Monday 25 November 2013

WAKTU BILA MAKMUM PERLU MEMBACA AL-FATIHAH


WAKTU BILA MAKMUM PERLU MEMBACA AL-FATIHAH 

Ramai yang bertanya. Jika imam solat membaca secara jahar/kuat, perlukah makmum membaca surah al-Fatihah juga ketika itu. Misalnya, ketika solat maghrib secara berjemaah, imam membaca surah atau ayat-ayat daripada al-Quran selepas membaca surah al-Fatihah. Adakah makmum perlu diam dan mendengar bacaan imam atau pun membaca surah al-Fatihah juga.

Perkara ini adalah khilaf para ulama. Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Dr Asyraf Bani Kinanah (Pensyarah di kuliyah Usul Fiqh Universiti Yarmouk).

Katanya, perkara ini terdapat perselisihan oleh para ulama. Ada sebahagian yang kata, makmum perlu diam kerana jelas dalil umum daripada ayat al-Quran, iaitu suruh mendengar jika diperdengarkan bacaan al-Quran. Ini seperti firman Allah SWT,

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-A’raaf: 204)

Ayat ini juga dituntut hanya di dalam solat iaitu jika diperdengarkan bacaan oleh imam, maka makmum perlu mendengarnya. Ianya disebut di dalam tafsir Ibnu Kasir, “Daripada Ibnu Abbas mengatakan bahawa ayat ini khusus pada solat-solat yang fardu, ia tidak dituntut untuk di luar solat.” (Tafsir Ibnu Kasir, 2/372)

Manakala sebahagian lagi pendapat, suruh makmum membaca juga surah al-Fatihah kerana Nabi SAW berkata dengan lafaz hadis umum, bahawa setiap kali solat perlu membaca surah al-Fatihah. Berdasarkan sabda Nabi SAW,

لا صَلاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Maksudnya: “Tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.” (Direkodkan oleh Bukhari, no. 756)

Lalu para ulama menilai kedua-dua dalil sahih ini lantas menyimpulkan, pada solat jahar/bacaan kuat ketika imam membaca al-Quran atau surah lazim selepas membaca surah al-Fatihah, makmum tidak perlu baca surah al-Fatihah. Hanya mendengar sahaja apa yang imam baca. Tetapi jika solat secara sir/bacaan senyap, wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah pada setiap kali solat. Ini adalah perdapat majoriti para ulama.

Ketika solat jahar/bacaan kuat contohnya seperti solat isyak, imam hanya membaca kuat pada dua rakaat pertama sahaja, dua rakaat yang akhir imam mebaca dalam keadaan senyap, maka wajib bagi makmum membaca surah al-Fatihah ketika itu, demikian juga pada solat maghrib.

Sekiranya antara bacaan al-Fatihah dan surah selepasnya, imam diam sebentar. Maka makmum boleh membaca al-Fatihah. Adakah makmum perlu baca sampai habis surah al-Fatihah sementara imam meneruskan bacaan?

Yang paling rajeh adalah berhenti membaca walaupun ditengah-tengah surah al-Fatihah, yakni tidak perlu habiskan bacaan al-Fatihah dan kemudian mendengar kembali bacaan imam. Itu jika imam berhenti, tetapi sekiranya imam terus membaca ayat lain selepas bacaan al-Fatihah seperti imam di Mekah, maka tidak perlu makmum baca surah al-Fatihah lagi. Hanya diam sahaja dan dengar apa yang imam baca.

Hal ini kerana, imam membaca untuk makmum mendengar, jika sama-sama membaca, maka siapa yang ingin mendengar bacaan imam. Wallahu A’lam.

SUMBER : FIKRAHHALAQAH.COM

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki



Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki


Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Alfatihah

credit to : PAKAR DIARI HATI

TERTUTUP ITU LEBIH INDAH


Bismillah..alhamdulillah.......

''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.'' -Imam Hassan al-Basri

Auratmu pintu nerakamu, TUTUP! Wanita itu adalah aurat.. setiap gerak-gerik nya pasti jadi perhatian, jaga diri baik2 ukhti..."

Kerana itulah hanya1 keinginan, memuliakan yang telah hijrah berhijab..mendoakan yang masih berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna....

kemenangan terbesar perempuan adalah saat dia mampu menutup auratnya, apa ada yang lebih membanggakan dari ini? Hijab adalah piala kehormatan...

perempuan cantik adalah dia yang selalu merasa kurang ilmu agamanya lalu belajar dan memperbaiki diri, perbaikan untuk suami dan anaknya kelak...

dosa itu timbul kerana ada kesempatan, JOM tutup aurat jangan beri kesempatan lelaki hidung belang dan tidak belang dapat dosa kerana kita...

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam atau budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. -SURAH AN-NUR : 31