Friday 21 February 2014

BR1M DA MASUK

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah dari pagi tadi newsfeed dipenuhi dengan keriangan disebabkan masing-masing telah menerima BR1M ( termasuk aku..walaupun aku senyap je *huhu* ), tidak kurang juga ada yang masih kecewa sebab akaun masih tidak menunjukkan sebarang penambahan.

ketahuilah duit yang kita terima itu belum tentu milik kita walaupun ianya masuk kedalam akaun dan poket kita..dalam duit yang kita miliki itu ada rezeki untuk orang lain...
kita bagi mak kita rm50, itu maknanya ianya rezeki mak kita...
tengah jalan-jalan jumpa peminta sedekah, kita hulurkan RM10.00 , maka jadilah ianya rezeki buat dia..
mungkin esok kita singgah kedai runcit beli minuman RM2.00 ..so duit tu rezeki si kedai runcit..
kemudian shopping baju dan tudung online rm100 dah jadi rezeki si peniaga online...
last-last daripada RM300 tu rupanya hanya RM50 yang tinggal dalam simpanan kita...
dan itu pun belum tentu milik kita lagi....* hehe jangan pening ya *

Firman Allah dalam surah Saba’ ayat 24
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
 Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 60 :
Dan berapa banyak binatang yang tidak dapat membawa mengurus rezekinya sendiri. Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui

apa pun yang ingin saya simpulkan di sini, apa sahaja yang kita miliki pada hari ini bukanlah sepenuhnya milik kita, apa yang kita berikan itulah milik kita. Sentiasalah bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan buat kita...teringat saya sebuah lagu yang dinyanyikan oleh ustaz Haslin dalam ceramahnya :

" LIHATLAH GUNUNG YANG TINGGI, SUBHANAALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA,



LIHATLAH PANTAI YANG INDAH, SUBHANAALLAH ITU ALLAH YANG PUNYA,

TIADA YANG ENGKAU PUNYA, SEMUANYA ALLAH PUNYA,

DARI ITU JANGANLAH SOMBONG, JANGANLAH BONGKAK SERTA IRI HATI,

DUNIA HANYA PINJAMAN SEMENTARA,AKHIRNYA KEMBALI KEPADANNYA"



"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang." -

(Surah an-Nahl, ayat 18)

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih"


( Surah Ibrahim : Ayat 7 )


semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-hambanya yang bersyukur.

No comments:

Post a Comment