Kebanyakkan
perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tidak berapa perasan atau lebih
malang lagi jika mereka memang tak tahu menahu tentang perkara ini.
Ilmu
Fekah khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri
amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita
Islam… kenapa hal ini boleh terjadi?
Amat
susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab
‘Orang-orangPerempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada
lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak,
Contohnya yang paling simple : Bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam :
“Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?”
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan:
“Alaa…itu
soalan mudah jee..bila datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang
perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak
mula-mula’bergelar wanita’ dulu”
Jika
dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa,
Sebenarnya
TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun
dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini
boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam
Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan
padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama’
terdahulu.
Dalam BAB
TIGA : ” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”Perkara YANG KETUJUH
disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :
Penjelasan
(bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan
haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya
waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka
baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah
haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat
Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Dan hal
ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara
yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HURAIAN
MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar
dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam
waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga
perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi
orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana
kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh
jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga
hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun
sama : perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu
subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib
baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.
- Solat
Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga
perlu diqadha solat maghrib.- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat
darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya
sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku
secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu
subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
- Maka
langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha
juga solat maghribnya.
Sila
rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul
Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan
tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk
lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yangberkaitan dengan
diri mereka sendiri!!!
Sumber http://hafizamri.com/haid-dan-penyelesaiannya/
terima kasih :)
ReplyDeletesama-sama ya ukhti..:)
Delete