Thursday 3 January 2013

STUDENT & BUSINESSWOMAN

Assalamualaikum...alhamdulillah segala pujian hanya bagi Allah....selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Ana ada pelbagai cerita untuk dikongsi hari ni....insya Allah

selain daripada pelajar..ana juga merupakan seorang business woman alhamdulillah...jadi segala aktiviti ana setiap hari pasti tak lari daripada menuntut ilmu dan berniaga.
daripada pagi sehingga petang ana akan sibuk dengan kelas dan discussion bersama rakan2...
habis sahaja kelas..balik bilik ana akan terus on9 untuk menjawab soalan2 daripada customer, mencatit tempahan2 mereka serta mengepos barang-barang ke pejabat pos...

dan pada waktu malam pula...ana akan sibuk dengan study dan melayan customer2 yang datang ke bilik untuk beli topup...dan pada waktu ini kosentrasi ana terhadap pelajaran sangat terganggu . jadi ana tetapkan masa open and close untuk topup..paling lewat pukul 11.

kemudian setelah pukul 11 ana akan tumpukan sepenuhnya pula kepada assignment2, kajian, mengulang kaji dan menghafal ....biasanya akan selesai dalam pukul 1-2 pagi....dan akan disambung semula dalam pukul 5.

ye badan kita pun ada hak untuk rehat....alhamdulillah waktu solat adalah waktu rehat yang terbaik bagi ana..ana dapat rehat dan agak tenang pada ketika itu..hilang segala kepenatan, hilang segala masalah.

berbalik kepada cerita hari ini....

disebabkan tidur agak lewat semalam....pagi tadi pula kelas pukul 8pagi....buat pertama kalinya ana masuk kelas dengan mata yang ada macam panda..then tidur semasa ustaz tengah mengajar..teramat ngantuk...namun tatkala ana ingat amanah sebagai seorang pelajar...ana usaha untuk bangun...tegakkan badan setegak-tegaknya...tangan menampar2 pipi dan badan agar tidak tidur....
namun ianya berlarutan sehingga pukul 9...duduk tegak tapi mata tutup..telinga kejap dengar kejap tak..Allah...

ana terus berdoa..meminta agar Allah bantu dan tunjukkan jalan macam mana cara untuk ana tidak tidur dan focus dalam kelas...maka beberapa minit selepas itu...tiba2 ustaz bertanya soalan dan meminta pendapat...sesiapa yang berjaya jawab akan diberi markah bonus 3 markah..

ana merasakan mungkin ini adalah jalan yang Allah berikan..dalam keadaan yang mengantuk 100%, ana terus mengangkat tangan...give the answer and my own opinion...dan siapa tahu sebaik sahaja ana selesai memberikan jawapan dan pandangan...100% rasa mengantuk ana hilang entah kemana..walaupun jawapan ana kata ustaz tak tepat..tapi ada hikmahnya di situ....^_^

mata kembali cerah- merah, telinga mendengar dengan jelas, badan kembali segar bugar dan hati serta aqal faham dengan mudah...subhanaAllah..alhamdulillah.....:')

so ana dapat 1 tips kat sini...antara salah satu cara untuk kita hilangkan rasa ngantuk adalah dengan bertanya dan menjawab pertanyaan lecturer/ cikgu walaupun jawapan kita tu tak semestinya betul.

then kelas2 berikutnya juga ana mengalami masalah yang sama...tapi hanya beberapa minit sahaja..kerana ana cuba memperatikkan apa yang ana buat pagi tadi.. banyak menjawab setiap kali lecturer bertanya ..sekali gus ianya membantu ana untuk tidak mengantuk dan mudah memahami apa yang diajar...

Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib hambaNYA selagi kita sendiri tak nak berubah dan berusaha...

ngantuk dalam kelas? there are a lot of ways that we can practice to solve it..antaranya bawa air masak...minum bila ngntuk....pergi toilet cuci muka..pukul2 badan(slow2 je la)..tegakkan badan..jangan bongkok....banyak bertanya dan menjawab..insya Allah anda tak kan ngantuk..

selamat mencuba...ana nak rehat dulu....assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment