Thursday 13 February 2014

UKHWAH DI MAHABBAH RASULULLAH S.A.W



Bismillah...
Alhamdulillah...Allahumma solli 'ala Muhammad...
Segala puji dan syukur kita rafakkan kepada Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumiNYA.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda yang memperjuangkan segala harta benda malah nyawa mereka demi Islam tercinta...
sehingga pada hari ini kita dapat merasakan nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah hari ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan ukhwah dalam  mahabbah Rasulullah s.a.w yang julung2 kali diadakan di bumi Tawau.


bermula dengan pertemuan dengan semua sahabat ajk yang saya tidak kenali walau seorang pun dalam kalangan mereka..
bertemu dan menjalinkan ukhwah di facebook kemudian berkongsi idea dan pendapat di group...
namun tanpa disedari timbul rasa kasih dan sayang sesama kami dek kerana semua mempunyai niat dan tujuan yang sama, iaitu ingin menyemarakkan rasa cinta buat semua masyarakat tawau kepada Nabi s.a.w..

'Tak kenal maka tak cinta'
hari demi hari, minggu demi minggu ukhwah yang terjalin semakin erat..
betul la kata seorang sahabat ajk " adakah pertemuan kita ini satu kebetulan atau sudah dirancang oleh Allah"  mana tak nye..tak kenal satu sama lain tapi saling bantu membantu dan berkongsi seakan kami telah kenaL bertahun lamanya..

perancangan demi perancangan...
usaha demi usaha akhirnya majlis berjalan dengan jayanya alhamdulillah...


sungguh aku kagum dengan mereka, mereka sangat hebat ya Allah..
melihat mereka membuatku ingat kepadaMu...
mendengar bicara mereka membuat aku tenang dalam ingatan kepadaMU..
mengingati mereka membuat aku menangis kerana bahagianya aku dipertemukan dengan mereka semua...

sungguh perjalanan dakwah itu tidak mudah...
namun ternyata tidak susah apabila hati hati para da'ie bersatu atas agamaMU..
tiada yang dibiarkan gugur tanpa ada yang menyambut
tiada yang akan dibiarkan jatuh tanpa ada yang memapah
tiada yang dibiarkan sendiri tanpa ada yang menemani

teringat kata-kata ustaz cecep semasa tausiyah
" Anas r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda : Salah seorang di antara kamu tidak beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya, dicintai daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia " ( H.R BUKHARI )
Tepuk dada tanya iman...di mana Rasulullah dalam hati kita..



Tatkala kemuncak program...
hati menangis teresak esak..
bukan kerana sedih atau terluka..
tapi kerana bersyukur tidak terkira...

berada di masjid penuh barakah...
dikelilingi insan2 hebat penuh cinta pada Rasul...
didoakan para malaikat di langit ...
bergema laungan selawat bersahutan...Allah... sollu 'alan Nabi..



ya Allah kami cinta kepadaMU...
Ya Rasulullah kami rindu kepadaMU...
sematkanlah hati-hati kami untuk sentiasa mencintaiMU..
pandanglah kami dengan rahmatMu..

semoga Allah redha akan semua yang hadir pada mahabbah ini..
semoga selepas ini akan ramai lagi hati2 yang terpaut untuk hadir ke majlis ilmu..

mungkin tiada yang menyedari...
tatkala itu air mata penuh bertakung....
sungguh aku bahagia mengenali mereka..
apakah mungkin untuk aku bersama mereka lagi di medan dakwah ini?
apakah mungkin akan aku bersama mereka di syurga kelak?

" Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan di bibir, tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya yakni sahabatnya di dalam doanya" - Imam Al-Ghazali

Kita tidak akan dapat masuk syurga Allah kecuali kita mengerti apa sebenarnya iman.
Kita belum disebut insan beriman yang sesungguhnya apabila tidak sudi mencintai sesama Muslim sepertimana kita mencintai diri sendiri.
Cintailah sesama Muslim seperti kita mencintai diri kita sendiri.

Anas r.a mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda " tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri (HR BUKHARI )

ya Allah rahmati mereka, sayangi mereka, bahagiakan mereka....
penuhkan hati mereka dengan rasa cinta kepadaMU dan RasulMU..
agar mereka tidak lalai dengan tipu daya dunia...

Sahabatku. Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran ALLAH... Jika hari ini aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta... Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga... Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera... Jika pernah hatimu terluka, luahkan agar aku berubah menjadi lebih baik... Jika esok ku lena tanpa jaga, iringilah doa dengan Al-Fatihah. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita untuk selamanya dan maafkanlah segala kesalahan dosaku terhadapmu kerana itu kunci utama untukku ke Syurga...

terima kasih adik, kakak, abang...
kalian semua ibarat keluarga buat saya..
sangat pemurah dalam memberi ilmu..
tidak pernah jemu untuk berkongsi..
saling nasihat dan tegur bil hikmah...

Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir, merancang, membantu, menyusun Islam, nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat..

Jika kita mengetahui betapa azabnya meninggalkan amar m'ruf nahi mungkar, nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian Allah..

Jika kita mengetahui tingginya nilai ukhwah persahabatan di atas dasar aqidah Islamiah...nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah...

Jika jasad menongkah arus menggerak tarbiyah memelihara agama Islam, maka biarlah hati kita bersama melaluinya..

Tinggi harapan agar Allah mempertemukan kita semua yang berada di atas jalan juangNya di syurga nanti..

Kerana iman kita berukhwah umpama taman disyurga....kerana Islam kita berukhwah umpama roh berpadu..kerana Akhirat kita berukhwah demi syurga yang dirindui itu..kerana Allah sebenanrnya kita tetap berukhwah untuk melamar redhaNya..

jaga diri hiasi peribadi...redha Allah terletak pada redha kedua orang kita...
semoga semua menjadi anak yang soleh wa solehah

secebis coretan berkongsi rasa..^_^
Siti Nuur Zaleha Binti Rosdiansah




No comments:

Post a Comment