" Implikasikanlah ilmu yang ada pada diri. Bukan sekadar mempelajarinya semata-mata. Jadilah resmi padi, makin berisi makin menunduk. jangan seperti lalang. "
Thursday, 25 October 2012
MUSLIMAH & KERJAYA
Pesan Nabi SAW pada Ali RA semasa perkahwinan mereka " Sebaik-baiknya biarlah Fatimah RA menguruskan kerja di dalam rumah dan Ali RA
menguruskan urusan-urusan di luar rumah. Mengikut seorang ustaz Isteri boleh membantu suaminya mencari rezeki dengan cara
1. Solat isyraq/Dhuha
2. Baca Al Quran
3. Solah di awal waktu
4. Zikir
Dengan amalan isteri di rumah akan mendatangkan keberkatan pada pekerjaan suami. Rezeki yang berkat bukan rezeki yang banyak atau sedikit tapi rezeki yang berkat ialah dengan rezeki itu bertambah ketaatan kita kepada Allah SWT. Mahul agama (suasana agama) di zaman Nabi SAW adalah yang terbaik dan diiktiraf oleh Allah SWT. "standard" ini tak kan berubah. Yang berubah ialah manusia.
sumber : halaqah.net
Ya Allah ...semoga kelak diriku mampu menjadi isteri yang solehah yang sentiasa mengharapkan redhaMU melalui redha suamiku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment