Thursday, 25 October 2012

KAEDAH MEMAHAMI SUNNAH SEBAIK-BAIKNYA


Alhamdulillah..mengimbau kembali apa yang telah dipelajari semester lepas dalam subjek " modern understanding on sunnah". Semester lepas adalah merupakan  semester yang paling berharga bagi ana, sebab semester itu terlalu banyak ilmu berkaitan sunnah,hadith dan biography of Prophet S.A.W yang ana perolehi..alhamdulillah.

 so insyaAllah ana nak kongsikan antara yang ana belaja dalam kuliah modern understanding on sunnah....actually all in english but i try to explain in malay according to what i have learned from my beloved lecturer ' Siti Hajar Sha'ri '...kalau ada yang silap mohon diperbetulkan...sepanjang semester untuk subjek ini, buku yang digunakan adalah buku 'Modern Understanding On Sunnah' by Prof Yusuf Al-Qardhawi.


TERDAPAT 8 KAEDAH/ LANGKAH2 UNTUK KITA MEMAHAMI SUNNAH SEBAIK-BAIKNYA


1) Memahami sunnah menurut perspektif Quran
 - di mana seperti yang kita ketahui apa sahaja yang terdapat di dalam sunnah adalah berdasarkan al-Quran.
 - jadi bila mana kita dapat sesuatu hadith mahupun sunnah yang agak diragui matannya ataupun berbeza dengan apa yang terdapat di dalam al-Quran maka   
   hendaklah kita reject / tolak.
 - sebagai contoh yang diberikan oleh Prof Yusuf al-Qardhawi berkaitan kaedah pertama ini :

 Hadith 'al-Gharaniq' ( idol/ berhala )
- hadith ini mengatakan " itu adalah al-Gharaniq yang tinggi & syafaat daripadanya adalah diharapkan"
- hakikatnya, nas al-Quran menyelar dalam surah an-Najm" 19-23

2) Menghimpunkan hadith-hadith yang berkaitan ke dalam 1 tajuk...

- sebagai contoh bila dapat hadith berkaitan solat dan segala tentang solat maka hendaklah dihimpunkan ke dalam 1 tajuk, jangan dicampur dengan hadith2 yang menerangkan tentang benda lain bagi mengelakkan sebarang misunderstanding of sunnah.
- asingkan...contohnya ok ini hadith yang sangat jelas..letak tepi. ini hadith yang tak jelas..letak tempat lain pulak. ini hadith yang general..ini particularized...

3) membuat penyelarasan( reconciling ) / mentarjih ( preference ) hadith-hadith yang bertentangan
- bila mana terdapat hadith-hadith yang sahih ataupun hassan untuk meneyelesaikan sesuatu masalah ataupun isu..maka hendaklah dibuat penyelarasan terlebih dahulu..it is because different situation have different way to settle down.
- ana bagi satu contoh, bila mana terdapat 2 resepi untuk buat kek, mungkin cara yang pertama kata kena guna bahan itu,ini..yang kedua pula kata bahan itu,ini....so kita tak tahu yang mana satu yang harus kita pilih maka sebaikknya buat penyelarasan yakni penyesuaian..try kedua2 resepi mana yang lebih sesuai. jangan terus mentarjih yakni memilih( sebab bila mana kita memilih salah satu, dikhuatiri yang kita buang itu jauh lebih sesuai dan tepat).
- reconciling is more better than preference

4) memahami hadith melalui sebab berlakunya perkara yang berkaitan dan tujuan hadith
- like nuzul of Quran...setiap apa yang Nabi cakap,buat,diam pasti ada sebabnya..Nabi tak kan buat sesuatu tanpa sebab..
- kaji balik sesuatu hadih mahupun sunnah yang diperolehi dengan melihat apakah sebabnya nabi kata/buat like  that and this.

5) membezakan di antara wasilah/jalan yang dapat berubah dengan tujuan yang tetap bagi sesebuah hadith

- normally, people akan confuse terhadap hadith yang mereka hold bila mereka nak  apply in daily life.
-adakalanya wasilah yang digunakan berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama..
-sebagai contoh terdapat beberapa hadith yang disampaikan mengunakan cara dan jalan yang berbeza tetapi masih menuju kepada 1 matlamat.

6) membezakan di antara  hakikat dengan majat/kiasan bagi memahami sesebuah hadith
- seperti yang kita tahu, bahasa arab adalah bahasa yang penuh dengan kata-kata majat/kiasan yang bukan calang2 orang boleh tafsirkan..lebih-lebih lagi al-Quran..sebab itu adanya sunnah bagi mendetailkan lagi apa yang specific di dalam Quran.
- our beloved s.a.w was the most expressive dalam berbahasa arab and His sayings most inspired.
- sebab tu bahasa arab sangat penting untuk kita faham betul2 sesuatu hadith tersebut.

7) membezakan di antara yang ghaib dengan yang nyata
-sunnah juga juga menerangkan tentang apa yang kita nampak and the visible.
-semua benda ni Allah dah terangkan dalam Quran dan sunnah has expended upon and detailed what is summary i n the Quran.

8) penelitian kepada makna lafaz hadith
- sekali lagi dalam pemahaman hadith..pemahaman terhadap makna hadith itu sangat penting.kena tahu apa yang tersirat dan tersurat.



InsyaAllah semoga kita semua dapat applykan semua step ini mengikut urutan..no choices..semua kena buat..bagi mengelakkan sebarang salah faham terhadap memahami sunnah dan hadith....insyaAllah....( pesanan untuk diri sendiri juga )

4 comments:

  1. assalamualaikum. boleh tak pinjam buku Modern Understanding On Sunnah' by Prof Yusuf Al-Qardhawi. tu. ni no fon saya 017-4041347.. kena buat asignment.. atau cik boleh cadangkan kat mana boleh saya dapatkan buku tu? terima kasih

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam...insya Allah mungkin awak boleh cari buku ni di mana2 kedai2 yang jual kitab2 hadith...ataupun boleh juga try cari dekat library uia..

    kalau nak saya juga boleh bagi manual book yang saya gunakan ini...
    dan buku ni juga awak boleh baca secara online...insya Allah ..
    ana cuba cari semula link online tersebut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak-banyak... saya ada ambil sikit ayat dari blog cik.. mohon halalkan ye...

      Delete
  3. sama2...silakan...semoga bermanfaat.

    ReplyDelete