana beliau berkhidmat dan menemani Baginda di dunia...SubhanaAllah...

Rabiah bin ka'ab menceritakan kisahnya " Ketika cahaya Islam menembusi jiqa dan nilai-nilai ajaran Islammengisi seluruh hatiku, aku masih muda. Dan ketika mataku menatap Rasulullah untuk kali pertama, aku terus mencintainya dengan kecintaan yang merasuk ke dalam seluruh sendi tubuhku. Aku begitu menyukainya sehingga ingatanku selalu tertumpu kepadanya".

kerana ingin sentiasa berada di sisi Rasulullah..Rabi'ah menawarkan dirinya untuk menjadi hamba kepada Rasulullah. Baginda tidak mengecewakan Rabi'ah dan bersedia untuk menerima Rabi'ah sebagai hamba. Sejak hari itu Rabi'ah selalu berada di samping Rasulullah, ke mana sahaja Baginda pergi, Rabi'ah sentiasa mengikutinya.


Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah membalas kebaikan orang lain dengan kebaikan yang lebih besar. Baginda berkata kepada Rabi'ah " Mintalah apa-apa sahaja daripadaku , aku pasti akan mengabulkannnya" Rabiah meminta agar diberikan masa u tuk dia berfikir. Rasulullah membenarkannya.

Untuk pengetahuan, Rabi'ah seorang yang sangat miskin, Rabiah hanya tinggal di serambi masjid iaitu tempat tinggal kaum muslimin yang tidak mempunyai kediaman.

Apabila Rasulullah mengajukan tawaran tersebut, terlintas di fikiran beliau untuk meminta beberapa perkara yang bersifat keduniaan seperti memiliki sedikit harta, berkahwin dan mempunyai anak, namun beliau menganggap semua itu nikmat dunia yang bakal binasa. Memandangkan Rasulullah mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah, Rabi'ah meminta agar Baginda memohn daripada Allah kebaikan akhirat baginya,,,,( Allahu Akbar)

Setibanya di hadapan Rasulullah, Baginda pantas bertanya " apa permintaanmu wahai Rabi'ah?"

Rabi'ah menjawab " Wahai Rasulullah, saya meminta tuan memohon kepada Allah agar saya dapat menemani tuan di syurga " ( pada saat inilah air mata ana mengalir. beruntungnya beliau...:'( )

Rasulullah kagum dengan permintaan Rabi'ah, namun Baginda terdiam lama sehinggalah baginda bertanya lagi " adakah kamu tidak mahu meminta yang lain?"

Rabi'ah menjawab " Tidak wahai Rasululullah. Saya tidak akan mengubah permintaan saya itu."

Rasulullah pun memberikan panduan ini " Kalau begitu bantulah saya dalam memohonnya dengan cara kamu banyak bersujud ( iaitu memperbanyakkan solat )."

Dari situlah Rabi'ah mula giat menjalankan ibadat agar dapat menemani Rasulullah di syurga sebagaimana dia beruntung dapat berkhidmat kepada baginda dan menemaninya di dunia.

Rasululullah juga turut membalas kebaikan Rabi'ah dengan menjodohkannya dengan seorang wanita yang dipilih sendiri oleh baginda. Rabi'ah sangat gembira kerana keluarga wanita tersebut sangat baik kepadanya. Rasulullah juga mengarahkan seorang tokoh yang berpengaruh iaitu Buraidah bin Al-Husaib agar meminta kaumnya mengumpulkan emas seberat biji kurma untuk dijadikan mahar serta seekor kambing yang gemuk untuk walimah. Bukan itu sahaja, Rasulullah turut menyumbangkan gandum untuk walimah Rabi'ah. Setelah bernikah, Rasulullah menghadiahkan  pula sebidang tanah kepada Rabi'ah.


p/s : begitulah kisah Rabi'ah Bin Ka'ab yang sangat mencintai Rasulullah sehingga meminta untuk bersama baginda di syurga..:')

Tuesday, 4 December 2012

Saydatina Khadijah : Bantulah kami meneladaninya...




Pesanan daripada Rasulullah s.a.w ini sebenarnya telah menjawab persoalan kepada pencarian kita siapakah wanita Islam yang boleh dijadikan contoh di dalam segenap aspek kehidupan terutamanya di waktu akhir zaman ini.

Sedar atau tidak masyarakat kita terutamanya para wanita Islam dan generasi muda wanita Islam masih mencari idola selain daripada mereka dengan alasan idola yang masih hidup dan berada di depan mata lebih senang dicontohi dan diikuti. Kalaupun ada yang cuba mencontohi tokoh-tokoh wanita Islam terbilang ini, keterbatasan untuk menggali seberapa banyak khazanah tauladan kehidupan mereka menjadi asbab mengapa cita-cita untuk meneladani tokoh wanita Islam tersebut tidak tercapai.

Daripada Anas bin Malik r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir'aun" (Hadith Riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim) 

Barangkali penulisan ini tidak mampu untuk menceritakan secara khusus berkenaan dengan kesemua tokoh wanita Islam terbilang tetapi ianya sebagai satu permulaan untuk mengajak para pembaca terutamanya generasi muda untuk sama-sama menjadikan mereka sebagai panutan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.Mengenali Wanita Ummul Mukminun

Siapakah di antara kita yang tidak kenal dengan Sayyidah Khadijah Bt Khuwailid, isteri pertama dan isteri yang paling disayangi dan dikasihi oleh insan yang paling mulia di sisi Allah SWT, Rasulullah s.a.w. Wanita yang digelar sebagai Ummul Mukminun yang beerti Ibu kepada seluruh orang mukmin. Penulisan ini tidak bercadang untuk menulis semula sejarah hidupnya tetapi ingin menggali sedalam-dalamnya siapa itu wanita ini yang satu-satunya mendapat 'salam' daripada Allah SWT dan Malaikat Jibril a.s.

Penulisan ini menjadi penting kerana Sayyidah Khadijah Al Kubra r.a. telah wafat pada 11 Ramadhan iaitu tiga tahun sebelum peristiwa Hijrah. Mengingati hari kewafatan Sayyidah Khadijah At Tohirah r.a (Haul) merupakan salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada beliau. Sesungguhnya mengingati wanita Ummul Mukminin ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda;"Aku direzekikan oleh Allah SWT untuk mencintai dan menyayangi Khadijah. Sesungguhnya aku sangat kasih dan cinta kepada orang yang mengasihi dan mencintai Khadijah"

Rasulullah s.a.w bersabda;"Cintailah Allah kerana Dia memberi ni'mat kepadamu, cintailah aku kerana Allah dan cintailah ahli keluargaku kerana cintamu kepadaku"(Riwayat At Tarmizi)

Barangkali timbul persoalan di dalam benak hati kita. Bagaimana mahu mencintai dan mengasihi Ummul Mukminin ini sedangkan darah yang mengalir pada jasad Khadijah r.a. tidak mengalir di jasad kita? Bagaimana mahu mencintai beliau kerana sedari waktu kita tidak pernah untuk mengambil tahu tentang sejarah hidup dan sumbangan beliau di dalam sejarah penting Islam. Tidak melampau jika dikatakan bahawa kita hampir merasa tidak ada kepentingan buat kita untuk mengenali apatah lagi menyintai beliau.


Sekiranya persoalan-persoalan seperti ini telah ada di dalam hati kita, ini bermakna kita sebenarnya masih gagal untuk memupuk rasa cinta dan kasih kita kepada insan yang paling agung dan mulia serta paling sempurna di sisi Allah SWT iaitu Muhammad s.a.w.

Untuk mengasihi dan mencintai Sayyidah Khadijah r.a, kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca biografi beliau, membaca dan menggali apa sumbangan beliau sehingga mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT dan apakah sumbangan beliau kepada kita. Kita harus mencari kekuatan dan kesempurnaan Sayyidah Khadijah r.a malah berusaha menjadi wanita yang berjiwa besar seperti Sayyidah Khadijah Al Kubra!

Benar, jika kita mencintai dan menyayangi seseorang, kita akan berusaha untuk memenuhi keinginan kita untuk mengenali latar belakang orang tersebut sebanyak yang mungkin. Kita berusaha seboleh-bolehnya ingin mengetahui apa yang dilakukannya setiap saat dan ketika. Apa yang mendorong kita untuk mengenalinya kalau tidak kerana cinta dan kasih kita!Sayyidah Khadijah r.a bukan hanya berperanan sebagai seorang isteri malah seorang sahabiah kepada Rasulullah s.a.w di mana beliau telah mendapat tempat yang khusus di sisi Allah SWT. Namanya terpahat di hati Nabi s.a.w.

Apakah keistimewaan yang diraih oleh Sayyidah Khadijah r.a dan disandang olehnya sebelum menjadi dan selepas menjadi isteri kepada baginda s.a.w? Terdapat empat gelaran yang disandang oleh Sayyidah Khadijah r.a. Dua gelaran yang disandangnya sebelum menjadi isteri kepada Rasulullah s.a.w dan dua lagi disandangya setelah menjadi isteri kepada Rasulullah s.a.w.

1.  At Tohirah

Sayyidah Khadijah r.a merupakan seorang yang suci dan yang menjaga maruahnya dan kehormatannya. Zaman jahiliah pada ketika itu tidak ada nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dalam masyarakat kecuali sedikit sahaja dan penzinaan bermaharajalela ketika itu. Beliau sangat suci dan menjaga maruah serta berbeza dengan wanita di zamannya, tidak mudah bergaul dengan mana-mana lelaki manapun malah para lelaki sangat menghormatinya. Belia mempunyai budi pekerti luhur beserta akhlak yang mulia.

Beliau kerap mendatangi Waraqah Ibn Naufal dan mendapatkan banyak cerita-cerita tentang Bani Israil dan agama Nasrani. Malah beliau telah mengetahui khabar tentang adanya kenabian di akhir zaman dan menjadi harapan kepadanya untuk menunggu kedatangan nabi tersebut. Beliau juga sering bertanya dengan Waraqah Ibn Naufal tentang Allah dan tentang kekuasaan Allah SWT.

Walaupun beliau seorang yang hartawan dan berjaya dalam perniagaan, tetapi hatinya mencari-cari tentang agama yang benar yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman. Aqidah beliau terjaga dan beliau tidak pernah menyembah berhala. [3] Sayyidah Khadijah At Tohirah r.a merupakan wanita yang suci zahir dan batin, luar dan dalam dan sentiasa mencari Nur yang diyakini akan sampai.

Sayyidah Khadijah At Tohirah r.a sebenarnya telah menunjukkan tauladan untuk kita wanita Islam zaman kini. Tatkala masyarakat kita hari ini dalam kebingungan dengan isu pembuangan bayi. Bagi tempoh 2008 hingga 2009 sahaja sebanyak 181 kes pembuangan bayi telah dilaporkan manakala bagi tahun 2010 telah pun mencatat sebanyak 60 kes. Bukankah ini di antara ciri-ciri masyarakat zaman jahiliah sebelum kedatangan Islam? Benar, faktor penzinaan yang berlaku dalam masyarakat kita yang kini seolah-olah telah diterima sebagai nilai dalam hidup merupakan punca kepada pembuangan bayi.

Punca kepada berlakunya penzinaan adalah kedangkalan dan kebebalan dalam memahami asas kepada pegangan hidup iaitu agama Islam.

Sayyidah Khadijah At Tohirah sebenarnya telah memberikan contoh yang hebat di mana beliau seorang yang sangat menjaga diri dan kehormatannya walaupun pada ketika itu gelombang penzinaan bermaharalela dalam masyarakat Arab Jahiliah. Beliau berpegang kepada apa yang telah disampaikan oleh Waraqah Ibn Naufal kepadanya. Sungguhpun beliau seorang yang hartawan dan memiliki kekayaan yang banyak, tetapi beliau tidak pernah lalai dan leka dengan kemewahan tersebut. Justeru, bukankah Sayyidah Khadijah At Tohirah telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebetulnya?

2. Sayyidah An Nisa i Quraisy

Sayyidah Khadijah r.a. juga dikenali sebagai Penghulu kepada kaum wanita Quraisy yang paling termulia dikalangan wanita Quraisy yang mulia yang masih berpegang kepada nilai-nilai murni. Sayyidah Khadijah r.a tidak pernah menghampakan sesiapa yang mengetuk pintu rumahnya untuk memohon bantuan dan pertolongan daripada beliau. Sungguh beliau tidak pernah mengecewakan!. Sifat pemurah Khadijah menenangkan sesiapa yang memerlukan bantuan. Sayyidah Khadijah r.a tidak pernah lokek dengan kesenangan dan kekayaan yang dimiliki sehingga ianya dapat dirasai oleh masyarakat yang hidup bersama-samanya. Justeru, bukankah Sayyidah An Nisai Quraisy telah menunjukkan tauladan yang terbaik buat kita?


3. Ummul Mukminin

Sayyidah khadijah r.a menyandang gelaran Ummul Mukminin iaitu Ibu kepada seluruh kaum mukminin selepas beliau menjadi isteri kepada Rasulullah s.a.w. Keterkaitan Sayyidah Khadijah r.a dengan Rasulullah s.a.w telah mengubah kedudukan dan kemuliaan beliau. Beliau adalah insan pertama yang beriman kepada Allah SWT dan mengakui bahawa Muhammad s.a.w merupakan dan Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Sayyidah Khadijah r.a sentiasa menjadi penyokong dan pembantu kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang menyebabkan ketenangan jiwa Rasulullah ketika berkhalwat di Gua Hira'? Siapakah yang tidak pernah putus asa menyokong dan membantu Nabi s.a.w? Sayyidah Khadijah r.a tidak pernah bertanya apatah lagi menghalang Nabi s.a.w untuk beribadah sebulan lamanya di Gua Hira yang penuh dengan binatang berbisa seperti ular dan kala jengking. Sayyidah Khadijah r.a memanjat Jabal Nur ke Gua Hira yang jauhnya tiga batu demi untuk menghantar makanan kepada Nabi s.a.w. sehingga Sayyidah khadijah r.a menerima 'salam' daripada Allah SWT malah Malaikat Jibril a.s turut sama menyampaikan 'salam' kepada Sayyidah Khadijah r.a. Kecerdikan dan kepintaran Sayyidah Khadijah r.a terserlah apabila beliau menjawab 'salam' daripada Allah SWT dan Malaikat Jibril a.s dengan lafaz " Allah yang Maha Salam, Allah yang daripadaNya datangnya 'salam'. 'Salam' datang daripada Allah SWT, untuk Jibrail pun aku sampaikan 'salam' dan kepadamu juga ya Rasulullah s.a.w aku sampaikan 'salam'.

Sayyidah Khadijah r.a telah menyerahkan segala harta dan kekayaan miliknya kepada Rasulullah s.a.w dan ianya merupakan modal pertama di dalam penyebaran dakwah Islamiah. Justeru, disebabkan kerana pengorbanan Sayyidah Khadijah r.a inilah maka agama Islam sampai kepada kita hari ini. Sayyidah Khadijah r.a adalah perantara kita dengan Allah SWT. Tidakkah kita masih tidak mahu mengenang walau sedikitpun Sayyidah Khadijah r.a dalam hidup kita?

Apabila berlakunya peristiwa Kaum Kafir Quraisy membuat resolusi dalam parlimen mereka untuk memutuskan hubungan mereka dengan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutallib, Sayyidah Khadijah r.a tidak termasuk dalam kalangan kedua-dua Bani tersebut. Tetapi Sayyidah Khadijah r.a tidak mahu meninggalkan suami tercinta, maka beliau masuk ke dalam perkampungan Bani Hashim dan Bani Abdul mutallib. Pada ketika itu Sayyidah Khadijah r.a berusia 60 tahun. Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi beliau sanggup berada di samping suami dalam kepungan Kaum Kafir Quraisy. Bekalan makanan dan bantuan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutallib disekat dan tidak dibenarkan sesiapapun berurusan dengan mereka. Oleh kerana tiada bekalan makanan, mereka hanya makan rumput rampai, daun-daun sehingga pecah-pecah mulut mereka demi untuk meneruskan kehidupan.

Adakalanya saudara mara Sayyidah Khadijah r.a menusup masuk membawa makanan seperti gandum untuk diberikan kepada Sayyidah Khadijah r.a. Namun kemuliaan dan ketulusan hati Sayyidah Khadijah r.a tiada bandingan. Beliau tidak makan seorang diri malah dikongsikan bersama-sama dengan yang lain sehingga diriwayatkan bahawa yang paling mendapat sedikit makanan itu adalah Sayyidah Khadijah r.a! Sayyidah Khadijah r.a boleh sahaja membuat pilihan untuk berehat di rumahnya bersama dengan pembantu-pembantunya tetapi kerana kecintaan dan kasihnya kepada suami tercinta, beliau tidak pernah walau sesaat berenggang dengan Nabi s.a.w.

Selama tiga tahun mereka berada di dalam kepungan kaum Kafir Quraisy dan apabila resolusi tersebut dimakan oleh anai-anai, maka berakhirnya kepungan itu. Sayyidah Khadijah r.a sudah tidak bermaya dan lemah ketika keluar dari tempat kepungan tersebut. Sayyidah khadijah r.a telah kepenatan menemani Rasulullah s.a.w. Akhirnya wafatlah Syahidatul Sya' iaitu wanita yang mati syahid kerana kepungan kaum kafir Quraisy. Pemergiaannya benar-benar telah menyedihkan Rasulullah s.a.w dan seluruh kaum mukminin. Beliau bukan sekadar menyerahkan segala hartanya tetapi jiwa, raga dan jasadnya diserahkan kepada Islam!

4. Saiyidatul Nisa' Ahlul Jannah

Sayyidah Khadijah r.a merupakan penghulu kepada kaum wanita di syurga. Beliau bukan sahaja seorang wanita yang solehah tetapi lebih daripada itu. Wanita yang disebut oleh Allah SWT telah mendapat keselamatan dan keamanan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat. Satu-satunya wanita yang mendapat salam dari Allah SWT dan sudah terjamin mendapat nikmat syurga.

Apabila Sayyidah Fatimah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w ; Di manakah ibuku? Rasulullah s.a.w bersabda; "Bahawasanya ibumu berada di dalam sebuah rumah di dalam syurga di mana rumah itu tiada penat dan hiruk pikuk di dalamnya. Rumah itu dibina dari permata luluk dan zamrud"

Kenapa tidak ada penat? Kenapa tidak ada hiruk pikuk di dalamnya? Ini kerana Allah SWT telah menggantikan kepenatan dan keletihan Sayyidah Khadijah r.a di dunia ketika menemani Rasulullah s.a.w sejak dari ketika Nabi s.a.w menerima wahyu sehingga Nabi s.a.w berada di dalam kepungan kaum Kafir Quraisy.

5. Sayyidah Khadijah r.a : Madrasah dan Universiti Terbaik Tiada Tolok Bandingannya.

Di rumah Sayyidah Khadijah r.a telah lahirnya pahlawan dan panglima Islam yang hebat. Pentarbiyyah dan pendidikan di rumah beliau sangat luar biasa dan merupakan sebuah madarasah dan universiti yang tiada tolok bandingannya. Tiada yang mampu menjadi sehebat Sayyidah Khadijah r.a. Berkat asuhan dan didikan Sayyidah Khadijah r.a , maka lahirnya generasi Islam yang hebat seperti Saidina Ali Karamallah Wajha. Saidina Ali Karamallahu Wajha ini diambil oleh Rasulullah s.a.w daripada bapa saudaranya Abu Talib sebagai mengenang jasa Abu Talib yang menjaganya semasa kecil. Bagitu juga dengan Zaid Bin Haritsah, Zubair Bin Awwam dan beberapa lagi nama-nama pahlawan Islam yang hebat yang lahir dari didikan Sayyidah Khadijah r.a. Ibu Mithali yang tiada tolok bandingannya.


Cinta dan kasih sayang Rasulullah s.a.w kepada Sayyidah Khadijah r.a.

Rasulullah s.a.w tidak pernah memarahi Sayyidah Khadijah r.a. Rasulullah s.a.w sentiasa menyebut nama dan segala kebaikan Sayyidah Khadijah r.a. Rasulullah s.a.w tidak pernah tidak menyebut nama Sayyidah Khadijah r.a sebelum keluar daripada rumah baginda s.a.w sehingga telah timbul kecemburuan di hati Saidatina Aisya r.a.Rasulullah berasa begitu marah apabila mendengar persoalan itu lalu baginda s.a.w bersabda;

"Allah tidak pernah memberiku pengganti yang lebih baik dari khadijah. Ia telah beriman kepadaku ketika orang lain kufur, dia mempercayaiku ketika orang-orang mendustaiku. Dia memberikan hartanya kepadaku ketika tidak ada orang lain yang membantuku. Dan, Allah SWT juga menganugerahkan aku anak-anak melalui rahimnya, sementara isteri-isteriku yang lain tidak memberikan aku anak".(Riwayat At Tabrani) 

Rasulullah s.a.w sentiasa memberikan hadiah kepada saudara mara dan sahabat-sahabat Sayyidah Khadijah r.a. Apabila Rasulullah s.a.w menyembelih kambing, baginda s.a.w tidak pernah lupa untuk memberikan beberapa bahagian untuk sahabat-sahabat Sayyidah Khadijah r.a Betapa cinta dan kasihnya Rasulullah s.a.w kepada Sayyidah Khadijah r.a. Walaupun Sayyidah Khadijah r.a telah meninggalkan Rasulullah s.a.w tetapi baginda s.a.w tetap sentiasa menjaga hubungan baginda s.a.w dengan saudara mara dan sahabat Sayyidah Khadijah r.a

Untuk kita bagaimana pula? Sudahkah ada cinta dan kasih sayang kita pada Sayyidah Khadijah r.a.

Fahami dan Hayatilah Perjuangan Sayyidah khadijah r.a

Penulisan ini sebenarnya tidak layak dan tidak mampu untuk menggambarkan siapa sebenarnya insan yang mendapat tempat teristimewa di hati Rasulullah s.a.w. Namun, dalam usaha untuk mengenali,mencintai dan mentauladani suri hati Rasulullah s.a.w ini, hati tekad untuk menulis sedikit tentang Sayyidah Khadijah r.a dengan harapan dapatlah diri menagih cinta dan kasih sayang Rasulullah s.a.w apatah lagi syafaat baginda s.a.w yang di dambakan.

- Artikel iluvislam.com

Shamsiah Mahli

Wednesday, 24 October 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W



Kisah Nabi Muhammad saw.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad S.A.W

Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

“Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk” (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)

Abdul Mutallib Wafat

Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.

Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu “Al-Amin”.

Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira’ dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

“Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan” (Al-’Alaq, 96: 1)

Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan


Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.” (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

“Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya”

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah
Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah.”

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.


P/S : BIOGRAPHY OF PROPHET S.A.W..this is one of the subject that I was learned in semester 3 before...SubhanaAllah, how we want to love Him s.a.w if  we never know more about Him.? (muhasabah diir) 

SUMBER : HALAQAH.NET