Tuesday 1 January 2013

RABI'AH BIN KA'AB





Assalamualaikum...alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan peluang sehingga ke hari ini 1/1/2013, untuk terus bernafas di muka bumi Allah . Marilah kita tingkatkan amal ibadat kita, muhasabah diri sepanjang apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2012. Semoga tahun ini akan jauh lebih banyak amalan soleh yang kita lakukan. Insya Allah..

subhanaAllah...hati ini sahaja seusai bangun daripada tidur, membersihkan diri dan menunaikan solat.Allah menggerakkan hati untuk menunaikan amanah terhadap beberapa buah buku yang telah lama ana miliki namun masih belum ana terokai isi kandungannya....

buku pilhan hari ini adalah majalah GEN-Q dengan tema TUJUAN HIDUP. dan bacaan yang ingin ana kongsikan adalah kisah RABI'AH BIN KA'AB. kenapa ana pilih kisah ini? sebab pada saat ana baca kisah ini lah air mata ana menitis...malu kepada Allah dan Rasulullah....KENAPA? APA ADA PADA RABI'AH BIN KA'AB? SIAPA DIA?

RABI'AH BIN KA'AB adalahseorang sahabat yang mencurahkan seluruh perhatiannya untuk beribadat agar dapat menemani Rasulullah s.a.w di dalam syurga sepertimana beliau berkhidmat dan menemani Baginda di dunia...SubhanaAllah...

Rabiah bin ka'ab menceritakan kisahnya " Ketika cahaya Islam menembusi jiqa dan nilai-nilai ajaran Islammengisi seluruh hatiku, aku masih muda. Dan ketika mataku menatap Rasulullah untuk kali pertama, aku terus mencintainya dengan kecintaan yang merasuk ke dalam seluruh sendi tubuhku. Aku begitu menyukainya sehingga ingatanku selalu tertumpu kepadanya".

kerana ingin sentiasa berada di sisi Rasulullah..Rabi'ah menawarkan dirinya untuk menjadi hamba kepada Rasulullah. Baginda tidak mengecewakan Rabi'ah dan bersedia untuk menerima Rabi'ah sebagai hamba. Sejak hari itu Rabi'ah selalu berada di samping Rasulullah, ke mana sahaja Baginda pergi, Rabi'ah sentiasa mengikutinya.


Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah membalas kebaikan orang lain dengan kebaikan yang lebih besar. Baginda berkata kepada Rabi'ah " Mintalah apa-apa sahaja daripadaku , aku pasti akan mengabulkannnya" Rabiah meminta agar diberikan masa u tuk dia berfikir. Rasulullah membenarkannya.

Untuk pengetahuan, Rabi'ah seorang yang sangat miskin, Rabiah hanya tinggal di serambi masjid iaitu tempat tinggal kaum muslimin yang tidak mempunyai kediaman.

Apabila Rasulullah mengajukan tawaran tersebut, terlintas di fikiran beliau untuk meminta beberapa perkara yang bersifat keduniaan seperti memiliki sedikit harta, berkahwin dan mempunyai anak, namun beliau menganggap semua itu nikmat dunia yang bakal binasa. Memandangkan Rasulullah mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah, Rabi'ah meminta agar Baginda memohn daripada Allah kebaikan akhirat baginya,,,,( Allahu Akbar)

Setibanya di hadapan Rasulullah, Baginda pantas bertanya " apa permintaanmu wahai Rabi'ah?"

Rabi'ah menjawab " Wahai Rasulullah, saya meminta tuan memohon kepada Allah agar saya dapat menemani tuan di syurga " ( pada saat inilah air mata ana mengalir. beruntungnya beliau...:'( )

Rasulullah kagum dengan permintaan Rabi'ah, namun Baginda terdiam lama sehinggalah baginda bertanya lagi " adakah kamu tidak mahu meminta yang lain?"

Rabi'ah menjawab " Tidak wahai Rasululullah. Saya tidak akan mengubah permintaan saya itu."

Rasulullah pun memberikan panduan ini " Kalau begitu bantulah saya dalam memohonnya dengan cara kamu banyak bersujud ( iaitu memperbanyakkan solat )."

Dari situlah Rabi'ah mula giat menjalankan ibadat agar dapat menemani Rasulullah di syurga sebagaimana dia beruntung dapat berkhidmat kepada baginda dan menemaninya di dunia.

Rasululullah juga turut membalas kebaikan Rabi'ah dengan menjodohkannya dengan seorang wanita yang dipilih sendiri oleh baginda. Rabi'ah sangat gembira kerana keluarga wanita tersebut sangat baik kepadanya. Rasulullah juga mengarahkan seorang tokoh yang berpengaruh iaitu Buraidah bin Al-Husaib agar meminta kaumnya mengumpulkan emas seberat biji kurma untuk dijadikan mahar serta seekor kambing yang gemuk untuk walimah. Bukan itu sahaja, Rasulullah turut menyumbangkan gandum untuk walimah Rabi'ah. Setelah bernikah, Rasulullah menghadiahkan  pula sebidang tanah kepada Rabi'ah.


p/s : begitulah kisah Rabi'ah Bin Ka'ab yang sangat mencintai Rasulullah sehingga meminta untuk bersama baginda di syurga..:')

No comments:

Post a Comment