Monday, 23 September 2013

KETAHUILAH...




KETAHUILAH WAHAI HAMBA ALLAH...

ketahuilah wahai hamba Allah...
kita kelihatan hebat kerana Allah tutup dosa dan aib kita....
kalau aib dan dosa kita tu Allah buka...pasti tiada siapa yang akan mendekati kita kerana busuknya dosa yang kita lakukan..

ketahuilah wahai hamba Allah...
Allah itu maha pengampun...
mohonlah keampunan dan bertaubatlah dengan sebenar2 taubat..
tinggi mana pun dosa yang dilakukan...
walaupun sepenuh bumi...
nescaya akan tetap diampunkan Allah..
subhanaAllah baiknya Allah...:'(

ketahuilah wahai hamba Allah...
Allah itu sangat dekat...lebih dekat dari urat leher kita...
Allah itu sangat penyayang..lebih penyayang daripada sayangnya ibu terhadap anaknya....
Allahu Akbar....<3

ketahuilah wahai hamba Allah...
Allah menunggumu..
tidak pernah jemu menunggu rintihanmu..
kembalilah ke jalanNYA...
Tinggalkan maksiat itu..tinggalkan..
Tinggalkan penyakit2 hati itu...tinggalkan...
astaghfirullahal adzim..

ketahuilah wahai hamba Allah....
hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang....:')

# alhamdulillah hati ini benar2 tenang...akan ku terus dan terus mengejar redhaMU ya Allah.....


Sometimes....
We don't have any shoulder to cry on...

But..

We always have a forehead to put on ground and cry to ALLAH...

" The Best Listener "

Saturday, 21 September 2013

PERJALANAN DAKWAH....


“Semut di seberang lautan nampak gajah didepan mata tak nampak,” Kita seringkali lupa, bahawa ada yang dekat yang kita terlupa...

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” ( As-Syu’ara : 214 )

kadangkala kita lupa ada saudara kita yang mungkin kita terlupa....mungkin, kita terlalu sibuk berdakwah pada mereka yang ‘jauh’, sehingga mereka yang dekat dengan kita justeru tidak merasakan kehangatan dakwah...Adakalanya kita terlalu fokus pada yang jauh, padahal yang dekat dengan kita lebih memerlukan nasihat, ingatan, didikan atau ajakan...Meskipun sekadar dengan mengejutkan mereka setiap kali subuh menjelang. Meskipun sekadar dengan senyum di bibir tiap kali berjumpa...

Allahu...

Dakwah memang bukan mudah
Tabahlah duhai hati
Kuatlah wahai iman
Teguhlah wahai jiwa

Jalan dakwah punya duri merata
Namun, terus melangkah tanpa curiga
Kerana pengorbanan itu dibalas redhaNYA
Meski hati terluka dengan manusia
Tapi sedarlah ALLAH setia menemani

Meski hati pedih berdarah terluka
Sifat mereka, ego mereka, kerenah mereka
Terlalu memenatkan hingga terasa lelah
Tahanlah air mata agar tidak tumpah
Pujuklah hati untuk terus tabah
Balutlah hati yang terluka berdarah

Biarlah dicela manusia
Ego mereka telah menutupi hati
Biarlah dihina dicerca manusia
Nafsu mereka telah menguasai diri

Ya ALLAH..
Jangan biarkan diri ini lelah
Jangan hentikan langkah kami dalam berjuang di jalanMU
Jangan biarkan kami penat dengan dugaanMU
Kerana kami ingin redhaMU membaluti kami
Biarkan cintaMU merajai hati kami
Izinkan rahmatMU mengiringi langkah kami menuju syurgaMU

WELCOME BACK !!!

Bismillah....walhamdulillah...

Allah....hampir sebulan lebih mendiamkan diri...
dek kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan pelajaran..
insya Allah pejam celik dalam sebulan lebih sahaja lagi akan menamatkan pengajian...
Alhamdulillah....terlalu banyak yang dipelajari sepanjang di bumi semenanjung...
semoga Allah redha....

insya Allah kini akan kembali aktif semula untuk menulis dan berkongsi ilmu di teratak ini...
jazakumullahu khair kathir buat semua yang sudi berkunjung dan semoga ada yang bermanfaat buat semua...

Untuk makluman dalam sy mendiamkan kiri daripada menulis di sini..
terdapat banyak perkongsian yang sy kongsikan di laman muka buku dan Pages sy...
insya Allah jemputlah berkunjung dan menjalinkan ukhwah di sana....
semoga Allah redha...^_^

FB: ct nuur zaleha rosdiansah / KLIK SINI
PAGES : KHAS BUATMU MUSLIMAH / KLIK SINI

Wednesday, 7 August 2013

TANGISAN AKHIR RAMADHAN

 

TANGISAN AKHIR RAMADHAN..

Menangiskah kita ??? ..akan meninggalkan
RAMADHAN..atau TERSENYUM lebarrr...mmmm..

~~ Orang mukmin pasti akan MENANGIS ketika akan
BERPISAH dengan bulan RAMADHAN...

~~ Bulan SUCI yang akan membuat kita RINDU ketika ;

<3 BERBUKA puasa.
<3 SAHUR
<3 Tadarus al Quran
<3Terawih berjemaah
<3 IKTIKAF.

Kita akan merindukansemua itu..bulan teristimewa ketika
pintu pintu SYURGA DIBUKA,dan NERAKA diTUTUP,ketika
syaitan DIBELENGGU,ketika amalan DILIPAT
GANDAKAN..serta bulan yang penuh RAHMAT dan AMPUNAN
ALLAH

Menangislah..menangislah..menangislah...

Merindukan suasana TERISTIMEWA yang akan kita tinggalkan
sebentar sahaja lagi...
Bukan hanya manusia yang menangis,tetapi juga LANGIT dan
BUMI,n MALAIKAT pun MENANGIS..

Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam
terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan
tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana akan berlalunya
Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan
musibah bagi umatku.”

Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah
itu, ya Rasulullah?”

“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedeqah makbul,
segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur
terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila
semuanya itu sudah berlalu?”

Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung
Ramadhan, air mata mereka menetes. Hati mereka sedih.
Sedihkah Anda bila Ramadhan berakhir???

Ya Allaah izinkan ramadhan kami temui lagi kerana hadirnya begitu singkat...disaat kami khuatir dosa dosa masih melekat..Rahmatilah kehidupan kami menjelang Syawal sebagai orang yang bersyukur dengan nikmatMu, patuh arahanMu, takut akan azabMu..amiin..

Wednesday, 10 July 2013

SALAM RAMADHAN


Bismillahirrahmanirrahim.....Alhamdulillah.....Akhirnya sampai juga kita kepada bulan yang mulia ini yakni bulan Ramadhan.....di mana bulan yang Allah lipatgandakan segala amal ibadat dan kebajikan yang kita lakukan,...

Allahumma Salli a'la Muhammad....

semoga segala amal kita dibulan mulia ini diterima oleh Allah..dan semoga ianya berterusan dalam bulan2 seterusnya..

Assalamualaikum, pembuka bicara,
buat saudara mahupon teman,
ku kirimkan seloka pengubat lara,
kusampaikan berita,kuukirkan senyuman.

Terbang jauh si burung tempua,
melihat gerhana yang luar biasa,
kutunggu kunanti khabar semua,
harap kalian baik sentiasa.

Berehat di pangkin di bawah pohon,
menghirup udara membuai lena,
doa restu,keampunan kupohon,
moga bahagia kalian di sana,

Bermain mercun perkara biasa,
bermain meriam jarang sekali,
ketika enak berbuka puasa
jangan dilupa orang di sini …hehe

Rindu keluarga tiada berkala,
sanggup berjumpa, lautan ku redah,
mulianya ramadhan bertambahnya pahala,
berebutlah kita menggandakan ibadah.

Berzikir, bertasbih menghapus serakah,
mendidik jiwa tiada terkira,
bulan ramadhan, bulan barakah,
rahmatnya melimpah tiada tertara.
Orang islam sentiasa peka,

segala nasihat jangan dilupa,
andai diriku kian terleka,
jangan biarkan semakin alpa.

salam ramadhan buat semua...^_^

Wednesday, 12 June 2013

LAPANGKAN HATIMU DENGAN TAUBAT







Bismillahirrahmanirrahim......Allahumma salli a'la Muhammad
 

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?

Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?

Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira...
Itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.

Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai 'galang-ganti' kepada kejahatan yang kita lakukan itu.

Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa." (Surah al-An'am 6: 44)

Manakala secara peribadi dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: "Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan-Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Surah Thaha: 24)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





Tuhanku..aku tak layak masuk syurgaMU....
namun aku tak kuat ya Allah....aku tak kuat ya Allah  jika Kau campak ke dalam api nerakaMU...
terima taubatku...dan ampunkan segala dosaku....
sesungguhnya Engkau ya Allah yang mengampunkan dosa hambaMU....

Tuhanku hambaMU yang bermaksiat  datang kepadaMU
mengakui segala dosanya dan kini berdoa kepadaMU
jika Kau ampunkan ya Allah..hanya Kau yang layak memberikan pengampunan
namun andai Kau tolak..kepada siapa lagi ya Allah akan aku harapkan...T_T

 “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

 p/s : Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

sumber dan ilham : aku seorang pendosa, iluv islam, minda tajdid

Sunday, 2 June 2013

AKU DAN PILIHANKU



bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad





ada beberapa soalan yang adakalanya membuatku malas untuk menjawab dan biasanya hanya jawapan yang cukup ringkas ku berikan..

hamba2 Allah : dulu pena dapat tawaran lain x?

ana : pena.

hamba2 Allah : dapat apa?

ana : matriks labuan dan ump.

hamba2 Allah : eeeii kenapa tolak...ruginya

ana : *senyum*

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa tak suka? sebab kebiasaannya ungkapan yang terakhir tu la yang akan keluar dari bibir mereka2 yang bertanya..." rugi"

adakah rugi memilih bidang agama?

TAK...ana tak pernah merasa rugi walau sedikit pun ..kerana ianya pilihan ana yang ana buat setelah melakukan istisyarah dan istikharah..



“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3) "

now ana telah pun sampai di tahun terakhir dalam bidang islamic and cotemporary sciences..alhamdulillah ana bersyukur sangat-sangat kerana dicampakkan dan ditempatkan di sini.
terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang ana perolehi..

sahabat....bila kita memilih sesuatu setelah kita membuat istisyarah dan istikharah janganlah pernah merasa rugi....
bagiku setiap orang punyai jalan masing2 namun tujuan tetap sama iaitu untuk mendapatkan redha Allah..

berbahagialah dan nikmatilah kos yang telah anda pilih dan salurkanlah segala ilmu yang anda perolehi untuk kebaikan ummah. semoga ada saham di akhirat kelak..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ada hikmah mengapa tawaran ke UMP bagi course computer science ku tolak 2 tahun lepas....







kini course IT menjadi minor course manakala major-islamic course....
project for pc maintenance and support for this semester memecah rekod terbaik kerana mampu membuat diriku mual dan rasa nak muntah..tak semudah yang ku sangka..mata seakan berputar-putar sepanjang buat research....@_@


“Bersabar itu separuh sebahagian daripada  iman”.

semoga segalanya dipermudahkan...man jadda wajada..........