Sunday 31 March 2013

TENANGLAH DIKAU WAHAI HATI




Adakalanya kita merasa diri kita terlalu kuat,
Adakalanya kita mencuba untuk kuat,
Adakalanya kita sedar kita sebenarnya tak kuat,
Adakalanya kita tahu kita perlu kuat.

Dalam senyuman kita,
Dalam wajah ceria kita,
Tiada siapa tahu,
kita menyembunyikan sesuatu,
Yang mana hanya DIA yang tahu.

Tatkala hati merasa sudah tidak berdaya,
Memendam dan menyimpan segalanya,
Mengalirlah air mata melepaskan segalanya,
Mengharap kekuatan selepasnya.

Hati mencari bahu untuk dipinjam,
Namun tiada siapa yang berada di sisi,
Kerinduan pada ibu menggunung tinggi,
kerana hanya dia yang sentiasa memahami.

Lalu hati ini bertanya sendiri,
Siapakah yang memberi ketenangan?
ya ..dialah ALLAH..
maka kembalilah kepada DIA.  
                                       kerana DIA sentiasa mendengar rintihanmu.....T_T

No comments:

Post a Comment