Sunday 28 October 2012

UJIAN VS EXAM


Alhamdulillah hari ni nak cakap pasal exam lagi memandangkan esok dah bermulanya paper pertama dan kedua iaitu Science of Da'wah & Arabic..

kadangkala ujian itu datang tanpa kita duga..kadang-kadang ia datang tatkala hati tengah gembira, kadang-kadang ianya datang tatkala fikiran tengah bercelaru....Namun jika kita sedar akan hikmah disebalik ujian itu, kita tak akan pernah mengeluh.....

Alhamdulillah semakin dekat hari yang dinantikan semakin banyak ujian yang Allah berikan, semakin dekat exam semakin tu jugak cubaan datang menghampiri...air mata berderai tanpa henti..

Namun kini ku cuba untuk bangun...ku cuba untuk tolak segala masalah itu ke tepi dahulu...ku simpan dalam laci elok2...ku kunci dan ku mangga...bukan lari daripada masalah...tapi nak focus kepada salah satu amanah yang Allah berikan serta harapan ayah dan bonda iaitu sebagai seorang pelajar...maka akan ku cuba focus pada setiap exam..




Senyum antara ubat paling mujarab tatkala masalah tiba. Sambutlah' mereka' dengan senyuman...wahai masalah2 ku...duduklah elok2 dalam laci yang kuberikan ye...insyaAllah akan ku kembali kepadamu dan menyelesaikanmu satu persatu...

" ...Allah tak kan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri..."
    ( ar-rad :11)

"sesungguhnya disebalik kesulitan ada kemudahan dan kesenangan" ( as-syarh : 5-6)



No comments:

Post a Comment