Thursday 29 January 2015

SANAH HELWAH SITI NUUR ZALEHA





Alhamdulillah....

Terima kasih buat semua yang mengingati dan mendoakan tanpa henti. Moga doa itu juga kembali kepada kalian dan semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran. 

semakin bertambah usia semakin dekat kepada kematian.
terasa betapa banyaknya dosa yang telah dilakukan

seusai solat asar tadi, ku tenung dalam2 setiap inci anggota badan dan nikmat  yang telah diberikanNYA padaku,

tangan....kaki...mulut...hati...

Astaghfirullahal adzim, menitis air mata laju membasahi pipi,
ampunkan aku ya Allah kerana banyak menzalimi diri
kurang mensyukuri nikmat yang telah Kau berikan tanpa jemu

wahai Allah..
terima kasih untuk kesempatan yang masih Engkau berikan
buat diri ini untuk terus bermuhasabah
pada setiap dosa dan salah..

wahai Allah..
terima kasih untuk kasih sayangMu
buat insan kerdil ini
sedang diri ini hakikatnya terlalu hina
penuh dengan dosa dan noda
tapi rahmat kasih sayang sungguh tiada penghujungnya..

Wahai Allah..
pilihlah aku untuk mencintaiMu..
lebih dari segala-galanya!


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ  
  "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)".
(Al-imran:8)

Friday 9 January 2015

MELAKAR PERJALANAN MENCAPAI MATLAMAT







Bismillah, salam sayyidul ayyam.

Allahumma solli 'ala Muhammad.

alhamdulillah kita dah berada di tahun 2015,
semoga semakin bertambah umur kita semakin banyak amal dan ibadat kita,

setiap daripada kita pasti ada azam yang mungkin nak dicapai dalam tahun ni, betul? 


Hari ni nak berkongsi sedikit tentang azam dan saya selitkan sekali apa yang sempat saya dengar dan fahami daripada Forum Perdana Hal Ehwal Islam semalam.

Actually tajuk Forum semalam adalah Selfie, Tapi ada sedikit sebanyak dikongsikan berkaitan azam dan matlamat.


 Ustaz Elyas ada kongsikan 4 faktor kenapa azam kita tak tercapai. Sini saya kongsikan dan saya olah huraian ikut kefahaman saya. Mohon betulkan jika salah. ( tinggalkan komen)

1) kita buat perkara yang sama tapi kita mengharapkan hasil yang berbeza. 

Sebagai contoh sebagai seorang pendidik, kita berazam untuk mendidik anak2 murid kita lebih memahami apa yang kita ajar. Maka kita pun buat apa yang kita 'biasa' buat tapi mengharapkan hasil yang berbeza pada anak2 didik kita.

 Dalam proses penyerapan ilmu ini, manusia terdiri daripada 3 jenis.

- ada yang belajar mesti mau tengok gambar
- ada yang cukup dengar sahaja dia da boleh tangkap
- ada yang dia kena hands on, kena dia buat sendiri baru dia boleh faham.

Contoh lain, kita nak maju dalam dunia perniagaan, kita kenalah belajar ilmu dan aplikasikan dalam pelbagai cara, sebelum ni mungkin hanya sekadar jual di kedai, mungkin lepas ni kita tambah cara lain pula dengan promosi menggunakan facebook, pages, blog dan sebagainya.
.

2) Tidak belajar daripada kesilapan yang lalu 

Sebagai seorang pelajar contohnya, sem-sem lepas kita banyak buang masa, main game, tengok cerita korea dan sebagainya dan akhirnya kita melakukan banyak kecuaian dan kesilapan semasa peperiksaan dan kemudian beroleh keputusan yang kurang cemerlang.

Orang yang berjaya adalah orang yang belajar daripada kesilapan, dan orang yang gagal adalah mereka yang sentiasa mengulangi kesilapan yang dilakukan.

Setiap Bani Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik manusia yang melakukan dosa adalah mereka yang bertaubat daripada dosanya.

3) Tidak bersungguh-sungguh

Once kita pasang azam dan matlamat. Kita kenalah bersungguh-sungguh untuk focus dan lakar perjalanan nak mencapai azam kita tadi.

Bila tidak bersungguh-sungguh itu bukan azam namanya tapi angan-angan kosong.

Contoh : " tahun ni aku nak bangun solat subuh lebih awal" kalau lelaki "tahun ni aku nak solat subuh berjemaah"

Jadi kenalah sungguh-sungguh bro, dah tahu diri tu liat nak bangun subuh pasang alarm macam nak dodoikan suruh tidur balik buat apa?  

4)  Tidak bersabar

Ha ni paling penting, kena sabar. Relax brader brader relax. Dalam nak capai azam kita, bukan hari ni azam esok terus tercapai dan terus istiqamah. Kalau dapat terus macam tu memang korang superb. 

Kebiasaanya ianya akan mengambil masa, kena mujahadah sikit.
Akhir sekali, seandainya kita berjaya mencapai azam yang kita buat, bersyukurlah kerana tanpa daya dan pertolongan daripada Allah kita tidak akan mampu mencapai matlamat kita.

Tapi seandainya azam kita, usaha yang kita lakukan gagal dan tidak berjaya. Koreksi diri kita dan tanya pada diri, jangan sama sekali kita menyalahkan orang lain apatahlagi sampai menyalahkan Allah.

Bila kita tidak dapat apa yang kita inginkan itu bermakna Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita dan bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Dia jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

apa yang penting usaha, doa dan sangka baik.

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :
(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

Bila kita jadi orang yang sentiasa bersangka baik dengan Allah, maka kita akan jadi orang yang ada hikmah.

bak kata Ustaz Kazim, ada hikmah dalam sesuatu kejadian, anda mampu mengubahnya ^_^