Friday, 6 January 2017

Ku biarkan pena menulis

 


" Ku biarkan pena menulis...
Menghurai maksudnya di hati...
Moga terubat segala keresahan dijiwa...
Tak pernah ku ingini..."

Macam kenal ja bait2 ayat tu kan?

Na'am.. tu sebahagian daripada lirik lagu sahabat sejati by unic ☺

Cer nyanyi sikit hehe

------

Ku biarkan pena menulis...

Maha Suci Allah yang mengurniakan kita nikmat tangan dan jari sehingga ramai dalam kalangan kita hari ini mampu menulis tidak kira di atas kertas, di dinding facebook, twitter, instagram, wechat, blog dan lain2. SubhanaAllah betapa baiknya Allah.

Tak semua orang mampu berbicara terus dari mulut...
Tak semua orang mampu berkongsi cerita melalui percakapan..

Maka pena lah menjadi wadah untuk sesetengah orang meluahkan rasa dan berkongsi apa sahaja yang mereka inginkan. Baik untuk diri sendiri ataupun untuk dijadikan manfaat bersama yang lain.

Teringat kata-kata seorang rakan facebook. Lebih kurang macam ni " Kalau kamu tak mampu menulis, membacalah "

Membaca dan menulis sebenarnya mempunyai hubungan kimia yang sebati.

IQRA' ... Bacalah dengan nama Tuhanmu.

"Mendampingi buku mendekati ilmu"

Perasan tak, kadang bila kita membaca sesuatu. Mesti kita rasa nak tulis balik apa yang kita baca tu. Sama ada untuk catatan sendiri mahupun untuk dijadikan perkongsian di status facebook bahkan kadang menjadi modal tercetusnya sebuah idea untuk kita menulis sesuatu.

Sebab itu bila kita rasa tak tahu nak tulis apa. Pergilah cari bahan bacaan insyaAllah lepas tu adalah tu yang kita akan dapat untuk mengajak kita mengangkat pena. Sekalipun cuma 1 ayat.

Sabda Nabi saw yang bermaksud :  "Sampaikanlah  dariku walau 1 ayat" riwayat al-bukhari

Menulislah..
Tulislah yang baik-baik..
Kongsikan apa sahaja ilmu yang pernah kita perolehi..
Ceritakan pengalaman yang pernah kita lalui..

Lagi indah jika setiap tulisan yang kita update itu diniatkan semata2 untuk berdakwah kerana Allah. Siapa tahu ada yang terjentik untuk berubah jadi lebih baik asbab tulisan kita?

Dan sungguh..
Saya terjebak dalam penulisan juga asbab daripada penulisan orang lain yang selalu saya baca suatu ketika dahulu.

Diri saya yang baru berusia 15tahun pada ketika itu. Masih keliru dan mencari hala tuju hidup lalu Maha kuasa Allah yang memberikan hidayah untuk saya terjumpa banyak tulisan2 ilmiah  sehingga menjadi asbab saya sedar diri dan berhijrah untuk jadi lebih baik.

Sekaligus mendidik saya untuk belajar dan suka menulis sehingga hari ini.

Allah..Semoga Allah limpahkan pahala berterusan pada semua penulis yang pernah saya baca karya mereka dahulu sampai sekarang. 💐

Dan harapan saya semoga ada antara tulisan2 saya diaini juga dapat menjadi asbab hidayah buat insan lain.

Moga Allah redha 💕

-Nuur-









4 comments: