Showing posts with label hebahan. Show all posts
Showing posts with label hebahan. Show all posts

Sunday, 16 March 2014

DAJJAL , BERSEDIAKAH KITA???





Pernahkah anda terfikir saat anda berhadapan dengan Dajjal Al-Masih? Bagaimanakah dunia ketika itu? Terselamatkah kita?

"Ya, saya yakin bahawa saya akan terselamat!"

TIDAK! Jangan terlalu yakin! Menghadapi fitnah Dajjal bukanlah semudah yang disangka, tidaklah semudah menangkis fitnah zaman sekarang ini. Bukan semudah menangkis hujan dengan payung.

                                                                                                 
Diriwayatkan oleh Imran bin Husain ra,
Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sejak penciptaan Adam sampai ke hari kiamat tidak ada suatu makhluk yang lebih dahsyat fitnahnya dari dajal.”
(Riwayat Muslim No 7582)
                                                                              
"Sungguh fitnah sebahagian dari kalian lebih aku takutkan dari fitnahnya Ad Dajjal dan tiada seseorang dapat selamat dari fitnah Dajjal melainkan ia dahulu mengharungi kepelbagaian fitnah sebelumnya. Dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini, baik kecil mahupun besar kecuali untuk (menjemput) fitnah Ad Dajjal."
(Musnad Imam Ahmad No:22215)
                                                                            

Maka, janganlah terlalu yakin bahawa kita mampu terselamat. Namun, tetaplah berharap pada Allah SWT, kerana hanya Dia sahaja mampu menyelamatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

--------------------------------------------------



MENGELAK FITNAH DAJJAL

Marilah kita berusaha dari sekarang untuk mempersiapkan diri dari fitnah Dajjal. Berikut merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk menghidari fitnah Dajjal, menurut Hadis Rasulullah SAW.

1. Baca, faham dan amal pangkal surah Al-Kahfi

                                                                       

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda,
"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah Al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal."
(HR Muslim 809)

                                                                       

Ada kekhilafan bahawa sepuluh ayat Al-Kahfi yang dimaksudkan, sama ada sepuluh ayat pertama ataupun sepuluh ayat terakhir, ataupun kedua-duanya. Maka untuk langkah selamat, pilihlah sepuluh ayat pertama DAN sepuluh ayat terakhir.

Lebih baik, sekiranya dipilih keseluruhan surah Al-Kahfi itu sendiri. Seperti dalam hadis Rasulullah SAW yang berikut :

                                                                       

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w baginda bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya."
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

                                                                       

Bagi mendapatkan surah Al-Kahfi ini, rujuklah kitab suci Al-Quran secara offline atau anda boleh rujuk 10 ayat tersebut di sini.

2. Amalkan doa menghindari fitnah Dajjal

Jika anda tidaklah mahir membaca Al-Quran, atau tak reti membaca huruf arab sekalipun, janganlah putus harapan. Telah disediakan doa ringkas sebagai salah satu usaha untuk menghindari fitnah Dajjal.



Kalau tak dapat menghafalnya, berdoalah dalam doa selepas solat dalam Bahasa Melayu.

Pernah saya terbaca bahawa doa ini amat penting, sehinggakan pernah dalam satu zaman kegemilangan Islam, membaca doa ini selepas tahiyyat akhir sebelum salam, dijadikan antara syarat sah solat. Ada yang sanggup mengulangi solatnya andai tertinggal doa ini.

Namun, diingatkan bahawa hukum sebenar membaca doa ini selepas tahiyyat akhir TIDAK WAJIB, namun penting sebagai persediaan menghadapi Dajjal.

3. Tinggal di Makkah atau Madinah

Ada juga pendapat yang menyarankan agar kita tinggal di Makkah atau Madinah ini kerana Dajjal tidak dapat memasuki dua tanah haram ini.

                                                                         
Dari Abu Bakrah r.a., dari Nabi saw. sabdanya:
"Tidak akan dapat masuk ke Madinah, Al Masih Ad Dajjal yang ditakuti. Madinah ketika itu mempunyai tujuh buah pintu. Pada tiap-tiap pintu terdapat dua orang malaikat."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0919 Jilid 2)

                                                                         
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Di jalan-jalan masuk ke Madinah ada malaikat. Kerana itu tidak dapat masuk ke dalamnya penyakit, taun(penyakit menular) dan tidak pula Dajjal."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0920 Jilid 2)
                                                                         

Namun, diingatkan bahawa orang kafir dan musyrikin tidak dapat berpijak di bumi haram ini. Malah, mereka ini bersama para munafik akan dikeluarkan dari kota suci Makkah dan Madinah apabila digoncangkan pada saat munculnya Dajjal.
                                                                          
Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
"Semua negeri akan dipijak oleh Dajjal, melainkan Mekah dan Madinah. Di mana setiap jalan masuk ke dalam kedua kota itu dijaga oleh malaikat dengan berbaris. Kemudian Madinah goncang tiga kali goncangan, maka ketika itu Allah swt. mengeluarkan semua orang kafir dan orang munafik."
(Hadis Sahih Bukhari No. 0921 Jilid 2)
                                                                        

Kesimpulannya, biarlah di mana diri anda, anda kerja apa, anda sedang buat apa, ingatlah Allah selalu. Insya-Allah, Allah akan pelihara diri anda sebagaimana anda memelihara hubungan dengan-Nya.

Wallahua'lam bissawab. :)

RUJUKAN : 

1. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2 Topik adalah Madinah, BankIslam.net(http://www.bankislam.net/Hadis_Sahih_Bukhari/Madinah/)


2. Doa Pelindung dari fitnah Dajjal, blog Media Deepsea Berita Semasa dan LamaMei 2011(http://nelayan-lautdalam.blogspot.com/2011/05/doa-pelindung-dari-fitnah-dajjal.html)


3. Surah Al-Kahf, blog Mata Hati, April 2010 (http://yanty82.blogspot.com/2010/04/ayat-perlindungan-dari-fitnah-dajjal.html)


4. Kedatangan Dajjal ( Al-Masih ), blog Masa-Masa Kedatangan Dajjal, 1 September 2011(http://rayhanmogerz.blogspot.com/2010/12/kedatangan-dajjal-al-masih.html)


5. Jauhi Fitnah Dajjal, Pondok Pasir Tumboh Al-madrasah Al-diniyyah Al-bakriyyah, 11 Jun 2010 (http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=311:jauhi-fitnah-dajjal&catid=14:artikel-pilihan&Itemid=37)


6. Mengembalikan Kefahaman Mengenai Dajjal Kepada AlQuran dan Sunnah, Leokid!, 25 Ogos 2010 (http://me.leokid.my/dajjal/)


7. Mencari Solusi Iman Di Era Badai Fitnah Melakar Wajah Dajjal, Tarbawi, 6 September 2011 (http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/minda-pejuang/139-mencari-solusi-di-era-badai-fitnah-melakar-wajah-dajjal)


8. Dajjal Menurut Hadis SAW, tayibah.com (http://tayibah.com/eIslam/dajjal3.htm)


9. Doa Jauhi Fitnah Dajjal, posted by Ibnu Hamzah at PEMBUKTIAN TANDA-TANDA KIAMATFacebook group, 2 Mei 2010 (https://www.facebook.com/topic.php?uid=115948865097606&topic=97)

10. http://jimie1402.blogspot.com/2011/10/dajjal-bersediakah-anda.html

Monday, 25 November 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki



Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Alfatihah

credit to : PAKAR DIARI HATI