" Implikasikanlah ilmu yang ada pada diri. Bukan sekadar mempelajarinya semata-mata. Jadilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. jangan seperti lalang. "
Wednesday, 13 February 2013
YOU CAN DO IT
Bismillahirrahmanirrahim.....Allahumma salli a'la Muhammad....
Alhamdulillah setinggi-tinggi pujian ku panjatkan pada ILLAHI....setelah bertungkus lumus memahami segala berkaitan HTML... ana perolehi markah penuh untuk labtest pagi tadi....
betullah....bila mindset kita kata ' susahlah benda ni..aku tak boleh buat la'..maka benda tu akan nampak susah malah makin susah...tapi bila kita usaha dan yakin bahawa ' aku mampu buat ni" insya Allah everything will become easy....
sepanjang ana menelan dan mengunyah topic HTML ni..ana nangis...nak give up...rasa susah..sehinggalah sebelum melangkah keluar untuk ke kelas..ana doa dan katakan pada diri sendiri ' aku da usaha...aku dah faham...insya Allah aku mesti boleh buat labtest jap lagi'...
and sebaik sahaja ana duduk di komputer yang disediakan...lecturer mula mengedarkan sekeping kertas di mana ana dan sahabat2 kena buat html yang akan nantinya menghasilkan sebijik seperti dalam paper tersebut....
sepanjang pengedaran kertas itu....kedengaran suara2 yang berkata ' aduh..macam susah je' ' ihh susahnya' dan seumpamanya...dan tidak lama lepas tu paper tu pun turut sampai kepada ana..ana terus lihat dan mengucapkan alhamdulillah serta cuba think +ve...kata dalam hati ' insya Allah aku boleh' '...
dengan lafaz bismillah ana mula membuat code demi code....memang xsemudah yang disangka....hampir beberapa kali jugak ana gagal membuat sama seperti yang diminta...tapi ana terus cuba dan cuba...dan alhamdulillah....ana sempat selesaikan sebelum masa tamat dan dapat sebijik seperti yang diminta....ana serahakan setinggi2nya pada Allah....
setelah hantar...lecturer mula memeriksa setiap code yang dibuat..dan alhamdulillah i got full marks....:')
Justeru wahai sahabat....tiada 'JALAN PINTAS' untuk 'BERJAYA' melainkan kita terus 'BERUSAHA' dan 'DOA'..setelah itu 'TAWAKAL' lah kepada ALLAH....
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment