Thursday 25 October 2012

PUASA SUNAT HARI ARAFAH


Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).


Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).




Berkenaan niat puasa hari Arafah ini, cukup sekadar berniat puasa sunat secara mutlak iaitu “sahaja aku puasa sunat” tanpa menentukan (ta’yin) jenis2 puasa itu (spt puasa sunat Arafah).. tetapi menurut Imam Nawawi rahimahullah, sewajarnya kena menentukan jenis2 puasa sunat itu, sama juga mcm solat sunat, kena tentukan solat sunat ba’diyyah (selepas solat fardhu) berbanding solat sunat lain (spt solat sunat hajat dsb).
Jadi, takde masalah nak niat “puasa sunat” saja, atau niat “puasa sunat Arafah”.. nak lafaz niat pun takpe, tak nak lafaz niat pun takde masalah.. yg penting, ada lintasan niat di hati (nak puasa sunat) sbb niat itu adalah perbuatan hati.. tujuan membaca niat di mulut adalah supaya niat tu dapat hadir ke hati (kira mcm niat solat jugak la.. sebut usolli2 tu belum kira niat lagi.. bila dah angkat takbir dan ada lintasan hati nak solat fardhu sekian2, maka itu baru dikatakan niat)

SELAMAT BERPUASA SEMUA..SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAT KITA.^_^

No comments:

Post a Comment