Saturday, 2 March 2013

ANA SUKA MASAK

Bismillahirrahamanirrahim...Allahumma salli a'la Muhammad...

Jika dalam entry yang lepas ana post yang sesungguhnya 'ana suka makan'

haa bukan makan semata-mata...ana juga suka memasak...^_^
memasak adalah hobi ana selain daripada membaca ...

Alhamdulillah actually minat untuk suka memasak ini terbit semasa ana berusia 15 tahun...
iaitu bila mana  mak ana mengandungkan adik bongsu ana...
sepanjang mak mengandung, mak mengalami alahan yang sangat teruk...sampai masuk dapur pun tak boleh..
maka ana rasa bertanggungjawab sebagai anak sulung untuk memainkan peranan..
pada masa tu la setiap hari ana akan pergi dapur untuk memasak..
ana cuba mengingat melalui pemerhatian ana semenjak membantu mak memasak.

bahagia bila kita masak...orang yang kita sayang makan dengan begitu selera...
macam tu lah ana rasa..tatkala ana  masak...
mak, abah, adik2 makan dengan penuh selera...

Alhamdulillah hari demi hari ana semakin suka memasak..
kini pelbagai masakan yang ana pelajari..
insya Allah nanti nak masak buat keluarga tercinta..
nanti nak main masak2 bersama suami tercinta..ehem...(harap2 suami ana kelak pun suka masak).hihi

ha selain tu sambil2 memasak tu....jom amalkan zikir-zikir ...
insya Allah makanan yang kita masak bertambah berkat dan sedap...^_~



bagi yang tak reti memasak..belajarlah..insya Allah tak rugi....
bak kata ustaz azhar...tak sedap tak pa...asalkan rajin masak...^__^

No comments:

Post a Comment