Sunday 31 March 2013

BERSYUKURLAH


Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum....Alhamdulillah...Allahumma salli a'la Muhammad

Apa khabar sahabat2 yang dikasihi dan dirahmati ALLAH? apa khabar dengan iman kita?
jom sama-sama kita bersyukur atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita sehingga ke hari ini..
semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

Alhamdulillah..diberi keizinan oleh Allah untuk bersarapan rohani pagi ini bersama rancangan 'motivasi pagi' dengan topik 'Terima kasih Allah'

Insya Allah ana akan kongsikan dan huraikan apa yang ana perolehi daripada rancangan ilmu tersebut. Walaupun hanya sempat duduk tengok di saat2 akhir...hanya sempat dengar sedikit sahaja..namun insya Allah ana cuba untuk huraikan apa yang ana perolehi dan faham.

seperti yang tersenarai di atas...ada 5 cabang nikmat dalam kehidupan kita.

di mana yang pertama iaitu NIKMAT ASASI atau kita kata sebagai nikmat semulajadi.
di mana ini nikmat yang ada pada diri kita secara semulajadi yang biasanya kita tak pernah sedari...
contohnya nikmat bernafas, bila mana hidung kita mengalami selesma baru sedar bahawa rupa2nya hidung ni nikmat..
bila sakit pinggang, baru sedar rupanya pinggang ini juga nikmat


yang kedua NIKMAT BADANIYYAH atau nikmat fizikal. yakni nikmat tubuh badan yang Allah berikan kepada kita..yang sering kita lupa untuk syukuri...

yang ketiga NIKMAT 'AKLIYAH yakni nikmat mental kita. nikmat aqal...masih mampu berfikir dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk...

seterusnya NIKMAT QALBIYYAH yakni nikmat emosi
iaitu sifat sabar,tabah, tenang dan segala emosi2 itu satu nikmat sebenarnya..yang patut kita syukuri..kerana tidak semua orang mempunyai emosi yang baik...t

akhir sekali NIKMAT IMAN di mana tanpa kita punya iman, maka mana mungkin kita mampu memiliki serta mensyukuri 4 lagi nikmat yang lain...


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dan sekarang bagaimana pula cara nak dapatkan nikmat ? 


CARA NAK DAPATKAN NIKMAT :

1) usaha - nak dapat nikmat iman, kenalah selalu tingkatkan keimanan, dengan menghadiri majlis2 ilmu, bersahabat dengan sahabat yang soleh ..nak dapatkan nikmat fizikal? kenalah jaga kesihatan, jaga pemakanan ..seperti firman Allah di bawah :

" bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan"

( al-baqarah : 134 )

2) syukur - bila dah usaha, bersyukurlah kerana Allah suka akan hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

"Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." (as'saba' : 13 )

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (ibrahim : 7 )

3) banyakkan berdoa - setelah kita berusaha, kita bersyukur..maka berdoalah selalu agar Allah sentiasa memberikan kelima2 nikmat di atas kepada kita.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. "( ghafir :60 )

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------


CIRI-CIRI ORANG YANG TIDAK BERSYUKUR

1) menafikan kebaikan orang lain
cth : 'awk ni xpernah tolong sy' 'abg ni xpernah lansung nak hargai sy'

adakah selama berkawan, selama bernikah lansung tiada kebaikan pd dirinya??

2) suka membanding

cth : 'tgk org sebelah tu..macam2 ada....kahwin dengan awk apa dapat?'

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam kita berdoa adakalanya Allah bg dalam 3 bentuk keadaan....^_^

1) dapat sebijik dengan apa yang kita minta

cth : setiap hari kita berdoa agar dikurniakan kesihatan..Allah beri terus kesihatan dalam
diri kita....

: kita berdoa agar dikurniakan pasangan yang soleh/solehah, Allah makbulkan seperti
apa yang kita nak..

2) Dapat lain daripada apa yang kita minta...

cth : kita berdoa agar dilembutkan hati isteri/suami, suami/isteri yang soleh wa solehah
namun Allah makbulkan doa tadi dengan menjadikan anak2nya lembut
hati..menyayangi ibu bapa...soleh wa solehah.

3) Allah berikan jalan untuk dapatkan yang num 1

cth : kita doa nak pasangan yang solehah...lepas tu kita keluar rumah...jumpa minah
rempit langgar kita..habis patah tangan dan kaki...kita pun kata 'ya Allah aku minta
wanita solehah, kenapalah minah rempit pulak yang datang '

kemudian kita dimasukkan ke hospital...siapa sangka di sana ada doktor/jururawat
yang solehah...jatuh cinta lalu bernikah...

No comments:

Post a Comment