Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma salli a'la Muhammad ...alhamdulillah...
hari ini ana terbaca satu perkongsian ilmu daripada seorang akak ....semoga menjadi renungan buat kita bersama..insya Allah...
Kriteria iblis adalah, "aku lebih baik daripadanya". Manakala peribadi
dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bertambah ketakutan serta
tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah lembut
terhadap makhluk.
Bilamana bertambahnya manusia itu akan
kesolehannya, samada dari jalan belajar atau beribadat. dengan belajar
seperti membaca atau memahami masalah. atau dengan beribadat seperti
bersolat malam dan berpuasa. Bukti kejujuran amalannya itu bukan sahaja pada penampilannya tapi jelas pada akhlaknya serta pergaulannya.
Dan bukti tidak jujur amalannya itu adalah tidak kelihatan pada
akhlaknya bahkan yang jelas adalah sebaliknya. Setiap kali dia banyak
melakukan ibadah, setiap kali itu jugalah banyak kepura-puraannya. Moga
Allah beri petunjuk pada insan sebegini.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah bertambah kerut wajahnya.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia membataskan dirinya dari beberapa kelompok manusia.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah banyaknya dia menghina kelompok-kelompok masyarakat.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah
dia bertambah kasar sesama keluarga terdekat yang kurang mentaati agama.
Dari mana datang semua benda ini?
Bukanlah sebegini keadaan orang yang berkomitmen dalam agama. sebabnya
tiada pertalian diantara cara ibadat yang dia lakukan atau cara ahli
ilmu dengan hakikat yang sebenarnya iaitu pertalian hati dengan Allah
s.w.t.
jadi, kita semua memerlukan pergaulan bersama
orang-orang soleh, agar hati dapat melihat kepada kejujuran hati ini.
agar dapat muhasabah diri ini dengan penuh kejujuran.
wahai
mereka yang telah Allah muliakan dengan selalu berulang alik ke masjid,
apakah hasil yang kamu dapat darinya? apakah pandangan kamu terhadap
orang diluar masjid?
Kamu akan dapati di jalanan pemuda-pemuda
dengan kelakuan yang buruk. Yang ini dengan kelakuannya meninggikan
suara mengganggu orang di sekelilingnya dan tidak ambil peduli dengan
suara-suara yang menegurnya. Bagaimanakah kamu akan melihatnya?
Adakah kamu akan melihatnya dengan pandangan belas kasihan serta kasih
sayang? Apabila kamu melalui mereka, senyumlah kepada mereka dan ucaplah
"Assalamualaikum w.b.t....". Kamu teruskan perjalanan dengan tenang.
Terkesan dihati mereka untuk mengikuti apa yang kamu lakukan itu.
Setelahmana kamu keluar dari kelas agama, kamu terasa diri penuh dengan
kesolehan. Kamu banyak mentelaah kitab, bersolat jemaah. Kemudian kamu
keluar dan dapati mereka-mereka itu dan mengatakan "aku berlindung
dengan Allah dari syaitan yang direjam".
"Aku berlindung dengan
Allah? ayat apakah ini?". Kamu melihat mereka dengan pandangan
kehinaan. Cara begini bukannya cara berlindung dari maksiat. Bukanlah
sebegini cara menjauhinya. Bukanlah cara ini.
Berbeza diantara
ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan ilmu yang diajari
oleh Iblis. Ada kisah menyebut: Ada seorang penuntut ilmu keraguan
samaada untuk memasuki kelas ini atau kelas itu kerana dia melihat
pengajian ilmu yang berbeza. Satu kelas mengajar al-quran dan satu kelas
lagi mengajar hadis.
Lantas dia pergi kepada seorang yang
soleh untuk membuat pilihan dan orang soleh itu berkata, "aku akan bawa
kamu pergi kedua-dua kelas ini". Mereka berdua masuk ke kumpulan pertama
dan berdiri. Orang soleh ini membuat demikian kerana untuk mengetahui
kelas mana yang harus dia ikuti.
mereka berdua berdiri dalam
kelas yang pertama ketika syeikh sedang mengajar. ketika mana syeikh itu
melihat mereka berdua sedang berdiri, syeikh itu berkata "Duduk! kenapa
kamu berdiri?".
Orang soleh itu berkata, "aku taknak duduk
dalam kelas kamu ini". Syeikh berkata, "kenapa kamu taknak duduk?".
Orang soleh ini menjawab, "dalam hati aku ada tidak puas hati dengan
kamu". Syeikh itupun menjawab, "dan aku sangat-sangat tidak puas hati
dengan kamu. Keluar syaitan, jangan kamu merosakkan kelas ini.".
Pemuda yang mengikuti orang soleh itu berkata, "jom kita keluar sebelum
kena pukul". Kemudian mereka pergi ke kumpulan kelas yang kedua. Juga
dalam keadaan berdiri seperti dalam kelas kumpulan pertama.
ketika dalam kelas, syeikh terpandang mereka dan berkata "mengapa kamu berdua tidak duduk?".
Kamu lihat perbezaan antara kedua-dua kisah ini? Syeikh dalam kelas
pertama berkata, "duduk!". sedangkan syeikh dalam kelas kedua bertanya,
"mengapa kamu tidak duduk?".
Pemuda soleh itu berkata, "aku
tidak mahu duduk dalam kelas kamu ini". Syeikh itu bertanya lagi,
"kenapa?". Pemuda soleh itu menjawab, "aku tidak puas hati dengan kamu".
Lantas syeikh itu menutup wajahnya lalu menangis dan berkata,
"sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali, aku memohon pengampunan
Allah dan bertaubat kepadaNya. Mungkin Allah telah membuka kepada kamu
keaiban aku yang telah disembunyikan. Aku memohon pengampunan Allah dan
bertaubat kepadaNya". dan syeikh itu terus menangis.
Orang
soleh itu menoleh kepada pemuda yang mengikutinya tado dan bertanya
kepadanya, "sekarang macam mana, kelas mana yang mahu kamu duduk? disini
atau disana?".
kriteria orang yang soleh itu jelas kelihatan
pada akhlaknya yang soleh. Jika kamu merasai perlu membuat pemilihan
iaitu orang ini kata mereka dalam kebenaran dan orang ini pula kata
mereka dalam kebenaran. Lihatlah kepada akhlak mereka.
Dimana adanya akhlak yang mulia, tandanya di situ adanya agama.
Dimana adanya akhlak yang mulia, tadanya di situ ada ilmu.
Sekiranya tiada disitu akhlak mulia, maka tiada juga disitu agama dan ilmu.
Tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang mulia.
Tidak mungkin dengan bersifat kesolehan itu dengan tiada akhlak yang mulia.
Maka setiap yang berilmu dan yang beragama, jika tidak terzahir padanya
akhlak yang mulia. maka disitu ada kecacatan pada orang yang berilmu
dan beragama. inilah kriterianya. Jangan kita terfikir memandang kepada
orang lain. Pandang kepada diri kita untuk memperbaiki diri diantara
kita dengan Allah s.w.t.
Wallahua'lam...
Resepi Cinta Usrah ♥
No comments:
Post a Comment