Friday, 8 March 2013

ANAK-ANAK DIDIKKU


assalamualaikum..bismillahirraahmanirrahim......Allahumma salli a'la Muhammad..

Alhamdulillah...hari ni Allah uji lagi......hari ini aku belajar sesuatu lagi dari mereka..^_^

setiap kelas yang ana masuk, mereka sambut ana dengan begitu ceria..subhanaAllah tenang je rasa..meski adakalanya ada yang sibuk bermain...namun ku cuba mengikut cara mereka dalam mendidik...

semasa masuk kelas murid tahun tiga...seorang murid lelaki i dia memang suka bertanya..alhamdulillah..dia bertanya " ustazah2, dalam syurga cantik x? " boleh tak nanti kat syurga saya nak minta pape je? "


ana tersenyum...dan semua senyap menanti jawapan saya... ^_^ " alhamdulillah cantik sayang...mintalah apa sahaja yang kalian nak minta" " ha anak-anak ustazah semua ni nak minta apa kat syurga? "

ada menjawab " nak mak abah" " nak main puas" " nak makan2" dan sebagainya...sehinggalah seorang anak murid lelaki yang sangat2 comel dan berisi bangun dan bertanya " ustazah2..boleh x kalau nanti kat syurga saya nak ustazah ajar saya lagi? "

Allahu rabbi....:') berair mata ini mendegar ucapan tu....

dan hari ni ana menerima 1 lagi hadiah

dan seorang anak murid datang kehadapan memberi hadiah yang mungkin nampak 'murah' dan 'biasa' bagi sesetengah orang ..tapi bagiku nilainya sangat tinggi dan tak ternilai...

dan beberapa orang anak-murid lelaki yang sebelum ni agak sangat nakal..xpernah nak dengar cakap..tapi tadi...dia adalah antara orang yang paling dengar cakap..malah dia bertanya berseungguh2 tentang topik yang dipelajari....

# Alhamdulillah ya Allah...tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMU..permudahkanlah aku untuk mendidik mereka...permudahkanlah mereka untuk memahami apa yang aku sampaikan.....rahmati mereka ya Allah.terangi hati mereka...♥

No comments:

Post a Comment