Showing posts with label akhlak. Show all posts
Showing posts with label akhlak. Show all posts

Tuesday, 12 January 2016

MALU DAN IMAN


M a l u
---
" Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri"
-Puteriku Sayang by Hijjaz-
---
Bagaimana nak hadirkan sifat malu dalam diri kita? khususnya kita perempuan muslimah.
" muraqabatullah". Sentiasa sedar bahawa kita berada dalam pantauan Allah.
dan bagaimana pula nak jaga sifat malu supaya tak hilang?
Salah satunya adalah dengan menjaga pandangan dan ikhtilat.
---
Dalam sebuah hadis kata nabi saw sifat malu adalah cabang daripada keimanan.
Beruntunglah mereka yang punya sifat malu. Moga kitalah orang yang beruntung itu.
Ampunkan kami ya Allah para wanita, berikan kami kekuatan untuk terus istiqamah.

Friday, 6 June 2014

Wanita solehah






Wahai muslimah sayang, tahukah dikau betapa Allah dan Rasul sangat memuliakanmu?
Tahukah dikau bahawa Islam mengangkat darjatmu di tempat yang istimewa?

Betapa susah payahnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat menegakkan syiar Islam.
Kerana Itu wanita yang dulunya ( sebelum kedatangan Islam) dianggap pembawa malang, wanita dihina bahkan ditanam dan dibunuh hidup-hidup.

Namun setelah datangnya Islam, Allah mengangkat darjat wanita di tempat yang mulia sehingga di antara khutbah terakhir Rasulullah s.a.w baginda berpesan :

" Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. "

Lihatlah, betapa kasihnya Rasulullah kepada kita, jika kita sayangkan baginda, jika hargai perjuangan dan pengorbanan baginda, maka sayangilah diri kita dengan melaksanakan perintah Allah.



Wahai Muslimah, bentenglah dirimu dengan sifat malu.
Berusahalah untuk menutup auratmu dengan sempurna.
Ukhti sayang, suatu hari nanti kita akan dibalut dari hujung kepala hingga hujung kaki.
tolong, jangan jadikan itu hari pertama aurat kita tertutup dengan sempurna!

Sesungguhnya cantik dalaman kerana iman dan akhlak yang indah, cantik luaran kerana aurat yang ditutp dengan sempurna.

Labuhkanlah sedikit tudung itu sayang, sehingga ianya menutupi dadamu. Dengan itu kamu akan terpelihara dari menjadi bahan tatapan lelaki yang punya penyakit hati.

Ukhti sayang, stokin tu tak berat namun ketahuilah ianya mampu menutup keaibanmu. Sarungkan stokin di kakimu, nescaya kamu akan kelihatan sangat cantik. Bukan semata cantik di mata manusia, tapi cantik dimata Allah. 



Ukhti sayang, sungguh dirimu cukup cantik, bahkan tersangat cantik. Maka simpanlah segala gambar yang keterlaluan hanya buat tatapan insan yang halal untukmu.

Bila maruahmu engkau pelihara, auratmu engkau tutup sempurna, akhlak peribadi dan pergaulan engkau jaga, InsyaAllah engkau akan lebih dihormati.


Sungguh nak jadi muslimah sejati tak mudah,
Mukminah lagi susah,
Mujahidah juga payah,
Istiqamah lagi lah payah,

Namun....

Susah payah itu jangan kau endah,
Kau harus gagah,
Harus tabah,
Demi Allah
Demi Rasulullah
Kerana akhir itu pasti indah ! :')

Diriku...
Bukan bidadari yang turun daripada syurga,
Aku tidak sempurna bahkan penuh dengan dosa,
Aku yang sederhana dengan apa yang dipunya,
Aku tak semulia  Khadijah r.a,
Tidak setaqwa Aisyah r.a,
Tidak selembut Fatimah r.a,
Tapi, itu bukan alasan. Aku akan belajar untuk jadi seperti mereka,
Aku hanya wanita akhir zaman yang berusaha untuk menjadi lebih baik.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)


Muslimah sayang...

Al'maratul solehah khairun mina dunya wa ma fiha. Wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan isinya.

" Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR.Muslim )

Dirinyalah bidadari bumi, dirinyalah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini. MasyaAllah.

Buat yang telah pun berhijrah menutup aurat dengan sempurna, alhamdulillah saya doakan semoga kita istiqamah dan sentiasa dalam naunganNYA.

Buatmu Muslimah...

Tak perlu nak diheboh -heboh yang kau muslimah bertudung labuh,
Tak perlu nak diheboh -heboh yang kau seorang muslimah berpurdah,
Gambarmu tak perlu ditayang-tayang, menjadi tatapan yang bukan mahram.
Gambarmu sebaiknya disimpan, menjadi tatapan yang layak pandang.


Jika hijrahmu kerana Allah,
Tak kau hiraukan pujian orang,

Jadilah muslimah yang mengejar jannah, bukannya mengejar dunia yang mewah.

Jadilah muslimah yang menjaga maruah, seorang yang tabah, seorang muslimah yang solehah.. ^_^


Jom sayang jadi solehah. Semoga Allah redha.




Saturday, 26 April 2014

IBU MADRASAH PERTAMA BAGI ANAK-ANAK







Bismillah, Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, Allahumma solli 'ala Muhammad
Segala puji bagi Allah atas segala nikmat iman dan Islam yang kita perolehi pada hari ini.

Semoga semua sentiasa tenang, bahagia dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

" Al-Ummu Madrasah Al-Ula"

Ibu merupakan madrasah dan sekolah pertama bagi anak-anak. 

 Apabila seorang ibu itu telah persiapkan mereka (anak) dengan baik, maka sesungguhnya ibu tadi telah mempersiapkan sebuah generasi yang baik dan kuat.

SubhanaAllah besar dan hebatnya peranan seorang muslimah yang bergelar ibu.

Sungguh seseorang ibu itu sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk generasi yang akan datang. Jika lurus didikannya, maka insyaAllah luruslah jalan yang diambil oleh si anak. Jika bengkok dan salah didikannya, maka tidak mustahil bengkok jugalah ia.

Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja menjadi sekolah 'pertama' , tetapi hakikatnya seorang ibu itu juga menjadi sekolah 'utama' bagi anak-anaknya.
Lumrahnya, kita akan berasa bangga dengan susuk tubuh yang telah berjaya seperti para alim ulama', para ilmuwan, agamawan, pahlawan dan sebagainya. Sehingga mereka mendapat tempat terhormat dalam kalangan masyarakat. Namun, terfikirkah kita bahawa di belakang tokoh-tokoh besar itu, pasti ada seseorang yang hebat yakni seorang isteri atau ibu.

Seperti peranan sebuah madrasah atau sekolah, ibu umpama gudang ilmu, pusat peradaban dan wadah yang menghimpun sifat-sifat dan akhlak yang mulia. Melalui 'madrasah' seperti inilah yang kelak mampu melahirkan generasi anak-anak yang soleh dan berakhlak mulia. Persoalannya di sini sudahkah kita para Muslimah mempersiapkan diri? sudahkah para ibu diluar sana menjadi madrasah pertama dan utama bagi anak-anak?

Mari saya ajak semua perhatikan apa yang dilakukan oleh kebanyakan ibu marcapada ini. Terlalu ramai para ibu yang berbangga ketika melihat anak-anak mereka tampil di pelbagai jenis 'realiti show'. Tanpa mereka sedari mereka sebenarnya meraih prestasi dalam aktiviti maksiat kepada Allah. Maaf jika mungkin bunyinya agak kasar. Tapi itulah realiti yang harus kita sedari wahai muslimah sayang, tidak salah untuk join mana-mana realiti show, tapi pastikanlah bahawa ianya mampu membuatkan Allah redha dan anak-anak menjadi taat kepada Allah swt bukan tenggelam dengan arus hedonism. Astaghfirullahal adzim.




Mungkin saya belum lagi bergelar isteri apatahlagi bergelar seorang ibu, Namun apa yang saya cuba sampaikan ini adalah suatu kenyataan yang pasti. Saya juga punya ibu, dikelilingi masyarakat yang bergelar ibu. 
Saya merasai dan melihat sendiri apa yang berlaku pada hari ini kesan daripada gagalnya seorang ibu dalam menjadi madrasah utama buat anak-anak. 

Sehingga setiap hari saya sangat risau, sangat risau apakah kelak saya mampu menjadi madrasah terbaik buat anak-anak saya.

Namun kerisauan itu bukan menjadi penghalang buat kita semua wahai muslimah yang saya kasihi kerana Allah. Ayuh kita bangun, kita siapkan diri dengan segala kelengkapan ilmu dari segi fizikal dan rohani. Kita didik diri kita mulai daripada saat ini, belajar dan terus belajar menjadi muslimah yang hebat ilmu dan peribadinya. Biar kelak kita mampu menjadi sekolah pertama dan utama buat anak-anak kita. Tanam azam dan keyakinan yang tinggi dalam diri. InsyaAllah Allah pasti permudahkan.

Dalam Islam, kewajipan yang paling utama bagi seorang wanita adalah sebagai ibu dan pengurus rumah tangga.

Sabda Nabi s.a.w :

" Seorang wanita adalah pengurus rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban atas pengurusannya" ( HR MUSLIM )




Ibu ialah tonggak bagi sesebuah keluarga bahagia, sekaligus menjadi pencetak generasi hadapan. Namun dalam sistem kapitalis, fungsi ini tidak ditekankan sebagai perkara yang penting malah ia dijadikan sebagai pilihan, bukannya kewajiban, kerana kemajuan wanita hanya diukur berdasarkan kepada keupayaan dalam meraih material semata-mata.

Pernah saya duduk bersama beberapa orang rakan kuliah saya suatu saya belajar dahulu.

Saya ditanya, " nanti dah kahwin, nak kerja ke? "

saya tersenyum lalu menjawab " kalau ditanya saya, saya memilih menjadi suri rumah."

lalu sebahagian mereka menjawab " zaman sekarang ni perlukan duit kot, isteri pun kenalah kerja jugak"

sebahagian lagi menjawab " kita belajar tinggi-tinggi kot, takkanlah nak duduk rumah jadi suri rumah je"

Saya tersenyum lagi, saya tidak mahu berbahas panjang. 

Sungguh saya bukan ingin menjadi suri rumah 'biasa' yang kosong ilmu dan pengetahuannya. Tapi kerana saya mahu menjadi seorang suri rumah yang 'luar biasa' hebat ilmu dan pengetahuannya. Biar sayalah orang pertama yang mengajar anak saya mengeja dan mengira. Sayalah orang pertama yang mengajar segala ilmu dunia dan akhirat kepadaNYA. Maka dengan itu saya usaha dalami ilmu sains dan matematik dengan baik, saya usaha dalami ilmu agama dan beberapa kemahiran dengan sebaik mungkin. Biar kelak meskipun saya hanya bergelar suri rumah tapi saya mampu membuat suami dan anak-anak saya bangga sekaligus membuat Allah redha. 

Dan jika alasannya nak bantu suami dari segi kewangan, ya saya dah siapkan diri 2 tahun lepas lagi. Dengan memulakan perniagaan yang kini mula melebarkan sayapnya, alhamdulillah. Perniagaan ini saya harap mampu membantu sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dan suami saya kelak. See? siapa kata suri rumah tidak boleh melakukan apa-apa? Saya lebih selesa seperti ini, bekerja di rumah sahaja disamping menjaga kebajikan suami dan anak-anak. Namun tidaklah menjadi alasan untuk saya tidak mahu keluar dan maju kehadapan dalam masyarakat. Ada adab-adab dan tatacaranya yang harus kita ikuti.InsyaAllah.

Semua ini hanyalah sebuah impian saya kelak bila saya sudah berumah tangga. Tidak salah bukan jika kita merancang awal? Tidaklah awal mungkin bagi usia yang kini menjangkau 21 tahun.

Jom saya bawa kita semua telusuri satu persatu sejarah para sahabiyah yang menjadi ibu yang hebat.


Antaranya, kisah Kabsyah binti Rafi', seorang sahabiyah yang hidup dan tampil menjadi penolong agama Allah, menjadi ibu kepada dua anak yang gugur sebagai syahid, dua pahlawan Islam yang diberkahi iaitu Amr bin Mu’adz dan Saad bin Mu’adz. Dialah ibu yang ‘Arsyar-Rahman bergegar kerana kematian anaknya. Dialah juga ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah S.W.T. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah S.A.W ketika Perang Badar, pemegang panji daripada golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah S.A.W ketika itu. Anak beliau ialah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar r.a. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah S.A.W dalam Perang Buwath.

Begitu juga halnya dengan Saidatina Asma' binti Abu Bakar yang sentiasa merangsang anaknya Abdullah bin Zubair agar tidak menjadi seorang pengecut dan terus berjuang hingga ke hujung nyawa. Dalam didikannya, keperibadian Abdullah bin Zubair dibentuk. Beliau ialah susuk seorang ibu yang sangat memahami peranannya dalam mendidik generasi utama yang berkualiti serta menjadikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya mengatasi segala-galanya, sama ada harta, isteri, keluarga mahupun segala jenis perbendaharaan dunia. Beliau mencetak keperibadian generasi yang siap berjuang demi meninggikan kalimah La ilahaillallah Muhammad Rasulullah.

Tidak kalah hebat juga adalah pengorbanan yang telah dilakukan oleh sang ibu para syuhada, Tumazhir binti ‘Amru bin Sulami atau lebih dikenali sebagai al-Khansa’. Beliau berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As-Sulami. Daripada pernikahan itu beliau dikurniakan empat orang anak lelaki. Sungguh, tangan yang disangka lembut menghayun buaian itu, mampu menggoncangkan dunia! Setelah melalui pembinaan dan pendidikan daripada tangannya, keempat-empat anak lelakinya itu telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal. Berkat dorongannya juga, mereka telah gugur syahid di medan Qadisiyah. Subhanallah!.

Ibu yang bertaqwa akan mendidik ank-anaknya dengan penuh ketakwaan sehingga anak-anak mereka bercita-cita menjadi syuhada'. hal ini bukan sahaja menjadi kebanggan bagi sang ibu, tetapi juga kebanggaan bagi seluruh kaum muslimin daripada satu generasi ke generasi lainnya.

" Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allah lah pahala yang besar " ( al-anfal : 28)

Berpegang teguhlah wahai muslimah sekalian kepada Islam sahaja, dengan demikian akan lahir kembali susuk-suk ibu seperti pada zaman sahabiah. Dari sinilah akan lahirnya generasi baru, generasi yang sanggup berjuang dan berkorban demi Islam dan bermanfaat buat ummah. Insya Allah.




Semoga kelak tulisan yang saya coretkan hari ini, akan saya jadikan sumber rujukan dan peringatan bila saya bergelar ibu kelak.

Wallahu'alam. Semoga Allah redha.


Sumber rujukan : 
1. Wanita yang dijamin syurga. Ah-mad Khalil Jam’ah. DarulFalah.
2. 70 Wanita Terbilang Di Zaman Nabi Muhammad S.A.W. Abu Azka al-Madani.Harun Arrasyid HjTuskan. Al-Hidayah Publication.
3. Tafsir al-Qur’an
4. Kitab sahih Bukhari dan Muslim











Thursday, 4 April 2013

WAHAI PARA SUAMI


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi..

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang amat bermakna buat dirinya,
didepan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis didepanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?
- Pakar diari hati -

Tuesday, 29 January 2013

NIKMAT KEPADA SI PENDOSA

Assalamualaikum.....bismilahirrahmanirrahim.....Allahumma salli 'ala Muhammad...




Alhamdulillah....masih diberi peluang untuk terus menikmati nikmat Allah pada hari ini....tidka terhitung betapa banyakknya nikmat yang telah kita perolehi ....marilah kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.....Allah berfirman yang bermaksud :

" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Ibrahim : 7 )

hari ini ana ingin berkongsi perihal ilmu....di mana ana perolehi daripada sebuah  blog kemudian ana tambah sedikit olahan di dalamnya... mabruk dan syukran kepada penulis. "http://dirihamba.blogspot.com/ ".  insya Allah semoga bermanfaat...

ilmu adalah hadiah ulangtahun yang cukup berharga buat ana pada hari ini....tatkala masih ramai yang mungkin tengah tidur ...duduk rumah tanpa buat apa-apa...berjalan tanpa arah tujuan....duduk lepak dan sebagainya....

Allah masih memilih diri ini, hambaNYA yang penuh hina ini untuk menuntut ilmu....alhamdulillah....


Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.



Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.



Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.


 " Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). " ( Al Qasas : 76 )



" (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu)."
( An nahl : 55 )

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Tuesday, 15 January 2013

UJIAN LAGI DAN LAGI


 
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.

http://melayuboleh.8forum.net/t446-hikmah-disebalik-ujian-allah

Monday, 7 January 2013

10 PETUA MENJADI SUAMI MITHAL



1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

DIPETIK DARI : KEHARMONIAN RUMAHTANGGA DAN KELUARGA MUSLIM

DOA BUAT AHLI KELUARGA YANG SUKA KELUAR MALAM


DOA UNTUK SUAMI ATAU ANAK SUKA KELUAR MALAM DAN LEWAT BALIK RUMAH.

Kalau anak ataupun suami anda yang suka keluar malam, merayau dan tidak tahu balik awal ke rumah. (Jenis yang tidak tahu nak balik awal). Elok diamalkan doa ini supaya mereka melekat di rumah. Jarang keluar malam melainkan ke masjid/surau menghadiri kuliah agama.

Hilangkan tabiat yang tidak baik ini. Jika dibiarkan tanpa kawalan terutama anak anda mungkin akan terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat seperti merempit, menghidu gam dan sebagainya. Kalau anak perempuan lagi parah.

Doa ini boleh diamalkan selepas solat ataupun bacakan pada minuman dan makanan dan hidangkan kepada mereka. Tambatlah anak atau suami anda dengan doa ini melainkan jika mereka keluar untuk mencari ilmu agama. Moga-moga dipermudahkan-Nya.

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Sunday, 6 January 2013

HUKUM MEMAKAI MINYAK WANGI BAGI WANITA




Haruman daripada minyak wangi yang dipakai seorang wanita yang melintas di hadapan tadi masih kuat berbau walaupun wanita itu sudah hilang daripada pandangan.

Dalam hati memuji-muji bau haruman minyak wanginya dan tertanya-tanya jenama apakah minyak wangi yang dipakai oleh wanita itu.

Hmm, jika saya, yang juga seorang wanita pun terpikat dan sukakan bau yang datang daripada wanita itu, kaum Adam juga pasti menyukainya dan mereka pasti akan tertoleh-toleh untuk melihat gerangan wanita yang berbau sangat harum itu.

Jika hal demikian terjadi, maka berdosalah wanita itu kerana telah menarik minat (atau mungkin nafsu) kaum Adam terhadapnya.

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah.

Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A'raaf, ayat yang ke-31:
"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu'alam.

Harus
Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,
"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'is dari Abu Hurairah)
Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)
Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,
"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)
Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)
Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)
Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.


SUMBER : - Artikel iluvislam.com

Saturday, 5 January 2013

6 PESANAN UNTUK WANITA




6 PESANAN UNTUK WANITA.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Tuesday, 1 January 2013

MENANGIS DI HARI PERNIKAHAN





Ana terpanggil untuk berkongsi 1 perkongsian yang dikongsi oleh Muhammad Rusydi ( seorang pelukis islamik yang cukup terkenal ). semoga menjadi renungan buat semua, khususnya para ibu bapa masa kini.

Ramai tak jelas dengan status "Menangis di hari kahwin" tadi. Ni nak kasi jelas sikit lah ya.

Baik, semua letakkan diri di tempat ibu bapa sekarang.

Bayangkan, sekarang anak anda itu dan suaminya di dalam majlis perkahwinan. Ini situasinya:-

1. Anak anda itu pakai baju pengantin tak mengikut kehendak syarak. Trend tudung masuk ke dalam baju, dada tertonjol, cutting kasi baikk punya. Utk majlis pula, tudung entah ke mana. Pengantin lelaki pula pakai inai di jari padahal itu khusus utk perempuan sahaja.

2. Selepas itu, ada acara-acara seperti membatalkan air sembahyang yang juga bukan dari syarak misalnya cium pipi, hidung, mulut depan orang ramai dan diambil gambar cium tu.

3. Selepas itu, ada sesi fotografi yang merakamkan gambar anak dan suami di tempat tidur, baring dan sebagainya yang tidak menepati syarak. Pakai dah tak pakai syarak, semua orang menontonnya secara percuma.

4. Gambar dan video yang menonjolkan watak anak anda dan suaminya yang mendedahkan aurat tadi, diupload di fb dan youtube utk tontonan umum. Sebarkan lagi benda tak syarie.

5. Anak anda buat salah di hari perkahwinan, tapi suaminya diam membisu tak tegur pun. Suami tak berguna?

6. Duit yang banyak mungkin telah dibazirkan dengan hantaran yang mahal-mahal dan mahar yang menyusahkan pihak suami.

7. Bersanding dengan pakaian mendedah aurat yang jelas. Bersanding sampai terbabas waktu solat. Bersanding dengan penuh tabarruj.

Patutkah anda menitiskan air mata kegembiraan dengan situasi yang disebut di atas? Patutkah?

Gembira sebab:

1. Anda gagal jadi ibu dan bapa yang baik?

2. Anda berjaya membiarkan anak tayang aurat di khalayak?

3. Anda berjaya menikahkan dengan suami yang tak berani tegur kesalahan isteri?

4. Anda berjaya mendapatkan title dayus utk diri anda sebagai bapa, dan dayus kepada si suami anak.

Sepatutnya anda menangis sedih bila situasinya adalah seperti di atas.

Ya, saya faham anda menangis kerana sebab-sebab tersendiri. Kenangan bersama, terharu, anak paling disayangi, pengalaman kehidupan dan sebagainya. Tapi, takkanlah anda menangis disebabkan alasan personal, tetapi tidak menangis dengan kesalahan-kesalahan yang anak anda lakukan di khalayak ramai ni?
Cer fikir logiknya.

--
Yang mana pernah buat semua di atas, peluang bertaubat sentiasa ada. Bertaubatlah sebab kejahilan yang lepas. Harap generasi akan datang tidak lagi buat salah yang sama. Ni tahun 2013. Tak perlu repeat kesalahan pengantin lain di tahun 2012 dan sebelumnya.

Monday, 31 December 2012

WANITA CANTIK VS WANITA BERAKHLAK


 Perempuan cantik tapi berakhlak jahat , derhaka suami, adalah ibarat bunga raya, cantik tetapi tidak harum baunya. Sebaliknya perempuan yang tidak cantik tapi berakhlak mulia, taat Allah, taat suami, ibarat bunga cempaka, tidak cantik tapi wangi baunya.

 Antara bunga raya dan bunga cempaka, bunga cempaka lebih diminati. Sebab itu kita tengok bunga cempaka dijual dan dipakai tapi bunga raya tidak dijual atau dipakai. Keutamaan perempuan sama ada cantik atau tidak cantik adalah pada akhlaknya, taqwanya dam taatnya pada suami.

 Perempuan cantik tidak berakhlak dan tidak taat suami adalah menyakitkan hati suami walaupun sedap mata memandang. Perempuan tidak cantik pula kalau tidak berakhlak dan tidak taat pada suami, menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Sebab itu usah bangga dengan rupa dan usah risaukan sangat rupa paras yang tidak cantik. Tetapi berlumba-lumbalah untuk menjadi wanita yang bertaqwa, 'cantik' akhlaknya dan taat suami.

 Kalau ini ada, nescaya Allah sayang, suami sayang dan semua manusia sayang. Bukankah itu yang menjadi cita-cita dan keinginan setiap wanita?

TERIMA KASIH SAHABAT

 
 
 
tatkala hati tengah dilanda kesedihan...Allah hadirkan sahabat yang senttiasa menceriakan....

  IJA : leha kuat kan...sabar ye leha...
(dia memberi semangat di sisi tatkala air mata mengalir seakan tak nak berhenti....)

NINA SYAZANA
dia saje membuat soalan2 lawak sehingga membuatku tersenyum dan tertawa....last aku bertanya....nina ni knp tanya benda2 lawak ni? dia tersenyum dan menjawab " sja..nak lihat leha senyum dan tertawa" ... Allah...:') terima kasih sahabatku sayang...

ibu tercinta juga turut memberikan kata2 semangat...walau sekuat manapun kita cuba nak sembunyikan sesuatu perasaan itu..meski jauh beribu batu....namun ibu pasti dapat merasainya...

Apatahlagi Allah..Tuhan yang menciptakan kita...DIA jauh lebih mengetahui dan memahami rasa hati kita.....kalam NYA mengubati hati...disebalik kesusahan ada kesenangan....tidak AKU uji hambaKU melebihi kemampuannya...SubhanaAllah..:')

# semoga Allah jua memberi kebahagiaan dan kegembiraan buat kalian dunia dan akhirat....:') ♥ ♥

Tuesday, 18 December 2012

WAHAI ORANG YANG MENGELUH




wahai diriku (jika engkau mengeluh)..

ingatlah, kau tujukan keluhan itu kepada siapa sebenarnya?

*Tawarlah tembikai ni.. (siapa yang jadikan ia tawar? penjualnye?? pembelinye?? atau PENCIPTAnya?) ---> astaghfirullah. Ampunkan aku ya Allah

*Peritnya hidup ini.. bilalah aku nk tenang? bila aku nk senang? (kenapa perit? Kan Allah dah kata kau akan diuji? ujian paling berat ialah kesenangan, kemewahan, kesihatan.. jadi... perit manakah aku??) ----> Ku pohon RahmatMu Ya Allah!

*Kenapa aku teruk begini?? kenapa dia tak sepertiku? kenapa aku tak seperti dia? dia best je nikmat yang dia dapat. (contoh: kesenangan, kecantikan, kesihatan dll)

1. teruk berpunca dari diri sendiri
2. teruk sejak lahir (kecacatan n seumpamanya)
3. teruk sbb keadaan

kalo teruk yang pertama tu.. jangan nk salahkan sesiapa. Allah ciptakan alam dgn sunnah2Nya. Buat begini, begini jadinya.. vise versa. Jadi, kenapa nak mengeluh? NAk salahkan siapa? sendiri yang salah.

teruk kedua: Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Kenapa perlu kita pertikai itu dan ini? nikmat di alam ini tak pernah Allah pertikai kpd kita. Dia Pengatur segalanya. Lagi pulak Dia MAha Mengetahui sebab musabab sesuatu dijadikan demikian.

sekurang2nya, kita terlepas dari soalan bahagian2 yang kita tak dapat seperti org lain di akhirat nnti. sedangkan org yang ada kelebihan bahagian itu.. PASTI tidak terlepas dari pertanyaan YANG MAHA MENGADILI nanti.

maka, berlapang dadalah (wahai diriku). Allah telah ciptakan kita sebaik2 kejadian. Manusia hanya nampak apa yang baik di mata manusia saja. Kerana pandangan manusia itu terbatas. Ianya tidak pada Allah. Pandangan Allah itu MAha HEBAT..  Allah MAHA MELIHAT ape yang kita tak nampak.

teruk ketiga: contohnya kemalangan, perpisahan, kehilangan dll
pasti ada hikmah disebalik segalanya. Allah tak pernah lakukan sesuatu dengan sia2..
Manusia saja yang suka lakukan perkara sia2.

kesimpulan: BERSYUKURLAH.. kamu (diriku) akan TIDAK MENGELUH lagi
Sebagai penutup, renungkanlah beberapa kata mutiara berikut ini:

Sebelum Anda mengeluh tentang rasa dari makanan yang Anda santap,
Pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum Anda mengeluh tidak punya apa-apa
Pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum Anda mengeluh tentang suami atau istri Anda,
Pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum Anda mengeluh tentang hidup Anda,
Pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum Anda mengeluh tentang anak-anak Anda
Pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Dan di saat Anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaan Anda,
Pikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

wallahua'lam

SUMBER : HALAQAH.NET

ISTERI SOLEHAH PENYEJUK MATA DAN HATI SUAMI




Untuk isteri-isteri dan bakal menjadi isteri diluar sana ana nak kongsikan sedikit RAHSIA camne nak buat suami sayangkan kita,sape tak nak disayangi suami kan...ada 10 rahsia antaranya:

1.Amalkan makan bersuap dengan suami ataupun lebih baik makan didalam satu talam..lagipun makan dalam talam adalah sunnah nabi dan ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri..


2. SENYUM..mudahkan? sambut suami yg pulang kerja dengan senyuman..WAJIB buat benda ni untuk isteri-isteri solehah di luar sana.


3. Jadi PENDENGAR yg baik..ketika suami ingin bercerita pada kita,fokuskan perhatian pada dia dan dengar apa yg ingin diceritakan dan berikan pendapat jika diminta.

4."JAGA LIDAH" penting ni..ramai isteri sekarang suka menyakitkan hati suami dengan lidah mereka, berkata2 lancang dan suka memperlekehkan suami. percayalah lama-lama suami akan mula membenci.


5. Waktu suami susah atau ada masalah, seorang isteri wajib memberikan kata2 semangat dan selalu memberi sokongan pada suami. jangan pula menambahkan masalah pada suami.


6. Yang paling penting..INGAT NI..waktu suami sedang marah..adalah lebih baik kita BERDIAM DIRI..tunggu sampai suami reda..


7. Jangan sesekali MEMBURUKKAN SUAMI di belakangnya.seperti mencerita masalah rumahtangga atau kekurangan suami kepada orang lain ataupun kepada adik beradik..kelak suami akan membenci anda,silap hari bulan tak pasal2 kena makan penampar.


8. Ni pun penting dalam rumahtangga,SELALU PUJI suami...contohnya " abang hensem la hari ni.." sebenarnya lelaki selalu ingin dihargai,,salah satu sebab lelaki curang kerana kurang penghargaan,so selalu la hargai suami anda dengan memujinya..


9. Nak suami rajin bantu buat kerja rumah? pandai2 la ambil hatinya..hanya isteri yg bijak saja mampu buat..camne nak jadi isteri bijak? isteri yg bijak akan tahu apa kemahuan suami dia.


10. BERDOA...selalu la berdoa untuk suami kita...doa seorang isteri solehah mudah-mudahan dimakbulkan ALLAH..


SUMBER : SAHABAT FACEBOOK...

Monday, 26 November 2012

ISLAM MEMENTINGKAN KEBERSIHAN


Sudah menjadi fitrah atau sifat
semulajadi manusia sukakan keindahan.
Kebersihan merupakan salah satu ciri
yang menjadikan sesuatu itu indah
dipandang mata. Di dalam sebuah hadis
disebutkan ان الله جميل يحب الجماال
Maksudnya: Sesungguhnya Allah itu indah
dan Dia sukakan keindahan.

Dalam sebuah hadis lain Nabi s.a.w.
mengatakan : النظافة من الايمان
Maksudnya : Kebersihan itu sebahagian
daripada iman.
Jelas daripada kedua-dua hadis di atas
menunjukkan kepada kita bahawa Agama Islam
amat menuntut kita supaya menjaga
kebersihan. Sebab itu juga kita
diwajibkan bersuci dan berwuduk sebelum
sembahyang.

Orang yang menjaga kebersihan sama ada
kebersihan diri, tempat tinggal dan
persekitarannya amat dihargai oleh
Allah. Buktinya dalam sebuah hadis Nabi
ada bersabda yang bermaksud orang yang
membuang duri di jalanan juga diberi
pahala sedeqah. Ini bermakna sekali
perbuatan membuang sampah itu diberi
sepuluh pahala. Cuba pelajar-pelajar
bayangkan sedangkan membuang duri di
jalan diberi pahala apatah lagi kalau
pelajar membuang sampah yang ada di
rumah, di kelas dan sekolah kita.

Jika menjaga kebersihan persekitaran
diberi pahala maka mengotorkannya adalah
berdosa, terutamanya jika melibatkan
hak-hak awam seperti taman-taman, tempat
menunggu bas dan termasuklah tandas.
Ini kerana jika kita mengotorkan
tempat-tempat tersebut ia akan memberi
kesusahan kepada orang ramai untuk
menggunakannya, tempat-tempat kotor akan
menjadi sarang penyakit. Sudah pasti
mata juga sakit bila melihatnya.

Marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan, bukan hanya kebersihan
jasmani/ fizikal sahaja, kita juga
mesti bersih hati, rohani dan bersih
minda. Insya Allah jika hati bersih
kita akan bertindak ikhlas untuk
mengutip sampah di jalan, jika rohani
bersih kita tidak suka melakukan dosa
atau kerosakan dan jika minda bersih
kita akan mudah menuju kejayaan.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.