Thursday, 7 February 2013

TETAMU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad

Alhamdulillah..apa khabar iman kita sahabat2??
semoga sentiasa terisi dengan bahan2 ilmiah yang akan mampu meningkatkan keimanan kita...insya Allah...

puisi sangat mudah untuk dihasilkan bila kita dalam sesuatu mood...kali ni mood rindu terhadap bumi barakah menyapa lagi..maka terhasillah warkah dibawah.... 





ermm rasa itu menyapa lagi..rasa rindu..rindu serindu2nya untuk menjadi tetamu Allah....
rindu untuk pergi ke bumi barakah itu.....:'(

bila hati mula cinta...
rasa rindu pasti menyapa...
bukan kepada manusia...
tapi  DIA...

hati mula sayu...
mengalir air mata syahdu...
ingin untuk bertamu..
di bumi yang barakah itu...

 usaha ditingkatkan..
iman dimantapkan...
doa dipanjatkan...
 semoga dipermudahkan...

p/s : Ya Allah sampaikanlah aku ke sana........amiin Allahumma amiin...:'(






Monday, 4 February 2013

AKU JATUH CINTA LAGI



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......

Allahumma salli a'la Muhammad..jika entry sebelum ni ana jatuh cinta terhadap masjid dan majlis ilmu....

kini ana jatuh cinta lagi.....jatuh cinta terhadap QASIDAH....indahnya mendengar qasidah..indahnya berqasidah...

Ya Allah....tambahkan lagi rasa cinta ini kepadaMU dan RasulMU.....
Ya Allah...lembutkan lagi hati ini untuk sentiasa mencintaiMU......
Ya Allah..kuriniakan hamba hati yang bersih dan penuh dengan cintaMU....
Ya Allah...permudahkanku untuk terus berusaha mengejar cintaMU....


LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM


Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan pada ALLAH atas nikmat iman dan Islam serta segala nikmat yang telah kita perolehi sehingga hari ini...

Alhamdulillah baru-baru ini iaitu pada 3 februari 2013, ana serta sahabat2 halaqian daripada forum tercinta ana ' Halaqah.net' berpeluang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim yang terletak di kawasan selayang berhampiran dengan pasar borong..

hujung dari kiri, pengasan rumah anak yatim dan 2 orang ustaz yang mengajar di sini
kedudukan rumah anak-anak yatim ini agak tersorok iaitu di kawasan yang majoriti adalah penduduk masyarakat rohingnya...namun Alhamdulillah dengan bantuan pakcik google map di sepanjang perjalanan, dan pastinya atas keizinan Allah kami selamat sampai ke destinasi..

sampai sahaja kami di sana, kami disambut oleh pengasas rumah anak yatim itu sendiri iaitu USTAZ HAFIZ HASHIM BIN QASSIM...serta beberapa orang anak-anak yatim yang dimuliakan Allah s.w.t

ziarah ini membuatkan ana jauh lebih bersyukur dan melihat bahawa lebih raaaamai lagi di luar sana yang hidupnya jauh lebih susah daripada kita yang tak berhenti2 mengeluh...Allahurabbi....

ku tersenyum dalam tangisan...
terharu melihat mereka tersenyum...
meski susah dan kekurangan..
mereka bersyukur siang dan malam...

sebab itu rajin2kanlah....
banyak2kanlah...
melihat dan memandang mereka yang berada di bawah...
insya Allah kita tidak akan pernah mengeluh...

seterusnya...biarlah gambar yang berbicara....



sebahagian anak-anak yatim yang ada di rumah tersebut







ruang makan dan ruang belajar
kekurangan tempat menyimpan pakaian..


subhanaAllah...

bila kita susahlah baru kita akan menghargai nikmat senang..
bila kita sakitlah baru kita akan menghargai nikmat sihat...

pandanglah wajah2 anak-anak yang dimuliakan Allah itu..
lihat kehidupan mereka yang serba kekurangan...
masihkah Engkau ingin mengeluh ???? !!!
masihkah Engkau tidak mahu mengucapkan syukur ????!!!

wahai sahabat yang dikasihi Allah...dunia hanya sementara...hanya 3 perkara yang akan kita tiggalkan buat bekalan di akhirat kelak iaitu
doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat serta amal jariah.

SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG

Sunday, 3 February 2013

CINTA SANG HAMBA

Bismilllahirrahmanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad..



Assalamualaikum....malam ini mood ingin bercerita perihal 'CINTA'....
bukan sekadar suka suki.....tapi ingin mengajak semua untuk mengingati cinta SANG PENCIPTA....

insya Allah entry kali ini juga berbentuk puisi...
Alhamdulillah ilham sekali lagi dari ILLAHI...
semoga dapat difahami...

Engkau mencari cinta sejati..
Pada manusia kau serah diri...
Kau lupa kepada Sang Illahi..
yang memberi cinta tak terperi...

Engkau hanyut dalam cinta yang kononya indah...
cinta pada manusia yang belum halal dan sah...
Namun engkau memberi alasan bahawa ianya fitrah..
Sedangkan 'singboard peringatan' telah diberikan ALLAH...

wahai muslimin imam solat...
jangan engkau rosakkan sang muslimat..
Awas! jangan juga engkau sengaja dekat..
tapi dapatkanlah dengan cara terhormat..

wahai muslimah bidadari syurga,
hiasi dirimu dengan ilmu dan akhlak mulia,
letakkan cinta ALLAH di tempat pertama dan utama,
InsyaAllah pasti kau tak kan kecewa.

wahai muslimin dan muslimat yang disayangi...
jadikanlah cintamu cinta ILLAHI....
jadikanlah cintamu cinta berstatus tinggi...
ingin bersama ke syurga hakiki....


p /s : Wallahu a'lam...alhamdulillah...semoga bermanfaat......

RENUNGKANLAH WAHAI DIRI

Assalamualaikum....telah lama kutinggalkan karya berpuisi...
dahulu masa sekolah ku sering meLuangkan masa untuk menghasilkan puisi...
dan pernah menjadi johan dalam pertandingan menulis sajak/puisi...
Alhamdulillah syukur kepada Illahi....

Insya Allah kini ku kembali smula menghasilkan puisi..
 buat muhasabah dan pedoman diri...


Hari berganti hati...
berlalu tanpa henti....
waktu berputar sendiri...
alam bertasbih memuji Illahi...

tatkala marah mula menusuk hati...
dek kejian dan hinaan insani...
teringatku pesan Allah dan Nabi...
bersabarlah wahai diri....

Andai kau mengeluh akan kehidupan..
pandanglah mereka yang memerlukan...
pasti mengalir air mata keharuan..
bibir  berbicara memohon keampunan....

ambilah masa dan peluang..
renunglah mereka disekeliling...
pasti akan kau sedar dan berpaling...
dari sifat tamak dan sombong...

bersyukurlah dikau wahai hamba Allah...
kenanglah betapa banyak nikmat Allah...
ucapkanlah syukur alhamdulillah..
semoga hidupmu diberkati Allah...

AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA

Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma salli a'la Muhammad ...alhamdulillah...




hari ini ana terbaca satu perkongsian ilmu daripada seorang akak ....semoga menjadi renungan buat kita bersama..insya Allah...

Kriteria iblis adalah, "aku lebih baik daripadanya". Manakala peribadi dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bertambah ketakutan serta tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah lembut terhadap makhluk.

Bilamana bertambahnya manusia itu akan kesolehannya, samada dari jalan belajar atau beribadat. dengan belajar seperti membaca atau memahami masalah. atau dengan beribadat seperti bersolat malam dan berpuasa. Bukti kejujuran amalannya itu bukan sahaja pada penampilannya tapi jelas pada akhlaknya serta pergaulannya.

Dan bukti tidak jujur amalannya itu adalah tidak kelihatan pada akhlaknya bahkan yang jelas adalah sebaliknya. Setiap kali dia banyak melakukan ibadah, setiap kali itu jugalah banyak kepura-puraannya. Moga Allah beri petunjuk pada insan sebegini.

Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah bertambah kerut wajahnya.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia membataskan dirinya dari beberapa kelompok manusia.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah banyaknya dia menghina kelompok-kelompok masyarakat.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia bertambah kasar sesama keluarga terdekat yang kurang mentaati agama.

Dari mana datang semua benda ini?
Bukanlah sebegini keadaan orang yang berkomitmen dalam agama. sebabnya tiada pertalian diantara cara ibadat yang dia lakukan atau cara ahli ilmu dengan hakikat yang sebenarnya iaitu pertalian hati dengan Allah s.w.t.

jadi, kita semua memerlukan pergaulan bersama orang-orang soleh, agar hati dapat melihat kepada kejujuran hati ini. agar dapat muhasabah diri ini dengan penuh kejujuran.

wahai mereka yang telah Allah muliakan dengan selalu berulang alik ke masjid, apakah hasil yang kamu dapat darinya? apakah pandangan kamu terhadap orang diluar masjid?

Kamu akan dapati di jalanan pemuda-pemuda dengan kelakuan yang buruk. Yang ini dengan kelakuannya meninggikan suara mengganggu orang di sekelilingnya dan tidak ambil peduli dengan suara-suara yang menegurnya. Bagaimanakah kamu akan melihatnya?

Adakah kamu akan melihatnya dengan pandangan belas kasihan serta kasih sayang? Apabila kamu melalui mereka, senyumlah kepada mereka dan ucaplah "Assalamualaikum w.b.t....". Kamu teruskan perjalanan dengan tenang. Terkesan dihati mereka untuk mengikuti apa yang kamu lakukan itu.

Setelahmana kamu keluar dari kelas agama, kamu terasa diri penuh dengan kesolehan. Kamu banyak mentelaah kitab, bersolat jemaah. Kemudian kamu keluar dan dapati mereka-mereka itu dan mengatakan "aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam".

"Aku berlindung dengan Allah? ayat apakah ini?". Kamu melihat mereka dengan pandangan kehinaan. Cara begini bukannya cara berlindung dari maksiat. Bukanlah sebegini cara menjauhinya. Bukanlah cara ini.

Berbeza diantara ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan ilmu yang diajari oleh Iblis. Ada kisah menyebut: Ada seorang penuntut ilmu keraguan samaada untuk memasuki kelas ini atau kelas itu kerana dia melihat pengajian ilmu yang berbeza. Satu kelas mengajar al-quran dan satu kelas lagi mengajar hadis.

Lantas dia pergi kepada seorang yang soleh untuk membuat pilihan dan orang soleh itu berkata, "aku akan bawa kamu pergi kedua-dua kelas ini". Mereka berdua masuk ke kumpulan pertama dan berdiri. Orang soleh ini membuat demikian kerana untuk mengetahui kelas mana yang harus dia ikuti.

mereka berdua berdiri dalam kelas yang pertama ketika syeikh sedang mengajar. ketika mana syeikh itu melihat mereka berdua sedang berdiri, syeikh itu berkata "Duduk! kenapa kamu berdiri?".

Orang soleh itu berkata, "aku taknak duduk dalam kelas kamu ini". Syeikh berkata, "kenapa kamu taknak duduk?". Orang soleh ini menjawab, "dalam hati aku ada tidak puas hati dengan kamu". Syeikh itupun menjawab, "dan aku sangat-sangat tidak puas hati dengan kamu. Keluar syaitan, jangan kamu merosakkan kelas ini.".

Pemuda yang mengikuti orang soleh itu berkata, "jom kita keluar sebelum kena pukul". Kemudian mereka pergi ke kumpulan kelas yang kedua. Juga dalam keadaan berdiri seperti dalam kelas kumpulan pertama.

ketika dalam kelas, syeikh terpandang mereka dan berkata "mengapa kamu berdua tidak duduk?".

Kamu lihat perbezaan antara kedua-dua kisah ini? Syeikh dalam kelas pertama berkata, "duduk!". sedangkan syeikh dalam kelas kedua bertanya, "mengapa kamu tidak duduk?".

Pemuda soleh itu berkata, "aku tidak mahu duduk dalam kelas kamu ini". Syeikh itu bertanya lagi, "kenapa?". Pemuda soleh itu menjawab, "aku tidak puas hati dengan kamu".

Lantas syeikh itu menutup wajahnya lalu menangis dan berkata, "sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali, aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepadaNya. Mungkin Allah telah membuka kepada kamu keaiban aku yang telah disembunyikan. Aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepadaNya". dan syeikh itu terus menangis.

Orang soleh itu menoleh kepada pemuda yang mengikutinya tado dan bertanya kepadanya, "sekarang macam mana, kelas mana yang mahu kamu duduk? disini atau disana?".

kriteria orang yang soleh itu jelas kelihatan pada akhlaknya yang soleh. Jika kamu merasai perlu membuat pemilihan iaitu orang ini kata mereka dalam kebenaran dan orang ini pula kata mereka dalam kebenaran. Lihatlah kepada akhlak mereka.

Dimana adanya akhlak yang mulia, tandanya di situ adanya agama.
Dimana adanya akhlak yang mulia, tadanya di situ ada ilmu.
Sekiranya tiada disitu akhlak mulia, maka tiada juga disitu agama dan ilmu.
Tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang mulia.
Tidak mungkin dengan bersifat kesolehan itu dengan tiada akhlak yang mulia.

Maka setiap yang berilmu dan yang beragama, jika tidak terzahir padanya akhlak yang mulia. maka disitu ada kecacatan pada orang yang berilmu dan beragama. inilah kriterianya. Jangan kita terfikir memandang kepada orang lain. Pandang kepada diri kita untuk memperbaiki diri diantara kita dengan Allah s.w.t.

Wallahua'lam...
Resepi Cinta Usrah ♥

Saturday, 2 February 2013

AKU JATUH CINTA



Bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad.....

Aku jatuh cinta..........jatuh cinta kepada masjid.....jatuh cinta pada majlis ilmu.....

ALhamdulillah...kali pertama menjejakkan kaki ke kuala lumpur....inilah masjid yang pertama ana masuk....
bila dah jatuh hati pada masjid ni..terasa rindu sentiasa......
seandainya ada masa terluang..pasti akan singgah solat berjemaah kat masjid ni....
alhamdulillah sem ni Allah berikan kelapangan masa yang cukup banyak untuk menunaikan solat dhuha dan solat zohor berjemaah hampir setiap hari dalam masjid yang penuh ketenangan ini....selama hampir 2 tahun jugalah masjid ini tempatku untuk menyedut ilmu dan menunaikan solat terawih.....adakalanya pergi berseorangan...dan ada kalanya bersama sahabat2 tersayang....

tak sampai hati nak tinggalkan masjid ini....:'( satu hari nanti insya Allah akan ku pergi ke sini lagi...ingin kubawa mak abah dan adik2...nak tunjuk masjid yang ana suka.:')


JOM SAHABAT2, KITA CINTA MASJID!! ♥