Tuesday, 4 March 2014

KETENANGAN DAN KEPUASAN

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita kan sabar?
ataupun sebaliknya…
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Allah…
Allah...susah bukan hendak memupuk rasa 'tenang' dan 'kepuasan' dalam hati kita, terutama apabila kita berada dalam waktu yang sukar dan diuji.
Ya..susah bila Allah kita tak letak di hati...maka sebab itu kita akan mudah jatuh tanpa mahu berdiri tatkala diuji sedikit cuma.
 Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.
Kadang-kadang 'insensitivity' dan 'inability' to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut seperti mana Allah sempadankan nikmat syurga Adam dan Hawa dengan meletakkan syarat agar tidak mendekati pohon khuldi.
Seperti mana Adam dan Hawa diizinkan untuk bergembira di taman-taman syurga, makan apa sahaja yang berkenan di hati, berbuat apa sahaja yang diingini asalkan saja mereka tidak mendekati sang Khuldi. Begitulah juga kita. Kalau mahu sedih, sedihlah. Kalau mahu gembira, gembiralah. Kalau mahu berbuat sesuatu, lakukanlah! Asalkan jangan dekati sesuatu yang Allah larang.Jangan berlebih lebihan dan melampaui batas.
 " Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas " .( 5:87)
Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya.  Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?
Mungkin saya perlu lebih banyak bermuhasabah. Anda juga, kalau perlu.

Kerana saya mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah saya laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.

Monday, 3 March 2014

SECEBIS KISAH SERIBU MAKNA



perkongsian sahabat....semoga menjadi renungan kita semua....

~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman. 

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Semoga Allah redha...

Sunday, 23 February 2014

PANTASKAH ANDA MENGELUH?



Banyakkan bersyukur nescaya lebih banyak nikmat hadir dalam hidup..catitkan sebanyak mungkin perkara yang kita syukuri pada hari ini. secara tak langsung, ia akan memberi kite energi positif dan membuatkan kita menjadi hambaNya yang menghargai nikmat Sang Pencipta....

"... sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya ..." (Ibrahim: 34)

kita diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki...

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13)

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH..ALHAMDULILLAH...

Friday, 21 February 2014

BR1M DA MASUK

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah dari pagi tadi newsfeed dipenuhi dengan keriangan disebabkan masing-masing telah menerima BR1M ( termasuk aku..walaupun aku senyap je *huhu* ), tidak kurang juga ada yang masih kecewa sebab akaun masih tidak menunjukkan sebarang penambahan.

ketahuilah duit yang kita terima itu belum tentu milik kita walaupun ianya masuk kedalam akaun dan poket kita..dalam duit yang kita miliki itu ada rezeki untuk orang lain...
kita bagi mak kita rm50, itu maknanya ianya rezeki mak kita...
tengah jalan-jalan jumpa peminta sedekah, kita hulurkan RM10.00 , maka jadilah ianya rezeki buat dia..
mungkin esok kita singgah kedai runcit beli minuman RM2.00 ..so duit tu rezeki si kedai runcit..
kemudian shopping baju dan tudung online rm100 dah jadi rezeki si peniaga online...
last-last daripada RM300 tu rupanya hanya RM50 yang tinggal dalam simpanan kita...
dan itu pun belum tentu milik kita lagi....* hehe jangan pening ya *

Firman Allah dalam surah Saba’ ayat 24
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
 Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 60 :
Dan berapa banyak binatang yang tidak dapat membawa mengurus rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui

apa pun yang ingin saya simpulkan di sini, apa sahaja yang kita miliki pada hari ini bukanlah sepenuhnya milik kita, apa yang kita berikan itulah milik kita. Sentiasalah bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan buat kita...teringat saya sebuah lagu yang dinyanyikan oleh ustaz Haslin dalam ceramahnya :

" LIHATLAH GUNUNG YANG TINGGI, SUBHANAALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA,



LIHATLAH PANTAI YANG INDAH, SUBHANAALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA,

TIADA YANG ENGKAU PUNYA, SEMUANYA ALLAH PUNYA,

DARI ITU JANGANLAH SOMBONG, JANGANLAH BONGKAK SERTA IRI HATI,

DUNIA HANYA PINJAMAN SEMENTARA,AKHIRNYA KEMBALI KEPADANNYA"



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -

(Surah an-Nahl, ayat 18)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"


( Surah Ibrahim : Ayat 7 )


semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambanya yang bersyukur.

Thursday, 20 February 2014

JOM BELANJA KELUARGA


Bismillah Alhamdulillah....perkongsian ni sebenarnya telah saya kongsikan di laman facebook beberapa minggu lepas dan di sini saya tulis semula buat renungan dan semoga mampu memberi sedikit manfaat buat semua.


alhamdulillah ramai yang sering inbox/wasupp sy berkaitan 'rahsia murah rezeki'...maaf kerana baru hari ini dapat saya kongsikan...


" adik..akak jeles tgk adik...ada je yang adik buat bisness"
" awak...awak pakai fb ads eh? sy tgk tiap hari likers pages awk sgt byk"
" alhamdulillah murah rezeki adik.."

alhamdulillah..bukan tujuan saya untuk menunjuk ..namun suka untuk saya berkongsi sesuatu' buat semua....semoga Allah redha..

yang pasti kejayaan saya pada hari ini semua datang dari doa kedua ibu bapa saya dan pastinya dari Allah s.w.t....

apa yang mungkin saya boleh kongsikan...tiada rahsia yang istimewa...tapi ada beberapa perkara yang saya suka amalkan dari zaman sekolah sehinggalah sekarang...

" SENTIASALAH BELANJA KELUARGA"

mungkin ada yang bagi alasan

" belanja? duit pun mak ayah bagi..macam mana nak belanja"
" nak belanja buat pe, diorang sendiri da ada duit yang banyak "

ya...tapi itulah yang saya buat dari dulu sampai sekarang..even saya masih bergelar student...

tidak semestinya 'belanja' means kita kena spend a lot of money ...beli barang2 mahal buat mereka dan sebagainya...tidak sahabat...

apa yang saya istiqamah buat....
setiap kali saya melangkah keluar daripada rumah...sama ada nak hangout bersama sahabat2....jalan2....atau apa sahaja urusan...

setiap kali saya pulang ke rumah saya akan pastikan ada sesuatu yang saya akan bawa balik buat keluarga di rumah walau hanya 'sekeping roti' ....

sebab tu saya sangat suka menabung sejak kecil..duit itulh yang saya gunakan untuk belanja keluarga...

bila saya da melanjutkan pelajaran ke bumi kuala lumpur...saya usaha untuk membuka perniagaan sendiri dan perniagaan itu la yang telah banyak bantu kehidupan saya di sana dan untuk saya belanja keluarga setiap kali saya pulang rumah...dan alhamdulillah perniagaan itu semakin melebarkan sayapnya sehinggalah hari ini....

ketahuilah sahabat....sedekah yang paling afdhal adalah kepada keluarga sendiri...jangan kita hebat sedekah sana sini..tapi rupanya ada ahli keluarga kita yang sedang kelaparan...

percayalah..setiap kali kamu belanjakan sesuatu buat keluarga...Allah akan bukakan 1001 pintu rezeki buatmu...ini juga sering saya kongsikan bersama roomates saya dulu..belanjalah keluarga...

seterusnya banyakkan bersedekah...tidak semestinya nilai yang banyak..cukuplah seikhlas hatimu...ada 1 keajaiban sedekah yang cukup hebat bg saya yang pernah berlaku dalam hidup sy...insya Allah boleh rujuk entry sebelum ini.

dan cuba untuk istiqamah solat sunat dhuha...buatlah walau hanya 2rakaat...

dan akhir sekali banyakkan berdoa serta bertawakal kepada Allah....yakinlah bahawa rezeki itu daripada Allah..

"Dan ingatlah ketika tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." surah ibrahim ayat 7

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212

"Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37

sekadar perkongsian biasa...dengan harapan semoga dapat memberi sedikit manfaat luar biasa buat semua......semoga Allah redha....

Thursday, 13 February 2014

UKHWAH DI MAHABBAH RASULULLAH S.A.W



Bismillah...
Alhamdulillah...Allahumma solli 'ala Muhammad...
Segala puji dan syukur kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumiNYA.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda yang memperjuangkan segala harta benda malah nyawa mereka demi Islam tercinta...
sehingga pada hari ini kita dapat merasakan nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan ukhwah dalam  mahabbah Rasulullah s.a.w yang julung2 kali diadakan di bumi Tawau.


bermula dengan pertemuan dengan semua sahabat ajk yang saya tidak kenali walau seorang pun dalam kalangan mereka..
bertemu dan menjalinkan ukhwah di facebook kemudian berkongsi idea dan pendapat di group...
namun tanpa disedari timbul rasa kasih dan sayang sesama kami dek kerana semua mempunyai niat dan tujuan yang sama, iaitu ingin menyemarakkan rasa cinta buat semua masyarakat tawau kepada Nabi s.a.w..

'Tak kenal maka tak cinta'
hari demi hari, minggu demi minggu ukhwah yang terjalin semakin erat..
betul la kata seorang sahabat ajk " adakah pertemuan kita ini satu kebetulan atau sudah dirancang oleh Allah"  mana tak nye..tak kenal satu sama lain tapi saling bantu membantu dan berkongsi seakan kami telah kenaL bertahun lamanya..

perancangan demi perancangan...
usaha demi usaha akhirnya majlis berjalan dengan jayanya alhamdulillah...


sungguh aku kagum dengan mereka, mereka sangat hebat ya Allah..
melihat mereka membuatku ingat kepadaMu...
mendengar bicara mereka membuat aku tenang dalam ingatan kepadaMU..
mengingati mereka membuat aku menangis kerana bahagianya aku dipertemukan dengan mereka semua...

sungguh perjalanan dakwah itu tidak mudah...
namun ternyata tidak susah apabila hati hati para da'ie bersatu atas agamaMU..
tiada yang dibiarkan gugur tanpa ada yang menyambut
tiada yang akan dibiarkan jatuh tanpa ada yang memapah
tiada yang dibiarkan sendiri tanpa ada yang menemani

teringat kata-kata ustaz cecep semasa tausiyah
" Anas r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda : Salah seorang di antara kamu tidak beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya, dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia " ( H.R BUKHARI )
Tepuk dada tanya iman...di mana Rasulullah dalam hati kita..



Tatkala kemuncak program...
hati menangis teresak esak..
bukan kerana sedih atau terluka..
tapi kerana bersyukur tidak terkira...

berada di masjid penuh barakah...
dikelilingi insan2 hebat penuh cinta pada Rasul...
didoakan para malaikat di langit ...
bergema laungan selawat bersahutan...Allah... sollu 'alan Nabi..



ya Allah kami cinta kepadaMU...
Ya Rasulullah kami rindu kepadaMU...
sematkanlah hati-hati kami untuk sentiasa mencintaiMU..
pandanglah kami dengan rahmatMu..

semoga Allah redha akan semua yang hadir pada mahabbah ini..
semoga selepas ini akan ramai lagi hati2 yang terpaut untuk hadir ke majlis ilmu..

mungkin tiada yang menyedari...
tatkala itu air mata penuh bertakung....
sungguh aku bahagia mengenali mereka..
apakah mungkin untuk aku bersama mereka lagi di medan dakwah ini?
apakah mungkin akan aku bersama mereka di syurga kelak?

" Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya yakni sahabatnya di dalam doanya" - Imam Al-Ghazali

Kita tidak akan dapat masuk syurga Allah kecuali kita mengerti apa sebenarnya iman.
Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya apabila tidak sudi mencintai sesama Muslim sepertimana kita mencintai diri sendiri.
Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.

Anas r.a mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda " tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri (HR BUKHARI )

ya Allah rahmati mereka, sayangi mereka, bahagiakan mereka....
penuhkan hati mereka dengan rasa cinta kepadaMU dan RasulMU..
agar mereka tidak lalai dengan tipu daya dunia...

Sahabatku. Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran ALLAH... Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta... Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan agar aku berubah menjadi lebih baik... Jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah doa dengan Al-Fatihah. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita untuk selamanya dan maafkanlah segala kesalahan dosaku terhadapmu kerana itu kunci utama untukku ke Syurga...

terima kasih adik, kakak, abang...
kalian semua ibarat keluarga buat saya..
sangat pemurah dalam memberi ilmu..
tidak pernah jemu untuk berkongsi..
saling nasihat dan tegur bil hikmah...

Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir, merancang, membantu, menyusun Islam, nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat..

Jika kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan amar m'ruf nahi mungkar, nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian Allah..

Jika kita mengetahui tingginya nilai ukhwah persahabatan di atas dasar aqidah Islamiah...nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...

Jika jasad menongkah arus menggerak tarbiyah memelihara agama Islam, maka biarlah hati kita bersama melaluinya..

Tinggi harapan agar Allah mempertemukan kita semua yang berada di atas jalan juangNya di syurga nanti..

Kerana iman kita berukhwah umpama taman disyurga....kerana Islam kita berukhwah umpama roh berpadu..kerana Akhirat kita berukhwah demi syurga yang dirindui itu..kerana Allah sebenanrnya kita tetap berukhwah untuk melamar redhaNya..

jaga diri hiasi peribadi...redha Allah terletak pada redha kedua orang kita...
semoga semua menjadi anak yang soleh wa solehah

secebis coretan berkongsi rasa..^_^
Siti Nuur Zaleha Binti Rosdiansah




Sunday, 26 January 2014

ERTI SEBUAH HIDAYAH

Bismillah....Allahumma solli 'ala Muhammad


Assalamualaikum w.b.t , alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada kini sehingga hari ini. Semoga kita sentiasa berada dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

Hidayah...

Bila sebut hidayah, Saya pasti ramai yang menginginkannya.
Tapi adakah cukup sekadar menyatakan 'aku inginkan hidayah'
Tanpa 'kosong' dalam usaha mendapatkannya?

Setiap kali saya berkongsi perihal hidayah ni
Pasti air mata mengalir tanpa saya sedari.
Kerana ianya sangat bermakna buat insan hina ini.

Tanpa HIDAYAH daripada NYA
Maka saya bukanlah saya pada HARI INI

Ingin saya berkongsi sedikit kisah ' ERTI SEBUAH HIDAYAH' yang berlaku dalam hidup saya

Suatu ketika dahulu saya juga seperti anda-anda di luar sana
Hidup penuh dengan keseronokan dunia semata
Tak pernah hirau malah terlintas sedikit pun perihal akhirat

Namun bila mana hidayah itu datang pada tahun 2008 melalui media massa, Segalanya BERUBAH

Saya memang seorang yang banyak menghabiskan masa di depan komputer, chit chat, online dan sebagainya

Setiap hari selepas balik sekolah saya akan habiskan masa seperti biasa...online..
Kemudian 1 hari tu masa sibuk chit chat dekat dalam forum tutor ( sekarang ni entah ada lagi ke tak ruangan ni)

Seorang hambah Allah tiba2 bagi link beberapa laman web untuk saya lawati
Saya hanya membiarkan sahaja, tak berminat.
Namun lama kelamaan hati saya memujuk
Akhirnya saya klik link tersebut

Terpampanglah bebeberapa artikel- artikel islamik dan informasi ilmiah
Saya hanya ketawa sinis, kerana saya lansung tak berminat dengan semua ini
Cepat sahaja tangan 'klik' button 'x'
Terus kembali chit chat dan online

Keesokkan harinya, saya tak tahu kenapa laman web tersebut menghantui fikiran saya
 bukak tutup bukak tutup
Ianya berterusan untuk beberapa hari..
Sehingga 1 hari tu saya buat keputusan untuk menghabiskan masa menyelidik apa sebenarnya yang ada dalam web 'berhantu' tersebut. Web yang saya maksudkan adalah ' HALAQAH.NET'

Semakin hari saya semakin ketagih membaca semua info dalam web tersebut
Ternyata ianya cukup indah..ya cukup indah...hati saya mula tertawan
Ternyata Islam itu tidak hanya bercakap tentang akhirat semata,tapi juga tentang dunia yang merupakan tempat kita membaja amalan..

Setiap hari saya habiskan masa membaca setiap ilmu yang dikongsi di sana.
Bermula daripada perihal aqidah, ibadat , syariat dan sebagainya.

Saya mula dahagakan ilmu agama.
Saya mula faham rupanya banyak yang saya tak tahu dan perlu tahu.
Saya mula faham tentang aurat.
Saya mula faham tentang solat.
Saya mula faham tentang tujuan kehidupan yang sebenar.

Semenjak tahun itu saya berazam untuk berubah.
Berubah untuk memperbaiki diri yang selama ni dibiarkan jahil

Bermula akhir tahun 2008 saya mula penuhkan diri dengan ilmu..
Awal tahun 2009, Saya tekad untuk memakai tudung bila keluar rumah.
Tudung bawal saya silangkan ke kedua belah bahu dan mula kenakan handsocks.
Pertengahan tahun saya turunkan tudung bawal pin tengah..
Hujung tahun 2009 saya belajar untuk buat tudung labuh sendiri dan mula pakai stokin.
Awal tahun 2010 saya mula mengenakan tudung labuh hasil dari tangan saya sendiri.

Sepanjang tempoh 2008-2010 tu hanya Allah yang tahu betapa banyak air mata yang saya keluarkan.
dek kejahilan saya, .dan betapa sukarnya untuk memperbaiki dan memujuk diri dek bisikan yang menjatuhkan disekeliling

Namun Allah itu maha pengasih dan penyayang....
Dihadiahkan hambaNYA ini ramai kawan teman dan sahabat yang solehah.
Yang setiap hari sentiasa membantu diri untuk menjadi lebih baik.

Kemudian bermula saat itu juga Allah aturkan perjalanan hidup saya cukup cantik...
Yang saya tak pernah terfikir pun saya akan seperti ini pada saat ini...Allahurabbi...

Sungguh saya bahagia, Saya bahagia untuk terus istiqamah mencari cintaNYA.
Segala perjalanan hijrah saya dahulu banyak mengajar saya untuk tidak memandang serong pada orang lain..
Kerana saya percaya, dalam hati mereka juga sama seperti saya.

Saya kurang berminat untuk bergaul dengan mereka yang memang bagus agamanya dari kecil.
Namun tidaklah bermakna saya menolak berkawan dengan mereka, saya juga mempunyai ramai kenalan yang memang baik agamanya sejak kecil hingga sekarang.
Entahlah mungkin kerana golongan mereka yang saya cuba dekati dahulu.
Hanya banyak mencela pendosa dan insan jahil seperti saya.
Tanpa cuba mendekati dan mendalami hati mereka.

Maka saya lebih suka bergaul dengan mereka yang biasa-biasa sahaja.
Namun hati mereka gigih bermuhajadah berhijrah untuk redhaNYA.

Saya dah pernah rasa semua fesyen tudung masa  zaman jahiliah saya dulu.
Sebab tu walapun datang ribuan fesyen tudung masa kini pun saya hanya tersenyum.
Kerana saya dah jumpa tudung yang membuatkan saya rasa selamat dan tenang..
iaitu tudung labuh saya....ya tudung labuh....

Kini saya akan terus berusaha..berusaha untuk memperoleh cintaNYA.
Takkan biar hati ini dikotori oleh cinta insani yang tidak halal dan melalaikan saya.
Takkan biar 'erti sebuah hidayah' ini pergi lagi.

Ya Allah..berilah hamba kefahaman dalam agama..
Kurniakanlah kefaham dalam agama kepada semua yang mencintaiMU.
Pelihara hati ini ya Allah.
Jangan pernah ianya terpaut kepada sesuatu yang Engkau haramkan.


Percayalah wahai sahabat yang saya kasihi kerana Allah.
Jika dihatimu punya niat untuk berubah dan berhijrah.
Teruskanlah...jangan engkau hiraukan kata-kata yang menjatuhkan..
Jangan takut untuk berubah...
Buatlah semata-mata kerana Allah..
Hijrahlah perlahan-lahan...
Seperti mana 3 tahun perjalanan hijrah saya...
Insya Allah kamu pasti boleh....
Doa saya mengiringi anda semua yang ingin turut berhijrah.

Mohon doakan saya juga..

Allahu Akbar...

" sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNYA, dan Allah lebih mengetahui orang -orang yang mahu menerima petunjuk " ( al-qasas : 56 )

Hidayah itu perlu dicari..
Bukan hanya dinanti...

sekadar ingatan bersama, berkongsi rasa...