Antara beberapa sunnah & perlaksanaan brkaitan eidil adha yg masih sempat diamalkan
1. Memperbanyakkan takbir
2. Makan setelah selesai solat sunat eid.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan
sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat
kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan
wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap
sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit
daripada para sahabat Nabi SAW.
b-Imam membaca pada rakaat yang
pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah
berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat
pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan
hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.
c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan
menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu
larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath
al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak
dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia
dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
3. Keluar dengan
berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan
daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat
solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan
berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir:
“Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah
lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi
sesiapa yang berkenderaan.”
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
4. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para
wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam
sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar
nasihat (khutbah).
Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh
oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya
al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita
haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat
sembahyang.”
sumber : facebook ustaz zahazan
b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.
c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
3. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
4. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).
Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
No comments:
Post a Comment