Assalamualaikum.....bismilahirrahmanirrahim.....Allahumma salli 'ala Muhammad...
Alhamdulillah....masih diberi peluang untuk terus menikmati nikmat Allah pada hari ini....tidka terhitung betapa banyakknya nikmat yang telah kita perolehi ....marilah kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur.....Allah berfirman yang bermaksud :
" Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya,
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". ( Ibrahim : 7 )
hari ini ana ingin berkongsi perihal ilmu....di mana ana perolehi daripada sebuah blog kemudian ana tambah sedikit olahan di dalamnya... mabruk dan syukran kepada penulis. "http://dirihamba.blogspot.com/ ". insya Allah semoga bermanfaat...
ilmu adalah hadiah ulangtahun yang cukup berharga buat ana pada hari ini....tatkala masih ramai yang mungkin tengah tidur ...duduk rumah tanpa buat apa-apa...berjalan tanpa arah tujuan....duduk lepak dan sebagainya....
Allah masih memilih diri ini, hambaNYA yang penuh hina ini untuk menuntut ilmu....alhamdulillah....
Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan
memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang
berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita
terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa
yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan
kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi
bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita
juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering
melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM
tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj
ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang
itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam
kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang
pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang
mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?
Istidraj adalah,
apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah
ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya,
manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha
menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH
SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi
contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah
anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat
kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung
perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal
ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di
dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi.
Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah,
sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila
Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang
daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat.
Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia
nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya
melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan
pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah
pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi
dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
" Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum
Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan
Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak
kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan
orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata
kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu),
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah.
(seperti lagakmu itu). " ( Al Qasas : 76 )
" (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur
akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu,
bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di
dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa
kamu)."
( An nahl : 55 )
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab
itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan
timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi
dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam
peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa
kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah
yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda
langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini
buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka
jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda
dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda
berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah
badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat
dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim
yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala
menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila
jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala
yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“
Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU
berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu,
KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,
“ Yang
menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat
rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi
HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU
suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda
kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study
? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua
adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka
yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika
gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum
gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada.
InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda.
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya,
bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa
bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah
tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka
senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana.
Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda
wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda
berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa
periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa,
tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu,
atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut
kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
No comments:
Post a Comment