Monday 18 March 2013

ANAK-ANAK DIDIKKU



Bismillahirrahmanirrahim..Allahumma salli a'la Muhammad..
.hari ni merupakan hari bermulanya ujian pertama untuk anak-anak didik ana.......
Alhamdulillah...selesai 3 paper untuk anak-anak didik ana hari ini....
bila melihat mereka....ana tersenyum sendiri...teringat zaman kanak-kanak dahulu..^_^
pelbagai karenah mereka ketika menjawab soalan..

untuk paper pertama iaitu TAJWID, ana ditugaskan untuk menjaga murid TAHUN 6.
Alhamdulillah tahun 6 xsusah nak jaga..semua dengar arahan dengan baik..
bila dah siap, ada yang tido, ada yang bermain sorang2 menggunakan alat tulis dan sebagainya...tp still dalam keadaan terkawal...

untuk paper seterusnya FIQH, ana kena jaga murid TAHUN 5 pulak..
alhamdulillah masih xjauh beza dengan murid tahun 6..

ha last paper pulak iaitu AKHLAK..ana ditugaskan untuk masuk kelas TAHUN 2..
subhanaAllah comel2 belaka...bila kita masuk dengan wajah ceria, mereka juga turut ceria...
untuk TAHUN 2, disebabkan ada beberapa yang tak reti baca jawi..ana kena explain 1 persatu soalan serta pilihan jawapan di hadapan mereka..
sambil menjawab macam2 sahaja yang mereka tanya..dan pertanyaan itu sentiasa membuat diri ini tersenyum dan menjawab penuh sabar

" ustazah apa mana menuntut ilmu?"
"ustazah apa tu menghayati"
"ustazah apa tu mendalami"
"ustazah apa tu taqwa"
"ustazah apa tu iktibar"
"ustazah apa tu ganjaran"
"ustazah apa tu kemurkaan Allah"

dan banyak lagi.......walaubagaimanapun ana seronok bersama mereka semua..

#semoga kalian semua berjaya anak2ku sayang....♥

No comments:

Post a Comment