Monday 21 April 2014

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Bismillah...alhamdulillah..

Assalamualaikum w.b.t dan salam mahabbah buat semua pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah atas segala yang telah diberikan kepada kita terutamanya nikmat iman dan Islam.

Mohonlah kepada Allah tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman, dan dimasukkan dalam syurgaNYA dengan iman.

selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi s.a.w. Allahumma solli 'ala Muhammad


Cuba semua focus bunga tu, cantik kan? siapa minat roses? sebut 'alhamdulillah' dalam hati *senyum*

Soalan seterusnya siapa minat warna biru, pink, putih, hijau sebut ' subhanaAllah' * senyum*

Tahniah anda punya minat yang sama dengan saya. eheh

Ciptaan Allah semua cantik-cantik, hanya pandangan mata manusia sahaja yang menilai cantik itu pelbagai.

" berjalan bermusafirlah melihat keindahan Allah"

JOM saya bawa semua menerokai keindahan bumi sabah

Buat mereka yang mencintai alam sekitar, kebiruan, kehijauan, ketenangan, mari cuci mata tenangkan fikiran bersama saya * tarik nafas, senyum, alhamdulillah *










SubhanaAllah cantik dan menenangkan kan? 

Tersenyumlah, bersyukurlah, gunakan mata kita dengan sebaiknya, melihat keindahan ciptaan Allah, mensyukuri segala yang telah dikurniakanNYA

Andai mata hanya banyak melihat maksiat,
Beruntunglah mereka yang tidak mampu melihat,
Namun punya hati yang sentiasa memikat,
Sehingga Allah sentiasa dekat.

Sahabat, mari kita gunakan nikmat mata yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya,
Tundukkanlah pandangan terhadap perkara yang boleh mendatangkan dosa
Dan peliharalah diri kita daripada membuat mata orang lain berdosa

Sungguh setiap anggota badan kita akan menjadi saksi di akhirat kelak,
Semoga mata kita adalah mata yang sentiasa dibasahi dengan air mata taubat 
Jadilah seperti mata 'lebah'
Mata yang sentiasa melihat kebaikan orang lain
Bukan seperti mata 'lalat'
Mata yang sentiasa mencari kebusukan dan kelemahan orang lain

semoga Allah redha.



No comments:

Post a Comment