Bismillah....Allahumma solli 'ala Muhammad
Assalamualaikum w.b.t , alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada kini sehingga hari ini. Semoga kita sentiasa berada dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa bersyukur.
Hidayah...
Bila sebut hidayah, Saya pasti ramai yang menginginkannya.
Tapi adakah cukup sekadar menyatakan 'aku inginkan hidayah'
Tanpa 'kosong' dalam usaha mendapatkannya?
Setiap kali saya berkongsi perihal hidayah ni
Pasti air mata mengalir tanpa saya sedari.
Kerana ianya sangat bermakna buat insan hina ini.
Tanpa HIDAYAH daripada NYA
Maka saya bukanlah saya pada HARI INI
Ingin saya berkongsi sedikit kisah ' ERTI SEBUAH HIDAYAH' yang berlaku dalam hidup saya
Suatu ketika dahulu saya juga seperti anda-anda di luar sana
Hidup penuh dengan keseronokan dunia semata
Tak pernah hirau malah terlintas sedikit pun perihal akhirat
Namun bila mana hidayah itu datang pada tahun 2008 melalui media massa, Segalanya BERUBAH
Saya memang seorang yang banyak menghabiskan masa di depan komputer, chit chat, online dan sebagainya
Setiap hari selepas balik sekolah saya akan habiskan masa seperti biasa...online..
Kemudian 1 hari tu masa sibuk chit chat dekat dalam forum tutor ( sekarang ni entah ada lagi ke tak ruangan ni)
Seorang hambah Allah tiba2 bagi link beberapa laman web untuk saya lawati
Saya hanya membiarkan sahaja, tak berminat.
Namun lama kelamaan hati saya memujuk
Akhirnya saya klik link tersebut
Terpampanglah bebeberapa artikel- artikel islamik dan informasi ilmiah
Saya hanya ketawa sinis, kerana saya lansung tak berminat dengan semua ini
Cepat sahaja tangan 'klik' button 'x'
Terus kembali chit chat dan online
Keesokkan harinya, saya tak tahu kenapa laman web tersebut menghantui fikiran saya
bukak tutup bukak tutup
Ianya berterusan untuk beberapa hari..
Sehingga 1 hari tu saya buat keputusan untuk menghabiskan masa menyelidik apa sebenarnya yang ada dalam web 'berhantu' tersebut. Web yang saya maksudkan adalah ' HALAQAH.NET'
Semakin hari saya semakin ketagih membaca semua info dalam web tersebut
Ternyata ianya cukup indah..ya cukup indah...hati saya mula tertawan
Ternyata Islam itu tidak hanya bercakap tentang akhirat semata,tapi juga tentang dunia yang merupakan tempat kita membaja amalan..
Setiap hari saya habiskan masa membaca setiap ilmu yang dikongsi di sana.
Bermula daripada perihal aqidah, ibadat , syariat dan sebagainya.
Saya mula dahagakan ilmu agama.
Saya mula faham rupanya banyak yang saya tak tahu dan perlu tahu.
Saya mula faham tentang aurat.
Saya mula faham tentang solat.
Saya mula faham tentang tujuan kehidupan yang sebenar.
Semenjak tahun itu saya berazam untuk berubah.
Berubah untuk memperbaiki diri yang selama ni dibiarkan jahil
Bermula akhir tahun 2008 saya mula penuhkan diri dengan ilmu..
Awal tahun 2009, Saya tekad untuk memakai tudung bila keluar rumah.
Tudung bawal saya silangkan ke kedua belah bahu dan mula kenakan handsocks.
Pertengahan tahun saya turunkan tudung bawal pin tengah..
Hujung tahun 2009 saya belajar untuk buat tudung labuh sendiri dan mula pakai stokin.
Awal tahun 2010 saya mula mengenakan tudung labuh hasil dari tangan saya sendiri.
Sepanjang tempoh 2008-2010 tu hanya Allah yang tahu betapa banyak air mata yang saya keluarkan.
dek kejahilan saya, .dan betapa sukarnya untuk memperbaiki dan memujuk diri dek bisikan yang menjatuhkan disekeliling
Namun Allah itu maha pengasih dan penyayang....
Dihadiahkan hambaNYA ini ramai kawan teman dan sahabat yang solehah.
Yang setiap hari sentiasa membantu diri untuk menjadi lebih baik.
Kemudian bermula saat itu juga Allah aturkan perjalanan hidup saya cukup cantik...
Yang saya tak pernah terfikir pun saya akan seperti ini pada saat ini...Allahurabbi...
Sungguh saya bahagia, Saya bahagia untuk terus istiqamah mencari cintaNYA.
Segala perjalanan hijrah saya dahulu banyak mengajar saya untuk tidak memandang serong pada orang lain..
Kerana saya percaya, dalam hati mereka juga sama seperti saya.
Saya kurang berminat untuk bergaul dengan mereka yang memang bagus agamanya dari kecil.
Namun tidaklah bermakna saya menolak berkawan dengan mereka, saya juga mempunyai ramai kenalan yang memang baik agamanya sejak kecil hingga sekarang.
Entahlah mungkin kerana golongan mereka yang saya cuba dekati dahulu.
Hanya banyak mencela pendosa dan insan jahil seperti saya.
Tanpa cuba mendekati dan mendalami hati mereka.
Maka saya lebih suka bergaul dengan mereka yang biasa-biasa sahaja.
Namun hati mereka gigih bermuhajadah berhijrah untuk redhaNYA.
Saya dah pernah rasa semua fesyen tudung masa zaman jahiliah saya dulu.
Sebab tu walapun datang ribuan fesyen tudung masa kini pun saya hanya tersenyum.
Kerana saya dah jumpa tudung yang membuatkan saya rasa selamat dan tenang..
iaitu tudung labuh saya....ya tudung labuh....
Kini saya akan terus berusaha..berusaha untuk memperoleh cintaNYA.
Takkan biar hati ini dikotori oleh cinta insani yang tidak halal dan melalaikan saya.
Takkan biar 'erti sebuah hidayah' ini pergi lagi.
Ya Allah..berilah hamba kefahaman dalam agama..
Kurniakanlah kefaham dalam agama kepada semua yang mencintaiMU.
Pelihara hati ini ya Allah.
Jangan pernah ianya terpaut kepada sesuatu yang Engkau haramkan.
Percayalah wahai sahabat yang saya kasihi kerana Allah.
Jika dihatimu punya niat untuk berubah dan berhijrah.
Teruskanlah...jangan engkau hiraukan kata-kata yang menjatuhkan..
Jangan takut untuk berubah...
Buatlah semata-mata kerana Allah..
Hijrahlah perlahan-lahan...
Seperti mana 3 tahun perjalanan hijrah saya...
Insya Allah kamu pasti boleh....
Doa saya mengiringi anda semua yang ingin turut berhijrah.
Mohon doakan saya juga..
Allahu Akbar...
" sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNYA, dan Allah lebih mengetahui orang -orang yang mahu menerima petunjuk " ( al-qasas : 56 )
Hidayah itu perlu dicari..
Bukan hanya dinanti...
sekadar ingatan bersama, berkongsi rasa...
" Implikasikanlah ilmu yang ada pada diri. Bukan sekadar mempelajarinya semata-mata. Jadilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. jangan seperti lalang. "
Sunday, 26 January 2014
Tuesday, 7 January 2014
MUJAHIDAH CILIK SOLEHAH
Bismillah....Alhamdulillah..
Assalamualaikum w.b.t...sudah kian lama teratak ini terbiar..
terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...
namun hati sering kali merindui dunia penulisan...
insya Allah semoga akan sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menulis lagi...
haaa hari ni nak share my mujahidah cilik wa solehah...
alhamdulillah adik ana baru nak masuk alam persekolahan...
akaknya ni pulak baru nak masuk alam pekerjaan...
sebab tu bila keluar berdua..ingatkan ibu dan anak...hihi
semoga menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia..yg kelak mampu memberi manfaat buat ummah..
Allahumma salli 'ala Muhammad..<3
Subscribe to:
Posts (Atom)