Bismillah, salam sayyidul ayyam.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
alhamdulillah kita dah berada di tahun 2015,
semoga semakin bertambah umur kita semakin banyak amal dan ibadat kita,
setiap daripada kita pasti ada azam yang mungkin nak dicapai dalam tahun ni, betul?
Hari ni nak berkongsi sedikit tentang azam dan saya selitkan sekali apa yang sempat saya dengar dan fahami daripada Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam.
Actually tajuk Forum semalam adalah Selfie, Tapi ada sedikit sebanyak dikongsikan berkaitan azam dan matlamat.
Ustaz Elyas ada kongsikan 4 faktor kenapa azam kita tak tercapai. Sini saya kongsikan dan saya olah huraian ikut kefahaman saya. Mohon betulkan jika salah. ( tinggalkan komen)
1) kita buat perkara yang sama tapi kita mengharapkan hasil yang berbeza.
Sebagai contoh sebagai seorang pendidik, kita berazam untuk mendidik anak2 murid kita lebih memahami apa yang kita ajar. Maka kita pun buat apa yang kita 'biasa' buat tapi mengharapkan hasil yang berbeza pada anak2 didik kita.
Dalam proses penyerapan ilmu ini, manusia terdiri daripada 3 jenis.
- ada yang belajar mesti mau tengok gambar
- ada yang cukup dengar sahaja dia da boleh tangkap
- ada yang dia kena hands on, kena dia buat sendiri baru dia boleh faham.
Contoh lain, kita nak maju dalam dunia perniagaan, kita kenalah belajar ilmu dan aplikasikan dalam pelbagai cara, sebelum ni mungkin hanya sekadar jual di kedai, mungkin lepas ni kita tambah cara lain pula dengan promosi menggunakan facebook, pages, blog dan sebagainya.
.
2) Tidak belajar daripada kesilapan yang lalu
Sebagai seorang pelajar contohnya, sem-sem lepas kita banyak buang masa, main game, tengok cerita korea dan sebagainya dan akhirnya kita melakukan banyak kecuaian dan kesilapan semasa peperiksaan dan kemudian beroleh keputusan yang kurang cemerlang.
Orang yang berjaya adalah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang gagal adalah mereka yang sentiasa mengulangi kesilapan yang dilakukan.
Setiap Bani Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik manusia yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat daripada dosanya.
3) Tidak bersungguh-sungguh
Once kita pasang azam dan matlamat. Kita kenalah bersungguh-sungguh untuk focus dan lakar perjalanan nak mencapai azam kita tadi.
Bila tidak bersungguh-sungguh itu bukan azam namanya tapi angan-angan kosong.
Contoh : " tahun ni aku nak bangun solat subuh lebih awal" kalau lelaki "tahun ni aku nak solat subuh berjemaah"
Jadi kenalah sungguh-sungguh bro, dah tahu diri tu liat nak bangun subuh pasang alarm macam nak dodoikan suruh tidur balik buat apa?
4) Tidak bersabar
Ha ni paling penting, kena sabar. Relax brader brader relax. Dalam nak capai azam kita, bukan hari ni azam esok terus tercapai dan terus istiqamah. Kalau dapat terus macam tu memang korang superb.
Kebiasaanya ianya akan mengambil masa, kena mujahadah sikit.
Akhir sekali, seandainya kita berjaya mencapai azam yang kita buat, bersyukurlah kerana tanpa daya dan pertolongan daripada Allah kita tidak akan mampu mencapai matlamat kita.
Tapi seandainya azam kita, usaha yang kita lakukan gagal dan tidak berjaya. Koreksi diri kita dan tanya pada diri, jangan sama sekali kita menyalahkan orang lain apatahlagi sampai menyalahkan Allah.
Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan itu bermakna Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita dan bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Dia jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
apa yang penting usaha, doa dan sangka baik.
Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :
(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Bila kita jadi orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka kita akan jadi orang yang ada hikmah.
bak kata Ustaz Kazim, ada hikmah dalam sesuatu kejadian, anda mampu mengubahnya ^_^