Showing posts with label bab hukum dan fiqh. Show all posts
Showing posts with label bab hukum dan fiqh. Show all posts

Monday, 25 November 2013

WAKTU BILA MAKMUM PERLU MEMBACA AL-FATIHAH


WAKTU BILA MAKMUM PERLU MEMBACA AL-FATIHAH 

Ramai yang bertanya. Jika imam solat membaca secara jahar/kuat, perlukah makmum membaca surah al-Fatihah juga ketika itu. Misalnya, ketika solat maghrib secara berjemaah, imam membaca surah atau ayat-ayat daripada al-Quran selepas membaca surah al-Fatihah. Adakah makmum perlu diam dan mendengar bacaan imam atau pun membaca surah al-Fatihah juga.

Perkara ini adalah khilaf para ulama. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Dr Asyraf Bani Kinanah (Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk).

Katanya, perkara ini terdapat perselisihan oleh para ulama. Ada sebahagian yang kata, makmum perlu diam kerana jelas dalil umum daripada ayat al-Quran, iaitu suruh mendengar jika diperdengarkan bacaan al-Quran. Ini seperti firman Allah SWT,

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raaf: 204)

Ayat ini juga dituntut hanya di dalam solat iaitu jika diperdengarkan bacaan oleh imam, maka makmum perlu mendengarnya. Ianya disebut di dalam tafsir Ibnu Kasir, “Daripada Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini khusus pada solat-solat yang fardu, ia tidak dituntut untuk di luar solat.” (Tafsir Ibnu Kasir, 2/372)

Manakala sebahagian lagi pendapat, suruh makmum membaca juga surah al-Fatihah kerana Nabi SAW berkata dengan lafaz hadis umum, bahawa setiap kali solat perlu membaca surah al-Fatihah. Berdasarkan sabda Nabi SAW,

لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: “Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.” (Direkodkan oleh Bukhari, no. 756)

Lalu para ulama menilai kedua-dua dalil sahih ini lantas menyimpulkan, pada solat jahar/bacaan kuat ketika imam membaca al-Quran atau surah lazim selepas membaca surah al-Fatihah, makmum tidak perlu baca surah al-Fatihah. Hanya mendengar sahaja apa yang imam baca. Tetapi jika solat secara sir/bacaan senyap, wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat. Ini adalah perdapat majoriti para ulama.

Ketika solat jahar/bacaan kuat contohnya seperti solat isyak, imam hanya membaca kuat pada dua rakaat pertama sahaja, dua rakaat yang akhir imam mebaca dalam keadaan senyap, maka wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah ketika itu, demikian juga pada solat maghrib.

Sekiranya antara bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya, imam diam sebentar. Maka makmum boleh membaca al-Fatihah. Adakah makmum perlu baca sampai habis surah al-Fatihah sementara imam meneruskan bacaan?

Yang paling rajeh adalah berhenti membaca walaupun ditengah-tengah surah al-Fatihah, yakni tidak perlu habiskan bacaan al-Fatihah dan kemudian mendengar kembali bacaan imam. Itu jika imam berhenti, tetapi sekiranya imam terus membaca ayat lain selepas bacaan al-Fatihah seperti imam di Mekah, maka tidak perlu makmum baca surah al-Fatihah lagi. Hanya diam sahaja dan dengar apa yang imam baca.

Hal ini kerana, imam membaca untuk makmum mendengar, jika sama-sama membaca, maka siapa yang ingin mendengar bacaan imam. Wallahu A’lam.

SUMBER : FIKRAHHALAQAH.COM

TERTUTUP ITU LEBIH INDAH


Bismillah..alhamdulillah.......

''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.'' -Imam Hassan al-Basri

Auratmu pintu nerakamu, TUTUP! Wanita itu adalah aurat.. setiap gerak-gerik nya pasti jadi perhatian, jaga diri baik2 ukhti..."

Kerana itulah hanya1 keinginan, memuliakan yang telah hijrah berhijab..mendoakan yang masih berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna....

kemenangan terbesar perempuan adalah saat dia mampu menutup auratnya, apa ada yang lebih membanggakan dari ini? Hijab adalah piala kehormatan...

perempuan cantik adalah dia yang selalu merasa kurang ilmu agamanya lalu belajar dan memperbaiki diri, perbaikan untuk suami dan anaknya kelak...

dosa itu timbul kerana ada kesempatan, JOM tutup aurat jangan beri kesempatan lelaki hidung belang dan tidak belang dapat dosa kerana kita...

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam atau budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. -SURAH AN-NUR : 31

Saturday, 20 April 2013

WANITA HAID : PERLUKAH QADA' SOLAT?


Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tidak berapa perasan atau lebih malang lagi jika mereka memang tak tahu menahu tentang perkara ini.

Ilmu Fekah khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam… kenapa hal ini boleh terjadi?

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orangPerempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak,

Contohnya  yang paling simple : Bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam : 

“Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?”

 pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
“Alaa…itu soalan mudah jee..bila datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula’bergelar wanita’ dulu”

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa,

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.

Dalam BAB TIGA : ” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…”Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’.
“Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

- Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

- Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan  ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!


Sumber http://hafizamri.com/haid-dan-penyelesaiannya/