bismillahirrahmanirrahim....Allahumma salli a'la Muhammad...
Alhamdulillah setelah hampir seminggu sibuk dengan pelbagai program dan assignment..
3 hari ni Allah beri kelapangan untuk solat dan iktikaf di masjid kesayangan ana....♥
selesai sahaja solat asar semalam...seorang makcik datang menghampiriku dan bertanya adakah aku cikgu sekolah agama kat sebelah masjid tu...aku menjawab tidak dan menerangkan bahawa aku masih belajar lagi..dan dia tersenyum lalu berkongsi cerita denganku berkaitan anaknya yang teringin untuk berpurdah seperti ku...anaknya baru sahaja berusia 14 tahun...alhamdulillah...an pelbagai lagi yang dikongsikannya denganku...aku seronok mendengar dan berkongsi cerita dengan beliau...

baru sahaja aku bangun dan nak menuju keluar dari ruang solat muslimat..seorang lagi makcik atau mungkin ku gelar sebagai ustzah disebabkan ku dengar orang lain memangilnya ustazah... menahanku dan bertanya adakah aku mempunyai masa lapang pada sebelah petang...dan dia menawarkanku untuk menjadi guru ganti di sekolah agama batu muda yang terletak di sebelah masjid saidina hamzah sahaja..setelah ku meneliti jadual dan bertanya kepada ibu dan ayah tercinta...insya Allah aku menerima tawaran tersebut....
alhamdulillah hari ini ana dipanggil ke sekolah tersebut untuk menghantar segala salinan ic dan sijil serta result...insya Allah setelah didaftarkan ke jabatan, ana akan start bertugas.....
Alhamdulillah..menjadi pendidik memang telah lama kuidamkan...dan pastinya ianya bukan sesuatu yang mudah...
mengajar dan mendidik dua perkara yang membawa maksud yang sama tetapi cara yang berlainan dan mungkin menghasilkan natijah yang berlainan...
bagi ana...mengajar adalah kita mengajar sahaja...kita meletakkan satu tembok di antara title 'guru' dan 'murid'....kita tidak memahami siapa yang kita ajar..dan apa yang kita ajar...
manakala mendidik ..kita mengajar dan memberi tarbiyah kepada murid...mempunyai niat dan matlamat untuk mendidik anak-anak murid menjadi insan yang berguna ikhlas semata-mata kerana Allah...memahami dan mengaplikasi apa yang diajar...jika mereka tidak faham.seorang pendidik itu tak kan pernah mengeluh malah akan terus berusaha untuk mendidik semampu mereka.
insya Allah selepas ini setiap masa akan lebih bernilai...semoga Allah redha dan permudahkan..semoga ilmu yang bermanfaat yang kita berikan kepada orang lain akan membantu kita di akhirat kelak...amiin Allahumma amiin..
No comments:
Post a Comment