" Implikasikanlah ilmu yang ada pada diri. Bukan sekadar mempelajarinya semata-mata. Jadilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. jangan seperti lalang. "
Sunday, 27 September 2015
Salam Pertemuan Kembali
Bismillah,
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah setelah sekian lama membawa diri membiarkan hati mencari sesuatu. Ya sesuatu buat dikongsikan di teratak usang saya ini.
Terlalu banyak yang berlaku sepanjang hampir 9 bulan saya sepi. Maka sudah pasti terlalu banyak jugalah yang ingin saya kongsikan.
Mohon doakan saya, saya nak kembali menulis. Menulis dari hati dan menyentuh hati mereka yang membaca. Doakan saya istiqamah di jalan dakwah penuh warna ini.
Kerana sungguh diri ini sangat meminati platform penulisan sejak di bangku sekolah dan semoga kelak juga mampu memberi saham di akhirat bila saya dah tiada.
" Jika tiada bahu untuk untuk berssandar, sentiasa ada lantai untuk bersujud"
Moga Allah redha.
Thursday, 29 January 2015
SANAH HELWAH SITI NUUR ZALEHA
Alhamdulillah....
Terima kasih buat semua yang mengingati dan mendoakan tanpa henti. Moga doa itu juga kembali kepada kalian dan semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Terima kasih buat semua yang mengingati dan mendoakan tanpa henti. Moga doa itu juga kembali kepada kalian dan semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
semakin bertambah usia semakin dekat kepada kematian.
terasa betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan
seusai solat asar tadi, ku tenung dalam2 setiap inci anggota badan dan nikmat yang telah diberikanNYA padaku,
seusai solat asar tadi, ku tenung dalam2 setiap inci anggota badan dan nikmat yang telah diberikanNYA padaku,
tangan....kaki...mulut...hati...
Astaghfirullahal adzim, menitis air mata laju membasahi pipi,
ampunkan aku ya Allah kerana banyak menzalimi diri
kurang mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan tanpa jemu
wahai Allah..
terima kasih untuk kesempatan yang masih Engkau berikan
buat diri ini untuk terus bermuhasabah
pada setiap dosa dan salah..
wahai Allah..
terima kasih untuk kasih sayangMu
buat insan kerdil ini
sedang diri ini hakikatnya terlalu hina
penuh dengan dosa dan noda
tapi rahmat kasih sayang sungguh tiada penghujungnya..
Wahai Allah..
pilihlah aku untuk mencintaiMu..
lebih dari segala-galanya!
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)".
(Al-imran:8)
Friday, 9 January 2015
MELAKAR PERJALANAN MENCAPAI MATLAMAT
Bismillah, salam sayyidul ayyam.
Allahumma solli 'ala Muhammad.
alhamdulillah kita dah berada di tahun 2015,
semoga semakin bertambah umur kita semakin banyak amal dan ibadat kita,
setiap daripada kita pasti ada azam yang mungkin nak dicapai dalam tahun ni, betul?
Hari ni nak berkongsi sedikit tentang azam dan saya selitkan sekali apa yang sempat saya dengar dan fahami daripada Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam.
Actually tajuk Forum semalam adalah Selfie, Tapi ada sedikit sebanyak dikongsikan berkaitan azam dan matlamat.
Ustaz Elyas ada kongsikan 4 faktor kenapa azam kita tak tercapai. Sini saya kongsikan dan saya olah huraian ikut kefahaman saya. Mohon betulkan jika salah. ( tinggalkan komen)
1) kita buat perkara yang sama tapi kita mengharapkan hasil yang berbeza.
Sebagai contoh sebagai seorang pendidik, kita berazam untuk mendidik anak2 murid kita lebih memahami apa yang kita ajar. Maka kita pun buat apa yang kita 'biasa' buat tapi mengharapkan hasil yang berbeza pada anak2 didik kita.
Dalam proses penyerapan ilmu ini, manusia terdiri daripada 3 jenis.
- ada yang belajar mesti mau tengok gambar
- ada yang cukup dengar sahaja dia da boleh tangkap
- ada yang dia kena hands on, kena dia buat sendiri baru dia boleh faham.
Contoh lain, kita nak maju dalam dunia perniagaan, kita kenalah belajar ilmu dan aplikasikan dalam pelbagai cara, sebelum ni mungkin hanya sekadar jual di kedai, mungkin lepas ni kita tambah cara lain pula dengan promosi menggunakan facebook, pages, blog dan sebagainya.
.
2) Tidak belajar daripada kesilapan yang lalu
Sebagai seorang pelajar contohnya, sem-sem lepas kita banyak buang masa, main game, tengok cerita korea dan sebagainya dan akhirnya kita melakukan banyak kecuaian dan kesilapan semasa peperiksaan dan kemudian beroleh keputusan yang kurang cemerlang.
Orang yang berjaya adalah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang gagal adalah mereka yang sentiasa mengulangi kesilapan yang dilakukan.
Setiap Bani Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik manusia yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat daripada dosanya.
3) Tidak bersungguh-sungguh
Once kita pasang azam dan matlamat. Kita kenalah bersungguh-sungguh untuk focus dan lakar perjalanan nak mencapai azam kita tadi.
Bila tidak bersungguh-sungguh itu bukan azam namanya tapi angan-angan kosong.
Contoh : " tahun ni aku nak bangun solat subuh lebih awal" kalau lelaki "tahun ni aku nak solat subuh berjemaah"
Jadi kenalah sungguh-sungguh bro, dah tahu diri tu liat nak bangun subuh pasang alarm macam nak dodoikan suruh tidur balik buat apa?

4) Tidak bersabar
Ha ni paling penting, kena sabar. Relax brader brader relax. Dalam nak capai azam kita, bukan hari ni azam esok terus tercapai dan terus istiqamah. Kalau dapat terus macam tu memang korang superb.
Kebiasaanya ianya akan mengambil masa, kena mujahadah sikit.
Akhir sekali, seandainya kita berjaya mencapai azam yang kita buat, bersyukurlah kerana tanpa daya dan pertolongan daripada Allah kita tidak akan mampu mencapai matlamat kita.
Tapi seandainya azam kita, usaha yang kita lakukan gagal dan tidak berjaya. Koreksi diri kita dan tanya pada diri, jangan sama sekali kita menyalahkan orang lain apatahlagi sampai menyalahkan Allah.
Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan itu bermakna Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita dan bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Dia jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
apa yang penting usaha, doa dan sangka baik.

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :
(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Bila kita jadi orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka kita akan jadi orang yang ada hikmah.
bak kata Ustaz Kazim, ada hikmah dalam sesuatu kejadian, anda mampu mengubahnya ^_^
Tuesday, 11 November 2014
Sense Of Belonging
Kita akan benar-benar merasai kehilangan sesuatu itu hanya sekiranya sesuatu itu ada mengambil sedikit ruang di ingatan dan juga di hati kita. Kita tidak akan merasai kehilangan sesuatu itu sekiranya kita tidak pernah mengambil berat kehadirannya, kewujudannya dan peranannya. Kita juga tidak akan merasai kehilangan sesuatu benda yang tidak kita hargai dan tidak kita ingini dalam kehidupan kita. Bahkan mungkin, kehilangannya akan menghadirkan rasa lega, rasa tenang, rasa seronok dan rasa ‘ringan’ di bahu kita. Kerana akhirnya, benda atau sesuatu yang tidak kita sukai itu, telah hilang dari hidup kita.
Kenapa sesetengah kehilangan itu benar-benar menyedihkan kita?
Kesedihan hanya akan mengiringi kehilangan sesuatu yang kita cintai.
Kita tidak akan menangisi kehilangan sesuatu yang kita benci.
Kerana itulah, kalau kita perasan, perjuangan dan dakwah ini selalu menuntut perkara-perkara yang kita cintai daripada kita. Allah SWT selalu bertegas dalam urusan perkara-perkara yang kita cintai ini.
Firman Allah SWT di dalam surah At Taubah, ayat ke-24, bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Kenapa kecintaan yang berlebihan terhadap perkara-perkara diatas mendapat ancaman keras daripada Allah?
Kenapa perjuangan Islam selalu menuntut pengorbanan perkara-perkara yang kita cintai seperti diatas?
Ikhwah Akhowat sekalian, jawapannya adalah kerana kita tidak pernah memiliki walau satu pun daripada semua nikmat yang disenaraikan tersebut. Keterikatan dan kebergantungan kepada sesuatu yang TIDAK KITA MILIKI akan menyebabkan kekecewaan yang amat sangat apabila kita KEHILANGANNYA atau diminta MENINGGALKANNYA. Kita SANGKA kita memiliki keluarga kita, isteri kita, anak-anak kita, harta benda kita, perniagaan kita, masa kita, duit kita, rumah kita, akademik kita dan sebagainya.
Rasa MEMILIKI inilah yang akan meLEMAHkan kita.
Ia akan menjadikan kita kecewa dan sedih yang amat sangat apabila ALLAH SWT menarik nikmat-nikmat ini daripada kita.
Dan kerana itulah juga tarbiyah sepatutnya MEMBINA RASA DIMILIKI DAN MEMILIKI. Rasa ‘sense of belonging’ kepada gerakan dakwah ini. Rasa dimiliki dan memiliki dakwah dan tarbiyah ini. Rasa memiliki dan dimiliki oleh ikhwah dan akhowat sekeliling. Hanya dengan perasaan inilah kita akan mampu tsabat dan istiqamah. Rasa dimiliki dan memiliki gerabak dakwah dan tarbiyah ini menyebabkan KITA TAK SANGGUP KEHILANGANNYA. Dan sekiranya kita kehilangannya, KITA AKAN KESEDIHAN YANG AMAT SANGAT.
Kenapa ramai daripada kita boleh meninggalkan gerabak dakwah ini dengan senang hati?
KERANA HATI KITA TIDAK LANGSUNG MERASAKAN KEHILANGAN apabila kaki kita melangkah keluar dari gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Kita lebih merasakan kesedihan dan kekecewaan apabila kehilangan benda-benda lain yang terpaksa kita tinggalkan ketika bersama dakwah. Kita merasa sedih dan letih sangat apabila kehilangan masa, kehilangan duit, kehilangan waktu bersama orang-orang yang kita sayangi.
Tapi, apabila meninggalkan dakwah, kita tidak pula benar-benar merasa kehilangan hidayah, kehilangan matlamat hidup, kehilangan jiwa yang basah dengan iman dan kehilangan momentum dalam mendakwahi umat.
Ya Allah…..
Kenapa setelah bertahun-tahun menyedut madu iman dan taqwa yang menghias jalan dakwah dan tarbiyah ini, kita masih tidak merasa dimiliki dan memilikinya?
Kenapa setelah bertahun-tahun dihidangkan petunjuk dan hidayahNya, hati kita masih merasa kita memiliki kehidupan dunia ini sehingga kita tidak mampu melepaskan ia?
Kepada yang masih dan sedang istiqamah, ayuh kita renungi dalam-dalam firman Allah SWT dibawah, surah Al Hujuraat, ayat ke-7, yang bermaksud,
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus;
Semoga hati-hati kita semua kembali merasai ‘sense of belonging’ kepada dakwah ini, tarbiyah ini, ummah ini dan jamaah ini. Hanya dengan itu kita akan merasa terikat dengannya, kasih kepada teman-teman seperjuangan, sanggup berkorban untuknya dan ingin hidup dan mati bersama-sama dengannya. Amin Allahumma amiin.
Semoga Allah redha.
credit to : http://laskarmentari.wordpress.com/
Semoga Allah redha.
credit to : http://laskarmentari.wordpress.com/
Wednesday, 29 October 2014
MOIST CHOCOLATE CAKE + CHEESE
Bismillah
Alhamdulillah, kali ni saya nak berkongsi Resepi Moist Chocolate Cake with Topping cheese.
Actually this is a first time saya buat gabungan coklat dengan cheese.
Selalunya kalau buat Chocolate cake, topping pun coklat jugak. Cheese cake pun macam tu.
Hari tu masa tengah jalan-jalan sambil scroll resepi dalam one of my favourite groups which is group "Resepi Ringkas" dekat facebook, terjumpa ada yang share about this cake.
Terus catit all the recipe that have been given there.
Terus catit all the recipe that have been given there.
Panjang pulak intro, eheh ok2 lets we continue to the step on how to make Moist Chocolate cake + cheese.
![]() |
| taraaa.....inilah rupa kek saya buat semalam ..cantik tak? sedap pun sedap :D |
BAHAN A
- 1 CAWAN MINYAK
- 1 CAWAN GULA
- 1 CAWAN SUSU PEKAT
-1 CAWAN SUSU CAIR
- 1 CAWAN KOKO
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk, kemudian masak atas api sederhana, kacau sehingga larut dan tak berketul.
BAHAN B
- 4 BIJI TELUR DIBLENDER
BAHAN C
- 2 CAWAN TEPUNG GANDUM DIAYAK BERSAMA
1 SUDU KECIL SODA
1SUDU BAKING POWDER
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuang bahan A yang telah dimasak tadi ke dalam bekas untuk dimixer bersama bahan B & C.
Masukan bahan C sedikit demi sedikit semasa proses mixer. Mixer hingga sebati kesemuanya. Tapi Jangan terlalu lama.
Masukan bahan C sedikit demi sedikit semasa proses mixer. Mixer hingga sebati kesemuanya. Tapi Jangan terlalu lama.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sementara tu panaskan kukusan dengan api sederhana.
Tuang adunan yang da siap tadi ke dalam loyang, dan masukkan ke dalam periuk kukusan. Kukus dalam 1 jam atau sehingga masak
* tips nak tahu kek tu dah masak atau belum, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate. Kalau tengok takda melekat dekat lidi maknanya kek dah masak.
* tips nak kek cantik, balut penutup periuk dengan kain bagi mengelakkan wap air terkena kek.
* tips nak kek cantik, balut penutup periuk dengan kain bagi mengelakkan wap air terkena kek.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah siap masak, tunggu sejuk dulu kemudian keluarkan daripada loyang.
potong bahagian tengah kek menggunakan benang untuk menjadikannya 2 lapisan.
siap untuk dihias ^_^
siap untuk dihias ^_^
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE
- 250g Cream Cheese
- Setengah tin susu pekat
* mixer sampai tak berketul.
kemudian sapukan adunan cheese tu di bahagian tengah kek coklat tadi.
Last sekali tuang dan ratakan ke seluruh permukaan kek dan taburkan cheddar cheese yang diparut sebagai hiasan di atas kek seperti di dalam gambar.
Selamat mencuba ^_^
Last sekali tuang dan ratakan ke seluruh permukaan kek dan taburkan cheddar cheese yang diparut sebagai hiasan di atas kek seperti di dalam gambar.
Selamat mencuba ^_^
Monday, 6 October 2014
KEK COKLAT KARAMEL
Bismillah
Alhamdulillah lama rasanya tidak berkongsi resepi.
Banyak resepi yang ingin saya kongsikan sebenarnya.
Memandangkan masa saya semakin padat sekarang, ruang masa nak menulis di blog pun sangat terhad.
InsyaAllah kali ni nak share salah satu kek kegemaran keluarga saya yang tercinta.
Tiap minggu request saya buatkan kek ni.
Seronok bila kita dapat masak sesuatu yang keluarga kita suka dan melihat mereka makan hasil air tangan kita pun sangat-sangat mengembirakan.
Baiklah untuk buat kek ni sangat mudah insyaAllah.
=================================================================
First sekali buatkan bahagian karamel terlebih dahulu.
BAHAN-BAHAN (karamel )
* masukkan dalam 5sudu gula ke dalam loyang, panaskan atas api sederhana sampai cair keperangan dan ratakan ke seluruh permukaan loyang kemudian biarkan sejuk.
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 biji kuning telur
- 2 biji telur ( putih + kuning )
- sedikit esen vanilla
* mixer semua bahan di atas sampai sebati dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang telah disejukkan tadi.
* panaskan kukusan dan kemudian masukkan adunan karamel. Kukus dalam 20-25 minit.
* pastikan tutup penutup pengukus dengan kain supaya wap air tak jatuh ke dalam adunan.
* dah masak biarkan sejuk.
==================================================================
BAHAN-BAHAN (lapisan coklat)
(A)
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan gula
- 1 cawan koko
* campur kesemua adunan (A) ke dalam periuk, kemudian masak di atas api sederhana, adun sampai sebati dan tak berketul.
* dah sudah ketepikan.
(B) blend 4biji telur ( ketepikan)
(C) sediakan 1 cawan tepung, 1 sudu kecil soda dan baking powder ( ayak semua ni terlebih dahulu)
* mixer adunan A tadi sambil masukkan sedikit demi sedikit bahan B dan C.
* setelah sebati tuang guna sudu besar ke atas karamel yang telah disejukkan tadi.
* kukus selama 50-60minit. cucuk guna lidi untuk tahu sama ada kek da cukup masa atau tidak.
=============================================================
last sekali bila dah masak biarkan sejuk dahulu sebelum ditebalikkan di atas piring leper.
Selamat Mencuba ^_^

Wednesday, 1 October 2014
Jangan Berputus Asa, Bertaubatlah
Taubat secara etimologi (bahasa) berasal dari kata taba (fi’il madhi), yatubu (fi’il mudhari’), taubatan (mashdar), yang bererti “kembali” atau “pulang” (raja’a) (Haqqi, 2003). Adapun secara terminologi (menurut makna syar’i), secara ringkas Imam an-Nawawi mengatakan bahawa taubat adalah raja’a ‘an al-itsmi (kembali dari dosa) (Syarah Shahih Muslim, XVII/59). Dengan kata lain, taubat adalah kembali daripada meninggalkan segala perbuatan tercela (dosa) untuk melakukan perbuatan yang terpuji (‘Atha, 1993).
Adapun pengertian dosa (itsmun/dzanbun/ ma’shiyat), adalah melakukan perkara yang haram (irtikabul haram) seperti mencuri, berzina, minum khamr (arak), dan meninggalkan kewajiban (tarkul wajib) seperti meninggalkan solat, tidak berdakwah, dan tidak menjalankan hukum-hukum Allah di muka bumi (Al-Maliki, 1990).
Taubat merupakan satu kewajipan bagi setiap insan, kerana setiap anak adam itu tidak terlepas daripada melakukan dosa.
Manusia yang baik bukanlah orang yang tidak melakukan dosa, tetapi mereka yang bertaubat setelah melakukan dosa. Seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w :
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah] (‘Atha, 1993).
Katakan ada seorang hamba Allah yang telah melalaikan seluruh sebagai seorang Muslim, dengan melakukan perkara-perkara maksiat dan keharaman.
Lalu atas sebab-sebab tertentu tiba-tiba ia menjadi insaf kemudian dia bertaubat.
Kemudian dia ulang melakukan kemaksiatannya, dan suatu ketika ia pun tersedar dan bertaubat semula. Dan perkara ini berulang-ulang beberapa kali sehingga ada masanya muncul persoalan yang bermain-main dalam benak fikirannya :
“Apakah taubatku ini masih berguna sedangkan aku sentiasa mengulang-ulang dosaku berkali-kali? Apakah Allah masih memandang aku dengan rahmatNya?”
Pada ketika itu, datang lintasan atau bisikan di hati yang mengatakan :
“Sesungguhnya aku telah mensia-siakan taubatku yang terdahulu dan aku tidak mampu untuk menahan diriku daripada terus melakukan maksiat yang sama. Disebabkan dosa-dosaku yang bertimbun ini, biarkanlah saja kerana aku tidak mampu untuk berhenti atau mengubahnya lagi. Sia-sia sahaja untuk aku terus bertaubat dan aku pasti akan ke neraka.”
Iktiqad (niat hati) sebegini jika dilakukan dalam keadaan sedar sangat membahayakan keimanannya kepada Allah SWT, na'uzubillahi min dzalik. Sikap berputus asa boleh menyebabkan seseorang itu tertipu dengan bisikan syaitan pada tahap yang lebih tinggi. Seorang pelaku maksiat bukan sahaja tertipu ketika melakukan maksiatnya, malah lebih parah lagi dia tertipu apabila bersikap berputus asa untuk bertaubat dan menagih rahmat serta keampunanNya. Apabila berlakunya sedemikian rupa, dengan serta merta keimanannya menjadi robek dan rosak kerana sikap berputus asa adalah perkara yang akan memutuskan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT. Apa lagi yang boleh diharapkan jika berlakunya perkara sedemikian? Ini sudah pasti akan membuatkan para iblis dan syaitan bersorak gembira atas kejayaan mereka dalam membawa manusia ke neraka Allah.
Memang sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu sentiasa melakukan kesilapan, kesalahan dan dosa dalam kehidupannya. Baik sama ada kesalahan atau dosa itu kecil ataupun besar, sedikit ataupun banyak, membuatnya sekali ataupun berulang kali. Setiap dosa itu pasti akan membuahkan catitan yang akan membawa kepada terbukanya ruang azab dan seksa daripada Allah SWT. Ruang itulah yang perlu ditutup dengan segera dengan segala amal kebajikan yang mampu untuk dilakukan dan pintu utamanya adalah taubat kepada Allah SWT. Nabi SAW yang mulia sebagai seorang yang maksum turut bertaubat dan beristighfar kepada Allah tidak kurang daripada 70 kali dalam sehari, inikan pula manusia biasa yang serba lemah dan hina seperti kita.

“Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu atas segala dosa-dosamu dan Aku tidak akan mengendahkannya. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencecah ke langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu denganKu tetapi engkau tidak menyekutukan Aku walaupun sedikit, maka Aku akan pasti datang kepadamu dengan membawa keampunan sepenuh bumi.” [HR Tirmidzi]
SubhanaAllah, lihatlah betapa besarnya rahmat Allah buat kita pendosa tanpa noktah.Selagimana kita tidak menyekutukan Allah, walau sebesar mana pun dosa-dosa yang telah kita lakukan, apabila kita bertaubat dan mengharapkan keampuanNya, maka Allah tidak akan pernah lokek untuk mengampunkan kita dan terus mengurniakan rahmatNya kepada kita. Allah SWT langsung tidak pernah mensyaratkan kita untuk melakukan perjalanan jauh tertentu sebelum diampunkanNya dosa-dosa kita. Bahkan rahmat Allah itu Maha Luas di atas muka bumi ini selagimana kita tidak berputusa asa dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu.
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (an-Nur : 31).
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.” ( at-Tahrim : 8).
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.” ( at-Tahrim : 8).
Bagaimana cara bertaubat? Bagi mereka yang hendak bertaubat, wajib memenuhi syarat-syarat taubat agar taubatnya sah. Syarat-syarat ini tak ubahnya seperti syarat-syarat solat, yang jika tidak dipenuhi satu syarat atau lebih daripadanya, maka solatnya tidaklah sah dalam pandangan syara’. Demikian pula syarat-syarat taubat. Terdapat 3 (tiga) syarat taubat:
Pertama, menghentikan perbuatan maksiat yang telah dilakukan.
Kedua, menyesali di atas segala perbuatan maksiat yang telah dilakukan.
Ketiga, bertekad kuat (azam) untuk tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat itu lagi untuk selama-lamanya (An-Nawawi, 1989).
Ayuh, apa lagi keputusan yang harus kita pertimbangkan selain daripada terus bersegera bertaubat dan meraih keampunanNya? Rebutlah peluang ini sebelum datangnya ajal, kerana apabila ruh sudah sampai ke tenggorok, pintu taubat akan ditutup buat selama-lamanya.
Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita.
rujukan
- kitab sahih bukhari dan muslim
- kamus Arab al-Farid
- www.mykhilafah.com

Subscribe to:
Posts (Atom)