Bismillah alhamdulillah
Assalamualaikum w.b.t alhamdulillah kini saya telah mempunyai 3 Pages Rasmi Perniagaan yang saya handle sendiri.
pages " KHAS BUATMU MUSLIMAH " merupakan pages yang pertama saya tubuhkan pada bulan mei 2011 di mana pada saat itu bermodalkan rm300+ dengan produk pertama yang saya jual iaitu TSHIRT MUSLIMAH dan MUTIARA SABAH
alhamdulillah dah hampir 3 tahun ianya beroperasi dan kini sudahpun mempunyai lebih 20+ item yang dijual secara online dan offline.
melalui perniagaan inilah Allah kurniakan saya rezeki bagi menampung segala perbelanjaan dan kos sara hidup pengajian saya sepanjang di bumi semenanjung.
-----------------------------------------------------------------------------
Kemudian setelah menamatkan pengajian pada november tahun lepas, tertubuhnya lagi satu perniagaan baru yang juga kini mempunyai pages khususnya sendiri iaitu " PEMBEKAL KEROPOK AMPLANG, KUIH CINCIN DAN RUMPAI LAUT ASLI SABAH"
alhamdulillah ini juga mendapat sambutan yang sangat memberansangkan terutamanya daripada masyarakat yang duduk di belah semenanjung.
---------------------------------------------------------------------------------
Pages jualan terkini yang baru beroperasi 3 hari di mana menyediakan pelbagai koleksi bahan bacaan berbentuk ilmiah dan motivasi, alhamdulillah dengan ilham daripada nama sendiri.
tertubuhnya pages jualan buku online yang telah lama saya idamkan iaitu " GALERI TARBIYAH NUUR"
harapan dan niat saya cuma satu sudah pasti LILLAHITA'ALA, ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w sekaligus untuk membantu orang lain, memenuhi keperluan mereka dan meningkatkan ekonomi orang Islam
insyaAllah.
saya masih mempunyai beberapa impian berkaitan perniagaan antaranya JUBAH MUSLIM ONLINE...huhu tapi saya hold dahulu sehinggalah kelak saya berumah tangga, ini kerana saya lebih selesa berurusan dan bermuamalat sesama muslimah sahaja.
walaupun kadang-kadang saya menerima panggilan dan tempahan daripada para muslimin. Sangatlah saya berharap kelak saya punya seorang suami yang juga suka dan minat berniaga, jadi boleh lah dia yang menguruskan urusan muamalat dengan customer muslimin. ^_^
-----------------------------------------------------------------------------
perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam
- Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
- Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi
- Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
- Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
- Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
- Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
- Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.
Dan sesungguhnya perniagaan yang paling menguntungkan adalah perniagaan dengan Allah, yakni bertaqwa kepada Allah.
Seorang Sahabat bertanya Nabi s.a.w tentang perniagaan yang paling baik, Lalu turun ayat:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”. (As-Shaff; 10-11)
" Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, (agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karuniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri." ( surah al-fathir ayat 29 )
Penjelasan: Pada dua ayat di atas, Allah menerangkan tiga perniagaan yang tidak akan merugi apabila dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, iaitu: Membaca kitabullah Mendirikan solat, Menafkahkan sebahagian rezki yang diberikan Allah baik secara rahsia mahupun terang-terangan. Ketiga hal ini disebut perniagaan oleh Allah, kerana apabila kita melakukannya seakan-akan kita berniaga dengan Allah dengan modal ketiga hal tersebut dan Allah berjanji akan memberikan keuntungan yang besar. Keuntungan tersebut diwujudkan dengan menyempurnakan pahalanya, satu berpahala sepuluh, atau berpahala tujuh ratus atau bahkan keuntungan itu dilipat gandakan hingga tak dapat dihitung nilainya. Di samping pahala yang sempurna, juga akan ditambah dengan karunia yang lain yang tidak terbayang sebelumnya. SubhanaAllah...
----------------------------------------------------------------------
insya Allah nanti saya akan kongsikan beberapa TIPS buat mereka yang ingin berniaga dan ingin tahu cara marketing yang terbaik.Nantikan entry seterusnya akan datang ^_^
beberapa hari ni mood saya asyik fikir pasal kahwin...-_- saya tak tahu kenapa.
mana-mana saya scroll di facebook juga penuh post pasal jodoh, pernikahan dan baby-baby yang comel.
sampai saya duk design baju pengantin buat saya dan calon suami kelak.
sehinggalah mak tegur " ai anak mak, dah ada calon ka?"
hehe saya tersengih seketika...huhu calon takdak lagi la mak..entah tetiba nak design, persediaan awal..eheh
kerana saya punya impian, set pakaian pengantin saya dan suami kelak adalah hasil jahitan tangan saya sendiri.insyaAllah
sungguh saya masih menjaga hati, dan akan terus berusaha menjaga hati, ubat semua ni adalah tahajud dan solat hajat tiap malam saya, semoga dikurniakan jodoh yang terbaik bila sampai waktunya...amiin Allahumma amiin...
sebelum cari 'jodoh' carilah cinta Allah..kerana 'jodoh' yang baik itu hanya datang dari Allah ^_^
kepada semua pembaca, jangan pernah risau tentang jodoh, sibukkanlah dirimu dengan mempersiapkan diri menjadi wanita/ lelaki yang hebat ilmu dan akhlaknya. Penantian itu satu ujian, dan biarlah penantian kita akan Allah akhirkan dengan mempertemukan kita jodoh yang terbaik di sisiNYA.( alahai kan dah melalut pasal jodoh kat post peniagaan ni)
jazakumullahu khair kepada semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya.
semoga Allah mengurniakan rezeki yang berkat kepada semua peniaga muslim dan semoga Allah redha. ^_^
No comments:
Post a Comment