Tuesday, 4 March 2014

KETENANGAN DAN KEPUASAN

Ujian adalah tarbiyyah dari Allah
apakah kita kan sabar?
ataupun sebaliknya…
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Allah…
Allah...susah bukan hendak memupuk rasa 'tenang' dan 'kepuasan' dalam hati kita, terutama apabila kita berada dalam waktu yang sukar dan diuji.
Ya..susah bila Allah kita tak letak di hati...maka sebab itu kita akan mudah jatuh tanpa mahu berdiri tatkala diuji sedikit cuma.
 Kadang-kadang kita tidak mampu untuk menolak fitrah bahawa kita tetap juga merasa sukar meskipun kita telah berusaha mengatasinya. Bukanlah kita manusia kalau kehidupan kita sempurna saja. Perlu ada jatuh bangunnya, perlu ada tawa dan tangisnya, perlu ada exam dan resultnya. Itulah kehidupan dunia. Semalam menangis, hari ini mungkin ketawa.
Kadang-kadang 'insensitivity' dan 'inability' to response correctly kepada nikmat-nikmat dari Allah menyebabkan kita merasakan bahawa kesusahan yang kita dapat itu lebih besar daripada kesenangan yang sedia ada. Lantas kita mula berkira-kira air-air mata yang kita titiskan seolah-olah Allah tidak mendengar doa kita. Tapi jangan sampai tidak memberi hak kepada hati. Apa guna Allah beri hati kalau kita refuse untuk merasai perasaan-perasaan seorang manusia. Kitalah yang perlu meletakkan sempadan-sempadan kepada perasaan-perasaan tersebut seperti mana Allah sempadankan nikmat syurga Adam dan Hawa dengan meletakkan syarat agar tidak mendekati pohon khuldi.
Seperti mana Adam dan Hawa diizinkan untuk bergembira di taman-taman syurga, makan apa sahaja yang berkenan di hati, berbuat apa sahaja yang diingini asalkan saja mereka tidak mendekati sang Khuldi. Begitulah juga kita. Kalau mahu sedih, sedihlah. Kalau mahu gembira, gembiralah. Kalau mahu berbuat sesuatu, lakukanlah! Asalkan jangan dekati sesuatu yang Allah larang.Jangan berlebih lebihan dan melampaui batas.
 " Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batasSesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas " .( 5:87)
Tapi hakikat tidak selalunya semudah itu. Tidak semua sempadan di hati ini jelas kelihatan. Ada waktunya kita manusia, hanya tersedar batasan kita, setelah terlanjur melangkaui sempadan perasaan tersebut. Selepas marah, baru tersedar kesilapan diri. Selepas bersedih dan bersangka buruk pada sesuatu ujian Allah, baru ternampak hikmahnya.  Selepas kehilangan nikmat-nikmatNya, barulah terasa kasih sayangNya… bukankah selalunya begitu?
Mungkin saya perlu lebih banyak bermuhasabah. Anda juga, kalau perlu.

Kerana saya mahu meninggalkan dunia ini kelak dengan sebuah ketenangan dan kepuasan. Bahawa kehidupan dunia ini telah saya laksanakan dengan penuh kemanusiaan. Semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment