Wednesday 16 April 2014

BAGI SEDIKIT DAPAT BANYAK


Bismillahirrahmanirrahim...Allahumma solli 'ala Muhammad...

Alhamdulillah segala pujian hanya selayaknya untuk ALLAH atas segala nikmat, rahmat yang dilimpahkan ke atas kita sehingga ke hari ini.

Insya Allah hari ini saya ingin berkongsi perihal 'BERI SEDIKIT DAPAT BANYAK' ha..apakah agaknya di sebalik kalimah ini? 


Seringkali kita dengar keluhan manusia yang merasakan bahawa dengan memberi atau mengeluarkan sedikit 'wang' atau bersedekah akan mengurangkan harta dan duit yang dimiliki.

ini sama sekali tidak benar. Jom kita renungi firman Allah dalam surah al-baqarah : 268 


" Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

 disetiap rezeki yang kita miliki ada hak untuk orang lain wahai hamba Allah.


teringat saya satu peristiwa yang berlaku pada diri saya tahun lepas, bukan bertujuan nak riak, tapi nak membawa semua melihat bahawa tangan yang menghulur bunga mawar pasti berbau harum. Oleh itu,orang yang memberi ialah insan pertama yang mendapat manfaat daripada apa yang diberikannya. 

di mana seperti biasa saya suka menghabiskan masa lapang di masjid kesayangan saya, pada waktu zohor sehingga lepas asar..sekiranya saya tiada kelas masa tu.

setiap hari teringin sangat nak memberi sedikit sumbangan/ sedekah terhadap masjid itu. Namun saya hanya mampu memandang 'kotak ajaib' itu daripada jauh kerana ianya diletakkan di ruangan solat muslimin. Sehinggalah pada 1 hari tu selesai solat zohor, saya terpandang sebuah ' kotak ' yang tertera ' peti sumbangan untuk masjid' di tepi rak telekungruangan solat muslimat, gembira tak terkata. Lantas mencari dan membuka dompet lalu memasukkan sehelai wang ringgit yang telah lama ingin dimasukkan ke dalam peti tersebut.

kemudian selesai sahaja solat asar berjemaah, saat kaki ingin melangkah keluar daripada pintu keluar ruang solat muslimat, seorang wanita memberi salam dan tersenyum menahan ku dari keluar.
dia bertanya adakah saya sudi untuk menjadi guru di sekolah agama sebelah masjid tersebut? dan adakah saya mempunyai masa lapang pada sebelah petang? 

subhanaAllah..itulah rezeki disebalik rezeki yang kita kongsikan kepada orang lain.

"BAGI SEDIKIT DAPAT BANYAK"

Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk menjadi seoarang mu'allimah selama 3 bulan di sekolah tersebut.


Bukan nak cerita saya bagi duit, tetapi tentang nilai yang kita tak duga banyaknya dapat dengan memulakan memberi sesuatu yang kita sayang contonya duit.

berkaitan dengan sedekah ini jugak, saya ingin menegur sedikit sikap sesetengah daripada kita terhadap 'si peminta sedekah'

ada dalam kalangan kita, yang melayan golongan ini dengan layanan yang seolah2 Islam tidak pernah mengajar kita adab-adab dalam berhadapan dengan golongan ini.


mari lihat firman Allah lagi dalam surah al-baqarah ayat 263
:

"Menolak peminta-pemintasedekah dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. "
insya Allah...selepas ini jangan takut untuk bersedekah lagi ya sahabat2
harta kita tak kan kurang, yakin pada janji Allah.

dan sedekah itu bukanlah hanya dengan 'duit' semata2..
senyum itu juga sedekah
membuang benda tajam di tengah jalan juga sedekah
dan banyak lagi

bersedekahlah..Nabi s.a.w juga suka bersedekah, sollu 'alan Nabi

insya Allah untuk entry yang seterusnya saya akan kongsikan apakah fadhilat-fadilat bersedekah


#JOM BANYAKKAN SEDEQAH  

No comments:

Post a Comment