Sunday 3 February 2013

AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA

Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma salli a'la Muhammad ...alhamdulillah...




hari ini ana terbaca satu perkongsian ilmu daripada seorang akak ....semoga menjadi renungan buat kita bersama..insya Allah...

Kriteria iblis adalah, "aku lebih baik daripadanya". Manakala peribadi dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa bertambah ketakutan serta tawaduknya kepada Allah dan bertambah kasih sayang serta berlemah lembut terhadap makhluk.

Bilamana bertambahnya manusia itu akan kesolehannya, samada dari jalan belajar atau beribadat. dengan belajar seperti membaca atau memahami masalah. atau dengan beribadat seperti bersolat malam dan berpuasa. Bukti kejujuran amalannya itu bukan sahaja pada penampilannya tapi jelas pada akhlaknya serta pergaulannya.

Dan bukti tidak jujur amalannya itu adalah tidak kelihatan pada akhlaknya bahkan yang jelas adalah sebaliknya. Setiap kali dia banyak melakukan ibadah, setiap kali itu jugalah banyak kepura-puraannya. Moga Allah beri petunjuk pada insan sebegini.

Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah bertambah kerut wajahnya.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia membataskan dirinya dari beberapa kelompok manusia.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah banyaknya dia menghina kelompok-kelompok masyarakat.
Setiap kali banyaknya dia berkomitmen dalam agama, setiap kali itulah dia bertambah kasar sesama keluarga terdekat yang kurang mentaati agama.

Dari mana datang semua benda ini?
Bukanlah sebegini keadaan orang yang berkomitmen dalam agama. sebabnya tiada pertalian diantara cara ibadat yang dia lakukan atau cara ahli ilmu dengan hakikat yang sebenarnya iaitu pertalian hati dengan Allah s.w.t.

jadi, kita semua memerlukan pergaulan bersama orang-orang soleh, agar hati dapat melihat kepada kejujuran hati ini. agar dapat muhasabah diri ini dengan penuh kejujuran.

wahai mereka yang telah Allah muliakan dengan selalu berulang alik ke masjid, apakah hasil yang kamu dapat darinya? apakah pandangan kamu terhadap orang diluar masjid?

Kamu akan dapati di jalanan pemuda-pemuda dengan kelakuan yang buruk. Yang ini dengan kelakuannya meninggikan suara mengganggu orang di sekelilingnya dan tidak ambil peduli dengan suara-suara yang menegurnya. Bagaimanakah kamu akan melihatnya?

Adakah kamu akan melihatnya dengan pandangan belas kasihan serta kasih sayang? Apabila kamu melalui mereka, senyumlah kepada mereka dan ucaplah "Assalamualaikum w.b.t....". Kamu teruskan perjalanan dengan tenang. Terkesan dihati mereka untuk mengikuti apa yang kamu lakukan itu.

Setelahmana kamu keluar dari kelas agama, kamu terasa diri penuh dengan kesolehan. Kamu banyak mentelaah kitab, bersolat jemaah. Kemudian kamu keluar dan dapati mereka-mereka itu dan mengatakan "aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam".

"Aku berlindung dengan Allah? ayat apakah ini?". Kamu melihat mereka dengan pandangan kehinaan. Cara begini bukannya cara berlindung dari maksiat. Bukanlah sebegini cara menjauhinya. Bukanlah cara ini.

Berbeza diantara ilmu yang diajari oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan ilmu yang diajari oleh Iblis. Ada kisah menyebut: Ada seorang penuntut ilmu keraguan samaada untuk memasuki kelas ini atau kelas itu kerana dia melihat pengajian ilmu yang berbeza. Satu kelas mengajar al-quran dan satu kelas lagi mengajar hadis.

Lantas dia pergi kepada seorang yang soleh untuk membuat pilihan dan orang soleh itu berkata, "aku akan bawa kamu pergi kedua-dua kelas ini". Mereka berdua masuk ke kumpulan pertama dan berdiri. Orang soleh ini membuat demikian kerana untuk mengetahui kelas mana yang harus dia ikuti.

mereka berdua berdiri dalam kelas yang pertama ketika syeikh sedang mengajar. ketika mana syeikh itu melihat mereka berdua sedang berdiri, syeikh itu berkata "Duduk! kenapa kamu berdiri?".

Orang soleh itu berkata, "aku taknak duduk dalam kelas kamu ini". Syeikh berkata, "kenapa kamu taknak duduk?". Orang soleh ini menjawab, "dalam hati aku ada tidak puas hati dengan kamu". Syeikh itupun menjawab, "dan aku sangat-sangat tidak puas hati dengan kamu. Keluar syaitan, jangan kamu merosakkan kelas ini.".

Pemuda yang mengikuti orang soleh itu berkata, "jom kita keluar sebelum kena pukul". Kemudian mereka pergi ke kumpulan kelas yang kedua. Juga dalam keadaan berdiri seperti dalam kelas kumpulan pertama.

ketika dalam kelas, syeikh terpandang mereka dan berkata "mengapa kamu berdua tidak duduk?".

Kamu lihat perbezaan antara kedua-dua kisah ini? Syeikh dalam kelas pertama berkata, "duduk!". sedangkan syeikh dalam kelas kedua bertanya, "mengapa kamu tidak duduk?".

Pemuda soleh itu berkata, "aku tidak mahu duduk dalam kelas kamu ini". Syeikh itu bertanya lagi, "kenapa?". Pemuda soleh itu menjawab, "aku tidak puas hati dengan kamu".

Lantas syeikh itu menutup wajahnya lalu menangis dan berkata, "sesungguhnya bagi Allah sahaja kami kembali, aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepadaNya. Mungkin Allah telah membuka kepada kamu keaiban aku yang telah disembunyikan. Aku memohon pengampunan Allah dan bertaubat kepadaNya". dan syeikh itu terus menangis.

Orang soleh itu menoleh kepada pemuda yang mengikutinya tado dan bertanya kepadanya, "sekarang macam mana, kelas mana yang mahu kamu duduk? disini atau disana?".

kriteria orang yang soleh itu jelas kelihatan pada akhlaknya yang soleh. Jika kamu merasai perlu membuat pemilihan iaitu orang ini kata mereka dalam kebenaran dan orang ini pula kata mereka dalam kebenaran. Lihatlah kepada akhlak mereka.

Dimana adanya akhlak yang mulia, tandanya di situ adanya agama.
Dimana adanya akhlak yang mulia, tadanya di situ ada ilmu.
Sekiranya tiada disitu akhlak mulia, maka tiada juga disitu agama dan ilmu.
Tidak mungkin dengan agama itu tanpa ada akhlak yang mulia.
Tidak mungkin dengan bersifat kesolehan itu dengan tiada akhlak yang mulia.

Maka setiap yang berilmu dan yang beragama, jika tidak terzahir padanya akhlak yang mulia. maka disitu ada kecacatan pada orang yang berilmu dan beragama. inilah kriterianya. Jangan kita terfikir memandang kepada orang lain. Pandang kepada diri kita untuk memperbaiki diri diantara kita dengan Allah s.w.t.

Wallahua'lam...
Resepi Cinta Usrah ♥

No comments:

Post a Comment