Monday, 21 April 2014

ADA APA PADA NAMA






Nama ataupun panggilan sangat penting dalam kehidupan. Bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Kata nabi s.a.w :

 "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa-bapa kamu. Maka oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu."


Alhamdulillah Nama diberi Siti Nuur Zaleha Binti Rosdiansah

Biasanya senang saya nak bezakan antara kawan dan keluarga

Sebab keluarga, saudara mara dan jiran tertangga akan panggil saya dengan gelaran ' Nur'
Manakalah kenalan lain akan panggil saya dengan gelaran selain daripada tu ' zaleha' 'siti' 'leha' 
Saya hargai semua panggilan tersebut. Terima kasih *senyum*

Tapi kalau ditanya panggilan yang paling saya sukai adalah *nur* 
Sebab itu jika yang baru mengenali saya, sekiranya ditanya nak panggil apa, dengan senang hati saya akan jawab " Nur" *senyum*

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Antara perkara yang dianjurkan juga, Islam mengajar kita untuk memanggil seseorang dengan nama yang baik dan yang dia sukai.
Sebab itu suka saya mendidik diri saya untuk mengetahui nama penuh seseorang, kemudian saya akan cuba untuk ingat dan memanggilnya dengan nama yang dia sukai.
Sering juga saya mendengar seseorang yang memanggil seseorang dengan panggilan yang buruk dan kurang elok contohnya 
" gemok" " bangang" " panjang" "hitam" dan seumpamanya
Telinga dan hati saya sangat sensitif bila mendengar ada orang yang memanggil sesorang dengan panggilan seumpama itu. Sangat tidak saya sukai.
Pernah saya mengenali seseorang yang sering diberi gelaran 'gemok' hampir semua orang sekeliling memanggilnya dengan nama tersebut. 
Saya bertanya kepada semua yang memanggil " kenapa memanggilnya dengan gelaran demikian?"
mereka menjawab " alaa takpa, dia bukan kisah pun, dia takmarah pun"
Saya menarik nafas panjang
Bagi saya tidak kiralah empunya diri tidak kisah atau tidak marah sekalipun, panggillah  dengan nama yang baik.
Sebab itu dalam saya bergaul juga, suka saya perhatikan cara seseorang memanggil sahabatnya atau orang lain.
Dari situ biasanya saya menilai sikap dan sifat seseorang, Bukan ingin mencari kesalahan, tapi bagi saya, seseorang yang memanggil seseorang dengan nama yang baik, adalah orang yang baik. Maaf andai ada yang terasa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Macam mana pula kalau kita tidak tahu namanya siapa?
 Cubalah tanya namanya. Tapi memang ada keadaan tertentu yang kita tidak sempat nak bertanya nama, maka panggil lah dengan panggilan yang baik dan sopan contoh "ukhti/akhi" " "kakak/abang" "adik" "awak" "saudara/saudari"

Pernah juga yang memberi alasan kepada saya bahawa dia telah terbiasa untuk memanggil seseorang dengan nama ikut suka hati dia. 

Saya tersenyum dan sekali lagi menarik nafas panjang

Perbaikilah, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Seperti mana kita tidak suka orang panggil kita dengan gelaran yang tidak kita sukai, begitulah juga kita perlu lakukan. Mungkin kita rasa kawan kita itu tidak marah atau tidak kisah. Siapa tahu dalam tidak sedar dia sebenarnya dah lama memendam rasa kecil hati akan sikap kita!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Semua yang saya kasihi dan hormati, 
Haram hukumnya menggelar atau memanggil seseorang dengan nama yang ia benci sekalipun erti nama itu ada pada diri atau sifatnya seperti si Hitam kerana kulitnya hitam atau si Tempang kerana ia berjalan tempang dan seumpamanya. Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Huujurat ayat 11 yang tafsirNYA :
"... dan janganlah pula kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan fasiq sesudah seseorang itu beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

JOM semua, kita ubah cara panggilan kita terhadap orang lain. Semoga Allah redha.



No comments:

Post a Comment