Tuesday, 10 November 2015

Ujian.. Rahmat vs Musibah





Bismillah...

Setiap ujian yang kita lalui adalah sesuai dengan kemampuan kita. Itu janji Allah dalam al-Quran.

Cuma kita ni yang selalu bersangka buruk.

dan ujian yang hadir itu sebenarnya adalah rahmat dan musibah dari Allah.

bagaimana nak tahu sesuatu ujian itu rahmat ataupun musibah?

Bilamana ujian datang lalu kita mencari Allah, kembali kepada Allah, kita semakin dekat kepada Allah. Itulah ujian yang membawa rahmat yakni untuk meningkatkan darat kita disisi Allah.

Namun bilamana ujian datang tetapi kita lupa kepada Allah, bahkan semakin jauh daripadaNYA, itulah dinamakan musibah.

Muhasabahlah diri kita, apa sebenarnya tujuan hidup kita?

=========================

"Adakalanya kita mengeluh tidak ada jalan tetapi sebenarnya kita tidak ada tujuan! Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan" - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ya sentiasa ada jalan dalam setiap ujian yang kita lalui. Bangun, betulkan jalan dan berbahagialah.

Buatlah segalanya kerana Allah bukan kerana manusia.

Langkah diteruskan
Biar jatuh, mengalah tidak sekali
Pandang kehadapan
Raih redha Illahi

No comments:

Post a Comment