Bismillah...alhamdulillah..
Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.
Segala puji bagi Allah atas segala yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat iman dan Islam.
Mohonlah kepada Allah tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman, dan dimasukkan dalam syurgaNYA dengan iman.
selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad
Sedang saya 'berjalan-jalan' di newsfeed facebook, tersenyum saya dan tanpa saya sedari mengalir titisan jernih melihat sebuah gambar yang mengingatkan saya akan akhlak Rasulullah s.a.w
gambar akhi Hilal Asyraf yang sedang membuat urusan kerjanya di komputer ditemani bidadari kecilnya Raihanah yang sedang duduk di atas bahu beliau dengan penuh keceriaan ^_^
SubhanaAllah akhlak itu cukup indah bagi saya, sebab saya melihat pada hari ini ramai dalam kalangan ayah mahupun ibu yang 'membuang' anak-anak mereka tatkala mereka hanya sibuk dengan urusan kerja.
Kebiasaanya apabila si anak amanah Allah itu datang menghampiri tatkala mereka sedang menyelesaikan urusan kerja, pasti akan dimarahi, diarahkan bermain jauh-jauh, diberikan barang dan mainan lain agar mereka tidak diganggu. Jarang yang mahu menghargai dan meraikan kehadiran 'anak'.
itulah tanda-tanda hati yang sudah mulai mencintai dan mengutamakan dunia daripada akhirat.na'uzubillah
Teringat saya akan kata-kata ustaz Don dalam ceramahnya, " kalau hari ini kita abaikan anak-anak kita, siap sedialah kerana kita juga akan diabaikan kelak"
kata beliau lagi " kerja kita itu hanya untuk menyempurnakan tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, namun kerja kita yang sebenar-benarnya adalah dirumah" memberi kehidupan dan ilmu kepada keluarga.
dalam satu riwayat : Rasullah s.a.w tatkala cucu baginda bermain di atas belakang badan baginda ketika sujud, baginda hanya diam dan membiarkan mereka bermain. SubhanaAllah
KITA?
para ibu bapa dan semua yang insyaAllah kelak akan juga bergelar ibu dan ayah,
Jadilah ibu bapa yang taat kepada Perintah Allah,
Jadilah ibu bapa yang mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w,
Jadilah ibu bapa yang hatinya penuh rasa tanggungjawab,
Jadilah ibu bapa yang mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama,
Jadilah ibu bapa yang mampu menjadi 'sahabat' buat anak-anak.
Sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah mereka telah memeliharanya atau mensia-siakannya.”
(Riwayat Ibnu Hibban)
Bagi yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak, tentu banyak pengalaman dengan anak-anak bukan? saya masih belum berpeluang merasainya, namun kehadiran adik bongsu yang jaraknya dengan saya seperti ibu dan anak membuat saya banyak belajar untuk menjadi seorang ibu kelak apalagi hubungan kami sangat rapat.
dalam keadaan apa sekalipun, asyik diajaknya kita untuk bermain, kadang-kadang tengah-tengah malam saya diajaknya bermain. Memang seronok bermain dengan anak-anak kecil, melihatnya tertawa sudah cukup membahagiakan hati kita walaupun dalam keadaan kita penat sekalipun.
pernah suatu ketika saya terlalu sibuk dengan urusan dunia, sehingga pada ketika itu saya mengabaikan layanan saya kepada adinda tercinta. Tatkala dia meminta untuk saya membawanya bermain, saya kata " nantilah, akak sibuk ni" tiba-tiba dia ambil buku saya lalu dicontengnya setiap muka surat dan kemudian menunjukkan kepada saya.
Allah terkejut saya, hampir amarah menguasai diri, lalu cepat-cepat saya isghfar dan memohon ampun kepada Allah lantas memeluk dan memohon maaf kepadanya. Terus saya tinggalkan semua kerja saya untuk focus kepada permintaanya. Semenjak daripada itu juga saya lebih menghargainya.
Allah terkejut saya, hampir amarah menguasai diri, lalu cepat-cepat saya isghfar dan memohon ampun kepada Allah lantas memeluk dan memohon maaf kepadanya. Terus saya tinggalkan semua kerja saya untuk focus kepada permintaanya. Semenjak daripada itu juga saya lebih menghargainya.
setiap hari waktu malam adalah waktu saya menghabiskan masa duduk dihadapan laptop sambil melayan customer dan menyelesaikan segala urusan saya. Pada masa itulah adinda bongsu saya itu akan meminta untuk baring di tangan saya dan mendodoikannya, maka dengan sebelah tangan itulah saya gunakan untuk menaip keyboard, sekejap-sekejap membalas whatsapp customer, menulis dan sebagainya sambil dia tidur atas tangan saya.:') sungguh pada ketika itu saya boleh sahaja memberinya bantal, mengarahkannya pergi cari orang lain kerana saya sibuk. Tapi kerana saya cuba memandang ianya menggunakan mata hati bahawa itu adalah satu peluang yang tidak ternilai untuk saya pelajari dan hargai kerana kelak saya juga akan menjadi seorang ibu insyaAllah. Maka saya meraikan keadaan tersebut dengan penuh kesyukuran.
didiklah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang semata-mata kerana Allah...
Bayangkan...
Alangkah baiknya kalau anak tersebut menjadi manusia yang berguna dan taat kepada Allah, dia akan menjadi harta yang sangat tidak ternilai berbandingkan dengan harta dunia yang lain, kerana anak yang soleh akan membantu ibu bapanya untuk masuk ke syurga Allah.
sahabat-sahabat ..jom kita contohi Rasulullah...
Sabda Raslullah s.a.w :
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
"Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku." (HR. Tirmizi)
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى
"Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku." (HR. Tirmizi)
maka dengan itu saya didik diri saya hari ini untuk siapkan ilmu sebanyak mungkin berkaitan rumahtangga, supaya kelak saya mampu menjadi isteri dan seorang ibu yang hebat buat anak-anak saya. Sungguh saya punya cita-cita, untuk melahirkan zuriat yang akan menjadi mujahidin dan mujahidah yang hebat ilmu dan akhlaknya, maka saya terlebih dahulu harus menjadi muslimah yang hebat. Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment