Wednesday, 24 October 2012

MELABUHKAN TIRAINYA ( BAHAGIAN 2 )


Alhamdulillah....seperti yang dijanjikan....banyak nasihat2 yang sempat diberikan oleh lecturer tercinta sebelum berpisah seketika.....terima kasih murabbi ku....^__^

antara pesanan Miss Siti Hajar " pliz prepare early for exam, jangan nanti masuk dewan semua mata jadi mata panda" hehe...betul lah tu..kan kebiasaan daripada kita, tomorrow exam, malam tu pulun habis semua chapter...hebat2 ( ana pun sama ..huhu ). Namun alhamdulillah bermula semester 2 ana dah mula sedar akan kepentingan buat persediaan Allah..dan result pun memberansangkan alhamdulillah..syukran miss...:)

"minum air masak banyak2" "makan makanan berkhasiat" dan the most important " ask du'a from your parents " - miss Siti Hajar.

 na'am ..doa ibu ayah adalah antara doa yang sangat2 makbul...mintalah restu mereka, pandang wajah mereka, cium pipi mereka....InsyaAllah success will be with you till jannah.

kepada sahabat2 yang tak dapat pulang (termasuk ana ) namun itu bukan alasan untuk kita tak menghubungi dan meinta restu mereka...capailah telefon anda, luangkanlah masa selalu bersama mereka, mohon ampun pada mereka, minta mereka doakan agar segalanya dipermudahkan.

" segala masalah tolong simpan dalam laci.kunci..nanti lepas exam baru bukak" tersenyum ku mendengar nasihat lecturer ku ini...^_^ kata miss, pabila masalah datang, jangan marah, jangan mengeluh...relax, istighfar banyak2..selesaikan 1 per satu.dan senyumlah di saat masalah datang menghampirimu. seperti firman Allah dalam surah ar-rad : 11 bahawa Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuannya....so...tenanglah wahai diri. as-sobru minal iman...innallaha ma'assobirin.

Alhamdulillah banyak lagi sebenarnya nasihat yang beliau berikan..entah kenapa, setiap kata2 yang keluar daripada mulut Miss Siti Hajar Shaari akan terpahat di hati ini from semester 1 until today. Setiap nasihat dan ucapannya mampu membuat air mata ini mengalir . Bukan kerana marah atau sedih..namun kerana terharu dengan keprihatinannya dan kerana ku sangat menyayanginya...setiap kata2nya sangat berharga buatku. Teringatku masa semester 1 di mana ana masuk ke kelas pertamanya juga kelas pertama ana belajar apa itu hadith... sepanjang kelas beliau air mata ini mengalir tanda syukur, hati ini berdoa penuh harapan agar Allah biarkan ku terus berada di kelas beliau...seronok sangat2....kerana beliau juga ana mula mencintai Rasulullah s.a.w..terima kasih Miss....semoga Allah sentiasa merahmati kehidupanmu.semoga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat....


sekian sedikit perkongsian buat tatapan diri dan sahabat2....pesan ana " hormatilah sesiapa pun yang memberi ilmu kepadamu, doakan mereka selalu"....ma'as salamah wa ilal liqa'

No comments:

Post a Comment