Wednesday, 16 April 2014

BAGI SEDIKIT DAPAT BANYAK


Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma solli 'ala Muhammad...

Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk ALLAH atas segala nikmat, rahmat yang dilimpahkan ke atas kita sehingga ke hari ini.

Insya Allah hari ini saya ingin berkongsi perihal 'BERI SEDIKIT DAPAT BANYAK' ha..apakah agaknya di sebalik kalimah ini? 


Seringkali kita dengar keluhan manusia yang merasakan bahawa dengan memberi atau mengeluarkan sedikit 'wang' atau bersedekah akan mengurangkan harta dan duit yang dimiliki.

ini sama sekali tidak benar. Jom kita renungi firman Allah dalam surah al-baqarah : 268 


" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

 disetiap rezeki yang kita miliki ada hak untuk orang lain wahai hamba Allah.


teringat saya satu peristiwa yang berlaku pada diri saya tahun lepas, bukan bertujuan nak riak, tapi nak membawa semua melihat bahawa tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum. Oleh itu,orang yang memberi ialah insan pertama yang mendapat manfaat daripada apa yang diberikannya. 

di mana seperti biasa saya suka menghabiskan masa lapang di masjid kesayangan saya, pada waktu zohor sehingga lepas asar..sekiranya saya tiada kelas masa tu.

setiap hari teringin sangat nak memberi sedikit sumbangan/ sedekah terhadap masjid itu. Namun saya hanya mampu memandang 'kotak ajaib' itu daripada jauh kerana ianya diletakkan di ruangan solat muslimin. Sehinggalah pada 1 hari tu selesai solat zohor, saya terpandang sebuah ' kotak ' yang tertera ' peti sumbangan untuk masjid' di tepi rak telekungruangan solat muslimat, gembira tak terkata. Lantas mencari dan membuka dompet lalu memasukkan sehelai wang ringgit yang telah lama ingin dimasukkan ke dalam peti tersebut.

kemudian selesai sahaja solat asar berjemaah, saat kaki ingin melangkah keluar daripada pintu keluar ruang solat muslimat, seorang wanita memberi salam dan tersenyum menahan ku dari keluar.
dia bertanya adakah saya sudi untuk menjadi guru di sekolah agama sebelah masjid tersebut? dan adakah saya mempunyai masa lapang pada sebelah petang? 

subhanaAllah..itulah rezeki disebalik rezeki yang kita kongsikan kepada orang lain.

"BAGI SEDIKIT DAPAT BANYAK"

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk menjadi seoarang mu'allimah selama 3 bulan di sekolah tersebut.


Bukan nak cerita saya bagi duit, tetapi tentang nilai yang kita tak duga banyaknya dapat dengan memulakan memberi sesuatu yang kita sayang contonya duit.

berkaitan dengan sedekah ini jugak, saya ingin menegur sedikit sikap sesetengah daripada kita terhadap 'si peminta sedekah'

ada dalam kalangan kita, yang melayan golongan ini dengan layanan yang seolah2 Islam tidak pernah mengajar kita adab-adab dalam berhadapan dengan golongan ini.


mari lihat firman Allah lagi dalam surah al-baqarah ayat 263
:

"Menolak peminta-pemintasedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. "
insya Allah...selepas ini jangan takut untuk bersedekah lagi ya sahabat2
harta kita tak kan kurang, yakin pada janji Allah.

dan sedekah itu bukanlah hanya dengan 'duit' semata2..
senyum itu juga sedekah
membuang benda tajam di tengah jalan juga sedekah
dan banyak lagi

bersedekahlah..Nabi s.a.w juga suka bersedekah, sollu 'alan Nabi

insya Allah untuk entry yang seterusnya saya akan kongsikan apakah fadhilat-fadilat bersedekah


#JOM BANYAKKAN SEDEQAH  

Saturday, 12 April 2014

BUATLAH PILIHAN





Bismillahirrahmanirrahim. Rabbi yassir wala tu'assir.

Secara peribadi, bagi saya kehidupan itu berkaitan dengan pilihan. Setiap pilihan kita ada natijah yang tersendiri sama ada baik atau buruk. Kerana itulah Allah mengurniakan kita akal supaya kita dapat berfikir dengan waras dan membuat pilihan yang baik. Sememangnya kita tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Oleh itu, lazimkanlah diri kita dengan solat sunat istikharah dengan harapan Allah akan sentiasa memimpin kita dalam setiap tindakan dan pilihan yang kita lakukan.

Setiap pilihan kita, haruslah disertai dengan doa dan usaha yang betul. Choose the right one with the right action.



Hidup ini satu pilihan,
sama ada kita nak terus mengalah kerana dunia,
atau terus bangkit kerana Allah Tuhan yang Esa.

Di saat ujian datang tanpa henti, aku pautkan pergantunganku sepenuhnya pada PENCIPTA diriku dan seluruh alam ini. Akhirnya, aku temui kekuatan itu semula. Bagiku, jatuh bangun dalam kehidupan ini adalah lumrah. Semuanya atas diri kita. Andai kita tidak kuat, kita akan hanyut. Sesungguhnya, aturan ALLAH itu sangat indah. Indah yang teramat. Kita hanya akan dapat merasai keindahan dan kemanisan ujian itu andai kita benar-benar menjadi hambaNYA yang berfikir.

" hiburkan dirimu dengan zikrullah"

Tiba-tiba hati berbisik sedemikian di saat air mata seakan tidak mahu berhenti.
Ya, berzikirlah wahai hati. Allah kan ada? bisik hatiku, kembali tersenyum

lantas ku capai surat cintaNYA 
" sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang " 
(surah ar-ra'du ayat 28)

Solat dan zikrullah adalah penawar hati yang, ia memberi ketenangan kepada hati. Nabi s.a.w bersabda " dalam jasad anak adam ada seketul daging, jika baik daging itu baiklah seluruh anggota badan, jika ia buruk maka buruklah segala anggota badan yang lain, seketul daging itu adalah HATI "

Hati yang tenang menjadikan kehidupannya tenang. 
Teringat kata-kata murabbi "Para pencinta Allah bukannya tidak menghadapi dugaan, malah dugaan yang mereka hadapi amat berat berbanding orang biasa. Namun mereka dapat menghadapinya dengan tenang lantaran jiwa mereka bertaut pada Tuhan, jiwa mereka memancarkan cahaya ketuhanan, jiwa mereka memiliki kekuatan  bagaikan gudung yang akarnya terpasak pada bumi, jiwa mereka memiliki tenaga yang sampai langit lantaran zikrullah yang sentiasa pada lisan dan sirrnya "

Allahu...tersenyumlah kerana diuji * senyum*



Sesungguhnya kebahagiaan itu ada di dalam diri, ia bagaikan mutiara di dalam lautan. Hati manusia ibarat lautan, semakin dalam ia menyelam, semakin asyik dan terpegun ia memandang keindahannya. Di dalamnya ada mutiara yang begitu mahal dan indah. Tanpa menyelam, manusia hanya akan dapat melihat pada permukaannya sahaja, mereka hanya merasakan masinnya sedangkan manisnya di sebalik masin itu tidak dapat diperolehi.

Wahai diri yang diuji, tenggelamkan dirimu dalam lautan mutiara ketuhanan, nescaya dirimu akan tersneyum dengan ujian kehidupan. 

Terima kasih Allah kerana beri aku ujian.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku redha ALHAMDULILLAH atas segala apa yang Engkau kurniakan pada diriku. Pintaku hanya satu, janganlah Engkau pesongkan hati ini sesudah Engkau beri hidayah kepadaku. Tetapkanlah hatiku di atas agamaMU. Jadikanlah aku sebagai hambaMU yang mencintai dan mengejar segala kebaikan yang ada di bumi ini. Ya ALLAH. Segala puji hanya untukMu. Akhirnya kutemui kekuatan. :)

Saturday, 5 April 2014

ISTIGHFAR


Sharing dr Ust Dr Hj Zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini

PERCAYALAH...REZEKI...




Sekadar Renungan:

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

SEDIH KAN??

Bismillah....Allahumma solli 'ala Muhammad


Nasihat penting buat diri saya dan semua ibubapa.....Maafkan saya jika mengguris hati...Pesan buat diri saya sendiri, keluarga ialah amanah Allah yang sangat besar. Kita semua akan ditanya diakhirat nanti...

Kepada ibu bapa sayangilah kehidupan rumahtangga kita dan anak-anak kita. Hidupkan rumah kita seperti Rumah Nabi saw dan Sahabah rhum..

Sedihkan ada rumah macam panggung wayang. Tengok tv jer...

Ada rumah seperti kopitiam...hanya makan sahaja...

Ada rumah seperti dobi. Basuh baju dan lipat kain...

Ada rumah macam low yatt main komputer dan gadget setiap hari..

Ada rumah seperti parlimen. Berdebat dan bertengkar setiap hari..

Ada rumah seperti rumah tumpangan. Balik untuk tidur sahaja..

Ada rumah hanya seperti agensi perlancongan..Jalan mana dan makan mana...

Rumah paling bahagia ialah bila diwujudkan amalan Ta'lim rumah..Nur perkataan Allah dan Nur perkataan Nabi saw..

Rahmat Allah mencurah-curah. Ubah sekurang-kurangnya 30 minit dalam rumah dengan amalan bacaan hadis Nabi saw bersama keluarga....Kelebihan dan keutamaan amalan.Iman, solat, sunnah, ilmu, zikir, akhlak, kasih sayang, ikhlas, berdakwah dan berjuang di jalan Allah, fadhilat Ramadhan, Fadhilat Haji, Fadhilat sedekah, kisah para sahabah...

Lihatlah sakinah ketenangan, rahmat, kebaikan mencurah-curah dalam rumah kita.

Saya lihat dengan izin Allah melalui amalan ini orang paling miskin, rumah paling sempit, orang paling banyak masalah rumahtangga, masalah dalam hidup, segalanya berubah..Mereka menjadi orang paling bahagia dunia dan akhirat.

Ajaibnya bagi kita tapi itulah kesan menghidupkan nur perkataan Allah dan perkataan Nabi saw...

Saya merayu marilah mulakan setiap hari dengan berterusan kerana Allah...

Antara kitab yang terbaik yang mudah dan tidak melibatkan hukum hakam. Hukum hakam perlu dipelajari dengan ada guru..Kitab yang dicadangkan ialah Muntakhab hadis susunan syaikh saad al khandahlawi dan Fadhilat amal oleh Maulana Zakariya al-khandahlawi rah..Mudah didapati di kedai Masjid Jamek Sri Petaling dekat bukit jalil.

-Keluarga Sunnah-www.keluargasunnah.com- ustaz ebit lew

Friday, 4 April 2014

WHO LOVES YOU??




Kita semua mempunyai perasaan sayang dan cinta.  Itu lumrah manusia.  Malah ia sifat fitrah yang telah ALLAH wujudkan di dalam diri setiap manusia.  Cinta sesama manusia, cinta kepada harta, cinta kepada tanahair, cinta kepada kerjaya dan sebagainya.

Pernah kita kadang-kadang dikecewakan.  Cinta yang mendalam melahirkan sakit yang mendalam tatkala dikecewakan.  Tiada makhluq yang sempurna keadaan.  Cinta pasti melahirkan kekecewaan.  Jika sepanjang cinta tidak pernah melahirkan kecewa, pasti di hujung usia ia datang juga untuk mengecewakan.  

Mustahil kecewa tidak datang menjenguk diri.  Ia mungkin datang sekejap dan pergi.  Ia mungkin sekadar mencederakan hati.  Sembuh kembali.  Atau mungkin juga sehingga membunuh hati.  Pokoknya, kecewa dan cinta datang bersekali.

Namun, ada satu cinta yang apabila kita meletakkan cinta, cinta itu tidak akan mengecewakan kita.  Yang mana kita rela berkongsi cinta.  Cemburu cinta tidak pernah menjelma.  Nyaman dan tenang mendamaikan jiwa.  Kecewa tiada.  Cinta berbalas adalah suatu yang nyata.
Cinta apa itu?  Itulah cintakan ALLAH!

Tempat dan kedudukan cinta kita di sisiNYA terbela.  Bagaimana cinta kita kepadaNYA, sebanyak itu jugalah cintaNYA kepada kita.  DIA meletakkan kita sebagaimana kita meletakkanNYA.  Malah, mungkin lebih dari apa yang kita sangka. 

Sedangkan mencintai makhluq, kita belum tentu dapat merasai kenikmatan seumpama itu.  Belum tentu apabila kita cinta makhluq 100%, dia juga cintakan kita sebanyak itu.  Belum tentu.  Tidak tahu.
Cinta kepada makhluq, kita mesti menjaganya.  Tetapi cinta kepada ALLAH, ALLAH menjaga kita.  Cinta kepada makhluq yang tidur atau berjauhan, kita tidak dapat berhubung dengannya, tetapi cinta kepada ALLAH adalah cinta yang berhubungan sentiasa.  Cinta kepada makhluq melahirkan rindu dan tangisan yang kadang-kadang mendatangkan sengsara.  Tetapi cinta kepada ALLAH melahirkan rindu dan tangisan kepuasan yang menenangkan jiwa.

Jika orang bertanya tentang cintaku kepada makhluq, “Kau cintakan dia.  Tetapi adakah dia cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, barangkali.”

Tetapi jika orang bertanya tentang cintaku kepada ALLAH, “Kau cintakan DIA.  Tetapi, adakah DIA cintakan kau?”  Aku jawab, “Ya, DIA mencintaiku, pasti.” 

Berbaloi bukan?  Justeru, mana cinta wajar menjadi keutamaan?

(Cinta Allah dapat diraih dengan menunaikan hak-hakNya dan demikian juga cinta manusia dapat diraih dengan menunaikan hak-haknya dan memperlakukan mereka secara adil dan baik. Mendapat cinta Allah adalah tujuan utama seorang hamba dalam hidupnya, maka wajib bagi seorang hamba untuk mengetahui hal-hal yang mendatangkan kecintaan Allah.)

sumber : muzir.wordpress.com

TERIMA KASIH KERANA MENINGGALKANKU




“Assalamualaikum awak. saya tak boleh teruskan hubungan kita. Family saya dah terima dia. Petang tadi dia jumpa parent saya. Maafkan saya awak. Assalamualaikum…”
Jiwa kental pemuda hancur luluh tatkala membaca sms yang disangka madah cinta. hancur bak kaca terhempas ke batu. cinta yang disulam sejak dibangku sekolah hancur begitu sahaja. janji-janji yang pernah terukir lenyap dalam sekelip mata.
kini sudah lebih 6 bulan kejadian itu berlalu. kejadian yang banyak merubah diriku. ku cuba kuatkan diri tatkala memori bersamanya terbayang difikiran. ku cuba lenyapkan dia dari ingatan. tapi apakan daya. ku hanya insan yang lemah. insan yang terlalu berharap pada cinta yang belum pasti. semakin ku cuba, ingatan tentang dia semakin kuat. yaAllah.. bantulah aku..
*****
“Wahai sahabatku, sampai bila kau mahu begini? kau dah tak seceria dulu. kerana cinta manusia kau jadi begini? kami benar-benar rindukan senyum tawamu sahabat” kata-kata amir sahabatku di beranda masjid pada malam itu membuatkanku keliru. Dia tidak memahamiku atau dia sedang mengambil berat tentangku. begitulah perasaan tatkla diri dirasuk kecewa. Nasihat yang sepatutnya diterima dengan baik tapi telah disalah ertikan.
“Amir, kau pernah duduk kat situasi aku? kau pernah kecewa? kau tak faham amir. cakap memang mudah. tapi aku yang menanggung. sakit amir. sakit”, tanpa disangka air mataku mengalir membasahi pipi.
“Lelaki yang soleh tak akan mudah menyerah kepada cinta seorang wanita yang belum pasti menjadi isteri sahabatku”. Mendatar suara amir.
“Macam mana boleh kau cakap kau sayang dia sedangkan kau sedang membawa dia ke jalan yang salah?”.
“Tapi kami tak pernah jumpa. tak pernah buat benda-benda salah”. 
“Sahabatku. hukum tak menghalalkan cara. dalam tak sedar kau dah rosakkan hati kau dah hati dia”. 
Aku diam. Kata-kata yang membuatkan imanku tercegat. Menusuk kalbu! Syukur aku mempunyai sahabat yang mampu membimbingku ke jalan Ilahi. amir, syabab yang terlekat kopiah dikepalanya. wajahnya begitu menyejukkan mata. Selalunya dialah tempat aku meluahkan segala kekusutan yang melanda diri..
“Jodoh tu urusan Allah. Kalau kau rasa kau sayang dia then nak bercinta dengan dia sampai kahwin, padahal skrg kau tak ada apa-apa. Tidak ada jaminan kau akan berkahwin dengan dia satu hari nanti. Itu bukan ikhtiar sahabatku. Jangan memberatkan hidupmu dengan memikirkan urusan Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ”
Air mataku kembali berguguran.
“Menangis tak salah pun Amir, yang salahnya ialah menyalahkan takdir dan bersangka buruk pada Allah. Yakinlah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Apapun, semoga kita cukup cubaan dan dugaan untuk menjadikan kita kuat menghadapi cabaran. Think positive okey. Percayalah! Allah SWT buat sesuatu untuk sesuatu sahabatku. Pasti ada hikmah DIA yang tersembunyi. Bersabarlah, kalau dia ‘datang’ lagi di ingatan kau ambillah wuduk, bacalah kalamNYA. Pasti hati kau akan kembali tenang. Cukuplah mengenang kenangan yang lalu. hidup perlu diteruskan. Aku doakan kau sentiasa tabah sahabat. Ingat, jangan pernah fikir bahawa kita berseorangan. Allah itu sentiasa ada bersama kita.. hm, memang susahkan nak lupakan seseorang yang banyak memberikan segalanya kepada kita kan? Tapi kau mesti ingat dan sedar siapa yang paling banyak memberi kita segala nikmat yang kita ada.. kau tahu siapa yang cipta kau?”. Panjang lebar Amir mengingatkan.
“Ish, tahulah. Mestilah Allah”
“Kau tahu siapa yang bagi kau akal?oksigen untuk bernafas? Mata? Telinga? Tangan? dan hati?”, sambung Amir lagi.
“Of course lah pencipta kita, Allah”
“Kau tahu siapa yang anugerahkan kepada kau ibu bapa yang menyayangi kau? Adik beradik yang sayang kepada kau? Dan aku ni yang sayang sangat kepada kau?”
“Allah. Semuanya Allah yang anugerahkan..”
“Haa.. sekarang kau sedar tak?”. Walau nada Amir lembut, namun ada sedikit ketegasan.
“sedar dah..”
“Ape yang kau sedar?”
“Aku sedar semuanya datang dari Allah..”
“lagi?” soal amir lagi..
“lagi apa?”. Sengaja ku bertanya pada Amir.
“Kau sedar tak, Allah telah memberi segala-galanya kepada kau, apa benda yang kau nak kata Allah tak bagi? Semua Allah bagi kat kau.. kau kacak, Allah beri.. kau bijak, itupun Allah yang beri”
“Tahu..aku memang syukur dengan nikmat Allah ni”
” Habis tu sanggup ke kau kecewakan Allah demi perasaan cinta kau yang kau tu? Kau sanggup ke kecewakan Allah setelah Allah beri pelbagai nikmat kepada kau..? kau sanggup membelakangkan Allah demi dia?”
Aku tertunduk seribu bahasa. Apa jua yang keluar dari mulut Amir tika itu sedikit pun tiada silapnya. Aku akur.
“InsyaAllah, kau boleh.. Sesungguhnya, kita ini memang hamba Allah yang lemah. Sebab itu kita kena mohon kepada Allah Yang Maha Kuat memberi kekuatan kepada kita untuk melawan segala ujian yang datang kepada kita.. Aku yakin bila niat kita baik, insyaAllah hasilnya juga baik.. Yakinlah sahabatku ! Allah sentiasa bersamamu, sayangmu kepada dia tidak menjamin apa–apa bentuk kebahagian pun kerana rasa sayang kau tu disalurkan pada jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.. Bahagia pun mungkin sekejap dan pasti selepas itu merana mesti tidak sekejap macam kau lalui sekarang. Teruskan niat baik kau tu. Redhalah dengan ketentuan Allah. Allah masih sayangkan kau. DIA mahu mengingatkan kau dari terus lalai dibuai cinta palsu. Aku sentiasa ada bersama kau, menyokong kau.. kalau ditakdirkan aku tiada pun. Kau kena ingat Allah sentiasa ada bersama kita.. Jangan sia-siakan kesedaran yang Allah telah beri ini.. takut-takut bila kesempatan ini tidak digunakan.. tiada lagi kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada kita.. bertaubatlah. Sesungguhnya Allah amat cinta kepada hamba-Nya yang kembali pada jalan-Nya… InsyaAllah”. Amir senyum.
“Terima kasih amir! InsyaAllah.. Demi Cinta-Nya aku akan cuba lupakan dia yang tidak menjamin apa-apa…”.Aku nekad!
“Alhamdulillah.. Teruskan bermujahadah melawan perasaanmu wahai sahabatku.. Semoga Allah sentiasa meredhai kehidupanmu. Jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan penipuan, kekecewaan, dan tiada kekal.. Tapi carilah cinta Allah.. Tiada penipuan dan tidak akan pernah mengecewakan. Itulah cinta abadi..Cinta yang diredhai..”
“InsyaAllah..”
*****
Alhamdulillah… kini sudah genap 2 bulan pernikahan si dia dengan si pilihan hati. Ku doakan semoga kau terus bahagia di bawah redhaNya. Dan kini baruku sedar hikmah Allah SWT amatlah hebat. Kini ku mulai tenang di samping keluarga, sahabat-sahabat dan insan di sekeliling aku.
Ketenangan yang kurasai sekarang tidak sama dengan ketenangan bersulam dosa tatkala bersamanya suatu hari dulu. Terima kasih kerana meninggalkan aku. Aku amat bersyukur atas ujian Yang Maha Hebat. Tepatlah apa yang pernah diutarakan sahabat tatkala diriku diselimuti kesedihan, ‘Allah buat sesuatu untuk sesuatu’. kini baru kurasai ‘sesuatu’ yang Allah ingin ku kecapi di dalam hidup ini. Alhamdulillah ya Allah.
“Allah ada sebab tak bagi dia end up dengan kamu.. ni janji Allah, Dia telah sediakan someone yang terbaik untuk kamu.. cuma masanya belum sampai lagi..” – Fana
“Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” – Ust. Pahrol Mohamad Juoi; Tentang Cinta